Sunday, May 26, 2013

Bff's wedding

0

Bismillah

Assalamualaikum

A tiring weekend. Start with Friday has a family meeting for my future wedding then continue with bff's wedding on saturday and sunday. Non stop. No rest.

Apa pun, i'm happy for nora.

The best part, we are supposed to be her bridesmaid on her solemnization day but we are late! Malu tak terkira. Dah la wearing same dress kan. So bila masuk masjid the place where nora is having her best moment, everyone is looking at us. Gile malu tak hingat! Haha!

Then today for her reception, we also late. Nora tells us to be there at 2 when the bride berarak then last minute she texting that the berarak will start ealier. Kitorg mmg dah set time ngam ngam choi la before tu supaya tak lewat. Last2 spoil jugak. Adoi! Tak pasal2 kena perli dengan abang fotographer.

To nora, i dont know whether u read this or not but just want to say from bottom of my heart i actually feels a little bit sad. Im happy but at the same time rasa sedih jugak. Dah naik pangkat jadi bini orang so rasa lepas ni maybe susah sikit nak lepak2 kan. There will be a limit. Im sure. Tapi aku harap kite tak lepas la dari terus berjumpa wpun setahun sekali.

Be a good wife. A loyal and a solehah wife for ur husband. Kekalkan rasa bahagia yang kau rasa ni sampai hujung nyawa kau. Please be in my coming soon wedding day. Pray hard for u to be there. Minta izin laki ko pleaseee..

U r so pretty. The prettiest bride ive ever seen. Dah ko pun mmg cantik kan. Hehe. So kekalkan bahagia tu k and waiting for another gud news from u tau. Hehehe..

Amik pic mmg banyak n suddenly i realize that ive become bigger. Dem!

Kenyataan yg mmg menyakitkan. Dis time i really need to lose my weight. Dah jd mcm badan dulu la. Sangat tak suka. :(

Need to start the mission now!

Picture? Dont have intention to upload here. Maybe ill put the bride only but still dont get the pic from my fren. So next time.

Monday, May 20, 2013

Bride to be#5 -- Misi mencari bracelet untuk batal air solat

0

Bismillah.
Asslamualaikum
Alhamdulillah last saturday dah berjaya beli bracelet utk batalkan air solat. En. Tunang dah masukkan duit. So jom kita shopping!  Jenuh jugak lah dok mencari dah memilih. Saya rambang mata sangat3!!!!!
Elok2 pergi pagi tu dengan ceria tiba2 tengah hari bawak ke petang kepala sakit yang amat. Stress sebab pilih gelang. Konon hari sebelum tu yakin. Nampak je yang cantik terus rembat. Malas nak fikir banyak kan tapi bila dah sampai kedai emas tu terus berpinar mata. Banyak yang cantik!
Destinasi untuk beli bracelet ni adalah di sekitar masjid jamek. Mula2 masuk kedai emas India yang ada di setiap kawasan mydin dan jakel sana. Emas dekat kedai2 India tu memang sangat murah! RM134/136 segram. Gila murah! Tapi yang mengescort aku hari tu x yakin dengan emas India ni sebab sangat light dan colour dia lain macam. Hehe. So oklah. Kita pergi pulak dekat semua house..
Dalam semua house yang aku notify ada habib jewels dan sri pinang. Kalau ikut market sekarang, harga emas adalah RM160/gram. Mana2 kedai emas itulah harga market dia. So memang pelik disitu bila kedai2 emas India boleh jatuh sampai 134 dan 136. So kami2 yang pergi ni memang x yakin.
Habib jewels bagi diskaun rm5 menjadikan offer diorang hari tu RM155/gram dan sri pinang pulak bagi diskaun rm4 menjadikan offer diorang RM156. Beza RM1 sahaja.
Mula2 aku menapak dulu dekat sri pinang. Lama jugak lah duduk situ. Ada lebih setengah jam aku rasa. Still undecided jugak. Then akak ipar aku try pergi habib jewels while aku pilih2 dekat sri pinang dan terus msg aku katanya habib jewels murah lagi *wpun singgit* dan design cantik lagi.Habib jewels kan memang terkenal dengan design up to date dia. So x heran lah. Tapi yang best harge emas yang dia offer tu.
Aku apalagi. Dengan rasa serba tak kenanya pergilah pulak dekat habib jewels tu. Nape serba tak kena?? Yelah. Dah duduk lebih setengah jam dekat sri pinang. Sekali tak jadi beli. Sian orang yang entertain kitorg tu tau. Huhu. Habib jewels memang banyak design cantik. Pilih punya pilih, akhirnya aku amik italian design. Imported design dari Italy tau. Bukan local yang buat. Org Italy yang buat tu. So ttbe rase exclusive sikit. Hehe.
Cuba teka mana satu pilihan sayaaaa.. Hehehe. Ni pun rambang mata tapi berbaloi sebab finally dapat jugak apa yang diinginkan dan tak sangka2 boleh beli habib jewels. Hehehe.
Tamat sudah ekspedisi mencari bracelet. Next weekend ekspedisi lain pulak ye.

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Cikgu!!

0

Bismillah..

Assalamualaikum!!! *eksaited*

Hari ni hari cikgu lah. Patot trending betol kat facebook tu. Aku pun nak wish jugak lah. Ni kopipes dari facebook je. Malas nak taip lagi. *dasar pemalas*

Nak wish jugak.

Kepada cekgu2 dekat:
Tadika ABIM
SK Sultan Hissamuddin Alam Shah
Kelas Pendidikan Masjid Negara
Sekolah Bestari As-Solihin
SMK Seri Gombak
Matrikulasi Melaka
Uitm Segamat
Pusat Tuisyen Alex
Pusat Tuisyen Perijaya (X ingat eja)
Pusat Tuisyen dekat seksyen 9, Shah Alam atas Restoran Cili Padi( x ingat nama)

Terima kaseh daun keladi yang tak terkira. Tq sebab sabar ajar saya yang pemalu ni dulu. Tq sebab ajar saya yg lambat pickup ni selalu. Tq sebab ajar saya ngaji sampai saya pandai baca Al-Quran. Tq sebab ajar saya ilmu dunia dan akhirat. Tq sebab ajar saya berdiri depan tiap2 minggu utk presentation smpi kurang skit malu saya. Tq sebab ajar saya sampai saya dpt degree saya.

Walaupun tak sehebat kwn2 sy yg lain, tapi saya tetap jd orang jgk. Tq cekgu!!!!

Dan selamat hari cekgu jugak utk cekgu2 yg lain.

Dan cekgu yang terbaik adalah mama Rusmiati Harun dan abah Mohd Nakhaie Ahmad sebab dari kecik ajar utk jd org sampai lani dah besar gabak ni pun still jadi cekgu supaya adik jadi org berguna. Sayanggggg dua2!! Muah3!!

Amik kau panjang. Kalah retis yg bg ucapan tau. Kehkeh..




Dah kopipes. hehe.

Selamat Hari Cikgu pada cekgu2 yang berdedikasi. Banyak pahal korang dapat dengan ajar anak2 orang ni. Tapi ajar benda elok2 je k. hehehe. 

Kisah Si Anak Dara

0

Bismillah.

Assalamualaikum.

Mama ada share something dalam seminggu dua ni. Benda yg paling merunsingkan kepala dia.

Anak-anak.

Alkisah, aku ni akan melangkah bendul. Bendul akak aku. Still single. Comel. Tapi masalahnya still tak ada sape2. Ada org nak tapi dia pulak tak nak.

Pening kepala. Tak tahu apa yang dia cari. Tak tahu mcm mana dia nak.

Sian dekat mama la dok fikir pasal ni. Takot sampai dia tak ada akak aku ni tak kawen2. Nauzubillah.

Dok korek2 cerita pun still tak nak bagitahu. Siap marah lagi sebab asyik tanya. Yelah, dah orang tak tahukan. Kene la tanya.

Mama suruh tanya tapi aku bab perasaan ni tak bercakap sangat dengan akak aku ni. Entah nape.

Tak mahulah akak aku single lama2. Aku pun dah boring dengan abang2 ipar aku yang ada sekarang ni. Boleh?? Haha. So harapnya dapatlah abang ipar yang baru tak lama lagi. Mungkin sebelum aku ataupun selepas aku. Mana2 la tak kesah.

Harapnya akak aku ni terbuka la hati nak kawen tu. Entah apa yang dia dok keraskan hati tu tak tahulah. Cubalah pi solat hajat supaya Allah bukakan hati dia untuk kawen. Dengarnya laki tu molek jugak. Mungkin tak segagah dan sehensem Fahrin Ahmad pujaan hati akak aku tu tapi maybe gagah dan hensem untuk jadi suami yang terbaik untuk dia. In Sha Allah.

Segarang mana pun akak aku tu, tak suka macamana pun dengan peel melenting akak aku tu, aku sayang dia gak dan nak tengok jugak dia bahagia dan ada family sendiri. Nanti dah tua adalah jugak teman. Tak adalah sorang2.
Dah mama risau aku pun dok risau sekali ni.  haishhh..

Wednesday, May 15, 2013

Bride to be #4

0

Bismillah..

Assalamualaikum..

Dah lama tak mengarang.

So how PRU13? Puas hati tak? haha. Dalam fb tu berkoyan orang tak puas hati. Macam2 fitnah ada. Suka2 je keluarkan cerita yang tak tahu hujung pangkal. I don't like that.

Habis PRU13. Jom kita fokus balik bab kahwin.

Cepat masa berlalu. Lagi 5 bulan 2 minggu je. Haih. Ready dah ke?

Aik? Time sekarang baru nak tanya ready ke tak? Masa plan nak kahwin tu tak fikir pulak?

Hahaha

Biasalah. Bila dah dekat lah macam2 dalam kepala ni dok fikir. Boleh ke nak jadi bini orang ni? Perangai pun ke laut lagi. Serius! Perangai aku kat rumah sebijik macam perangai budak2. Agaknya sebab kat rumah tu tak ada budak2, so jadilah orang lupa akal sikit. hehe.

Tapi percayalah. Bila anak2 buah balik, aku kadang2 tu jadi hitler jugak. Hehe.

So, apa perkembangan?

Perkembangan terbaru - saya dah beli katil. hehehe.. Awal tak? Mama dah suruh beli katil. So kita beli saje. Alhamdulillah mama support RM500. Kurang sikit beban. TQ Mama!

Katil simple saje. Katil moden jenis Divan tu. Divan ye orang panggil? Kalau tak silap orang kedai tu cakap macam tu. Bukan katil besi macam dulu2 tu. Pic nak upload tapi internet slow. Later la k.

Untuk perkembangan akan datang ni, akan beli gelang emas sebagai hantaran. Kenape beli awal? Sebab sekarangkan emas tengah turun harganya. So, baik beli cepat. Nanti beli lambat2 kesian pulak En. Tunang nak kena keluar duit banyak. Lagipun dia dah masukkan duit untuk beli gelang. Jom kite membeli emas ye.

What else? Tu je kot. Yang lain tu biasa2 saje.

Catering dah tempah
Canopy dah tempah
Doorgift under planning

Tu je kot setakat ni.

Pening kepala.