Wednesday, January 30, 2013

Fiance to be #Final - 27 Jan 2013

0

Bismillah..

Akhirnya berakhir sudah majlis yang membuat aku berdebo-debo dua tiga hari ni. Ni nak cerita lah perasaan sehari sebelum dan selepas majlis tu.

Sehari sebelum majlis tu memang la tak boleh nak cakap macam mana perasaannya. Takut, bedebo debo dan tak tahu nak fikir apa. Tapi aku busykan diri dengan fikir pasal hantaran yang tak siap siap lagi tu. Barang pun banyak yang dapat last minute. Yang tak dapat lagi pun ada. Last day tu! Hei aku memang pasrah lah.

Yang bestnye, nak dekat2 maghrib tu, khemah pun tak sampai2 lagi. Aku fikir habislah... Muat ke rumah nanti. Mama pun dah try call 2 3 orang untuk cari khemah lain. Tapi tak dapat. Itu pun aku pasrah la jugak. Harap muat la kononnye dalam rumah nanti. Aku risau bukan apa. Takut pihak belah sana tak selesa je sempit sempit dalam rumah. Tapi akhirnya bila maghrib tu, sampai jugak orang khemah. OK time tu dah boleh tarik nafas lega. :)

Dua hari sebelum majlis memang aku dah cek. Untuk mekap aku remind kawan aku. Settle. Untuk makan pun aku tanya mak aku. Settle. Untuk khemah aku tanya bapak aku sebelum tu bapak aku kata settle. So, tak expect la benda2 di luar jangkaan jadi walaupun kite kena fikir. huhu. Hantaran pun, hiasan memang settle tapi tang barang2 tu yang tak settle.

Akak aku ada sponsor satu barang dan barang tu la last sampai pagi majlis tu. Kelam kabut la jugak. Nasib baik la ada kazen aku dan kak ipar aku dok susun susun benda alah tu dan tampal reben. Kalau tak memang pening pale aku nak handle semua last minit. Nak mekap lagi. Credit to my strongest family support. ^_^ Cite pasal mekap. Ini lah hasil mekap kawan I. Cantik tak? kih3. cantik la bila dah mekap. Time tak mekap nan hadooo. Eh! cakap pasal mekap ni lupa pulak aku tak bayar lagi duit servis dia. haha! teruk btol customer. huhu.

Hari Khamis before majlis I pegi buat padicure and manicure tau. Kak ipo yang gorgeous belanja (panggil gojes bila belanja je. Tak belanja cari gaduh. hehe). Murah sajok. RM 25 untuk express pedicure and manicure. Sanggup tau I turun dari Kajang ke Wangsa Walk, Wangsa Maju untuk buat benda alah tu. Lagi2 bila orang belanja. Hehehe. U see U see pic I bawah ni. Yang duduk atas kerusi tulah kak ipa I yang gojes dengan anaknya Imani Ting Ting. Kami semua buat rawatan kuku kaki dan tangan supaya kuku kami  nampak bersinar sinar dan berseri seri!!.. hehe. Lagi lagi time sarung cincin tau. Biar dari jauh pun nampak bersinar sinar kuku ni. ;p

 kaki saya yang comell..

Lepas tu pulak kan, dah last last minit tu aku dapat ilham untuk buat reben. Yelah hantaran yang aku buat kosong gitu je kan. So, tengok2 orang punya reben dalam majalah dan kak sedara En. Tunang punya reben, tetiba macam semangat pulak nak buat juga. Banyak kali jugak lah test & error. Dan last2 jadilah reben di bawah ni. Cantik tak? Nak tempah? Email lah I ye. hehehe tapi tahu buat jenis ni je la tau. Jenis lain tak habis khatam lagi. Oh ye, nak bagitau. Atas kegigihan I, reben ni siap cantik lepas satu jam sesi try & error tu. hehe. 

 Lupa pula nak rotate dulu. 

Pic bawah2 ni contoh hantaran yang aku dah buat. Aku buat hiasan bunga tu dan reben sajok. Susunan dan lipatan hantaran kazen aku yang buat. Dia lagi kreatif dari aku. huhu. Tak banyak hantaran yang ada dalam pc. So aku attach yang ni je dulu. Bila forographer dah bagi nanti upload lain kat sini k.
 Kain nikah dengan sampin

Bakul hantaran lain. Time ni barang2 tak cukup lagi nak letak dalam bakul

 Siang sebelum majlis tu, dah pakat lah susun atur perabot semua bagi rumah lapang. Pic bawah ni tengah potong bunga daun pandan untuk buat bunga rampai. Kasi wangi rumah yang wangi tu.
 Tak lupa juga pada kawan2 rapat aku yang aku jemput khas sebab sudi datang. Ni lah kawan2 baik aku dari setiap batch. dari sek men sampai la U. Thnx for coming guys!!!
Geng matrix. Cik mek no.2 dari kiri tu satu sekolah juga masa sekolah rendah.
 Geng Semerbak
Geng Uitm
Finally, inilah cincin yang bakal mak mertua aku sarungkan kat jari manis aku yang gomok ini..Satu cincin merisik satu lagi cincin tunanglah. Simple saje tapi sangat suka! Masa beli tu dah test dah dan try memang ok dan ngam la kat jari kan. Tapi sekarang bila pakai longgar pulak cincin tunang aku ni. Cakap kat En. Tunang dan dia tanya nak pi potong ke? Fikir balik tak payah lah. Nanti kalau gemuk tak muat pulak kan. Bio je la situ. Asal dia tak melurut jatuh lagi kira ok la.
cincin tunang dan risik

So, selesai lah majlis. Lepas ni nak pening kepala pula fikir pasal kawen. Bulan dua ni akan pergi kursus kawen. Persiapan memang kene buat awal sebab En. Tunang nak naik kapal dah pastu lambat lagi nak turun. Kelam kabut pulak nanti. Jadi, baik kita buat awal2 kan..

K lah. tolong doakan hubungan kami berjalan lancar ye sehingga ke akhirnya. Amin..


Tuesday, January 22, 2013

Am I too ego?

0

Bismillah.

Am I too ego?

Question that always keep running in my head.

Mungkin tak biasa, so benda tu tak diterapkan dalam diri untuk aku memulakan langkah dulu.

Sape yang tak sedih kan. Ur own blood. Tapi.....

Entah lah. If she don't want to be part of it then, fine. Aku tak akan paksa. Aku tak boleh paksa. And everyone keep blaming on me! it makes me stress! It's bcoz I'm the youngest! So????

Arghhhhhhh!!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Why sometimes I like to be alone?

Because when I'm alone, tak akan ada rasa sakit hati. tak akan ada rasa yg tidak sedap dalam hati.

Tak kesah la being alone in any what situation pun. Makan sorang2 ke. Shopping sorang2 ke. Duduk dalam bilik sorang2 ke. Ape2 situasi lah. Aku lagi senang untuk tidak menginvolvekan sesiapa. Senang cerita untuk tidak menyusahkan sesiape. Selagi aku mampu bersendirian selagi tu aku akan bersendiri. I love to be in my own world.

Aku tak boleh mendengar perkataan tidak. Well, bukan selalu lah. sometimes. tengok situasi.

Cth kalau aku ajak someone teman aku gi shopping or hangout. then the other person said NO without any concrete explanation. aku akan sakit dan sentap. Banyak kali jugak aku receive rejection tapi itu bukan alasan untuk aku still tidak sakit dan sentap. I dont know.

Dats the reason why I like being alone. Aku allergic pada rejection. Nak keluar, aku keluar sendiri. Aku senang hati sebab tak accept mane2 rejection. sebab aku tak ajak orang. Selalu jugak aku jalan sorang2 gi shopping complex ke or mane2. Ok je. Tak ade la rase canggung. Rase canggung bila ade orang pandang aku tak lepas and aku perasan sorang2 "comel sangat ke aku sekarang ni?". hehe

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Well, maybe I'm too ego sebab I've been through a lot. Banyak perkara yang mengajar hati aku untuk jadi keras. Act, tak bagus la. Tapi aku dah penat berlembut even to my own blood. Ermmm.. I dont know. Biar masa merubah segalanya.

I pray for it.




Wednesday, January 16, 2013

Fiance to be #5

0

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah detik detik tu dah makin hampir. Kalau nak countdown ermm tinggal 11 hari lagi. What?? 11 hari?? Waaaaa! Takut!! Boleh tak kalau nak takut sebab nak sarung cincin nanti? Boleh tak? Boleh tak? :(

Hari tu merungut dengan cik abang. Dah la tangan gelap. Malu nak suruh mak dia sarungkan cincin. Huhuhu. Pastu boleh cik abang cerita kat mak dia. Teruk btol! Malu i!

Ermm persiapan semua setakat ni still on-going la. Few dah setel. Dah tak payah nak fikir banyak sangat tapi selagi majlis tak selesai selagi tu tak akan berhenti untuk berfikir. :)

Ok. Ni nak share sikit things pasal tunang ni.

Perkara
Status

Baju tunang + tudung
Selesai
Sdn Bhd
Make up
Selesai
My beloved fren
Hantaran
90%
DIY
Photographer
Selesai
Kawan cik abang
Makan
Selesai
Sdn Bhd
Bantal tunang
Selesai
Pinjam kawan
*apa lagi ek? Rasa tu je kot.

Tunang aku tak buat besar besar pun. Sesimple yang mungkin. Pelamin tak ada. Doorgift tak ada. 

Untuk baju tunang aku beli dekat jakel. Jahit dengan ah so cina dekat klang dan tudung beli dekat jln TAR sajo… tudung murah n cantik! Hehehe..

Untuk makeup I booked kawan I saje. I believe her to make me pretty on my special day.

Hantaran makan bajet sikit sebab aku beli sekali dengan bakul sebanyak 8 buah. So banyak makan duit kat situ la tapi tu memang niat dari awal pun. Mungkin boleh guna masa nikah nanti. Hantaran memang 100% buat sendiri. Well peringkat awal memang banyak ada ubah2. Biasalah banyak pendapat kan. So aku kutip sikit2 yang orang komen then aku gubah campur2 semua dari komen2 orang. Maybe tak secantik daripada orang pro ubah tapi buat sendiri kan. Rasa best lah sikit.

For photographer, yang ni cik abang yang uruskan dengan kawan dia sebab dia nak sponsor. Hehe. Dia tahu bakal tunang dia ni tak ada banyak duit tu yang dia offer diri. Hehehe. So, dah warning kawan dia ni. Kalau hasil cantik dan harga reasonable, memang continue amik dia time kahwin nanti. Bagus pulak photog tu bagi gerenti. Good3.. :)

Untuk makan pulak sdn bhd. Mak aku buat ala2 konsep rewang rasanya. Mak aku masak satu lauk ni dan lauk2 lain dibahagi antara kakak2 aku, makcik2 aku tuk masakkan dan nanti gather lauk2 tu kat umah time ceremony nanti.  Owh lupa, khemah diuruskan oleh my abah. :)

Bantal tunang aku pinjam dari kawan aku je. Senang. Malas nak fikir lebih2. Huhuhu
 
Ok tu serba sedikit pasal persiapan tunang aku. Ermm maybe nanti I will share pictos dalam ni k. :)


Wednesday, January 9, 2013

Yeay2!! dapat bunga! :p

0

Bismillah

8.1.2013 -- 2nd year annivesary


1st time ever dapat bunga. Bunga tipu sebab dia tak suka bunga betul. cepat mati. kalau bunga tipu ibaratnye cinta dia tak mati2. Awwww!! haha geli uolllsss!

Romantik pulak pakcik sorang tu malam tadi. Lepas berjaya merembat dua bentuk cincin untuk bertunang akan datang ni, dia boleh buat seprais time nak pergi makan.

Two words -- Terkejut dan terharu.

Ada lah rasa nak meleleh sikit tapi tahannn.. cover ayu kononnya. ;p

Time kaseh pakcik tuk seprais and bunga tu. pakcik dah buat saya terharu. huhu.

Owh, bila dah semalam tersenyum dan tersengih macam kerang busuk, suddenly aku teringat dekat memori berkasih dulu dengan hamba Allah sorang lagi tu. boleh? tengah2 time romantik tu? spoill tau.. hahaha..

Nope. Aku teringat dia sebab sangat2 berterima kasih dengan dia. Kalau lah taste dia tak tinggi and tak tinggalkan aku yang tak ikut piawaian taste dia ni, kompem I tak merana--kurus and jumpa pakcik I sekarang ni yang Alhamdulillah much300x more better than him.

Walaupun kepercayaan pada laki berkurang, tapi yang aku boleh cakap as for my experience.

"Bersamalah lelaki yang menerima kita dengan seadanya walau macam mana pun keadaan kita. In Sha Allah, jika dia yang sedemikian, dia akan menyayangi kita tanpa bersyarat dan ikhlas".

Dia tak akan sia2 kan kita dan tak sabar2 nak mengambil tanggungjawab dari ibu bapa kita. dia nak galas segala tanggunggjawab tu. dia nak jaga sejaga jaganya.

Kita pun kenelah ikhlas. ikhlas terima dia dan apa adanya. ^_^