Tuesday, March 25, 2014

Pregnancy: Kite dah ngandung 4 bulan!!

0

Bismillah

Assalamualaikum

Sabtu lepas genaplah 4 bulan kandungan aku. 16 minggu sama dengan 4 bulan kan? Kot2 la kalau aku salah kira.

Masa kandungan 15 minggu lebih, aku bawak hubby pergi scan baby. Sepatutnya aku ada checkup 1st April ni tapi macam lambat je lagi kan. So, kita pergilah klinik biasa dulu untuk scan suka-suka. Lagipun hubby tak pernah tengok lagi anaknya. Tengok dekat gambar yang dah di print je.

Pergi klinik biasa saje dekat Puchong. Namanya aku tak ingat la pulak. Azilin ke Azlin. Gitulah. Masuk-masuk bilik doctor tengok doctor macam garang je. Doctor perempuan. Muka ketat. Tanya serius. Aku dengan hubby rasa macam tak best je. Tapi lepas beberapa minit, eh3 mesra la pulak doctor ni. Takde lah teruk sangat. 1st impression memang penting tapi pepatah ni pun jangan lupa – “don’t judge the books by its cover”.

Bila dah mesra, aku kene marah pulak dengan doctor. Aku mengadu la dekat doc aku kerap sakit kepala sejak dari awal mengandung sampai la sekarang. Lepas tu doc tanya pasal jadual makan aku.

Breakfast             - 8:30am
Lunch                    - 12:30pm
Dinner                  - 6:30pm

In between Antara lunch dengan dinner tu adalah aku makan biskut ke apa tapi selepas dinner memang aku tak makan apa-apa.

Terus kena marah dengan doc.

“You know how many hours your baby starving? 14 hours tau. Kesian your baby”

Huhu.

Membebel la lagi doc kata baby dapat energy and everything untuk development dia daripada makanan si ibu. Ibu tak boleh ikut perut sendiri la apa lah. You dah ada baby semua bla3…

Ok. My bad.

Aku memang tak rasa lapar lepas dinner. So aku rasa ok lah. Rupa-rupanya teruk apa aku  buat. Kesian baby aku. Huhuu

Doc kata itu boleh jadi penyebab kenapa aku pening. Perut kosong dan angin. So, start daripada haritu, pukul 9 malam aku makan lagi. Tak kesah la makan apa asal aku makan. Alhamdulillah kurang la sakit kepala aku.

Lepas kena bebel doc ajak scan. Waaaaaaaaa nak nangis!! Aku and hubby nampak baby gerak2, menggeliat and angkat kaki tangan semua. Aku pun 1st time tengok baby gerak ni. Masa checkup dekat KKM, doc tak tala mesin scan tu kat aku. So, aku tak nampak apa dia scan. So bila tengok baby gerak tu, aku jadi excited gilerrrr.. Hahaha. Tak sangka.

Hubby? Jangan cakap lah. Dia kalau boleh nak melompat and menjerit dekat situ tapi sebab doc ade, terpaksa behave. Hhahaha!

Seronok aku tengok hubby excited macam tu. Alhamdulillah aku dapat bagi dia zuriat awal pada perkahwinan kami baru nak menjangkau 5 bulan. Memang harapan dia nak anak cepat. Aku follow je. Hehehe

Alhamdulillah baby sihat dan normal. Harapan aku baby sihat dan normal sampai saat dia nak melihat dunia. Tanpa ada sebarang complication dan benda buruk. Baby aku kuat. Aku tahu. In Sha Allah dia baik2 je dalam perut aku.

Aku dah start pakai baju mengandung. Perut dah besar. Kain seluar semua dah tak muat dekat pinggul. Semua dah ketat. Baju kurung pun semua just boleh zip separuh je. Huhu. Baju mengandung tak shopping lagi. Yang aku pakai pun sedekah kak2 ipar aku. Itupun banyak aku tak berkenan lah. Nak kena jugak beli sehelai dua. Huhu Ahad ni nak ajak hubby shopping. Tak kira…..

Ok lah. Itu je nak cite pasal kandungan aku. Sama je macam 1st timer bakal-bakal ibu yang lain. Perut tak rasa lagi pergerakan baby time ni. Lagipun perut aku jenis tebal gak. Tebal dengan lemak. Huhuhu.

malas nak rotate. mase ni kandungan 8 minggu. dah nampak degupan jantung ^_^
Scan masa kandungan 13 minggu lebih. Masa ni checkup dkt kkm. 

Ok. nanti kalau ada kerajinan update lagi. Buhbye!


0 manusia baik: