Thursday, September 15, 2011

Hati kau, Aku punya!

0


Assalamualaikum.. 

Semalam aku check dgn kak bisha, akak HR opis aku. Cuti aku masih berbaki lagi. Oleh itu dengan senang hatinya aku apply cuti half day hari ini. Bos aku bising macam biasa. Baru cuti raya mahu cuti lagi ke? dan aku macam biasa. Sengih dan tadah telinga. =D

Turun ke KL semata-mata untuk berjumpa dia. Actually ada urusan bersama dia tapi ambil kesempatan sekali untuk berdating lah. Walaupun sekejap tapi tetap bermakna. Ecewah!

Aku ada mahu setelkan urusan bank. Macam biasa kena isi itu dan ini. Form tu minta nama lain yg bukan duduk serumah. Aku letak je la nama dia. Bila tang relationship akak tu boleh bantai letak fiance. haha. Apakah??. Aku pandang muka dia. Dia pandang muka aku dan dengan slumbernya akak tu kata coming soon kan. 

Aku telah terfoward sikit cerita ke depan. Rewind sikit..

Aku memang berjanji dengan dia hari ni tapi kami tak berjanji mahu pakai baju dan warna apa. Aku dengan gaya santai dan simple - jeans, t-shirt merah, tudung malas kaler itam dan selipar rock kaler itam - ditambah dengan muka 100% tanpa make up. just letak lip balm untuk tak nampak pucat sangat.. gaya paling sempoi yang pernah aku pakai untuk dating. dan itu lah aku. 

Dia - jeans, t-shirt kolar kaler merah dan selipar. Simple tapi aku suka. Tapi bukan tu yang aku nak tekankan. Aku nak tekankan kaler baju kitorg. Pada orang lain maybe kata kebetulan tapi bagi aku, itu sehati sejiwa. =)

Seumur hidup aku,

Dia sorang je kata aku cantik dan comel bila aku pakai pegi dating macam tu. Dipesannya lain kali pakai macam tu kalau keluar dengan dia. Dia suka. Dengan muka tak make up, pakai T-shirt biasa yang aku rasa macam nak lusuh dah. Itu pun dia kata cantik. - Menarik -

Dia sorang je lelaki yang tatap muka aku tanpa jemu. Aku tengah makan, aku tengah membebel. Di pandangnya sampai aku naik segan. - Dihargai-

Dia sorang je lelaki yang slumber cakap dekat orang (kenal atau tak kenal) pasal nak kahwin dengan aku. Menunjukkan macam dia bangga ber'relationship' dengan aku yang tak ada apa2 ni. - Yakin -

Dia sorang je lelaki yang kalo berjalan pegang tangan aku tak lepas melainkan kalo aku yang lepaskan. Macam takut aku lari je.huhu. - Disayangi -



Orang kata, bersamalah dengan lelaki yang sayang kita lebih dari kita sayang dia. Alhamdulillah, rasanya aku dah jumpa. Biarlah dia tak sempurna di mata orang lain asalkan dia sempurna di mata aku. Biarlah dia kurang harta tapi kaya dengan kasih sayang. 

Tak banyak yang aku mintak. Moga disatukan hati aku dan dia. Dijodohkan kami berdua dan elakkan kami dari fitnah dan hasutan yang boleh rosakkan hubungan kami.

InsyaAllah kalau ada jodoh aku dengan dia, Allah permudahkan perjalanan hubungan aku dan dia. Family aku dengan dia pun dah restu. 

Betullah kata orang. Allah kurniakan aku dengan pasangan yang salah sebelum ni dan gantikan dengan orang yang lebih baik. Allah ketemukan aku dengan pasangan yang salah sebelum ni supaya aku belajar lebih menghargai. Alhamdulillah..

Semua orang ada pasangan masing- masing. Lambat dan cepat itu urusan-Nya. Sabar itu yang penting.

Aku tak tahu lagu ni ada kene mengena tak tapi aku suka..huhu



0 manusia baik: