Tuesday, October 30, 2012

Fiance to be

0

Assalamualaikum,

Bila time nak taip opening word tu mesti serabut kepala otak. Konon nak choose mukaddimah yg seronok sikit. demn! memang tak lah. lagi serabut aku rase.

Sekarang aku tengah serabut mabuk pasal title atas tu. Fikir bajet. Fikir ape nak prepare. Fikir ape nak buat. Huarghhhh!! serabut!

Tu la.. nak tunang and kahwin sangat kannnn..

Haiyooo.. aktiviti kat office aku arini adalah menggoogle segala jenis mak nenek pasal tunang and aku still tak jumpa lagi site yg best. memandangkan bos2 tak ade arini, so itulah rasenye aktiviti aku sampai petang. hehehe.. ehh..akan jua diselang selikan dengan kerja ok. aku bukan makan gaji buta sebarangan tau.

Untuk sebahagian persiapan aku kene buat sendiri tanpa dibantu oleh encik bakal tunang memandangkan dia akan naik kapal harini. huhuhuhuhu =( sedey tau tapi nak buat mcm mane dah nature keje dia mcm tu. den berkorban aje la untuk ape saje. huuuuuuuuuu..sob3

Ape pun, selamat maju jaya. tunang sajo. tak payah nak mewah2 sangat. tunang kan memang tak patut dihebahkan dan dalam keadaan sederhana saje. yang penting kawen nanti. akan kuhebahkan satu donia. hehe..

Doakan saje jodoh aku dengan encik bakal tunang tu kekal sampai bila2 ye. ^_^


Thursday, October 11, 2012

New place!

0

Assalamualaikum..

Tak ada apa nak tulis tapi aku just nak show something.

tempat keje baru aku

Iyee.. aku dah tukar keje. lagi dekat dan lagi mencabar. 

Aku suka part yang lagi dekat tu. Kalau sebelum ni aku kene keluar rumah pukul 6.50am atau paling lambat pukul 7.15am tapi sekarang dengan senang hati sambil menari-nari aku keluar rumah pukul 8.30am. Start keje pukul 9.00am. Hehehehe.. Aku dapat melihat matahari lagi bila aku keluar dari rumah. hoho! Jangka masa yang diambil untuk ke tempat keje adalah 20 minit sajoooo..

Gumbira2!!

Aku ni kan pemalas orangnya. nak bangun awal pagi and siap2 gi keje adalah satu kemalasan yang tinggi. Ye aku tahu. Anak dara yang teruk. teruk2 aku pun ada gak orang nak kawen dengan aku tahun depan. hehehe. Terima kasih abang sebab terima kemalasan ayang ni. hoho~

Part yang best tak best adalah keje baru ni lagi complicated dan pening kepala dari yang sebelum ni. lain dari apa yang aku buat sebelum ni. tapi accept as cabaran yang akan aku gunakan untuk kelebihan future aku nanti. means aku ada banyak experience yang aku boleh demand nanti. not just satu benda je kan aku tahu. 

Best3!! 

Tapi tu lah. aku ni lembab. aku tak boleh kalau orang explain teori je kat aku. aku kene practickan sekali. practical is important you know and aku lebih banyak belajar bila aku buat silap. harap-harap la aku tak buat silap yang major. yang tu aku takut coz keje ni kalau buat silap yang major memang bungkusssssssss.

Apa2 pun, aku baru 2 minggu start keje baru dan harap aku boleh belajar dengan cepat. ini pun ngulor jap sebab bos tade. hehe.

Eh, dari tak tahu nak tulis apa tiba2 nak jadi karangan pendek pulak ye. well done nani! hehe

Salam,
Nani