Tuesday, December 18, 2012

Kenangan lama

0

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kawan matrix yang selalu hangout togeder geder..

Giler bila dah start imbau dolu2 pyer memory mcm ni la gamaknye.


 Siyes, bab someone dalam almari tu aku memang tak ingat. Sape la yg aku admire dulu. hahaha! Tapi bila dia sebut "imam" tu terus ting!!!!. hahaha! ye, aku suke jenis stok2 ustaz dan jejaka2 kaki surau sebab tu dulu masa matrix aku rajin p surau walaupun surau jauh okay dari kolej aku! hahaha!

Aku kan ade short memory problem. hehehe. bile bagi hint baru ingat. tang aku bagi buku tu pun aku tak hingat. ade ke?? hahaha!

Well, itu semua kenangan zaman berhingus. Sekarang dah 5 tahun sebenarnye dah tinggal zaman tu. Since 2007 okay! waaaahh kejap je dah 5 tahun. huhuhu. Semua masing2 banyak dah keje. dah tunang. dah kawen. dah beranak. dah segala galanye!

Ape pon, siyes rinduuuuu!!!


Thursday, December 13, 2012

Ingat orang keje kapal ni semua busuk ke?

0

Bismillah.

Assalamualaikum.

Orang: Bf/kawan keje ape? kat mane?
Aku: Keje bese2 je atas kapal.

Orang muda: Waaahhh kaya laa..banyak duit.
Orang tua: Tak pe ke kene tinggal?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Normal la bila orang tanya pasangan kite keje ape kat mane kan? tujuan mungkin sekadar nak amik tau atau nak membandingkan. Who's know. So, kita fikir yang positif saje ok.

Seringkali orang kaitkan keje kapal banyak duit n bla bla bla. Yes, memang tak dinafikan lah. Memang patut dapat banyak duit kalau kau keje separuh mati atas kapal tu. Time tak ada projek mungkin bolek relax sikit tapi bila ada projek, nak tido pun payah. Dan dorang memang compulsory to gain so much money bila keje tanpa insurans dan jaminan dari majikan. Yelah, kalau dah kapal mesti pergi belayar ke laut. Laut tu kite tak boleh nak predict tahap ketenangan dia macam mana. Tetiba nak mengganas pun boleh kan dan dengan kehadiran lanun2 lagi. Risiko tak risioknye keje kapal ni. Minta dijauhkan.

Anything you want, you must work harder. Itu lah orang2 kapal....

About kene tinggal. Dah biasa dah orang tanya macam ni. We both have been together almost 2 years. So banyak dah soalan2 berkenaan ni. Dan selalunya bila orang tanya tak takut or tak pe kene tinggal mesti ada hidden meaning disebalik soalan tu. Masuk tersirat yang dah paham sangat dah.

Tak takut ke dia main kayu 3. Buat perangai tak senonoh.

Well, the key is, trustworthy. If you trust your partner, soalan tu tak patut ditanya.

Sape la yang suka kene tinggal kan. Tapi demi untuk mencari rezeki, aku relakan juga. Niat dia baik dan selalu niat yang baik Allah tunjukkan dan permudahkan jalan tu. Alhamdulillah keje dia tak da sampai 6 - 12 bulan belayar tapi just 2 month. Sekarang ni masa cepat je berlalu. 2 bulan tu tengok dah nak habis dah. So, its not a big deal sangat.

As what I said, trustworthy tu sangat2 la penting in relationship. Mula2 dengan dia memang tak yakin. Dengan past experience yang sadis berkaitan pulak dengan pantang nampak pompuan kan, buat aku lagi makin risau lah. Tapi slowly, bila dah lama dengan dia and get to know him deep and better, kepercayaan pada dia semakin menebal. Apa yang buat aku yakin dengan dia?

1. Buka jenis kaki pompuan/suka nak pandang2 pompuan.
2. Dia menjaga solat dia.
3. Anything he do he will tell me even mende yang kecik2 sekalipun. Jujur
4. He is responsible towards his mother and family.
5. I know he love me. ;p

Lelaki yang sentiase ingat and bertanggunggjawab terhadap mak dia merupakan lelaki yang paling layak dijadikan suami dan In Sha Allah patut dipercayai.Plus dengan menjaga solat, Allah akan menjaga iman dia, akhlas dia dan hati dia dari terjebak dengan benda2 yang tak sepatutnya.

Sebenarnya, semua tu terpulang pada diri masing2 in how u control it. Pandai jaga diri, ingat asal usul, ingat Tuhan, ingat keluarga. In Sha Allah, datang segala godaan, kau boleh tepis. Berdoa juga senjata untuk mengawal diri dan nafsu tau.

So, pasal dia main kayu tiga tu, tak kesah pun. Kalau dah memang dia untuk aku, Allah permudahkan dan kalau bukan, Allah tunjukkan jalan. Aku dah set awal2, aku tak mau meraung mcm dulu. Macam orang tak ada iman sebab kecewa. Sekarang aku serah hati pada Allah kalau aku kecewa. Dia tahu jalan mana yang aku patut lalu. Aku letak redha dan pasrah aku 100% pada Dia sebab Dia tahu mana yang terbaik. Aku cuma usaha je supaya benda tu tak berlaku.

Semua orang memang mempunyai kitaran hidup yang sama tapi the way how we want it to be happen whether beautiful or ugly, it depends on us how to draw it.










Wednesday, December 12, 2012

Fiance to be #4

0

Bismillah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, persiapan dah mula buat past by part. Sekarang ni dah 50% setel.

Semalam baru sudah borong perhiasan untuk barang2 hantaran. Yang ni aku over budget tapi tak pe. memang sengaja pun sebab nanti boleh recycle balik guna untuk nikah nanti. especially yang tang raga2 tu. hehe. Just nanti ubah deco je lah.

Jenuh jugak lah dok membeli. Bila nampak yang tu tetiba image deco dalam kepala ubah pade image lain pastu nampak yang lain berubah pulak yang lain. Pusing kelapa. Last2 terduduk aku dekat tempat borong tu. Nasib baik dia pakai kapet. Bersih sikit la. hehe.

Ok. Tempat borongan adalah di Balakong. Nama kedai Fah Lean dengan Wang ape tah. Dekat Fah lean aku banyak beli barang2 hiasan tapi dekat Wang ape tah aku beli bakul/ raga atau ape je korg nak panggil. Kat Wang ape tah tu la aku rasa aku membazir lebih sikit sebab bakul dia memang quite expensive tapi kat situ banyak choice dan aku rasa apa aku beli cantik. bahaha!

Dekat Fah Lean ada juga bakul2 tu tapi banyak yg buat dari kayu. So, kayu memang lain tapi kalau yg buat dari rotan atau besi murah lagi la dari Wang ape tah. Aku tak mo kayu tapi kayu memang banyak choice la compared than other design/material.

Lagi satu, aku banyak borong bunga jgk. Aku pakai bunga fake je tapi cantik. hehe. Nak pakai real/fresh flower nanti dulu. Itu time nikah nanti.

Sekarang ni tak leh nak reveal lagi how my bakul/raga look alike. Tak sempat nak tangkap pic dan memang tak mahu pun lagi tangkap pictos. Nanti bila aku dah start memunggah segala macam baru aku reveal ok.

Sesape yang nak beli bahan2 deco untuk buat hantaran, boleh la pi kat Fah Lean tu. Google je. Yang Wang ape tah tu aku tak tahu la nama penuh dia tapi dia dekat sangat dengan Fah Lean. Tak susah pun nak cari. Nama penuh dia nanti aku tanya balik kazen aku sebab dia yang tukang guide. Harga kat Fah Lean bagi aku ok lah. Tapi mungkin ade yg lagi murah. Aku tak rajin nak mensurvey. So gi jela satu tempat tu. Malas nak fikir banyak. hehe