Thursday, February 21, 2013

Bride to be#1

0

Bismillah

Assalamualaikum!

En. Abang saya dah nak kapal la hari Isnin malam hari tu. Oleh itu bermula detik-detik aku keseorangan sebab tak ada yang nak teman masa tengah drive, masa tengah makan lunch sorang2 kat pantry dan masa tengah drive balik menempuh jem. :(

Kalau En. Abang tu ada memang rajin la dia call masa tengah buat benda2 tu semua. Boring? hehe. boring tu ada la jugak kadang2 tapi kalau dah namanya sayang boring tu kau campak je ke tepi dak? hehe.

Yang bestnye kesian kat En. Abang sebab hari ahad sebelum tu we all attend kursus kahwin dekat Putrajaya. So, lepas hantar aku balik tu dia kata nak balik rumah dulu siap2 dan terus pergi ipoh. Malam isnin dia akan terus amik bas pergi Terengganu. Masa dia hantar balik tu dah nak maghrib dah. Risau dibuatnya. So nasihat la kat dia, rehat dulu and esok pagi2 lepas subuh balik la Ipoh. Risau bukan apa sebab dia ni kalau dah letih mesti ngantuk (eh. dah letih mestilah ngantuk. haha!) nak bawak kete mcm mana kan. sorang2 ag pulak tu. Tapi En. Abang ni degil. Nak jugak balik malam tu lepas tu terus cakap kat dia sebab teringat masa kursus tu Ustaz tu ada cakap pasal aura kata-kata.

"Degil. Ayang ni tak ada aura lagi kan kat abang sebab abang tak nak dengar cakap ayang." :(

"Tak adalah. Abang dengar tapi ada baju lagi tak basuh tu. Nak basuh dekat Ipoh. Kat sini kan hujan. Baju tak kering."

Macamlah nak kering baju tu sehari. Esok pagi2 lepas subuh balik Ipoh, basuh baju and lepas tu keringlah kan. Bukannya En. Abang tu nak naik kapal esok paginya jugak. See. kan dah membebel. Tapi tak jalannya. Kadang2 tu dia boleh bantai sengih or gelak je bila kite bebel. Lantakmu la abang..




Fine.

Tapi malam tu dia call kata tak jadi balik malam tu. Alhamdulillah. Lega sikit den. Tapi dalam kepala aku kan ada fikir jahat sikit. En. Abang ni dia penakut sikit. Mesti dia takut balik dalam gelap2 macam tu. Sorang2 ag. hehehe. Tapi tak adalah nak cakap macam tu kat dia. Kot dia tetiba nak tunjuk macho. Nak balik jugak malam tu tak ke naya. Baik kunci mulut. Senyap. ^_^

Apa2 pun aku tengah menghitung hari untuk tunggu dia balik pula. Adalah dalam 2 bulan jugak. Kejap je kan? pejam pelik dah 2 bulan dah. Dan nanti dia balik dia takkan duduk diam sebab nak uruskan perihal kahwin kami.

Alhamdulillah entry lepas aku cerita pening kepala fikir pasal baju dan pelamin bagai kan. Hasil dari penjelajahan kami masa public holiday hari tu akhirnya dapat la jugak banyak choice.

Dah banyak choice pening kepala pulakkkkk.. hehe. So, hasilnya..aku tak ambil package. huhu. Orang kata ambil package jimatkan tapi masalahnye mana yang aku pergi, baju cantik, pelamin pulak out. Kalau pelamin ok, baju pulak out. Pening kepala. Last2 pelamin+mekap ambil butik lain dan pelamin amik butik lain. Eh, apa aku melalut ni. Berapa banyak pelamin nak amik daaa.. hehe. Correction ye. Baju sanding+mekap. Hee. Oleh itu, adalah over bajet dalam rm100 jugak tapi nak buat camne. Tak ada yang berkenan. Kalau ada pun, harganya mahal nak mamppsss.. Baju sahaja sewa dah amik rm2500. Gilak! tu bajet aku untuk package macam2 tu. Mungkin la aku tak banyak jalan2 survey tapi maklum jelah bila bertunang dengan orang kapal. Masa sangat terhad. Nanti kalau aku pergi sorang2 dia tak berkenan naya tang lain pulak. So, kita buat awal.

Next dia turun nanti nak gi fitting dekat Ipoh dan beli barang2 dia untuk dibuat hantaran. Barang dia sahaja dulu. Barang aku nak beli masa time sale nanti. Oh ye, barang2 kami beli sendiri2 ikut bajet dan taste masing2. Sentimental value? Ermm.. Rasanya kalau setakat baju bla3 tu sebelum ni pun banyak dah dia belanja. So, xyah kot nak sentimental value sangat. :) Eh, lagipun kan, barang2 laki ni mahal tau dari barang perempuan. En. Abang pun jeles.

Agaknya dia tak pernah shopping dengan pompuan kan, adalah satu hari ajak dia beli jeans. Aku suka google (xtau eja). Google ni kan selalu je ada diskaun kan kalau dekat jusco. Dari RM100 lebih boleh sampai RM30 lebih je. En. Abang tak puas hati gila. Siap jerit kat telinga den ni ha.

"Murahnya jeans pompuan!! Tak adil betul!!"

Hehe. Sebab tu la pompuan ni suka shopping. kan kan kan?? ^_^  Tapi nak ada sentimental valuenya, adalah jugak nanti aku beli something untuk dia. Tapi satu je lah. hehehe.

Menghitung hari untuk dia balik. Will miss him alot!!

 En. Abang tunang saya. Si dahi luas. ;p

So, En. Abang, ini doaku untukmu. Ecehhh.. ;p



 Happy day u olls!! ^_^






Tuesday, February 5, 2013

Botak kepala balik

0

Bismillah

Dijangkakan wedding akan dibuat lepas raya pada bulan 10. So I have at least ermmm.. 7 month  to settle everything from head to toe. Pening pasal tunang dah settle tapi sekarang migraine pulak pasal hal wedding. Lagi besar and complicated.

My dream for wedding?

Ermm aku ni bukan demand and mewah sangat orangnye. Seadanya pun dah cukup.Asal semuanya berjalan dengan lancar, aku dah cukup bersyukur dah la. Memandangkan En. Tunang nak naik kapal dah, there are few things need to settle before dia naik so nanti tak ada kelam kabut la especially tang baju. Need to fitting semua kan. So, my checklist before dia naik adalah.

1. Kursus Kahwin
2. Search and find for wedding dress - yang ni kalau boleh aku nak cari yang package lengkap sekali dengan makeup dan pelamin.So nanti malas nak fikir banyak.

Hanya dua tu dulu tapi takes time ok. Wedding dress tu bukan untuk belah aku je. Nak kene cari untuk belah dia jugak. So, probably I need to follow him to go home to his hometown maybe next week. Belah dia, dia dah dapat cari wedding planner semua tapi belah aku ni still kena buat survey dulu. Tak nak lah tangkap muat je kan. Aku nak cari baju yang betul2 ikut apa yang aku nak.

Semua nak kena buat dan settle dengan cepat. Maybe a few things yang boleh buat aku ringan kepala sikit adalah tang kanopi dan foods. Itu akan diselesaikan oleh parent aku. Alhamdulillah lah tapi still kena follow up la. Pemilihan makanan tu semua aku bagi abah aku uruskan sebab abah ni cerewet sikit bab makan. huhu.

Mama pulak nak tempah kad kahwin dekat Indon. Murah sikit katanya. Ok. yang tu pun ok lah. Cut cost and save budget. Haha.

Dengan status kewangan aku, memang patut la banyak benda nak kene save budget. Dengan hantaran lagi. Ermm.. Ok dah makin migraine. Huhu..

Apa pun, akan ada je update terkini. Daaaaaaaaaaaaa..