Wednesday, October 26, 2011

Laku ke??

0

Assalamualaikum..

Aku tak boleh tido. Aku suruh cik abang tido tapi aku sendiri yang tak tido..hehe..Dah tak boleh nak tido ni, apa lagi.. mengonline diri aje lah..dah tak ada apa nak buat kan. nak baca buku pun malas..huhu..

Aku bila dah start mengupdate blog, akan selalu lah aku buat entry baru pas2 tu. then bila stop mmg lama lah aku tak letak entry baru. punyalah tak konsisten ini budak kan..huhu. nak buat macam mane. kekangan keadaan.~

Ekceli aku ada satu cerita kelakar tapi aku tak rase korang baca ni akan rasa kelakar. aku bet korang akan rasa meluat. hew3~ tapi aku peduli apa kan. aku nak cite jugak.

Alkisah aku baru la berasmaradana dengan cik abang dalam tepon..tiba tiba dia habaq mai yang dia risau. aku pun dok tanyalah apa yang dia risau sangat tu. part dia nak jawab ni aku dah rasa nak gelak..sebab jawapannya sangat la nonsense..

Dia kata dia risau aku kena ngorat ngan orang lain..aku dah makin lawa la. bertambah2 tengah usaha nak slim ag ni..lagi la dia risau...hua hua hua kah kah kah!!!..marah pulak dia aku gelak. dia serius aku pi bantai gelak pulak kan..hahahha..masalahnya..yang dia pi bagi jawapan kelakar sangat tu watpe???

Aku habaq mai la buat apa nak risau bagai. aku bukan miss universe atau miss world tu. tak santek mana pun tp comel and manisnya ada..haha..tak ada maknanya orang nak ngorat aku. badan n cutting dah la out of coverage. luaq nampak la cun. tang dalam tatau..lagi2 bila dulu aku gemuk kan. ingat dah kurus sikit ni, semua ilang ka? memang tak la kan..huhuhu..tang santek?? Wallahualam..dekat mata dia nampak santek, alhamdulillah tapi tiap orang kan pandangan n citarasa kan lain. kat mata orang lain entah2 aku nampak macam mak lampir..sape tau kan?? sedih~

InsyaAllah aku tak pi carik lain punyalah..aku bese lah..suka buat kawan tapi tak bermakna setiap orang yang aku nak buat kawan ni sorang2 nak sangkut. gilak apa?? aku bukan playgirl okayyy..ramai kawan ni senang..dorang susah aku tolong mane termampu. aku susah mane lah tau dorang boleh tlg kan. bukan rugi pape pun buat baik ngn orang..kan???

Agpun kan, cik abang ni bagi aku dah terbaik dah. kepala mereng pun sama dah. kepala memang masuk punya lah. bebel macam orang tua pun ye jgk. itu mmg kriteria yg aku carik pun..haha! kuat bagi nasehat mamat tu. at least terbimbing la sikit aku kan. kuat mengugut pun ye jgk. itu sebab takut aku lari..hahah!

Mana lagi aku nak cari macam dia? nanti aku gi kat orang lain takut kepala tak sama pulak kan. lain pulak peel dia. aku pulak yang pening nanti. tak mo ah. biar dia yang pening pasal aku jangan aku yang pening pasal dia. dari situ nampak la dia sayang. hua3!! kejam2..ermm..melainkan memang tak ada jodoh aku dengan dia..itu nak buat macam mana kan? tapi kalau boleh biar la jodoh aku dengan dia.. aku dah malas nak buat sesi pengenalan balik ni. dah makin tua kot..huhu

Ok lah..sesi bercerita sudah habis. sedar tak sedar dah pukul 12 kan..dah masuk hari baru. mentang2 sok cuti kan, boleh selamba badak aku berjaga sampai macam ni..ok lah..gua mau tidur dulu.. pape hal update lain ye..daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Monday, October 24, 2011

BL Update

0

Assalamualaikum..


Sudah berkurun rupanya aku tak update ini belog. Bukan melupakan tapi masa tidak mengizinkan padahal facebook tiap2 ari online. Huhuhu..Ekceli tak ada la berkurun sangat kan? Last update still dalam bulan October lagi cuma date sahaja yang bertambah. Kecoh!

Last entry aku ada mention pasal TBH biggest loser rite? hari ni aku nak update. Since last entry until entry hari ini aku dah lose lebih kurang 0.5kg. 0.5 je????? Yes, only 0.5 sahaja. Orang lain kata sikit. Kata aku not bad.

Kenapa? Bak kata Kevin Zahri dan lain2 Health Advisor and trainer. Better less and nothing. Biar turun sikit2 dari turun mendadak. Bila turun sikit2, badan kita boleh adapt dengan changes tu so keberangkalian untuk memaintainkan badan adalah lama. Means, dia nak naik balik tu lambat sikit lah.. InsyaAllah..

Aku ikut planner Kevin Zahri which i think i already mentioned before, i cut my calories taken and try a bit to exercise more. Tapi bab exercise tu only 1st week je aku pi. pastu malas sudah. hehe. Aku just cut calories la dan untuk buang balik calories yang aku ambil, instead of exercise, aku try to move a lot. Kat office, aku naik turun tangga banyak kali. Aku akan cari keje yang membuatkan aku kena turun nak tangga banyak kali. Dan kalau rajin sangat, aku akan buat lompat bintang and sit up. Target aku at least biar perut kempis dulu. Yang lain2 i will work out later.

Sekarang memang perut aku rase kempis sikit dari before. Sit up dalam 100 kali je sehari. Nak buat lebih2 aku malas. hehe. Tapi ok lah. Slow2. Aku tak mahu la kurus sangat sebab time berat aku dalam 57kg orang kata aku pucat. Nampak macam orang tak sihat. Aku tak mo lah gitu kan. Nak la nampak freshhhhhhh~~~

So, target aku biar sampai 57 je la..heee..4.5kg more to go. Hope can achieve until this end of december. Kalo idak abis lah duit aku kena belanja bos aku. hua3!!..

Until then, will update later..

Daaaa~

Monday, October 3, 2011

Biggest Loser!!

0



Suddenly today my boss asking me to beat with him to lose weight within this month. starting this month until december. Aku kalau bab bab turunkan berat badan ni memang semangat. bila ada competitor baru la semangat dan bersungguh sungguh nak buat kan and those who fail kena belanja TGIF. aku tak pernah makan dekat TGIF tu tapi dengar kata memang gila mahal. 1 plate of pasta is around RM25. gilak mahal! itu amount untuk aku makan nasi campur 3 hari tau dak.
So, I will take this challenge and we will see the result on December. Fuh2!! mintak mintak la aku kental. nanti bila nampak yang sedap sedap mahu aku tak balun sampai 2 pinggan! mintak dijauhkan. Aminnn..

What is my plan?? entah but lately aku sangat malas mahu pi jog. yang paling kuat aku buat sekarang is sit up and lompat bintang. tak pun kalau terlebih rajin aku buat lari setempat tu. bergegar rumah abang aku tu. haha. but yang paling obvious sekarang aku cut my calories that I take per day. kalau dulu aku ambil 1000 kalori sekarang ni aku try cut untuk ambil 800 kalori sahaja. tu je la. hope menjadi lah.
So, those who read this, please pray for me. mati aku kalau nak belanja boss aku kat TGIF tu. aku tak banyak duit macam boss aku tu. huhu.

Wish me luck!! *crossed fingers*

Saturday, October 1, 2011

Craziest warehouse sales!!

0

Assalamualaikum..

Semalam aku tido agak lewat dari waktu tidur kebiasaan aku tapi aku bangun awal macam aku nak pi keje je padahal sabtu minggu ni aku tak keje pun. Tapi aku ada misi yang penting yang harus aku kejar hari ni. Tengok je la gambar ye. Aku malas mahu berkata kata hari ni.

Bersiap sedia untuk beratur. Mula beratur pada jam 8.50am


masih beratur pada jam 10am. bayang gate masih jauh kelihatan


Akhirnya dapat jugak masuk pada jam 11am. sebelum masuk warehouse harus ada sekatan dan briefing dahulu. untuk kepentingan sejagat..



 Dan akhirnya!! ini lah hasil yang aku dapat..7 helai baju hanya pada harga rm35. mano nak carik ha? 

The most craziest warehouse sales ever yang pernah aku pegi kat shah alam ni!..PADINI WAREHOUSE SALES IS THE CRAZIEST!!

Beratur sahaja dah 2 jam dan ada adegan gaduh2 sikit coz ada malaun2 yang suka suka hati nak cut line..orang penat beratur 2 jam dia senang senang je nak cut line. aku cut pale ko!!..huhu emo2..

Berbaloi juga la pegi coz the shirt and kemeja that i bought for only rm5 each is quite nice even season sikit baju dia. its ok laa..at least i have something to wear kan..=p

Balik balik aku dah tak larat. kaki aku sangat sakit dan ada cramp sikit. tp it doesnt matter. yg penting aku puas!