Friday, March 29, 2013

Medium Chat yang banyak sekarang -- saya up toooo date.

0


Bismillah.

Assaalamualaikum.

Sekarang ni macam2 la kan medium untuk chat yang boleh download. Dulu aku kenal Whatsapp je bila start pakai telefon pintar ni. Tapi sekarang dah tumbuh bagaikan cendawaaannnnn.



Ini salah satunya. WeChat. Sekarang siap dah ada iklan kat TV lagi. Aku suka jugak main ni sebab 
boleh mendendangkan suara merduku. Keh3.

Yang ada tanda (((( tu, tu lah tandanya kita boleh mendendangkan suara.

Conversation hampeh.
Group geng lepak aku ada dekat semua medium ni.
Whatapps, WeChat, Line..
Habaq mai ja..


Ini pulak semua orang tahu. Whatsapp. Walaupun dah macam2 ada sekarang, whatsapp tetap menjadi pilihan utama.


Yang ni aku br signup. Ini hanya video semata-mata. Tujuan aku buat ni untuk stalk artis2. hahaha. Stalker yang bizibodi.

Ini pulak Line. Line ni pun macam WeChat jugak. Boleh  mendendangkan suara tapi extra dia sebab dia ada sticker yang comei2


Okai. Tu je aku nak mengomel. Nak menunjukkan betapa updatenya aku. *Puii2 Haktuii*

5 dalam 1

0

Bismillah.

Assalamualaikum.

Hari ini just a random talking.

1. Aku ni bukan rajin punya orang nak berblog walking mencari follower. Sebab tu follower aku 3 orang je. Serius aku memang pemalas punya orang kalau bab tu tapi kalau orang follow aku, aku akan follow orang tu dan akan jadi rajin. So, aku akan letak dorang dalam blog list tittle "AKU SUKA' tu. Hik. Tapi aku tahu ramai yang mengintai blog aku sebab no. si pengintai tu sentiasa naik. Takpelah. Mahu stalk saje boleh. Aku pun menulis dalam blog ni hanya untuk kepuasan diri sendiri. Aku tulis, aku baca sendirik. hehehe. Tarak kesah punya.

2. Tiba-tiba semangat mahu kembali belajar membuak-buak la. Teringin pulak nak buat assignment balik walaupun aku ni pemalas punya orang. *semua benda aku malas. pffttt*. Tengok lah. Mungkin lepas kahwin akan difikirkan semula. Tapi boleh tak, tak nak ambil master? Nak amik 2nd degree. Ermm..

3. Mama dan abah nak buat kenduri dekat dewan pulak. Ingat nak simple tapi bila involve dewan terasa macam dah jadi gah dah majlis tu. Ermmm. Apa pun, cadangan parent tak boleh nak bantah sesuka hati.

4. Hari ini hari last pada satu-satunya teman gosip aku dekat office ni. Keseorangan dan kesepianlah aku dibuatnya. Ada pengganti tapi mana nak sama dengan orang yang kita dah biasa kan. Baru kenal 5 bulan tapi rasa macam dah kenal bertahun-tahun sebab akak tu rajin bercerita. I will miss u Kak Diyana. Dah la anak comel. *tak ada kena mengena*.

5. Aku makin gemuk.

Ok. Bai.

Wednesday, March 20, 2013

Jom Mengundi PRU13!!

0

Bismillah.

Assalamualaikum.

Dah dekat pilihanraya ni kan, aku nak share la something dekat sini. Copy paste dr facebook.



PROF DR MUHAYA : MENGAPA PERLU MENGUNDI ?

Soalan :

"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya,dalam politik semuanya sama. Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira politik kampus, mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"

Jawapan Prof Dr Muhaya :

"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.

Politik islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global.." 

Dipetik dari Buku "PELAJAR BERTANYA PROF. DR.MUHAYA MENJAWAB"


Kesimpulannya di sini, walau benci mana pun. Walau tak suka mana pun kamu pada politik, tapi bila dah jadi tanggungjawab kita, kita wajib laksanakan. Undi kita bukanlah untuk sape2. Undi kita adalah untuk kita dan anak cucu kita. Untuk masa depan.

Abang aku ada cakap dan aku pun pernah jugak nampak kata2 ni dalam facebook tapi nak mencari balik tu malas.

"Orang yang tak ambil tahu pasal politik dan tak pergi mengundi adalah orang paling bodoh sekali dan tak ada semangat patriotisme yakni semangat cintakan agama, bangsa dan negara".

Dan aku setuju sangat ayat tu. Aku pelik lah pada orang2 yang tak ada sifat patriotisme dalam diri diorang. Sangat2 pelik. Tak sayang ke ha? Ini negara kau. Ber'IC' kan Malaysia. Lahir di Malaysia. Apa semua di Malaysia. Dapat pelbagai bantuan dari kerajaan tapi tak ada sifat sayang pada negara. Aku betul2 pelik. 

Dan aku terfikir. Kalau tiba2 Malaysia diserang *bukan mendoakan ye*, adakah dia akan bangkit untuk mempertahankan negara atau hanya duduk diam sambil makan keropok lekor atau lari dari Malaysia. Dan aku yakin orang macam ni akan lari dulu selamatkan diri sendiri. *sellfish!*

Sangat malu. Malu pada mereka yang sedemikian. 

Alhamdulillah aku dah mendaftar untuk mengundi. Hanya menunggu tarikh mengundi dan akan dengan semangatnya untuk pergi mengundi buat pertama kali pada usia 25 tahun. Mungkin menjadi anak pada bekas ahli politik membuatkan aku sedar tanggungjawab aku pada negara dan pada anak cucu cicit aku nanti. Satu undi memainkan peranan yang sangat besar pada hidup korang tau. 

Undi aku adalah tetap. In Sha Allah tanpa keraguan. Pada sape2 yang ada keraguan korang pergilah buat istikharah. Mana yang terbaik Allah akan tunjukkan. In Sha Allah.

So, mari sama2 kita mengundi ok. :)


Monday, March 18, 2013

Maafkan aku teman

0

Bismillah

Assalamualaikum.

Firstly, nak minta maaf dekat teman-teman lepak aku *macam diorang baca* sebab within 6 ke 7 bulan ni aku terpaksa mengurangkan sesi lepak aku bersama korang. Aku nak kumpul duit banyak bulan2. Oleh sebab itu aku terpaksa mengorbankan bahagian duit entertainment untuk simpanan. Harap korang paham ye.

Almaklumlah, duit gaji aku cukup seadanya. Tak kurang tak lebih dan aku ada banyak komitment aku kena dahulukan selain enjoy. So, aku dalam fasa untuk mengumpulkan duit untuk membeli barang barangan. Sekarang ni la baru sibuk nak kumpul duit. Sebelum ni tak boleh nak kumpul. Lagi la cukup2 makan sahaja sampai tak ada peruntukan untuk simpanan. Biasalah, aku bukan amik degree profesional. Hanya degree business sahaja. Alhamdulillah.

Aku berkemungkinan akan menjadi seperti kawan kita lagi sorang tu tapi alasan kami berbeza tapi mungkin alasan aku kukuh lagi la kot. Hehe. Harap korang paham la ye. Korang akan lebih paham pabila korang berada pada fasa aku sekarang. Tapi jangan risau.. Kalau ada bajet lebih, korang xyah ajak aku. Aku yang akan ajak korang nanti ek.

Dengan yakin aku pasti satu-satunya jejaka hampeh dalam geng lepak ni akan mengeluarkan statement2 yang mendidih sebab mamat tu mana penah paham. So, start dari hari ni, aku bersedia redha dan pasrah untuk menghadapi terjahan dia. Doakan.

Ini hanya untuk sementara. Lepas aku dah selamat mendirikan apa yang wajib *In Sha Allah. Doakan*, dan laki aku pergi bekerja, dengan izin dia aku cari time balik lepak dengan korang ye. Tapi mungkin tade lah buat kerja gile ye. Paham2 la. Aku dah makin berusia *xnk ngaku.iskh :( *.

Korang jangan marah2 aku ye nanti. Kasihanilah daku insan yang lemah lembut *sangat~* ini.

Tata korang.

xoxo
kawan korang yg comel.

Friday, March 8, 2013

Funny Frens #1

2

Bismillah.

Assalamualaikum dan hai lagi!!! *lambai laju400x!!*

Haha. Amik kau dua cerita satu hari. Gigih aku hari ni kan padahal keje belambak depan mata ni. Tapi disebabkan aku tak boleh nak simpan sorang2, aku nak share juga benda ni dekat blog. Biar jadi kenangan di usia tua dan gelak balik sorang2. hehehe


Wahahaha. Memang lawak member aku sorang ni. Aku tak tahu pulak tahap kebluran dia tu adalah berada di tahap yang kritikal hari ni. Inilah akibat pengaruh dadah yang kuat. aahahah!

Ini akan dijadikan sebagai topic bahan nanti ye kawan. hahaha. U mess with me siap siaga lah ekau. hahaha! *gelak jahat*.

Aku rasa aku nak simpan atau capture la benda2 macam ni pastu post kat blog ke mana ke. Untuk bahan bukti dan bahan keriangan ketika bosan. Boleh baca balik kan. hahaha. I like my new idea! So, kawan2 aku diluar sana. Berhati-hatiiii..Ada yang memerhatiiiiii.. hahaha

Chow!

Sudah kantoikah??

0

Bismillah.

Assalamualaikum n hai!! *sambil lambai2 tangan*

Aku khenn tetiba dapat rasakan yang En. Tunang ada baca blog aku ler.. Camne ek? I segannn.. hehehe. Sebabkan.. I konfius laa. Kan aku ada post entry pasal independent blah3 kan. Ermm..(sambil garu dagu) tetiba pagi ni dia bgtahu dia pun independent gak bla3.

Adalah dialog dia. Malas pulak aku nak memikir balik apa dia cakap. Aku tengah sibuk fikir ni samada betul ke dia ada baca blog ni. Nak tanya depan2 I tak sanggup. hehehe.

Abang! (tetiba nada marah) abang baca ek blog ni?? Baik ngaku! Cepat!! huuhuhu.


Thursday, March 7, 2013

Bride to be #2

0

Bismillah..

Assalamualaikum u olllsss!

Semalam I dapat call dari En. Tunang. Kapal dia tengah angker katanya. Sebab tu ada line dan boleh call.  Aku tak tahulah angker ke anchor. I tak berapa nak tahu dengan kapal-kapal besar laut punya istilah ni. En. Tunang terang pun I blur3. Last2 kalau nak cakap pasal kapal lebih2 mesti dia cakap "Tak payah cakaplah. Ayang bukan paham pun". Ceeeehhhh. sentap mak tau! Fine!

So, dah dapat peluang call lama sikit tu apa lagi kan. We all cakap la pasal benda nak kawen ni. Kalau u allls tengok dekat sebelah kanan ni lagi 7 bulan lebih je kan. Laaa kejap je dan aku still duduk relax tak buat apa dah. Bajet pelamin dengan baju dah booked dah kira ok kan. Last2 I kena marah dengan En. Tunang. huhuhu. Aku kan suka buat kerja last minit. Bila dah last minit tu I gelabah la sikit. Pastu mulalah meluahkan perasaan resah gelish gundah gulana tu kat dia. Contoh masa tunang aritu la kan. Last2 dia bangkitkan pulak semalam. Hampeh betul. So, bila dah kena tembak, haruslah kita bergerak ye. Kalau tak nanti dia tanya lagi aku tak tahu nak cakap apa. Mulut ni tak reti nak bercakap bohong kalau dengan En. Tunang. Melawan tuan tau!

Jadi, untuk langkah yang pertama, aku kena fikir design baju untuk majlis sebelah lelaki. Pak Cik Tunang tu (bila geram kita panggil pak cik ye.) dia pergi ambil package baju baru pulak. So, satu kerja I nak fikir design baju apa yang nak suruh tailor sana jahitkan. Tak suka tau sebab pening kepala dan tak tahu nak yang macam mana. huhu boleh tak macam tu? Tapi aku suka yang simple je. Macam belah aku dia dress biasa je. I like. So, fikir balik takkan belah dia nak dress biasa jugak kan. Ermm.. fikir fikir fikir!!

Ok. ni antara baju yang aku sempat google jap tadi ni. Kira yang bawah ni jenis baju simple yang aku like.  Aku tak bape minat kerawang2 yang over dekat baju. Nampak macam...entah! Serabut la aku tengok.

 Aku suka design baju ni. Tapi aku tak suka yang meleret leret kat belakang tu. Buatnya tersadung. Tak ke malu I nanti. hehe.Mungkin sebab kaler mustard ni nampak sweet je kan. Sebab tu aku rasa baju ni lawa. haha. But this is not my 1st choice la.

 Ermm. Baju ni pun sweet gak. Sopan je kan. Tapi too simple lak. Pape pun cutting macam ni yang I nak.

 Haa. aku suka bahagian bawah yang beralun-alun tu. Nampak sweet macam gula kapas kan? Tapi tak suka dekat bahagian leher dia tu. Aku tengok je tetiba aku rasa leher aku gatal.

 Ok. yang ni aku rasa 1 of my feveret. Sila tengok yang paling kanan tu kan. Design simple and less kerawang. Tapi I tak suka tang tetek dia tu. 

Penat aku cari yang betul2 dengan apa yang aku nak tapi tak jumpa la. Ke aku yang tak reti cari kat google search tu. huhu. Pape pun dapat gak kan idea baju macam mane yang aku nak kan? Aku rasa belah lelaki pun aku pakai dress biasa jugak. hehe. Fyi, I tak suka songket. tq

Untuk langkah yang seterusnya, aku kena fikirkan pasal

1. Photographer dengan videographer - Ni aku dah aim dah tapi tak buat confirmation lagi sebab Pak Cik tu suruh aku tunggu dia balik pulak. Kalau minat book untuk majlis bertandang sekali. Pic dengan video dia yang aku tengok dekat Fb is nice. Disebabkan aku malas nak pening2 kepala, aku rasa aku akan pilih yang aku dah aim ni. Harap2 date aku tu dia tak ada job dan harap2 Pak Cik tu balik cepat. huhu.

2. Kad kahwin - Mula2 mama nak order dekat Indon, tapi bila fikir balik kelecehan yang akan berlaku, aku suruh mama order kat sini ni. Belum tempah lagi lah tapi ni pun aku dah aim kedai mana. Area dekat2 Bandar Puteri, Puchong sana. Sekarang ni tengah nak cari masa free je nak pegi.

3. Baju Nikah - Ni pun aku pening kepala design apa yang aku nak. Ni kita hold dulu. Mungkin tempah 2 atau 3 bulan sebelum nikah.

4. Doorgift - Pak Cik tu suruh aku cari doorgift cepat2 sebab dia kata benda kecil ni la yang lagi buat pening kepala. Pak Cik ni macam pernah kawen lak gayanya. Semalam marah2 suruh kita cari cepat. Nyampasss tau!. Yang ni aku tak tahu la nak macam mana!! Mak aku nak yang macam ni, Abah pulak lain. Akak2 aku pulak lain. Aku pulak jenis nak yang simple dan murah!. Semua tak setuju!!! I is stresssss tau!!. hahaha. Payah jugak tau ada adik beradik ramai ni. huhuhu. Nanti nak ajak akak aku gi Nilai lah! Pusing nilai sampai lebam!!

5. Barang2 hantaran - Ini nak beli time sale. Bila sale? Nak raya nanti. hehehe. Haruslah aku gagah nak menyoping time puasa nanti kannn..

6. Hiasan hantaran - Tengah mencari konsep macam mana nak buat. Ini I DIY ok. So, gigih membelek-belek majalah pengantin. Cari idea la konon... Bila dah dapat konsep baru kita giat mencari bunga2 palsu. Bunga palsu sajorkkk.

Itu jelah dalam kepala aku sekarang dan haruslah dimulakan start dari minggu ini! Kalau tak Pak Cik tu mengamuk lagi. Menyanyi je la kat telinga aku nanti. Nasiblah dapat tunang kuat bebel. Keh keh keh. ;p


Monday, March 4, 2013

Isu Lahad Datu bukan isu untuk dipolitikkan!

0

Bismillah.

Assalamualaikum..

Pagi Isnin yang indahkan? tapi penuh dengan kemalasan. Kui3. Lazy Monday is what people called. ;p

Sejak beberapa hari ni, kecoh dengan kisah Lahad Datu. Serius memang sedih dan tak sangka. Yang paling sayu when we fights among Muslim jugak. :(

Tapi ada sesuatu yang aku paling tak suka ialah benda yang tak patut dipolitikkan, diorang politikkan. What the hell is that? Please lah. It's not the right time to push your finger to someone else. I put my  middle finger in front of people yang politikkan semua ni. Contohnye macam orang macam ni


Sumber ni aku dapat dari page Beautifulnara. Orang2 macam ni la yang aku tunjuk jari tengah aku. Boleh tak kalau dia suruh orang2 lain untuk sama2 doa atau sedekahkan Al-Fatihah untuk pejuang2 negara yang tengah bermati-matian selamatkan Sabah dan mendoakan kesejahteraan Malaysia. Boleh tak?????!! Daripada mengapi-apikan orang macam ni. What the hell she is thinking? Ingat dia tahu semua ke?? Hei.. hati aku memang panas bila baca benda2 macam ni. Serupa la jugak kalau sekiranya orang itu penyokong UMNO/BN yang memperpolitikkan isu ni. Tak sesuai la Bro. Kita ni orang Islam. Sebaiknya sesama Islam menyokong sesama Islam. Bukannya jadi DAJAL!!..

Nauzubillah...

Dan jangan mempertikaikan apa2 jua tindakan anggota keselamatan negara dalam isu Lahad Datu. They are the expert. Not you. They know what they're doing. Kau jangan berkata-kata semacam kau hebat sangat. Kalau setakat hebat main game lepas tu sibuk nak mengata anggota keselamatan negara dalam menjalankan tugas dan strategi, baiklah kau berambus. 

Dalam fb juga ada yang mempertikaikan media2 masa yang kekurangan memberi liputan dalam isu ni. Well, dari opinion aku terhadap perkembangan dan pembacaan pada isu ni, aku rasa tak salah apa yang media buat iaitu mengurangkan liputan isu ini sebab orang2 sulu ada di Malaysia ni dan mungkin salah sorang adalah perisik. Kalau terlalu banyak pendedahan di media, ia mungkin boleh dijadikan idea kepada pihak Sulu untuk dijadikan strategi untuk menumpaskan anggota2 keselamatan kita. Boleh fikir kan? So, tak payah nak bising2 yang media tak mengambil berat la apa la. Mungkin ada sebab kenapa dorang macam tu. Lagi satu fikir lah. Lahad Datu adalah isu terhangat sekarang ni. Takkan dorang tak nak buat liputan tu secara besar-besarankan? Takkan lah dorang tak nak rating stesen tv dorang naikkan?? Tapi untuk keselamatan Sabah dan negara. Isu tersebut perlu dikurangkan liputannya. That' my opinion.

So di sini, tolonglah doakan mereka di Sabah. Itu saudara kita. :(

Al-Fatihah untuk pejuang yang telah syahid. Semoga mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. Amin


  

Friday, March 1, 2013

Aku anak bongsu tapi aku suka jadi orang yang independent!

0

Bismillah

Assalamualaikum..

Ini nak post/share something yang bermanfaat. Untuk kenangan diri sendiri. Coversation with my friends from KMM which is Kolej Matrikulasi Melaka. Senang cite. Kawan2 matrik aku lah. Just enjoy the reading and at the end I will conclude something.


















 Dah habis? ok. Ini just a few conversation yang aku prnt screen dan post here. Bukan semua ok. Aku ambil part yang penting sahaja which is aku rasa kita kena share. 

Ini bukan nak meriakkan diri or apa. Aku nak share siapa aku ni dan my opinion. 

First of all, abaikan yang aku ni anak Datuk. bila aku tulis 'fyi aku ni anak datuk', itu bukan bermaksud aku nak berlagak bagitahu aku ni anak datuk. Mostly my close frens tau aku ni anak sape. I just want to remind him. 

Perbualan tu bermula bila Anim tanya pasal kereta. She ask for opinion or something and lepas tu baru ada perbualan hangat which is interrupt by Ijat, bila dia 'agak' memperlekehkan kereta yang anim beli. Aku ni pantang sikit bila ada orang kondem orang lain dan bila ada orang kondem pasal barang buatan Malaysia. Yes, aku sekarang penuh dengan semangat patriotisme!Bila dah macam tu aku interrupt dan menyangkal Ijat dan menyokong anim. For short, Ijat kata kereta buatan Malaysia is bad!. Banyak dan cepat rosak walaupun tak sampai 5 tahun dan mula mention yang dia ada pakai 3 kereta proton kat umah n bla3. Aku bidas balik yang jangan terlalu mengkondem kereta Malaysia. Aku dan family aku pun pakai kereta Malaysia what. Blh je long lasting sampai 7-9 years. Tak ada masalah besar. Alhamdulillah. Act, dalam sesebuah pengeluaran, dorang akan mengeluarkan berpuluh2 ribu kereta dan mesti ada some of it yang 'bad apple'. Bukan je kereta Proton. Kereta lain pun ada jugak tak kena even baru je pakai. It depends on ur luck jugak la. Nasib kau la bila selalu dapat yang 'bad apple' tu. Then mula lah some of them cakap Ijat kaya boleh la beli kereta besar mewah bagai.. So, itulah permulaan dari conversation aku post kat ats tu.

Ini baru mukaddimah. Hehe. Panjang mukaddimah aku.

Sejak abah dapat gelaran Datuk masa aku form 1, aku tak pernah rasa yang aku ni anak Datuk dan aku tak suka orang tahu yang aku ni anak Datuk dan paling penting aku TAK PERNAH bgtahu sendiri yang aku ni anak Datuk. Bila orang tanya kamu ni anak sekian-sekian barulah aku mengiyakan. Dah memang betul kan! Takkan aku tak nak mengaku yang dia sebut tu bukan abah aku! Anak tak mengenang budi namanya tu. Aku lebih prefer untuk hidup low profile. Lebih senang untuk menjadi Nani yang sebenarnya.

Abah aku bukannya Datuk kaya. Bapak aku dapat pangkat Datuk daripada Agong masa tu Sultan Kedah rasanya disebabkan jasa dia. Bukan sebab abah aku businessman. So, abah tetap dapat duit dari hasil makan gaji dia. Alhamdulillah hidup kami memang sederhana tapi cukuplah kan. Nak apa lagi. Tapi memang aku mengaku la lepas abah dapat pangkat tu, hidup beransur lebih senang la tapi still bukan tahap mewah.

Assumption orang bila kau anak Datuk, kau anak kaya tu tak betul. Tak semua macam tu. Dari kecil mama dah didik aku tuk berjimat cermat. Membebel pasal duit semua ni. Mama ni memang jenis penyimpan dan jimat orangnya. Bukan dari golongan wanita yang suka boros tak tentu pasal. So, dari situ aku tak di ajar untuk berlagak kaya atau senang. Kalau aku belanja lebih sikit ke minta duit lebih sikit ke mulalah mama bising. hehe. Tapi aku paham lah kan. Anak 8. Semua nak pakai duit. Tapi baru sekaranglah aku paham. Masa kecil dulu hulur tangan je kerja. hehe

Bila aku beransur besar, dah masuk Uni, dah tau pasal nilai duit yang sebetul betulnya, barulah aku tahu betapa susahnya mama abah cari duit. So, masa tengah belajar tu aku nekad yang bila aku dah bekerja aku tak nak susahkan mama abah lagi dah. Tak nak mnta duit kat dorang dah. Biar aku pulak yang bagi mama abah.

Alhamdulillah, sejak aku kerja September 2010, memang aku tak minta duit dari mama abah cuma adalah satu dua keadaan yang memaksa diri aku tuk menadah tangan balik bila aku tak ada duit nak bayar road tax. Itupun aku minta izin mama untuk keluarkan sikit duit dari ASB. Mama bukakan aku ASB masa aku tengah study rasanya. Itupun aku malu nak minta direct dari tangan mama. Tapi dah sebab terpaksa kan. gaji ciput je. Simpanan memang out dah. Baru kerja dah pakai kereta. Maintainance lak tinggi. Adoi. Memang pening kepala time tu. 

Aku terpaksa beli kereta bila aku dapat gaji pertama aku. Sebab tempat kerja memang tak ada public transport. Bas pun tak masuk situ. So, I dont have choice. Gaji pertama aku dapat RM500 je. Habis bayar booked kereta dan aku terpaksa ambil full loan sebab tak ada duit nak bayar deposit. Ikutkan mama abah boleh je tolong nak bayarkan d/p tapi aku fikir dah la tu. Tak payah susahkan mama abah. Aku minta abang aku jadi penjamin dan minta pendapat semua and the rest aku buat dengan bantuan abang aku. Tak ada langsung libatkan mama abah. So, aku agak berbangga kat situ.

Aku start bagi duit dekat mama abah bila aku dapat 2nd job. Alhamdulillah gaji lebih dari dulu. So, dapatlah jugak aku peruntukkan sikit untuk bagi dorang. Walaupun tak banyak tapi aku puas bila tengok mama seronok sangat bila aku bagi. Aku nak nangis time tu dan sekarang pun mata tengah bergenang ni.

"Ma, adik tak dapat nak bagi banyak kat mama. Ini je yang adik mampu setakat ni"

"Tak apalah ni pun mama dah bersyukur sangat. Adik ada ke duit lagi? Tak bagi pun tak apa. Mama tak kesah. Nanti adik pula tak da duit nak makan"

"Ada. Pandailah adik. Ni adik dah asingkan untuk mama. Tak yah lah risau"

Mama still fikir lagi anak dia ada duit makan ke tidak. Tu yang buat aku sebak. Even sekarang bila aku bagi tiap2 bulan pun aku still rasa nak sebak sebab muka mama sangat! happy bila aku bagi duit. Itulah nikmatnya bila happykan mak ayah kan. Walaupun sikit tapi dorang tetap bahagia. In Sha Allah, walaupun aku bukan anak yang baik, tapi aku takkan lupa mama ngn abah.

Aku anak bongsu dan aku suka hidup independent. Aku tak suka terlalu bergantungan dengan orang dalam hidup ni. Dulu,

1. Umur 6 tahun aku dah berani jalan kaki sorang2 dari tadika ke rumah yang jaraknya hampir 2km sebab abang van mc. Sampai rumah Ustz, tadika tepon risau2 tanya aku kat mana. Hehe. Dah selamat sampai. Oh ye, masa tu aku demam ok. Sampai rumah tuam kepala dengan ais. hehe.

2. Umur 12 tahun aku dah belajar sendiri naik bas dan lrt balik rumah sebab malas nak tunggu kat ofis mama. Mama punyalah risau tapi sebab aku degil kan. Tawakl je. huhu. Akhirnya satu hari, aku pula yang ajar mama naik lrt.hehe

3. Form 1 atau 2 (tak ingat) aku naik ktm dan bas balik rumah. Aku follow akak senior tapi stesen lain2. Aku duduk asrama dekat Shah Alam. Rumah dekat Gombak. Sesat. Pastu aku tepon akak aku tanya stesen dan bas mana yang betul. hehe.Gamble jek.

Itu je la setakat ni. Banyak lagi yang aku buat, aku suka buat sendiri. Shopping pun kadang2 boleh pegi sorang. Senang cite, apa aku buat, atau apa aku nak buat, aku boleh buat sendiri tanpa ada orang teman and so onnnnn..

Kesimpulannya, eh, nak habis dah ye? hehe. Ok3. kesimpulannya,

1. Kau tak perlu jadi orang yang berlagak atau riak dengan status dan apa yang ada. Yang ada pangkat BAPAK kau. Bukan kau. Yang kaya BAPAK kau. Bukan kau.

2. Sentiasa menggembirakan mama abah dan jangan susahkan dorang. Ni untuk aku juga sebab aku ni suka degil. Suka peningkan kepala mama abah.

3. Wajib untuk belajar independent. Orang sekeliling kau tak selamanya kau boleh bergantung harap. Kau harus ada daya usaha untuk berdikari walaupun susah. Tak selamanya anak manja tu boleh jadi anak manja.

4. Sesuatu yang kau dapat dari hasil usaha kau lagi tinggi nilainya daripada kau dapat dari parent kau. Kau akan rasa puas dan kau akan bertambah yakin dengan diri kau. Itu apa yang aku dapat dan rasa. Dan aku bangga dengan diri sendiri!

5. Kau kena pandai jaga diri. Inpendent bermakna bergantung pada diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain. So, bila2 kau akan sorang2. Masa sorang2 tu la kau kena pandai jaga diri kau. Apa kau nak buat, terus ke depan. Jangan toleh kiri kanan.

6. Yakin dengan barang buatan Msia. Siapa lagi yang nak sapot kalau bukan orang Msia sendiri.

7. Eh banyak lagi lah. Pandai la buat kesimpulan sendiri.

Aku dah penat. Baru nak rasa penat bila berjela aku taip. hehe. Bye!