Tuesday, November 18, 2014

Pengalaman Bersalin Anak Pertama - My baby girl

1

Bismillah..

Assalamualaikum..

Allah.. lamanye tak jenguk blog kesayangan ni. Ada anak ni semua dilupakan. Hehehe. Maaf la ya.

Maybe this will be my longest entry. Lama nak mengarang ni. Berhari-hari sebab nak ingatkan balik detik-detik nak melahirkan kesayangan baby girl aku. Baru 2 bulan si kecik tu tapi maknya ingatan macam dah tua sangat. Huhu. Ini baru satu urat terputus sebab baru melahirkan sorang. Kalau dah berorang-orang nanti. Mak aihh.. Jadi apa tak tahu. Huhu..

Alhamdulillah, tanggal 1 September 2014; hari Isnin pada kandungan aku berusia 39 minggu 2 hari, aku selamat melahirkan seorang puteri secara normal di KPJ Kajang. Menahan contraction selama 8 jam dan meneran selama 10 minit memang saat yang tak dapat la aku lupakan. Kelahiran pertama ni memang sangat mendebarkan. Anak 1st kan. Sapa yang tak debar. Debar sampai darah aku naik dan jantung baby pun laju masa dalam perut tu. Atas sebab-sebab tu aku terpaksa di induce dan tak dapat nak merasa contraction secara natural. Kalau induce kan contraction tu kan akan rasa lagi sakit. Macam nak patah pinggang masa tu, Tuhan je yang tahu. Nasib baik ada suami tercinta di sisi untuk bagi semangat.

Kronologi keadaan:


31/8/2014
Aku dah start rasa mild contraction dalam tengah hari. Rasa macam senggugut2 manja gitu. Tahan lagi sampai la lepas maghrib aku dengan hubby decide untuk pegi KPJ. Ingat nak tggu betol2 sakit baru nak pegi tapi suami insist suruh pegi jugak takut jadi pape, So I follow.. Saat2 macam tu tak berani nak melawan suami. Hehehe..

Nak dipendekkan cerita. Malam tu jugak aku di tahan di labour room KPJ Kajang di tingkat 3. Di pasangkan CTG semua dan lain-lain procedure sebagai orang yang akan bersalin. Saat tu aku dah takut. Macam-macam la dok fikir. Dah time ke? Anak nak kuar dah ke? Aku dah sedia ke?. Tiba2 rasa macam tak sedia je nak hadapi proses bersalin tu padahal tahu sebelum tu anytime je baby nak keluar. Dan masa tu jugak la terfikir. Macam mana aku nak jaga anak aku? Layak ke? Boleh ke?. Pooodacit tau masa tu. Masa proses dengan suami dulu tak nak fikir. Hahaha.. Ok 18sx...So, bila fikir punya fikir, setiap kali nurse cek tekanan darah tinggi, tekanan tak turun2. Bukaan masa tu baru 1cm. Dah tekanan tak turun-turun, nurse tak berani bagi balik sebab takut jadi apa-apa pada aku dan baby dalam kandungan. Padahal kalau nak diikutkan boleh je balik dulu sebab bukaan baru 1cm kan dan orang kata anak pertama ni lambat sikit bukaan dia. Masa tu memang dah redha je leee. Kene la stay. Barang-barang semua memang memang dah standby awal2 dalam kereta.

Malam tu tak ada apa-apa yang jadi. Boleh tidur macam biasa ditemankan suami tercinta. Kesian suami aku. Tak sempurna tidur dia sebab tidur atas kerusi je tapi takpelah. Susah senang kena sama2 katanya. Hehe. So, anak merdeka tanggal 31/8 tak berjaya dihasilkan. Huhu

1/9/2014
Pagi tu pukul berapa aku tak ingat padahal dah tengok jam dah untuk nak ingat waktu tu. At least boleh tulis dalam blog. Tapi haram nak ingat balik. Hehe. Bukaan dah buka 4-5cm. Aku macam...Lambatnyeee.. Tetiba tak sabar nak lepas semua ni.

Dalam pukul 2 petang, air ketuban aku dipecahkan dan aku di induce. Banyak jugak air ketuban yang keluar dan selang beberapa jam lepas tu, bermulalah saat-saat contraction yang menyakitkan. Suami memang aku tak bagi dia lepas dalam pandangan. Aku bagi dia lepas untuk solat dan makan je. Lain dari tu aku tak bagi dia keluar. Kalau dia keluar aku suruh dia cepat2 balik. Masa mak aku datang dan tunggu kat luar pun, aku tak bagi dia jumpa mak aku. Aku jadi ngada-ngada nak dia je depan mata aku. Ooo sangat emosi masa tu. Aku perlukan kekuatan dari dia.

Masa contraction yang kuat, baju kemeja kesayangan dia memang aku tarik-tarik dah. Tak peduli dah kesayangan ke apa. Yang aku tahu, aku sakit dan kemeja dia adalah tempat untuk aku meluahkan rasa sakit tu. Terjerut sikit la leher dia sebab aku tarik dekat bahu dan kolar baju. Hehe. Sian laki aku.

Pukul 5 petang sampai ke malam memang contraction tahap petala punya tak hengat. Ya Allah, aku dah mengerang dan menahan macam apa dah. Tak sangka pulak sampai macam tu sekali sakitnya contraction tu. Suami aku jelah nampak penderitaan aku tu. Saat tu barulah tahu macam mana siksanya nak beranak ni. Macam mana mama dok menahan nak beranakkan aku. Pinggang aku masa tu macam kena gelek dengan buldozer (tak tahu eja) rasanya. Suami pun tatau nak buat apa dah. Dia just cakap sayang kuat, sayang boleh… Tapiiii yang peliknya aku tak ada lah menangis sangat. Kuar air mata manja je. Sikit2 tu. Pelik la jugak. Kuat gak aku ni ye. Hehehe..

Owh untuk pengetahuan, aku tak amik epidural pun. Aku memang berazam tak nak amik epidural. Orang kata kesannya bila dah tua nanti akan sakit belakang. Lagipun aku nak rasa sendiri macam mana rasa sakit contraction tu. Sakittt woooooo..semacam menyesal tak amik epidural pun ada.. Hehe. Yang bagusnya, nurse KPJ pun tak tanya aku nak amik epidural ke tak. Kalau dorang tanya time aku sakit ritu confirm aku angguk laju2. Hehe. Dorang just bagi gas untuk sedut je untuk kurangkan sakit tu. Memula tu ok la. Lepas2 tu aku tak rasa pun perbezaannya. Abang aku sebelum tu ada ajar cara sedut dia sebab dulu dia keje company yang jual alat2 perubatan ni. Aku tak tahulah aku yang salah teknik ke mesin gas tu yang tak berfungsi. Yang pasti gas tu buat aku laloq nak tido tapi dorang tak bagi aku tido. Acane tu. Huhu. Aku rasa khayal yang amat. Agaknya orang yang isap dadah tu rasa macam aku rasa tu kot. Hehe..

 Aku dah menahan contraction hampir 6 jam. Masuk maghrib aku dah cakap kat nurse aku tak tahan aku nak berak. Aku dah banyak kali meneran dah sebelum tu tapi nurse suruh aku tahan tahan tahan. Tahan hek dia la.. Aku nak berak kot. Adoiyaiii.. Nurse seluk pepet dia kata dah buka 8cm.. Dorang dah get ready dah untuk sambut baby aku tapi aku tak boleh lagi meneran masa tu. Tunggu doctor datang satu hal lagi. Seksa tau tak. Ko nak berak tapi orang tak bagi.. Hishhh..

Bila doctor sampai, aku memang dah siap sedia sangat nak teran. Aku tak fikir apa dah masa tu. Fikir nak berak je. Kaki aku di angkat dan suami aku kat sebelah dah ready untuk bertarung bersama-sama dengan aku. Bila dorang suruh push je, aku push sekuat hati tapi nafas aku ni pendek. Tak boleh nak push lama-lama. Bukan main lagi dalam bilik tu. Rasa ada 3 orang nurse dengan aku tapi riuhnya aku rasa 10 orang. Hehe. Doctor pun sama-sama dengan nurse tu sorak suruh push. Dialog dia aku ingat lagi..

"haaa push2!!.pandaiiiii push lagi..sikit lagi kepala baby dah nampak..bagus2 push lagiii!!!"

Hahaha.. ha tu la dia. Aku rasa dialog tu semua sama je kot dalam mana-mana labour room. Hehe.

Akhirnya selepas push selama 10 minit, pada 1/9/2014 tepat jam 8.26pm aku selamat melahirkan puteri kesayangan dengan berat 2.52kg secara normal. Alhamdulillah.. Berakhir sudah seksa contraction dan meneran.

Berat anak aku agak mengejutkan bagi aku sebab last scan berat dia 2.9kg. Ingat bila beranak jadi 3kg. Patutlah senang je nak keluarkan dia. Hehe.. xpelah janji dia sehat..


Hasil daripada keluarkan dia, aku dapat banyak jahitan. Masa tengah menjahit tu, doctor macam seriau siap cakap kuat "long and deep!" hahaha.. Panjang woo jahitan aku. Berapa jahitan aku tatau. Takut nak tanya sebab lama jugak lah aku mengangkang lepas meneran tu. Doc siap angkat kaki letak atas katil lagi. Punya payah nak menjahit tu. Hehe.. Deep tu nurse kata mungkin sebab aku teran kuat sebelum masanya tadi. Dah la long and deep pastu koyaknya bukan lurus. Bengkang bengkok. Tu yang lagi buat doc payah nak jahit. Huhu. Agak seksa aku lepas2 tu. Nak buat apa semua payah. Macam beranak C-zser pulak rasa. Huhu..

Dalam tengah menjahit tu, aku sebenarnya tengah mamai dan penat. Terdengarlah borak2 antara nurse ni sambil2 dorang cuci aku. Dorang katalah aku bagus tak amik epidural. Dah la anak pertama tapi tak amik epidural. Bla3 macam2 la dorang puji aku. Hikhikhik. Hari yang sama, hanya aku dan sorang lagi bakal ibu je yang tak amik epidural untuk kelahiran pertama. Kira susah la kot dorang nak tengok orang tak amik epidural ni. Dalam dorang cakap pasal epi tu barulah aku terfikir napelah aku tak amik masa tengah sakit giler tadi. Hehehe..

Papepun, Doc dengan nurse KPJ Kajang memang best! Selama aku berurusan dengan dorang sebagai patient, tak ada pun rasa kecewa. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Anak kedua boleh lah kot nak beranak lagi kat sana. Hehe.

Jom layan gambar pulak..

Nak tayang gak ni. Terjahan makanan favourite sebelum pergi hospital
Single labour room. Payah sikit nak dengar orang lain menjerit. Kurang sikit cuak..
Suami tercinta.. Peneman setia

Finally, Alhamdulillah after 9 months pregnancy, lahirlah our precious baby girl.
ALYA NUR NAZIHA ^_^

P/S: Sebarang typo atau kesalahan ayat harap diabaikan ye. Malas nak baca semula and edit. Hehe




1 manusia baik:

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)