Wednesday, November 27, 2013

Majlis Bertandang - 10th November 2013

0


Bismillah

Assalamualaikum

Kerajinan singgah kejap arini untuk mengizinkan aku bercerita pasal majlis bertandang pihak lelaki pulak. Lama kan baru nak datang. Tu pun dia singgah kejap je. Nanti hilang balik. Hewhewhew

Maafkan saya

Majlis bertandang diadakan di Ipoh yakni di rumah suamiku yang ensem itu pada 10th Nov 2013. Tapi majlis yang ni dorang buat di dewan disebabkan laluan kawasan perumahan yang kecik. Tak sesuai nak dirikan khemah dan buat majlis di situ. So merasa lah jugak aku kawen dekat dewan. Yeay!

En.suami dia pergi awal sikit daripada aku memandangkan dia banyak nak kena uruskan macam2 kat sana. Aku hari sabtu baru pergi ke Ipoh. Banyak drama masa nak pergi Ipoh ni. Nak cite satu2 tak sampai ati pulak. Kesian suamiku. Masa mula2 ramai adik badek aku tak confirm lagi nak tido sane sehari ke tidak so en.suami booked kan homestay satu sahaja. Bila last minit tu pakat semua nak datang awal jugak. Family aku ni ramai hokay. Satu homestay adalah tak cukup untuk sumbat semua. 3 generasi nak sumbat dalam satu rumah. Confirm sesak nafas!. So bersusah payah la en.suami nak cari homestay lagi satu yang berdekatan. Alhamdulillah nasib baik jumpa. Family aku ni bila banyak sangat kepala banyak pulak peel dia kan. Sabar je dia dok layan family aku. Terima kasih darling. ^_^

Itu cerita pasal homestay. Ini aku nak cerita pasal kasut pulak. Aku ni jenis econsave sikit. Masa dolu2 tu ingat beli lah kasut satu yang boleh  pakai untuk dua2 majlis. Bersanding dan bertandang. Tapi nak dijadikan cerita kannn, aku pun tak tahu lah ape nasib aku ari tu. Aku boleh pulak tertinggal kasut pengantin tu. Adoiyaiiiii.. Stressss aku masa tu. Dah la kat Ipoh kan. Mane la aku tau shopping mall dekat2 situ.

Tapi nasib baik lah masa pemergian ke Ipoh tu, aku di temani oleh dua orang body guard a.k.a bff aku. Dorang la dok teman aku melilau sana sini cari kasut baru. Nak nangis aku masa tu. Huhuhu. Aku bagitau kat en.suami, terus aku kena marah. en.suami kata selesaikan lah sendiri. Sendiri punya pasal. fyneeeee.. Aku tanya dia shopping mall mane dekat Ipoh tu. Nak pi cari sendiri ngan kengkawan. Sedih tauu. Last2 kitorg pergi Jusco. Nasib baik Ipoh tu bandar. Ada jugak lah Jusco kat sana. Kalau en.suami dok kawasan2 kampung mau nangis tak berlagu aku. Boleh jadi aku hanya pakai selipar yang aku bawak untuk bertandang nanti. Sedih lagi.. =(

Actually kes tinggal kasut tu bukannya apa. Hari nak bertolak tu ada krisis sikit pasal kereta ni. Pastu dok la tukar2 kereta. Bila dah main pindah2 barang, akhirnya tertinggal la kasut tu kat dalam kereta mana entah aku pun tatau. Maka,terjadilah tragedi kasut di bulan November.

teman setia

inilah kasut cinderalla yang tertinggal
kasut cinderella yang baru
Maaflah tak ada gambar kasut yang proper sikit. Ini je yang aku ada. OP pun tak amik gambar kasut aku rupanya. Ok fail di situ.

Hari ahad punya cerita kita layan dengan gambar sekali k =)

sesi makeup
berarak
masa berarak ni ada cerita sikit. Baju yang kitorg pakai ni actually di bawa dari Bangi. Aku lah tukang bawaknya tu. Nak dijadikan cerita aku lupa langsung2 nak tanya payung kat akak butik kat Bangi tu. Alkisahnya dah sampai kat dewan sibuk la pulak mencari payung. Jadinya dapat la payung gedabak macam tu. Hahaha. Adoi buat cacat gambar je. Laki aku dah marah betul kat aku tu tapi nak buat camne benda dah jadi kan. Teruskan aje berarak.

Makan beradab sedap owhh. Lebih2 ag tang cendol. Nak makan banyak tak boleh. Aku sebagai pengantin haruslah menunjukkan kesopanan dan ketatasusilaan semasa di meja beradab ye. Maka kempunan la aku di situ.

sesi potong kek
Aku ngan en.suami ni sebenarnya sama tinggi aje. Jenuh la dok mencari kasut yang tak bape tinggi sangat tu. en.suami pulak tak mo pakai tanjak masa majlis sini sebab masa sebelah aku dah pakai. Jadinya nampak la aku lagi gagah perkasa di situ bila berdiri sama2. Tak pelah..murah rezeki dapat suami comel2 ni. Hehehe

My BIG Family. Tak cukup korum nih

Ini bukan adek badek en.suami ye. Family en.suami kecil saje. Dua badek saje. So mereka2 ini adalah makcik pakcik dan sepupu sepapat en.suami. So close..

Aku disuruh OP untuk pusing ala2 princess masa outdoor photoshoot ni. Punyalah seksa. Dah la hujan renyai2 time ni pastu tanah jadi lembut kan. Tumit kasut aku tenggelam timbul tenggelam timbul je. Sakit kaki hakak dok menahan tumit tu daripada tenggelam !! 


Pastu sambung sini pulak. Kat sini barulah seronok aku nak main pusing2. Takdelah tenggelam timbul je kan. 


Ini lah pelamin dewan kitorg. Santek kan??!!

Ok. Gambar saje tak letak banyak sebab malas nak letak watermark. Ngeh3. 

Bye!!

Monday, November 18, 2013

Dah dapat soft copy dari OP!

0

Bismillah

Assalamualaikummmm..

Aku dah dapat soft copy gambar2 daripada OP. Total 2000++ termasuk bertandang. Oiiii gigih nak memilih ni oiii!!. Sebab musabab dapat soft copy awal adalah disebabkan kejadian masa tunang aritu. Untuk mengelakkan perkara yang sama terjadi lagi, aku request kat OP untuk pilih gambar yang nak diletakkan dalam album. Tak de lah telinga bernanah sebab dengar orang bising gambar ini tak kena gambar itu tak kena. Huhu

Sekarang masih dalam proses memilih. Nak tepek dalam ni?

Tunggu dulu. Masih dalam mood malas untuk tulis wedding review. Pengantin baru kheeennnn.. Kerja nak menempel je ngan laki I. hehehe.. Tunggu ye.. Nanti aku buat review..

Ok byeeeeee..

Wednesday, November 13, 2013

Reception Day - 2nd Nov 2013

0


Bismillah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah selesai dah majlis bertandang kat Ipoh pada hari Ahad lepas. One word --- LEGA!!!
Tak ada dah senyum palsu sampai krem mulut.. ;p

Ok. Aku tak mahu cerita pasal majlis bertandang lagi. Itu next entry. Hari ni just nak cerita pasal majlis reception dekat rumah aku. Kita formal sikit mukaddimah dia ye..

Majlis resepsi berlangsung di Kajang keesokkan harinya selepas hari nikah. Just a simple wedding ceremony bertema deepavali. Hehehe.. Aku sebenarnya kan masa pilih baju kaler merah mak ngah meletop ni, aku lupa hari tu hari deepavali. Bila orang dok cakap2 barulah teringat. Demn btol. Nak tarik balik baju memang tak boleh la kan. Marah pulak akak butik tu. Tak ada pulak aku baju kawen nanti. Huhuhu

ORANG: Merah baju..
AKU     : Aah..saje je pilih sebab nak ikut tema deepavali. 

Bila orang dok tanya pasal baju menyala aku tu, aku pun jawab je la gitu. hehehe.. Biarlah.. Aku suka hari tu jadi attraction. Bukan senang kan. Tema kaler memang caca merba. Aku tak ada planning pun tang warna. Apa yang aku rasa cantik, aku on je. Tapi yang penting, aku yang paling menyerlah!! mihahaha..

Family aku, aku suruh dorang pakai kaler kelabu, flower girl pulak pakai baju kaler navy blue. Scallop khemah aku suruh letak kaler putih saje. Pelamin pulak putih merah. Pelamin nanti aku buat review ye. Ada orang kata cantik.. hehehe.. Nampak tak caca merba kaler aku. Scallop saje letak kaler putih. Sebab pikir baju aku dah menyala. Nanti letak scallop berkaler kang macam lain pulak. So biarkan suci putih murni saje..

Yang bermaknanya majlis ni aku rasa, sebab Tun Mahathir sudi datang ke majlis aku. Dengan badan yang kurang kuat, dia gagahkan juga hadir jemputan abah aku. Alhamdulillah.. My Idol.. Akhirnya dapat jugak aku jumpa, salam dan borak sikit dengan Tun. It was a big honored!! Majlis kawen sebelum2 ni pun ada jugak abah aku jemput tapi masa tu dia masih jadi PM kan, so dia tak dapat nak luangkan masa. Alhamdulillah time aku dia datang. Tapi dia datang sorang je dengan bodyguard dia. Tun Hasmah tak sihat jadi tak dapat datang sekali. 

Layan gambar je la jom. Aku tatau nak membebel ape ni. 





Tun t/tangan buku doktor umum yang aku beli sebulan lepas dia launch.

Like this picture a lot! 
Aku cakap ngan laki aku nak frame gambar ni nak letak kat bilik tidur. Hehehe. 
masa berarak.
no caption. korang jamulah mata ye.. taken from OP
some of friends yang sudi datang


this is taken from OP. 
Aku suruh layan gambar tapi gambar ciput kan.. Ada rasa nak lempang tak? Hehehe. Gambar tak banyak lah. Aku tunggu OP punya gambar jugak ni. Dapat gambar nanti aku storey morey balik. Yang OP upload kat page dia pun tak banyak.

Sama macam wedding orang lain je tapi yang lainnya sebab Tun datang. Heheheh.

K.Bye!




Thursday, November 7, 2013

Solemnization Day - 1 Nov 2013

1

Bismillah

Assalamualaikum semua :)

1 November 2013 (Jumaat) jam 3.14 petang 

Tarikh dan detik keramat yang tak akan dilupakan. Alhamdulillah, memang sangat2 lega bila semua dah settle. Taka da dah keluh kesah penah takut semua. Semua dah legaaaaaa..

Nak cerita detik-detik time nikah ni memang tak tercerita agaknya. Perasaan tu berbaur-baur. Sebelum hari kejadian relax lagi sampai family aku kata gaya aku tak macam orang nak nikah esok. Hehehe. Aku tak tahu nak gelabah untuk apa and macam mana. Bilik pengantin pun aku relax lagi tak kemas. Ekekeke.

Tu sebelum hari nikah. Memang gamble tak rasa pape. Bila tiba hari kejadian, dengan dah siap make-up segala bagai barulah ko kelam kabut rasa takut semua bagai. Hehehe. Tangan sejuk tapi belum sampai tahap menggigil yang amat. Jantung dah dup dap dup dap tak sekata. Mulut dah merapu cakap takut2. Hahaha. Ko berlagak sangat kan sebelum tu. Hamek kau!

Dari bilik nak turun ke bawah tu tak tahu nak rasa apa lagi dah. Dengan semua orang pandang lagi kan. Sangat cuak jadi perhatian. Tapi muka tetap kene maintain senyum lebar ok. Bilik dah duduk dan nampak En.Tunang dah duduk tengah2 menghadap abah, time tu aku dah rasa ‘omaiii..aku nak kawen dah ke?’ Tetiba takut yang amat2!! Takut nak jadi bini orang. Huhu

Alhamdulillah dengan sekali lafaz sah la aku ni dah jadi bini orang. Terror gak hamba Allah yang dulu aku panggil En.Tunang dan sekarang aku panggil suamiku. Hoho. Berkat praktis berbulan-bulan tu. Asal jumpa je itulah benda yang dia akan sebut. ‘Aku terima nikahnya bla..bla..bla..’ Bagus betul suami aku ni. 'Practice make perfect'. Terjadilah hasil yang mengkagumkan. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.

Malas nak sembang banyak. Kita layan gambar saje ye..







Gambar nikah tak banyak sangat n x teratur pun aku letak. Lantak pi la kan. Aku tggu OP je bagi ni. Kalo rajin aku tambah lagi gambar kat sini. Hihuu.. kalo rajin ek. ;p


Update: 30/12/2013: Video semasa akad nikah.

Abang aku ada rakam rupanya. Nasib baik. Hehe