Wednesday, October 26, 2011

Laku ke??

0

Assalamualaikum..

Aku tak boleh tido. Aku suruh cik abang tido tapi aku sendiri yang tak tido..hehe..Dah tak boleh nak tido ni, apa lagi.. mengonline diri aje lah..dah tak ada apa nak buat kan. nak baca buku pun malas..huhu..

Aku bila dah start mengupdate blog, akan selalu lah aku buat entry baru pas2 tu. then bila stop mmg lama lah aku tak letak entry baru. punyalah tak konsisten ini budak kan..huhu. nak buat macam mane. kekangan keadaan.~

Ekceli aku ada satu cerita kelakar tapi aku tak rase korang baca ni akan rasa kelakar. aku bet korang akan rasa meluat. hew3~ tapi aku peduli apa kan. aku nak cite jugak.

Alkisah aku baru la berasmaradana dengan cik abang dalam tepon..tiba tiba dia habaq mai yang dia risau. aku pun dok tanyalah apa yang dia risau sangat tu. part dia nak jawab ni aku dah rasa nak gelak..sebab jawapannya sangat la nonsense..

Dia kata dia risau aku kena ngorat ngan orang lain..aku dah makin lawa la. bertambah2 tengah usaha nak slim ag ni..lagi la dia risau...hua hua hua kah kah kah!!!..marah pulak dia aku gelak. dia serius aku pi bantai gelak pulak kan..hahahha..masalahnya..yang dia pi bagi jawapan kelakar sangat tu watpe???

Aku habaq mai la buat apa nak risau bagai. aku bukan miss universe atau miss world tu. tak santek mana pun tp comel and manisnya ada..haha..tak ada maknanya orang nak ngorat aku. badan n cutting dah la out of coverage. luaq nampak la cun. tang dalam tatau..lagi2 bila dulu aku gemuk kan. ingat dah kurus sikit ni, semua ilang ka? memang tak la kan..huhuhu..tang santek?? Wallahualam..dekat mata dia nampak santek, alhamdulillah tapi tiap orang kan pandangan n citarasa kan lain. kat mata orang lain entah2 aku nampak macam mak lampir..sape tau kan?? sedih~

InsyaAllah aku tak pi carik lain punyalah..aku bese lah..suka buat kawan tapi tak bermakna setiap orang yang aku nak buat kawan ni sorang2 nak sangkut. gilak apa?? aku bukan playgirl okayyy..ramai kawan ni senang..dorang susah aku tolong mane termampu. aku susah mane lah tau dorang boleh tlg kan. bukan rugi pape pun buat baik ngn orang..kan???

Agpun kan, cik abang ni bagi aku dah terbaik dah. kepala mereng pun sama dah. kepala memang masuk punya lah. bebel macam orang tua pun ye jgk. itu mmg kriteria yg aku carik pun..haha! kuat bagi nasehat mamat tu. at least terbimbing la sikit aku kan. kuat mengugut pun ye jgk. itu sebab takut aku lari..hahah!

Mana lagi aku nak cari macam dia? nanti aku gi kat orang lain takut kepala tak sama pulak kan. lain pulak peel dia. aku pulak yang pening nanti. tak mo ah. biar dia yang pening pasal aku jangan aku yang pening pasal dia. dari situ nampak la dia sayang. hua3!! kejam2..ermm..melainkan memang tak ada jodoh aku dengan dia..itu nak buat macam mana kan? tapi kalau boleh biar la jodoh aku dengan dia.. aku dah malas nak buat sesi pengenalan balik ni. dah makin tua kot..huhu

Ok lah..sesi bercerita sudah habis. sedar tak sedar dah pukul 12 kan..dah masuk hari baru. mentang2 sok cuti kan, boleh selamba badak aku berjaga sampai macam ni..ok lah..gua mau tidur dulu.. pape hal update lain ye..daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Monday, October 24, 2011

BL Update

0

Assalamualaikum..


Sudah berkurun rupanya aku tak update ini belog. Bukan melupakan tapi masa tidak mengizinkan padahal facebook tiap2 ari online. Huhuhu..Ekceli tak ada la berkurun sangat kan? Last update still dalam bulan October lagi cuma date sahaja yang bertambah. Kecoh!

Last entry aku ada mention pasal TBH biggest loser rite? hari ni aku nak update. Since last entry until entry hari ini aku dah lose lebih kurang 0.5kg. 0.5 je????? Yes, only 0.5 sahaja. Orang lain kata sikit. Kata aku not bad.

Kenapa? Bak kata Kevin Zahri dan lain2 Health Advisor and trainer. Better less and nothing. Biar turun sikit2 dari turun mendadak. Bila turun sikit2, badan kita boleh adapt dengan changes tu so keberangkalian untuk memaintainkan badan adalah lama. Means, dia nak naik balik tu lambat sikit lah.. InsyaAllah..

Aku ikut planner Kevin Zahri which i think i already mentioned before, i cut my calories taken and try a bit to exercise more. Tapi bab exercise tu only 1st week je aku pi. pastu malas sudah. hehe. Aku just cut calories la dan untuk buang balik calories yang aku ambil, instead of exercise, aku try to move a lot. Kat office, aku naik turun tangga banyak kali. Aku akan cari keje yang membuatkan aku kena turun nak tangga banyak kali. Dan kalau rajin sangat, aku akan buat lompat bintang and sit up. Target aku at least biar perut kempis dulu. Yang lain2 i will work out later.

Sekarang memang perut aku rase kempis sikit dari before. Sit up dalam 100 kali je sehari. Nak buat lebih2 aku malas. hehe. Tapi ok lah. Slow2. Aku tak mahu la kurus sangat sebab time berat aku dalam 57kg orang kata aku pucat. Nampak macam orang tak sihat. Aku tak mo lah gitu kan. Nak la nampak freshhhhhhh~~~

So, target aku biar sampai 57 je la..heee..4.5kg more to go. Hope can achieve until this end of december. Kalo idak abis lah duit aku kena belanja bos aku. hua3!!..

Until then, will update later..

Daaaa~

Monday, October 3, 2011

Biggest Loser!!

0



Suddenly today my boss asking me to beat with him to lose weight within this month. starting this month until december. Aku kalau bab bab turunkan berat badan ni memang semangat. bila ada competitor baru la semangat dan bersungguh sungguh nak buat kan and those who fail kena belanja TGIF. aku tak pernah makan dekat TGIF tu tapi dengar kata memang gila mahal. 1 plate of pasta is around RM25. gilak mahal! itu amount untuk aku makan nasi campur 3 hari tau dak.
So, I will take this challenge and we will see the result on December. Fuh2!! mintak mintak la aku kental. nanti bila nampak yang sedap sedap mahu aku tak balun sampai 2 pinggan! mintak dijauhkan. Aminnn..

What is my plan?? entah but lately aku sangat malas mahu pi jog. yang paling kuat aku buat sekarang is sit up and lompat bintang. tak pun kalau terlebih rajin aku buat lari setempat tu. bergegar rumah abang aku tu. haha. but yang paling obvious sekarang aku cut my calories that I take per day. kalau dulu aku ambil 1000 kalori sekarang ni aku try cut untuk ambil 800 kalori sahaja. tu je la. hope menjadi lah.
So, those who read this, please pray for me. mati aku kalau nak belanja boss aku kat TGIF tu. aku tak banyak duit macam boss aku tu. huhu.

Wish me luck!! *crossed fingers*

Saturday, October 1, 2011

Craziest warehouse sales!!

0

Assalamualaikum..

Semalam aku tido agak lewat dari waktu tidur kebiasaan aku tapi aku bangun awal macam aku nak pi keje je padahal sabtu minggu ni aku tak keje pun. Tapi aku ada misi yang penting yang harus aku kejar hari ni. Tengok je la gambar ye. Aku malas mahu berkata kata hari ni.

Bersiap sedia untuk beratur. Mula beratur pada jam 8.50am


masih beratur pada jam 10am. bayang gate masih jauh kelihatan


Akhirnya dapat jugak masuk pada jam 11am. sebelum masuk warehouse harus ada sekatan dan briefing dahulu. untuk kepentingan sejagat..



 Dan akhirnya!! ini lah hasil yang aku dapat..7 helai baju hanya pada harga rm35. mano nak carik ha? 

The most craziest warehouse sales ever yang pernah aku pegi kat shah alam ni!..PADINI WAREHOUSE SALES IS THE CRAZIEST!!

Beratur sahaja dah 2 jam dan ada adegan gaduh2 sikit coz ada malaun2 yang suka suka hati nak cut line..orang penat beratur 2 jam dia senang senang je nak cut line. aku cut pale ko!!..huhu emo2..

Berbaloi juga la pegi coz the shirt and kemeja that i bought for only rm5 each is quite nice even season sikit baju dia. its ok laa..at least i have something to wear kan..=p

Balik balik aku dah tak larat. kaki aku sangat sakit dan ada cramp sikit. tp it doesnt matter. yg penting aku puas!



Sunday, September 25, 2011

Baik ke?

0

Assalamualaikum..

Aku sebenarnya kan, tak suka nak tulis ayat jiwang atau entry jiwang2 ni tapi almaklumlah kan sekarang ni tengah berbunga2 so nak tak nak terpaksa juga tulis (bolehhhh???).

Hari ni tak ada lah sesi jiwang over2 sangat. Jiwang biasa2 je. Alaaahhh..at least aku tak adalah tayang gambar kepala teleng kiri teleng kanan macam kembar siam kannn?? coiiii..setakat nak letak memori2 silam kat dalam blog aku ni je. macam biasa...blog aku ke blog kaaauuu???..

Tetiba aku blurr nak tulis apa..demn!

Alkisah, opismate aku tanya kat aku. Happy sekarang? Mr.P baik x? baik sangat? dia layan ok tak???..

Opismate aku kenal la sape Mr.P tu. Dia kan ex staff opis aku skrg ni jgk..menjawab pd soalan dia..

Mr.P yang terbaik (tgh bunga2 mmg la terbaik.hahaha!!)..heee..InsyaAllah terbaik sampai bila2..setakat ni cacat cela layanan dia pada aku takdelah byk cacatnya..sikit2 tu kena lah ada kan. rencah hidup berhubungan. ewahhh!! Alhamdulillah..setakat ni banyak gelak tawa dari menangis. Doakan lah biar berkekalan sikit keadaan macam ni. nak tidur malam pun lena... huhu

Semalam dah keluar, hari ni saje dah bercakap dengan dia hampir 2 jam. macam orang baru nak bercinta gayanya. aishhh..entah laa..rasa lain laaa..lainnn sgt2 dengan dia..kalau dengan dia ni tak jadi memang aku payah nak cari lain kot..ermmm..

Mr.P, wo ai ni ^_^

Saturday, September 24, 2011

Wordless Saturday

0


Assalamualaikum..


Aku ni blogger tapi tak pernah buat wordless Wednesday yang macam blogger2 lain buat tu..kalau aku buat wordless saturday aci tak?

Frens yang aku selalu keluar beronggeng. Tak lain tak bukan mereka ni lahhhh. Opss! tak cukup korum sgt sebenarnya. Ada lagi jejaka sorang yang tak ada dlm pic ni. Pic ramai2 tak ada dalam simpanan aku sekarang. Ini je yang ada.

Ini dah tak jadi wordless dah ni..

Thursday, September 22, 2011

Testing testing

0

Assalamualaikum.. Testing writing in da blog from my phone. So, i'm now in jakun mode. Hehe. Not so satisfied bcoz it is much smaller than using laptop..(duhh~mestilah..wat do u expect?!) heee~ nak compare laptop ngn hp cikai ak ni mmg jauh la~ but ok la..ble mls sgt nk bkak lptp, i can update guna hp..weee!! ~siannn..jakun sgt..huhu~

Waiting for miracles..

0

Assalamualaikum..

I want to share some photos but still in lazy mode to transfer the photos from my camera. Waiting for miracle to get back my rajin mode..heeee~

Thursday, September 15, 2011

Hati kau, Aku punya!

0


Assalamualaikum.. 

Semalam aku check dgn kak bisha, akak HR opis aku. Cuti aku masih berbaki lagi. Oleh itu dengan senang hatinya aku apply cuti half day hari ini. Bos aku bising macam biasa. Baru cuti raya mahu cuti lagi ke? dan aku macam biasa. Sengih dan tadah telinga. =D

Turun ke KL semata-mata untuk berjumpa dia. Actually ada urusan bersama dia tapi ambil kesempatan sekali untuk berdating lah. Walaupun sekejap tapi tetap bermakna. Ecewah!

Aku ada mahu setelkan urusan bank. Macam biasa kena isi itu dan ini. Form tu minta nama lain yg bukan duduk serumah. Aku letak je la nama dia. Bila tang relationship akak tu boleh bantai letak fiance. haha. Apakah??. Aku pandang muka dia. Dia pandang muka aku dan dengan slumbernya akak tu kata coming soon kan. 

Aku telah terfoward sikit cerita ke depan. Rewind sikit..

Aku memang berjanji dengan dia hari ni tapi kami tak berjanji mahu pakai baju dan warna apa. Aku dengan gaya santai dan simple - jeans, t-shirt merah, tudung malas kaler itam dan selipar rock kaler itam - ditambah dengan muka 100% tanpa make up. just letak lip balm untuk tak nampak pucat sangat.. gaya paling sempoi yang pernah aku pakai untuk dating. dan itu lah aku. 

Dia - jeans, t-shirt kolar kaler merah dan selipar. Simple tapi aku suka. Tapi bukan tu yang aku nak tekankan. Aku nak tekankan kaler baju kitorg. Pada orang lain maybe kata kebetulan tapi bagi aku, itu sehati sejiwa. =)

Seumur hidup aku,

Dia sorang je kata aku cantik dan comel bila aku pakai pegi dating macam tu. Dipesannya lain kali pakai macam tu kalau keluar dengan dia. Dia suka. Dengan muka tak make up, pakai T-shirt biasa yang aku rasa macam nak lusuh dah. Itu pun dia kata cantik. - Menarik -

Dia sorang je lelaki yang tatap muka aku tanpa jemu. Aku tengah makan, aku tengah membebel. Di pandangnya sampai aku naik segan. - Dihargai-

Dia sorang je lelaki yang slumber cakap dekat orang (kenal atau tak kenal) pasal nak kahwin dengan aku. Menunjukkan macam dia bangga ber'relationship' dengan aku yang tak ada apa2 ni. - Yakin -

Dia sorang je lelaki yang kalo berjalan pegang tangan aku tak lepas melainkan kalo aku yang lepaskan. Macam takut aku lari je.huhu. - Disayangi -

Thursday, September 8, 2011

Finally..

0


Assalamualaikum..


Alhamdulillah..baru setengah jam yang lepas aku dpt good news. something that i've been waiting for keluar dr mulut dia...tapi ttbe tadi kelu sikit. tak tahu nak cakap apa. Just doakan semuanya ok..=)

Dalam dia meluahkan tu. aku jadi takot. boleh ke? ready ke? huarrrghhh! benda yang di nanti nantikn jadi something yg ttbe ak rase ngeri..takot..cuak..berdebar debar..gile ah!!

Apa pun, just praying for the best. hope everything akan jadi seperti yang di rancang.

To Mr.P, thnx for the surprise news. I love u..=p