Monday, May 30, 2011

Aku tak suka bos besar aku. Cam gampang!

0

Aku ada dua bos..

Satu bos besar and satu bos kecik.. Bos besar tu kau tahu apa position dia. Of cos la director. Bos kecik lak director gak tapi director yang tak berapa nak ada kuasa sangat. Dia ada kuasa kat aku je... Ha macam mana tu? Aku malas nak main terang-terang kat orang ni. Len kali lah terang ek.. Untuk sementara waktu ni kau pahamkan yang tu je k.

Bos besar memang ^&%%(^%&^&%^&(*(&& yang amat. Bos kecik ok. Kira boleh geng. Kamceng la. Aku siap boleh main kutuk-kutuk dia penguin lagi sebab bos kecik aku ni gemuk and then one day dia ada main joget-joget lak sebab berjaya close sale. Cuba la korang bayangkan. Dah la gemuk pastu tak berapa nak tinggi sangat and then dok menari-nari lak tu. Spontan je mulut aku cakap macam penguin. Dia dengar meradang la jugak pastu dia tengok aku gelak-gelak dia pun gelak sekali. Haaa..sporting tak bos kecik aku? sporting kan?? hehe

Bos besar, aku tak berapa nak like. Kalau dia ada facebook aku nak tekan dislike banyak kali. Banyak100x kali...! Sebab apa aku tak suka? Sebab dia potong claim commission aku sesuka hati perut buncit dia je. Hampeh kebabooomm!!! Dah la aku nak pakai duit giler banyak bulan ni. Tapi sesuka hati commission aku dia potong. Customer aku semua bayar on time punya. Tak ada bagi masalah pun dalam payment. Reason dia nak potong??? Nan hado!! Aku potong anu dia yang tak pernah sunat tu kang!!..Hish!! Geram2!!

Tadi aku keluar dengan bos kecik aku. Owhhh..Kami berdua sempat la juga mengumpat sepatah dua pasal bos besar aku ni. Bos kecik aku pun selalu kena potong2 commission ni. Orang punyalah kerja bagai nak rak! separuh mati! Dia sesedap rasa pergi potong sumber pendapatan orang lain. Dah la banyak benda nak kena bayo! Kalau duit berkepuk macam dia tak apa la juga!

hummmmppphhhh (Tarik Nafas) Fuuhhhhhhh (Turun Nafas).......

Ok lah..Kalau bercakap pasal duit sampai bila pun takkan habis... Aku nak pi solat tenangkan hati..

Katakesat: Sape2 company dia nak upgrade PABX system ataupun CCTV korang ke. Call2 lah aku..Bagi aku commission sikit..huhu

Friday, May 27, 2011

Padan Muka

0















When you really lose it and the things will no longer belongs to you, only that time you will realize that nothing can be as best as the old things.

Only that you will regret....

Dear God, only then if I can turn around the time and fix all things that I've done.





Katakesat: Regret for the thousand years also will not fix anything.

Tuesday, May 24, 2011

Aku bukan tak nak percaya..Tapi...

0

Aku bukan tak percaya cuma aku tak mahu sentap untuk kali kedua. Langkah berjaga-jaga.

Rasa macam nak ketuk diri sendiri dengan tukul sebab terjebak dengan benda ni terlalu awal tapi takut sakit. Siot~

Sekarang ni hati aku macam apa entah. Risau memanjang untuk something yang aku rasa useless untuk dirisaukan. Aku ni memang macam ni. Suka fikir lebih-lebih dan benda tu akan jadi complicated. Bengong~

Tolong..Aku tak tahu nak settlekan macam mana..=(

Katakesat: Tolong sape-sape boleh lempang muka aku laju-laju. Tapi pelan-pelan okay~

Monday, May 23, 2011

You cannot turning back

0

Kadang-kadang masa kita nak buat pilihan, hati yakin 100% dengan pilihan tu.

Tapi..

Bila pilihan dan keputusan dah di ambil, hati mula ragu-ragu.

Betul ke apa aku buat ni? Betul ke pilihan aku tu?

Time ni mulalah rasa diri useless.. Nak patah balik memang tak boleh dah~


Katakesat: hampeh pada diri sendiri.

Friday, May 20, 2011

Tolong lah.

0

One thing yang aku sangat-sangat tak berkenan dengan lelaki.

Nak kita paham dia dalam semua benda tapi dia ada effort tak nak paham kita dari segala benda jugak?? Ada tak??

Kalau ada pun satu dalam sejuta kot..

Arghh! Fed up!


Katakesat: Lelaki-lelaki (mengeluh)

Thursday, May 19, 2011

Wednesday, May 18, 2011

Simcard kene block. Demn!

0

Demn!

Simcard kene block. Tuan diri gatal tangan godek phone malam tadi before tidur. Gelabah cari PUK number tapi still tak jumpa lagi. Demn untuk kali kedua.

Baru ingat nak upload video dalam ni. This week kerja tak banyak. Boleh settle dalam setengah hari and the rest of time can use dengan berblogging. Bukan curi tulang k. Saya bersistematik. Buat kerja sampai siap then baru goyang kaki. Nak cari kerja?? Nan hado! Kalau gaji naik baru aku buat tambahan kerja. OK??

Lepas kerja ni harus menggelabahkan diri lagi cari PUK No. Malas nak call maxis. Alasan..

Ok lah..Mahu settlekan kerja sikit lagi before lunch.

Katakesat: Pelik bila boss tanya mana aku belajar guna words, power point and excel. I learn from my uni and by my own boss. Why? Nak suruh aku ajar orang la tu. huk2x

Tuesday, May 17, 2011

Teruja

0


Aku teruja dengan baby.

Instead of my sister in law (SIL), my two friends pun dah selamat deliver.

One word.

Teruja.

In my age, diorang dah ada anak.

So, kesimpulannya, aku pun boleh ada anak.

Erkk..

Ok S.T.O.P..

Katakesat: Seorang anak kawan aku, aku jadikan anak angkat and I call my myself as mama nanie. Cute kan?? ^_^

Tuesday, May 10, 2011

Jangan

0


Kau sapa?

Kalau aku tak cari pasal, jangan sesekali kau cari pasal dengan aku.

Aku sabar tapi bila kau cabar kesabaran melebihi hadnya, aku jamin, kau tak akan mampu untuk bertentang mata dengan aku lagi.


Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu semua!

0

Sempena hari ibu esok.

"Mummy adam baru lepas keluarkan adik adam dari perut mummy yang besar. Adam dapat baby girl tau. Comel sangat. Semua orang kata muka dia macam Adam. Kalau diorang kata baby comel, maknanya Adam pun comel jugak la. Hehehe..Oh ye, adik Adam selamat lahir pada 5/5/2011 pada pukul 10.40pm dengan berat 3.4kg. Welcome to the world adik!!. Nanti adik dah besar kita lawan gusti2 ok. hehe.."

Ini lah adik Adam comelkan??
Presenting: The precious Adleeya Hany bt Hamdy


"Sian mummy. Mummy sakit lagi. Mummy jalan pun slow2. Mummy tak larat nak pakai stokin. Adam sian tengok mummy. Adam tolong mummy pakaikan. Adamkan anak sulung lelaki mummy. Mestilah Adam yang banyak tolong mummy kan? Kan? Kan?. "

Mummy, Adam tolong pakaikan stokin k..

"hurmmmm..."

" Hiarrgghhh!! Mummy, kaki mummy ni besar sangat la. Susah Adam nak pakaikan"

"Sebelum mummy keluar hospital tadi pun, Adam ada tolong bersih-bersihkan apa yang patut kat dalam bilik tu. Maksu ni lupa pulak nak ambil gambar. Kalau tak boleh tengok Adam rajin. Bukan selalu tau. Hehehe.."

" Hai, sayalah Adam anak mummy yang kacak lagi gagah perkasa. Umur saya 5 tahun"


" Maksu kata, dia nak baby jugak. Sabar ye maksu. 5 tahun lagi. hehe"

"Nenek, maksu wish happy mother's day dekat nenek. Maksu kata dia sayang nenek ketat-ketat walaupun maksu selalu tak dengar kata nenek dan selalu nakal2. Jahatkan maksu ni. Takpe, Adam dah denda maksu dengan suruh maksu dukung Adam yang berat 24kg ni. Haha! padan muka maksu!"

Happy Mother's Day to all womens that we called mother, mom, mummy, mama, ibu, mak and umi. If every mothers said that their children is a gift from God, so do we are. You are the precious gift from God to us and even no jewelery, gold or the luxury things can replace you. You are the most precious things that happen to us. Thank you for all the sacrifices for the years. I love you mama.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok..ni pic selingan..Four luxury cars dekat bulatan pahang, KL. No plat kalau tak salah dari Singapore. Tak teruja pun tapi muka sorang-sorang macam bongkak. Bukan hensem pun. Wahaha!
*Motip jeles k*

Katakesat: Mama, adik sayang mama. Sorry selalu buat mama susah hati.

Friday, May 6, 2011

Kau lebih? Tak payah nak menunjuk la

0

Situasi 1:

A: Pakwe aku kata tahun ni dia nak bagi duit raya.

B: Yeke? Laki aku before kahwin, tiap kali nak raya aku tak payah mintak. Mesti dia belikan aku baju raya, kasut dengan beg.Tiap-tiap kali raya.

A: Bagus la. Laki kau banyak duit boleh la. Pakwe aku baru nak kumpul duit.

B: Tu la pasal..


Situasi 2:

A: Malam tadi pakwe aku call. Dah lama tak call. Dia nyanyikan aku lagu semalam.

B: Hurm..Laki aku malam-malam sebelum tidur mesti dia belai rambut aku. Usap-usap semua.

A: Owh..romantiknya.


Situasi 3:

A: Aku baru beli baju semalam. Dah lama tak shopping. Ada sales dekat Jusco. Apa lagi. Time tu je la nak membeli.

B: Sejak couple dengan laki aku, dia tak bagi aku beli barang-barang murah. Dia kata alang-alang nak membeli tu baik beli yang mahal terus. Aku ok je. Dia yang bayarkan.

A: *senyum je*


B pernah bercerita yang kawan dia tak boleh nak tengok dia lebih. Mesti nak lawan. Aku rasa dia pun sama macam kawan dia.

Duniaa~

Katakesat: hidup bahagia dan sempurna? Alhamdulillah tetapi tak payah nak menunjuk sangat sebab boleh menyebabkan perbuatan khianat pada diri anda disebabkan rasa iri hati orang lain melihat kebahagiaan anda.

Tuesday, May 3, 2011

Makan..makan..

3


Aku teringin nak makan SUBWAY laaa.. Dah lama tak makan. Harus rembat lepas office hour ni nanti.


lagi terliur aku bila tengok pic ni. Omaigod..omaigod!! aku teringin gilerrr weeeeyyy!!

Katakesat: nasib baik teringin time gaji baru masuk.

Kau ingat kau buat taik dekat orang, orang balas bagi emas ke?

0



Cara aku senang. Orang baik dengan aku, aku akan baik dengan orang tu. Kau buat taik, kau takkan dapat baja. Kau akan dapat taik jugak dari aku. Sepatutnyalah. Tapi aku bukan jenis yang suka kecoh-kecoh dan gelabah ayam nak balas balik bila orang buat taik dengan aku. Orang kata aku terlampau lembut sangat dengan orang lain. Sonang jo orang nak pijak-pijak aku even aku ni besar orangnya.

Aku percaya pada Satu. Aku percaya pada karma what you give, u'll get back. Aku percaya kuasa yang Satu tu.

Kau memang sakit hati bila orang buat taik dengan kau tapi buat apa nak kotorkan tangan kau, hati dan jiwa kau untuk rasa sakit hati yang tak habis-habis tu. Dosa lagi kau dapat. So, biarkan Yang Satu tu tolong settlekan untuk kau sebab Dia lagi power kot. Kau hanya manusia kerdil yang sangat low kekuatan kau. Even kau besar gabak macam mana pun, kau takkan dapat tandingi ke'power'an Yang Satu tu.

Relax sudah. Buat apa nak ribut-ribut nak balas dendam segala bagai tu. Buek abis peluh jo. Enjoy your life sudahhh..

Aku mengaku memang ramai orang yang ambil kesempatan atas kelembutan (eceh-eceh) aku. Orang suruh aku buat itu, buat ini. Tapi aku take it secara positive. Instead of using the 'BULI' word, aku guna word LEARNING. Orang suruh buat itu ini, kau kata kat diri kau, setiap apa yang kau buat, itu adalah proses pembelajaran kau. Jangan kata TIDAK! Jangan mengeluh!.

Penat memang la penat der. Lebih-lebih lagi tak berbaloi dengan gaji yang kau dapat. Tapi..cool lah. At least you have a lots of skill instead of one skill je tau. Esok-esok kau minta kerja lain, kau boleh demand pe. Minta la gaji besau-besau pun. Orang tak kesah kot nak bagi kalau kau memang bagus. Kan? kan?

Katakesat: Positive thinking is the way to have the coolest life. As for me laaa..Hubungan baik sesama manusia tu bagusssss..