Wednesday, October 16, 2013

Wedding Review#1 - Kad Kahwin

2

Bismillah

Assalamualaikum

Aku sebenarnya dah tak sabar nak cerita pasal kad jemputan kahwin ni. Aci tak nak cerita sekarang sebab ramai sangat puji kad aku cantik, nice and simple. So, aku pun nak berkongsi la dengan korang mana aku tempah kad yang cantik, nice and simple ni. Hehehe

Ini adik angkat aku komen
Sebelum tu aku mula dengan sedikit mukaddimah dengan menceritakan perjalanan card hunting aku ni. Eceh!
Aku dah start buat card hunting ni awal. Rasenya dalam 5 4 bulan sebelum majlis kahwin aku nanti. Semangat nak kahwin kan. Haruslah berkobar-kobar nak menempah. Ekekek.. Mostly card hunting aku adalah melalui internet sahaja dengan bantuan en.google. Dan adalah sikit aku tanya dari sepupu sepapa serta orang terdekat mana nak cari kad yang murah.

Aku ni budget bride-to-be dan untuk kad ni aku tak beria sangat lah dari segi design ape semua tu sebab dari pemerhatian, kad kahwin ni orang surely akan buang lepas dah attend kenduri. So, nak fancy-fancy sangat tu bagi aku membazir. Lagipun surely mahal kan. Bajet aku maximum dalam 0.50 sen sahaja sekeping. Tapi kalau dapat lagi murah memang best ah.. Kedekut tak? Hehehe. Bajet yang aku letak tu pun aku dah rase mahal tapi sebab market sekarang kad memang mahal kan so kita letak lah tinggi sikit untuk puas hati.. Untuk design target aku biarlah kad tu simple dan nampak nice je. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Andd..ehem..no cartoon2.. Aku dah 25. Kartun2 tu rasa macam..ermm childish sangat lah..Minta maaf la pada yang tak setuju. Setiap orang ada taste masing2. Terpulang la kat korang jenis kad macam mana korang minat kan. Lagipun kad2 tu nanti akan diedarkan pada kawan2 mama abah yang ada dikalangan dorang VIP dan VVIP. Tak sesuaikan kalau nak bagi kartun2 semua ni?

Pendek kan cerita la ek.. Penat nak taip panjang2 ni. Mukaddimah pun dah panjang berjela.. hehe

Cari punya cari akhirnya akhirnya aku jumpa kad yang below 0.30sen.. Waaaaaaaa!! Sukenye I!!!!. Harga sebenar adalah 0.27sen sekeping. Murah tak? Murah tak????! Murah kan!! Bila aku bagitahu orang harga kad tu semua terkejut. Terkejut murah sangat. Hehe..

Actually harga adalah berdasarkan dari saiz kad tu. Ni aku senaraikan harga bedasarkan size.

Jenis : Art Card 260gsm
Free : Sampul Kosong


Harga untuk 1000 keping
harga untuk 1000pcs - lebih jimat
kad 4 x 6 single = 0.19 sen
kad 4 x 8 single = 0.23 sen
kad 4 x 6 2 fold = 0.27 sen
kad 3 x 8 2 fold = 0.29 sen
kad 4 x 8 2 fold = 0.39 sen
kad 4 x 8 3 fold = 0.59 sen
kad 6 x 6 2 fold = 0.55 sen
kad 6 x 8 2 fold = 0.69 sen
Harga untuk 500keping
harga untuk 500pcs
kad 4 x 6 single = 0.35 sen
kad 4 x 8 single = 0.39 sen
kad 4 x 6 2 fold = 0.49 sen
kad 3 x 8 2 fold = 0.50 sen
kad 4 x 8 2 fold = 0.65 sen
kad 4 x 8 3 fold = 0.95 sen


besar kad aku, yang paling atas no.3 dari kiri. *tak nampak tulisan*

Saiz kad aku adalah 4 x 6 2 fold ataupun 4x6 2 lipatan. So harganya dalam 0.27sen sahaja. Tak kecik sangat tak besar sangat.

Nak tahu mana? Aku tempah dekat Utusan Sehari. HQ terletak di Kajang ataupun sebelah Seksyen 7 Bandar Baru Bangi sahaja. Sangat dekat dengan rumah aku. 5 minit saje kalau naik kereta. Tak payah aku pergi jauh2 kan. Itu yang buat aku lagi teruja dan suka!

Kedai dia bukan je dekat Kajang tau. Dia ada jugak branch dan agent tempat lain. Kat bawah tu aku dah letak senarai lokasi. Korang boleh terjah la kat mana2 yang dekat dengan korang.



HQ UTUSAN SEHARI
NO 8G , JALAN PUTRA 4 ,
TAMAN PUTRA KAJANG ,
43000 SELANGOR.
OFFICE - 03 87404895
HP - 013 2864895
HP - 013 2884895

BRANCH KUALA LUMPUR
No 15 dan 16, Lorong Masjid Pakistan
Off Jln Hj Hussein, Kuala Lumpur
( Belakang Universiti Utara Kuala Lumpur )
OFFICE : 017-3435873@019-3999885
11PAGI HINGGA 800 MALAM

CAWANGAN UTUSAN SEHARI

TEAM TANJUNG KARANG , SELANGOR
Zuhaimi Bin Ismail
No2, Lot 18215,
Lorong Teratai Kanan,
Jalan Bomba, 45500, Tanjung karang
Tel : 010-3635313

TEAM SKUDAI, JOHOR
SNF RICHES ( sazli printing )
No 78, Jalan Pulasan 16,
Taman Kota Masai,
81700 Pasir Gudang, Johor
Tel : 012-7480448

TEAM KUALA TERENGGANU
Azlan Aziz Collection (FB)
1760 Jln Kamaruddin,
20400 Kuala Terengganu
Tel : 013-9136436

TEAM SARAWAK
Waza Wedding World
Falkuilti Seni Gunaan & Kreatif
Universiti Malaysia Srawak
94300 Kota Samarahan, Sarawak
FB : waza doorgift & craft
suhaiza 019 8744502

TEAM JALAN REKO
FB World Printing
Tel 012 7300156
Map ke utusan sehari,Kajang
Dorang bukan jual kad je tau. Ade benda2 lain jugak . Boleh la pergi dekat blog Utusan sehari untuk korang tengok apa lagi dia offer. I malas nak bagitahu. Hehe.  Ataupun kalau nak tengok design2 kad yang ada, boleh la pergi sini. Macam2 design ada. Yang modern, yang oldskool, yang kartun, yang cute, yang simple, yang nice, semuaaaa adaaa.. Design yang aku pilih pun ada jugeeee.. Oh ye.. dia pun ada FB juga. Sila taip Utusan Sehari di bahagian search FB. In Sha Allah jumpa.


Ini kad aku. Mungkin dalam ni tak berapa nak cantik sangat tapi kalau pegang dan belek depan2 mungkin korang jugak cakap cantik. Hahaha. Rambang mata jugak masa memilih tu sebab banyak sangat design tapi bila sekali aku nampak design yang ni memang aku tak pandang dah design yang lain. Design yang ni sangat menarik pada mata aku masa tu.

Ni bahagian dalam. Dalam pun simple saje. Aku nak nasihatkan korang, kalau tempah kad jangan tulis Bismillah dalam tu sebab orang akan buang kad tu nanti. Bismillah kan dengan nama Allah maksudnya. So, paham2 sendiri la ye. Itu opinion aku la sebab kad tu akan dipijak dan dibuang merata. So sangat tak best kan kalau disertakan dengan Bismillah.

Kad siap dalam masa 2 minggu sahaja. Lepas korang dah buat tempahan, dalam masa seminggu dia akan email draft untuk kita semak apa yang kurang dan lebih dalam kad. Pembetulan dibuat masa dia bagi draft tu. Memang menepati masa dorang ni. Lepas 2 minggu memang aku dapat msg suruh ambil kad. Tapi satu je la. Sampul aku tak cukup so aku kena datang balik kali kedua untuk ambil sampul sahaja. Takpelah sebab rumah pun dekat.

Over kan belum majlis lagi dah buat wedding review..Siap dah ada tajuk Wedding review#1 yang tak menahan tu. Hahaha.. Teruja nak cerita bila ramai kata kad tu cantik dan simple macam ni laaaa..Hehe.. Over kan? Aku memang mcm ni. Orang puji je memang cepat je jalannnn..

Eh cop.. Cousin aku nak kahwin bulan 3 ni.. Dia pun suruh bawak pergi Utusan Sehari. Murah kann.. Sape yang tak nak.. Hehe

K lah.. tu je kot pasal kad kahwin ni. Pape hal tanya je la eh..



2 manusia baik:

Unknown said...

cantek kad kahwin dorg buat..
pandai akak cari :)

KadKO

Unknown said...

Impressive! I really like this blog.
Thanks for giving this information…
Kad kahwin murah