Thursday, June 27, 2013

Bride to be#7

2

Bismillah

Assalamualaikum.

1. Hari ni genap 5 bulan bertunang. 27/1/13 – 27/6/13. 5 bulan kan? Kejap je rasa. En. Tunang dah balik so marilah kita settlekan apa yang patut.

1.       HIV test dah settle dan Alhamdulillah negative. Gamaknye kalau positive memang aku pelangkung assistant klinik kesihatan tu.

Untuk HIV aku buat dekat Klinik Kesihatan Kajang, Jalan Semenyih. Tak jauh sangat dekat rumah padahal kalau nak kira Klinik Kesihatan Bangi lagi dekat tapi bila aku review dekat google ramai yang tak suggest pergi dekat Bangi. Lagipun Bangi kena pergi sana buat appointment. Mana lah ada masa.

Dekat Klinik Kesihatan Kajang ni just datang je. Tak payah buat any appointment. Bila datang sila ambil no. giliran da nisi boring yang dia akan bagi. Sebelum tu cakap lah nak buat HIV test. Then buat bayaran RM1 dan register pastu tunggu no. kau kena panggil. Nak tunggu dia panggil no. tu tak lama pun. Yang buat lama aku tunggu ritu lepas dia ambil darah tu. Dia ambil darah semua orang yang datang untuk test baru dia buat test dan bagi result. Masa tu adalah 3 couple yang datang tapi tunggu mau 45 minit jugak. Sabo je laaa..

2.   Kad kahwin dah tempeh dekat utusan sehari. Dekat sangat dengan rumah saya. Suka3!! Senang sebenarnya ambil tempahan yang dekat2. Kalau apa2 hal datang serang je la. Hehe. Nasib lah kawasan Bangi ni memang famous dengan butik2 kahwin yang banyak dan murah. Kad kahwin pun sama. So x payah nak melilau cari jauh2.

Kad kahwin dekat utusan sehari sangat lah berbaloi baloi. Design pun banyak yang cantik2 sampai rambang mata. Last2 aku pilih yang jenis kontemperori (tatau eja). Biasa2 saje. Tak kesah asalkan murah. Itu penting. Hehe.

Aku order dalam 1000keping hanya RM270 sahaja. So 0.27/pc. Berbaloi baloiiiii..

En. Tunang mula2 pilih design orang tua. Ada keris dengan pinang apa semua tu. Oh pelisss lah. Memang old fashion tapi dok cakap cantik2. Last2 malas nak argue. Suka hatilah nak pilih mana2 pun. Then, aku tunjuk kat akak aku antara design aku dan En. Tunang pilih mana lagi lawa. Of course la akak aku cakap aku punya. Bila bagitahu dekat En. Tunang sibuk lah pulak dia nak tukar. Last2 dua2 order design yang sama. Pfffftttt!! Sibuk je…

3. Baju untuk bertandang. Tempah dekat Bangi jugak. Mahal daripada baju belah aku tapi biarlah. Duit dia. Hehe. Tapi agak rasa jeles jugak la sebab baju dia cantik. Huhu. Kalau baju belah aku, murah je sebab ikut bajet aku kan. So, design pun hanya biasa2 saje. Sedih sikit tapi BIARLAHHHH~. Oh ye, tema kaler tukar lagi. Hari tu tengok ada baju lagi baru lagi latest kat butik akak tu. Nasib baik akak tu ok. paham aku yang rambang mata ni. Akak tu siap warning lagi. Nanti lepas ni ada baju baru lagi yang dia nak jahit. En. Tunang pun warning. Tak ada tukar2 dah. Fineeeeeeeeeee..

So far itu sahaja yang pentinglah. Lelain tu biasalah. Dalam proses. Apa2 update lagi ye.

Oh ye, aku ni bukan jenis rajin nak snap. So, masa kejadian dekat klinik memang tak ambil gambar langsung. Samalah dengan lelain kejadian. Hehe.


Ok lah bye.

Wednesday, June 5, 2013

Bride to be #6

2

Bismillah

Assalamualaikum.

Dah part 6 kan kesah bride to be aku ni. Kalau follow memang tak ada apa sangat persiapan aku. =p

Last 2 weeks masa hari Sabtu, we had a mini meeting with my family. Among sibling je lah. Discuss macam mana protokol majlis. Tempah itu ini. Sape punye task and so on. Semuanya berjalan lancar dan apabila semua macam dah settle 80% baru panggil sedara mara untuk discuss dengan lebih detail lagi.

Oh ye, kitorg ada minute meeting tau. Hehe. Dibuat oleh my oldest brother.

tak terasa pulak nak rotate. hehe

Tugas masing2
In Sha Allah semuanya will went well. Sekarang ni kerja aku adalah menyiapkan TQ tag. Design semua dah settle. Ada sikit yang dah print and potong.

TQ Tag for doorgift yang dah digunting.
TQ tag ni aku buat dalam bentuk 4 segi sahaja. Senang nak gunting semua. Cepat sikit keje jalan. Kalau bulat terkedek kedek sikit nak memotong tu. Leceh. Actually nak share something. TQ tag ni memula aku nak beli je untuk 2000 keping. Yang aku survey 1 keping dalam RM 0.10. Tapi bila fikir balik, why not kalau buat sendiri kan. Bukan susah sangat. Cari design dekat google dan edit pakai photoscape. Easy! Kertas sticker pulak aku beli yang jenis biasa punya. Tak ada shining2 tu. 100 keping dalam RM 40. Dalam sehelai sticker yang bersaiz kertas A4 tu, dapatlah dalam 20 keping. Bila tolak bahagi semua, 1 keping dapat RM 0.02 je tau! Kali dengan 2000 keping dapat lah harga dia RM 40! Kalau beli kat luar tu, dapat RM200 untuk 2000 keping. Berapa ringgit dah jimat tu? Untuk printer pulak, aku guna printer office tapi toner dia aku beli sendiri. Means aku refill balik pakai duit aku lah. 1 toner tu adalah dalam RM15 dan memandangkan aku punyer kalerful, aku guna 4 toner. So maknenye dalam RM60. Total semua still bawah RM200. Ok lah kan? jimat sangat2!

So, kalau rajin tu buatlah sendiri. economic sangat.

So, next kerja kita akan tunggu En. Tunang balik sebab dia suruh tunggu. Hehe.

Harap2 la dalam masa 4 bulan lebih ni, semua berjalan lancar. Campur tolak dengan puasa raya semua, hanya tinggal 2 bulan lebih je untuk lengkapkan persiapan. Doa2 kan lah ye.