Friday, February 6, 2015

Alya: Panjang kesahnya~

0

Bismillah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menulis dalam blog ni walaupun semput-semput. Hehe..

Last Sunday my princess turns to 5 months old. Sekejap je rasa si kecik tu membesar. Membesar dengan jayanya pulak tu. Untuk 5 bulan ni aku tak bawak lagi pergi cucuk. Sepatutnya 3hb hari tu tapi baru teringat hari tu public holiday. Nurse pulak agaknya memang tak sedar masa bagi date tu. So kita call dan buat appoinment baru iaitu 9hb ni. Seram sejuk dibuatnya ibu ni. Janganlah berat anak ibu naik mendadak sangat. Ibu jenuh nak menunggu suruh pi jumpa pakar pemakanan pulak nanti. Huhu..

Entah lah.. aku tak risau pun anak aku membesar sampai macam tu sebab dia dalam proses pembesaran kan. Anak aku memang kuat minum. Kadang2 dalam satu masa dia minum sampai 2 botol tapi tu pun sebab dah lamaaaa dia tak minum. Jadi macam tu bila dia tidur lama je. Buat apa pun tak jalan. Last2 sumbat susu baru dia diam dan sambung tidur balik.

Aku ada 13 orang anak buah dan boleh dikatakan kebanyakan dorang masa baby memang debab-debab tapi bila dah mula aktif main lompat-lompat, meniarap, merangkak dan berjalan, badan dorang start susut. Bila dah kurus risau pulak. Gemuk pun risau. Acane tu??.. Huhu Tapi normal la tu kan untuk kanak-kanak nak membesar? So sebab tu la aku tak risau sangat anak aku debab sekarang. Inipun dia dah 5 bulan dah tak suka baring. Nak orang berdirikan dia aje pastu buat excercise duduk bangun duduk bangun. Lepas tu meniarap dah terer. Dah tak sangkut-sangkut dah. Pusing balik pun pandai dah. Tak payah dah nangis-nangis mintak orang pusingkan dia balik. Pastu sekarang dia tengah dalam proses nak angkat bontot. Nak merangkak kot tu kan? Baru boleh angkat sikit-sikit dah. Aku rasa anak aku ni agak cepat lah jugak perkembangan dia. Alhamdulillah.

Sebelum ni aku cukup risau. Yelah badan dia kan debab. Takut dia lambat meniarap semua. Doctor pun suruh selalu meniarapkan dia. Kira ajar dia sebab takut dia lambat meniarap. Tapi aku kan kerja. Balik kerja je anak dah start mengantuk. Tak ada masa sangat kalau hari biasa tu. Hujung minggu pun aku tak buat sebab malas. Kadang-kadang lupa. Last2 aku pikir, biarlah anak aku usaha sendiri. Biarlah lambat ke cepat. Kalau dah terlampau lambat barulah aku start risau. Tapi tup3 eh dah boleh meniarap anak aku. Umur 4 bulan dah meniarap. Ok la kan.. Aku rasa anak aku dah cukup terer dah tu. So dari situ aku tak payah risau dan memaksa sangat anak aku. Biarlah dia follow the flow. Biar dia buat keputusan sendiri bila dia nak meniarap, bila dia nak main pusing-pusing, bila dia nak merangkak dan bila dia nak berjalan. Bila dia dah boleh buat sesuatu tu, aku just bagi sokongan dan dorongan je la supaya dia suka dan usaha lagi. Tak gitu?

Tah la. Aku rasa aku ni jenis ibu yang bebas sikit dekat anak-anak. Bukan bebas apa. Bebas membuat keputusan dan hadaplah baik buruk keputusan tu. Aku just akan bagi panduan je samaada benda tu boleh ke tak boleh diteruskan. Panduan ye. Bukan keputusan. Yang tu biar dia fikir sendiri. Aku nak anak aku explore sendiri apa yang dia rasa nak cuba. TAPI dengan panduan dan pemantauan KETAT dari aku. Itu yang aku cuba bagi. In Sha Allah kita tengoklah nanti mampu ke tak aku jadi macam tu sebab aku ada baca, bila kita sebagai ibu bapa menggalakkan anak-anak untuk membuat keputusan dan mendapat akibat daripada keputusan dia, anak itu akan jadi seorang yang matang dan bijak berfikir. Kalau tak salah aku la ye sebab dah lama dah aku baca artikel ni. Masa mengandung dulu. Kat mana aku baca aku pun tak ingat sebab orang dok share-share je dalam FB.

Ni aku cuba terapkan kat laki aku sebab cik abang sorang tu sangatlah protective. Itu tak boleh ini tak boleh. Kadang-kadang geram tau. Aku nak ngajar anak aku tapi ayahnya ada je tak boleh. Adoiii.. termengumpat pulak suami dalam ni. Maaf ye abang. Ayang tak sengaja. Huhu. Tapi aku paham la laki aku tu. Memang jenis protective pun. Dari sebelum kahwin pun. Ini dengan anak lagi lah dia menjaga. Ayah-ayah kan. Kontra aku dengan laki aku ni.. Huhu

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya kan.. aku nak cerita dalam entry ni, walaupun anak aku baru 5 bulan, aku dah siap planning nak buat birtday party dia. Ekekekeke.. Begitu panjang mukaddimahku..

Over tak over tak?? Anak baru 5 bulan u olllssss.. Dalam kepala aku ni dah macam-macam rancang nak buat birthday party dia. Saja lah aku nak celebrate sikit kan. Pastu rai dan bagi gembira sikit anak-anak buah aku yang lain. Kan seronok dapat buat budak2 happy. Aku nak buat kelainan sikit dari party anak-anak buah aku lain.. Wah3!!!!! tau tak dalam kepala aku sekarang macam-macam terbayang! Hahahah Harap-harap panjang umur dan dapatlah kesempatan untuk raikan anak aku dan budak-budak lain. In Sha Allah. Niat baik Allah akan tunaikan. In Sha Allah.

Yang pasti dan wajibnya!, aku nak buat doa selamat untuk anak aku. Kira doa selamat dan doa kesyukuran lah sebab diberi kesempatan dipanjangkan jodoh hidup dengan ibu ayah selama tu dan diminta lagi panjang jodohnya. In Sha Allah.. Ameen..

Untuk sekarang aku baru nak draft lagi planning-planningnya. Nanti dah confirm dan complete aku share dalam ni ya. Mana tahu untuk panduan ibu-ibu lain nak buat birthday party untuk anak-anak. Tapi nak sharenya bukan lah waktu terdekat ni tau. Hehehehe.. Anak baru 5 bulan kot. ada 7 bulan lagi. Slow2 akan dirancang dan KUMPUL DUIT!! hahaha. Nak buat macam-macam tapi duit takde, Mahu menganga je nanti. Huhuh..

Tunjuk kat encik suami semalam draft planningnya. Encik suami kata "approved!" Ekekekek.. Aku tanya dia. Over tak dah plan awal2 untuk buat birthday party Alya? Dia kata ok lah. Plan awal-awal la bagus.. Waaaaaaaaa! Seronoknya dapat suami yang memahami dalam bab-bab ni. Huhuhu.. Tak sabarnyaaaaa nak organize semua betul2!!

Nanti time-time macam ni la nak kumpul family ramai-ramai kan.. Seronoknyaaaaa!!

Ok. Nak start berangan jap. Hihihi.. Bye!