Friday, August 19, 2011

Update ringkas

0


Assalamualaikum..

Sekian lama tak update, hari ni baru dapat peluang. Nak kata banyak keje dekat office tak ade la tiap2 ari. Cuma hari ni je aku macam tak menang tangan. Tapi dalam tak menang tangan tu sempat la jugak intai facebook.. @@ sangat berdedikasi kan??? hehe..

A few things happened bulan ramadhan ni dan banyak jugak lah peristiwa yang terjadi. I do taken some photos tapi malas nak transfer dari kamera. Blog without picture memboringkan kan?? ^_^

Tatau ape benda yang nak diceritakan. Aku dah tak macam dulu. Kalau boleh semua benda mahu cerita tapi...sejak...alaa sejak benda sedih jadi, aku jadi macam tak berminat mahu berkongsi bagai..so jadinya, makin tidak berserilah blog aku yang tidak pernah berseri ni..huhu

Fikir2 balik, tulis je dalam ni kan. Kalau aku lupa, bila aku buka blog ni, kenangan tu datang balik kan? tapi ada je kekangan nak buat macam tu.

Takpe lah.. abaikan semua di atas.

Nak cerita pasal puasa dn raya pulak..

Puasa?? macam biasa.. Mesti la tak penuh. malah bertambah hari gantinya berbanding tahun lepas.. hampeh tul.. aku ni dah la jenis 'rajin' sangat nak mengganti. baru ada niat nak mengkhatamkan Quran tapi tetap tak kesampaian. takpe lah..hurmm..

Raya? totap dua pasang.. hehe.. aku jahit dekat kawan aku dan still tak dapat ag. last minit hantar gitu la gamaknye. padan la muke kan..^_^

Si dia InsyaAllah akan pulang beraya dengan family dia. Dia turun b4 raya tapi aku tetap kena jumpa dia after raya. biar dia utamakan family dia dulu. aku dah tak mahu buat perangai macam last dia balik..hehe. sekarang aku percaya dia. tak percaya pun aku biarkan aje. malas dah nak melayan sangat dengan perasaan ni. nanti asyik kena marah je dengan dia. dia tu suka sangat marah aku. hampeh btol!

Ok lah.. Selamat hari raya semua.. maaf zahir batin dari tuan empunya blog yang simple. ewah! hehe

Tuesday, August 9, 2011

Update yaw!

0


Assalamualaikum..

Orang dah lama berjinak jinak, aku baru gatal nak mula. nampak sangat buta it, teknologi, bla3 and so on..orang dah lama expert, aku baru nak merangkak. orang dah gatal nak gune application yang lain, kau baru nak tergedik gedik mula. hehehe..

Ni la jadahnye manusia yang baru nak kenal apa itu twitter. yes, aku baru nak berjinak jinak. makin tak jalan la keje aku kat opis ni. hehe.

Takpe, akan aku cuba sedaya upaya membahagikan masa. hehe

Oh ye, lama kan x update blog. biase lah. bila diri tatau apa yang nak ditulis. itu lah dibiarkan aje blog ni. macam hari ni. ak br nak active twitter. ade la jugak benda nak ditulis kan walaupun entah hape2 yang ditulis tu.

Korang puasa? selamat berpuasa ye. harap puasa penuh. aku tak dapat lagi nak berpuasa penuh. biasa lahhh..perempuannnnn~

tata

katakesa:: orang tak boleh nak puasa sibuk nak puasa. kau tu yang boleh puasa penuh tak reti2 nak puasa? buat malu betul..