Wednesday, August 28, 2013

Bride to be#9 - Tempah baju nikah

0

Bismillah..

Assalamualaikum..

Tengah dalam mode mengantuk sebenarnya ni. Penat semalam tak habis lagi. Semalam pergi mana???

Heee.. Semalam dengan jayanya aku dah pergi tempah baju untuk nikah. Sanggup meredah dari Puchong ke Ampang semata-mata kerana tailor yang mek Azni kata superb. So, dengan izin bos untuk pulang awal jam 5 petang semalam, gigih aku memandu kereta meredah jalan time orang dah habis kerja. Peak hour katenye kan tapi Alhamdulillah jalan clear sangat kot! Puchong paham2 je la kan. Kalau tak sesak bukan Puchong namanya tapi semalam memang clear. Lepas tu masuk mex highway menghala ke jalan Ampang. Niat menghala ke Ampang Park stesen la kononnya tapi last2 sesat gara2 GPS tak function!. Kuang hajo. Sesat dalam KL hazab kau! Walaupun aku ni anak jati KL tapi nan hado aku suka dengan KL. Sesak!! Tapi Alhamdulillah semalam KL pun tak sesak sangat padahal masa tu dah pukul 530 lebih2 sikit kot. Nasib aku kan. Alhamdulillah. Pastu pusing2 punya pusing jumpalah aku dengan KLCC dan suruh si mek tu tunggu depan KLCC. Amik je dekat situ.

Mulalah si mek tu membebel kata dia pulak kene tunggu aku bagai. Ehhh banyak cekadak pulak. Aku dah amik ni kira bersyukur tau. Keh3. Tak bertengkar mulut ngn makcik sorang ni memang tak sah. Siap dia nak mencarut kat aku pulak tu. Hahaha. Nasib baik tak terkeluar kalau tak ada yang kena tinggal tepi jalan.

Nak menempuh ke Ampang dari Jalan Ampang tu tak ada lah jauh sangat kan tapi yang hazabnya traffic light. Gila kejap lampu dia. Buat aku hangin je. Tambah dengan perut lapar kan. Dosa berganda ganda aku dapat semalam sebab marah2 kat orang. Huhu.

Bila si mek tu cakap kat Ampang aku ingat area Ampang point je. Hehe. Rupanya2 dalammmm lagi. Dah masuk dekat carrefour Ampang tu, kau kena masuk dalammmm lagi. Jenuh jugak lah. Tapi tak apa lah. Demi sepasang baju nikah.

Tailor si mek ni seorang Auntie Chinese from Indonesia. BM dia quite good sebab Cina Indonesia kan memang fasih berbahasa Indonesia. Bahasa Indonesia dan Malaysia kan tak jauh beza sangat. So senang sangat nak ber'communicate' nak bagitahu kita nak macam mana macam mana. Lepas tu dia pulak bagi suggestion macam ni macam ni. So kita paham. Senang.

Pasal harga, aku tak tahu lagi. Auntie tu pun tak tahu nak letak banyak mana. Tunggu dia jahit dulu. Kalau susah mungkin harga dia tinggi sikit. Aku tak kisah sebab tahu kain lace with beads memang payah sangat orang nak ambil sebab sulit sikit nak menjahit dia. Banyak kerja. So bape2 yang auntie tu letak kita bayar je la ye. In Sha Allah masih dalam bajet.

Agak lama jugak kat rumah Auntie tu. So far design yang dibincangkan memuaskan hati aku. Kita tengok final dia nanti macam mana. Harap2 la sangat puas hati. Baju nikah kot.

Jangkaan siap adalah bulan 10 nanti. So, nanti kita reveal teaser ye lepastu tengok hasil puas ke idok.

Siyes gua tak sabar! hhehe..

Tuesday, August 20, 2013

Kisah berat badan saya - Perkembangan lepas seminggu

0

Bismillah..

Assalamualaikum..

Dah nak dekat kahwin ni kan, risau psl berat je. Nnti lemak berlipat lipat tak cantik pulak pakai bajunya. huhu.. Struggle giler sekarang ni tapi dalam struggle tu tak menahan jugak dr makan sodap. keh3. tak tertahan nafsu makan saya. :(

Tapi so far Alhamdulillah berat dah turun 2kg lebih. Ok la tu. Slow2 but practical. Kan?? Current weight? Ermm pagi tadi timbang 65.9kg. Sama dgn berat semalam sebab malam tadi tak excercise.

Last weekend adalah hari melantak. Hari sabtu beraya ke rumah mak lang. Menu? nasi goreng dengan ayam bakar dan mihun soto plus cocktail buah. Itu memang balun habis la. Sampai umah timbang berat naik ke 67.8kg. 1kg lebih makanan yang aku lantak tu. Hehe.

Hari Ahad pulak buat makan2 untuk kawan2. Hari tu memang penat. Bangun awal pagi pukul 6 lebih. Lepas solat subuh terus turun ke dapur. Mencatat sejarah sebab selalunya lepas subuh setiap hujung minggu aku qadak tidur balik. Keh3. Siap2 masak semua dalam pukul 9 lebih. Pagi tu rasanya aku tak makan apa sangat. Style aku, kalau dah penat buat keje memang tak lalu nak makan. Tak ada selera. Ada la aku merasa nasi ayam akak aku. Itupun tengok ayam yang sangat menyelerakan. Ambik lah jugak sepiring. Nasi pun secoet je.  Bila kawan2 datang barulah aku melantak banyak sikit. Makan nasi ayam lagi. Kuantiti banyak jugak lah sebab perut aku dah mula meragam minta makanan tapi still dalam kuantiti yang terkawal.

So hari Ahad tu makanan aku adalah nasi ayam, salad buatan sendiri (yg ni aku makan byk) dan mihun dan kueyteow (beraya rumah kwn). Rasa total kalori aku amik lebih 1200kcal. Tapi bila malam timbang berat aku 66.4kg sahaja. Tak pelik sebab memang aku penat sangat hari tu buat kerja. Makan memang kerap tapi sikit2. So semalam dan hari ni berat aku 65.9kg. Target untuk dicapai hujung minggu ni nak berat 65.5kg. Memang kene pulun.

Setakat ni cara aku untuk diet adalah:

Hari biasa/kerja:

Pagi: Oat+susu manis+kismis
Tgh hari: Makan macam biasa tapi kuantiti sikit. Kurangkan nasi
Malam: Makan macam biasa juga tapi kuantiti sikit
Snack in between samada buahan atau apa2 yang boleh kurangkan lapar.
Air putih tak kurang dari 1500ml. Lagi banyak lagi bagus.
Green tea every morning

Hari minggu:

Makan tak menentu dan tak terkawal. keh3

Aku makan macam biasa tapi aku pastikan jumlah kalori aku ambil sehari tak lebih dari 1200kcal. Macam mana nak tau berapa kalori kita amik? Sape2 yang pakai smartphone senang. Aku download myfitnesspal dalam hp. Banyak menu makanan malaysia dalam tu. Senang dan mudah. Setiap kali ko makan ko isi je dalam apps tu.

Dan untuk monitor berat aku, aku download weight history. Tiap2 hari record dan kita boleh tahu berapa dah turun dan berapa lagi yang nak diturunkan. Kat situ pun boleh tau berapa BMI kita semua. Senang cite macam2 adalah..

Dan untuk excercise pulak pon aku download circuit training dan daily work. Sonang jo. Kau ikut la step dia tu sampai pengsan. Dia pun ada timing dia. So kita boleh tahu berapa minit kita dah excercise.

Semua ada dalam phone kan?? Silalah pakai smartphoneeee..

Dannnnn untuk menaikkan semangat aku tiap2 hari aku bukak website kevinzahri dan baca success story orang2 yang dah berjaya turunkan berat badan. Orang yang dulu lagi gemuk dari aku pon boleh kurus apatah lagi aku kan??

Itu je la cara aku so far. Alhamdulillah turun la 2 kg. Ada lagi 8.9kg lagii nak turun. Wish me luck!!

P/s: Baru turun 2kg dah sibuk kan?? Haha. Aku sukalah! Susah kot nak turunkan berat!


Tuesday, August 13, 2013

Kisah berat badan saya - Edisi reveal habis habisan

0

Bismillah

Assalamualaikum.

Entry kedua pada hari yang sama.

Entry ni aku nak reveal pasal berat badan aku tapi start dari zaman matriks di Londang, Melaka
matriks 2006-2007

matrik 2006-2007
 Tak ada gambar full pulak dalam simpanan aku sekarang tapi tengok daripada ketembamam pipi dan tangan boleh agak kot kebesaran aku tahap mana. Masa masuk Matrik ni berat aku dalam 73-74kg macam tu. Berat yang paling heavy seumur hidup aku. Tapi lepas je sesi orentasi, berat aku turun lebih kurang 1-3kg dan selepas 1 tahun dekat Matrik berat aku turun dalam range 3-4kg. Sebab apa turun? Sebab aku duduk dekat kolej yang paling ke dalam/jauh dan di tingkat paling atas iaitu tingkat 4. Tapi kadar masuk kalori aku pun banyak juga dan aku agak rajin makan malam. Sebab tu tak berapa nak turun sangat. 

Uitm 1st year 
Untuk Uitm dia ada part by part penurunan. Lepas Matrik, cuti agak lama lah. So dalam masa cuti tu memang aku menternak lemak lagi. Hasilnya macam dalam gambar 1st tu. Boooolat nak mamsss! plus hitam logam!. Zaman tu memang aku langsung tak timbang berat badan. So aku tak tahu condition badan aku dah teruk masa tu. Langsung tak kesah dengan berat badan. Mulut tetap merungut baju tak muat la apa la tapi tak ada inisiatif tuk aku muatkan baju tu. Aku rasa masa tu berat aku dalam range 72-73kg. Back to berat asal sebelum matrik.

Uitm 1st year
Life dekat Uitm quite hectic juga. Even aku tinggal dekat floor 1 di kolej tapi kelas berbatu jauhnya. Oleh itu, aku banyak berjalan. Ke sana ke mari. Berat turun la sikit sebab malam aku tetap makan. Berapa aku tatau sebab aku tak timbang. Aku just perasan bila ada certain baju aku muat sikit. Hasilnya jadi macam picture atas ni.
Uitm 2nd year - sem5
Untuk 2nd year, aku dan start duduk luar. Menyewa rumah dengan kawan2. Lagi bebas lagi sedap makanan luar. Tiap2 malam memang makan tapi aku ada kesedaran sikiiiittt je masa ni nak kurus. Try to diet excercise etc. Aktif tetap aktif sebab sem 5 ni kelas agak padat dan memang sentiasa bergerak laju time ni. Walaupun naik kereta tapi student ada parking area sendiri kan. Nak berjalan hazab jugak la. Lagi2 kalau dah lambat. Memang marathon jawabnya. Gemuk still gemuk tapi orang ada cakap aku kurus sikit bila aku balik rumah. Gambar 3rd tu masa dinnner tuk final student sebelum kitorg melangkah ke alam practical.


Uitm 2nd year - sem6
Masa presentation Viva ni ramai gak la cakap I kurus sikitttttt.. Hehe. Suka la hatikan. Aku pakai tu baju akak aku. Pinjam sat. Aku ni manalah ada baju cantik. Terpaksalah pinjam baju akak aku. Akak aku kecik daripada aku tau sebelum ni. So bila dapat pakai baju akak aku maknanya aku dah turun la.. Masa ni kalau tak silap aku la kan berat aku dalam 67-69kg. Pipi tu tak leh nak buat apa la kan. Memang keturunan tembam. Tapi sila tengok dekat tangan I. Beza jugak kan dari masa matrik dulu? Sebab kurus? Final sem adalah masa practical. Aku practical dekat Bangsar. Naik tren dan berjalan lebih kurang 15 minit jugak untuk sampai ke opis. Oleh itu tiap2 hari aku berbau bacin sebab peluh. Hoho. Nasiblah ekau. Pergi balik berjalan 15 minit. Tgh hari tak bape makan sangat. Makan dalam kuantiti sikit. Tapi malam aku memang makan sebab tak tahan. hehe. So, itulah hasilnya....
penganggur terhormat
Lepas habis Uitm, aku menganggur 3 bulan. Bulan pertama berat aku dalam 68kg. Cutikan. Seronok la makan tido makan tido. Mama abah tak bagi keje. So hidup itu je lah. Makan tido makan tido. Naik bulan kedua dan seterusnya, berat aku turun sehingga 10kg. Dalam gambar ni berat aku 57kg. Incredible kan? Dalam masa 2 bulan lebih aku boleh kurus 10kg. Aku sendiri pon tak sangka. Sebab kurus? Sebab aku patah hati. HAHA! Heart broken for 1st time. Reason sebab aku gemuk dan gelap. Kebetulan ada program biggest loser kat tv. Apa lagi...Aku terinspirasi la. Aku memang tak lalu makan. Itu bonus untuk aku kurus. Kalau ikutkan aku memang boleh tak makan sehari tu tapi sebab aku tak mahu kene gastrik, aku amik jugak nasi kurang dari segenggam. Hanya untuk alas perut. Aku memang tak lalu langsung2 dan aku excercise bagai nak gila. Duduk rumah tak ada buat apa. Aku follow biggest loser tu dari pagi sampai malam. Bukak tv bukak U-tube sampai aku flat tak larat nak excercise dah sehari tu. Bila kalori lagi banyak keluar dari kita ambil itulah hasilnya. 10kg dalam 2 bulan. Gila kan? 
1st year kerja
Masuk keje, berat naik turun. Hati dah pulih masa ni. So seronok la makan. Paling berat masa keje 1st place ni adalah 65-66kg. Hahaha! Naik balik 10kg. Kuang ajo btol lelemak ni. 

latest raya 2013
Sekarang?? Kalau ikut timbang malam 2nd raya tu berat adalah 68.5kg*mengucap*. Kalau ikut pagi ni, berat adalah 66.8kg. Aku pulun excercise 2 malam. Alhamdulillah turunlah sikit. Dan untuk kahwin ni, target aku untuk turun kepada 60kg. Caranya?? Excercise tiap2 malam dan jaga makan.

Sebenarnya boleh je nak kurus.. Tapi aku ni jenis pantang nampak. Terus tak tahan nak ngap. Lepas tu bila tahap malas nak excercise tu, semedang je la malas sampai langsung tak buat dah. Badan aku ni macam badan orang lain la kecuali badan orang2 yang metabolisme yang tinggi nak mampus tu. Kalau aktif gerak banyak memang senang sangat nak turun. Kalau malas pun memang senang sangat lah nak naik. *grrrrrrrr*

Aku tak percaya cara pantas ke apa. Pil2 ni semua. Aku takot bila aku stop tiba2 nafsu makan mencanak naik macam gergasi. Takoootttt.. So sebab tu aku guna dua cara sahaja. Excercise dan makan. Aku kira berapa kalori intake aku. Kalori intake ni aku belaja dalam website. Aku beli e-book Kevin Zahri. Kalau rajin aku ikut, aku turun. Kalau malas lain lah result dia kan.... Perangai malas aku ni buat aku rasa nak lempang diri sendiri 1000x. Geram gak..huhuhu..

So, tunggu la resutnye. Tengok samada aku berjaya atau tak turunkan sampai 60kg. Wish me luck. Nak kawen ni WOiiiii!





Kisah Raya 2013

0


Bismillah..


Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya!!!! ^_^

Dah beberapa hari raya. Alhamdulillah.

Tahun ini adalah tahun beraya rumah mertua masing2. Memandangkan parent aku ada 2 orang lagi anak dara di rumah, tinggallah kami 4 beranak sahaja yang beraya pagi2 tu termasuklah bibik 2 orang. Memang sunyi dan tenang la bangun pagi tu. Tak riuh rendah dengan suara budak2.

Tapi kejap je. Lepas solat raya, mak lang dan auntie datang. So penuh la sikit rumah. Lepas tu nak dekat tengah hari sikit abang aku dua orang pun balik jugak. Yang balik ni spesis umah mak mertua sekangkang kera. Area KL dan Selangor juga. Haruslah depa balik kan. Nak tambah meriah lagi, mak ngah, pak cik Najmi, Kak Zah dan sedara belah mama pun datang juga. Meriah la kita...

Raya tahun ni raya paling simple sempoi dan selekeh bagi aku. Dengan muka tak touch-up apa2. Dengan jubah gedobos. Dengan tudung sarung gitu jek. Tak percaya silalah lihat bukti dibawah.
dengan mama di pagi raya
Selekeh kan? Hehe. Hari raya pertama tu tak pergi mana2 pun. Malam je pergi beraya rumah mak ngah dan Pak Cik. Itupun pakai seluar jeans.hehe. Siang pulak kita menyambut orang je. So nak hidang makanan and nak buat kerja dapur bagaikan, kalau pakai cantik2 habis baju cantik saya. Oleh itu, marilah kita pakai yang paling senang disarung. Tapi dalam selekeh2 tu pun ada gak orang puji jubah I pakai cantik *orang puji jubah je. Tak puji tuan dia*. Jubah adalah pemberian Abang dan SIL yang pergi buat umrah sebelum puasa hari tu. Jubah mak Arab kan. Harus dia besar. Kalau beli kecik sikit dia senteng pulak. I kan tinggi macam model *pengsan*.

2nd day raya aku cantik sikit. Sikit je. Tak banyak pong.. Baju pun molek sikit dari 1st day raya sebab 2nd day raya beraya 4 buah rumah. Wajib la kita pakai cantik2 kan. Bagi orang tengok kebaboom! sikit. 

Itu dia outfit for 2nd day raya. Tantik tak tittew*muntah kelabu*?? Baju tu beli dekat PKNS Bangi. Gigih mencari malam raya. Baju ni aku beli RM50 je. Caya tak? Sila percaya sebab aku memang bayar RM50 je. Duit lebih tu aku pau akak aku and SIL aku. kuikuikui. Sonok rupenye pau orang ni. Dengan muka tak malu I mintak tau. =D

Hari tu memang hari menambahkan lelemak kat badan. Hari makan tak hengat dunia. Hari melantak suka hati kau dan hari kau tak fikir badan ko sekarang memang gemuk. Hoho. Meh aku nak listkan apa yang aku makan. Mengucap...

1st rumah - Rumah pak menakan sebelah Abah. Makan lemang dan nasi impit. Rendang sodap. -- ini best sebab aku dapat duit raya RM12. Keh3. Tak sangka u ollsss.. Umoq 25 ni pon ada yang sudi bagi I duit raya. 

2nd rumah - Ni memang melantak habis. Makan nasi + ikan bakar + ikan sweet sour + paru2 sambal dan soto pedas kaw! Rumah orang jawa merangkap biras mama merangkap rumah mak SIL aku. Tu tak tambah lagi dengan kek2 yang sedap nak mampus dan kuih tat jem nenas pon yang sedap nak mampus. Ni memang aku macam ular sawa kekenyangan.

3rd rumah - Rumah Auntie merangkap adik mama. Makan nasi ayam dengan serawa durian. Nasi ayam tu nampak tempting sungguh! Tak dapek nak elak. Rumah ni memang tahap tu je aku boleh makan. Segala macam kek atau kuih memang aku tak pandang dah.

4th rumah - Pun rumah biras mama merangkap mak SIL aku yang lain. Last rumah kan. Nafsu makan memang dah menurun. Dorang masak pon simple sangat. Tau dah kitorg berjalan sakan. Ni makan maggie goreng je. Itupun aku amik sikit buat merasa. Dah STOP! tak larat nak sumbat.

Balik rumah memang sedap tido dah kenyang2 macam tu. Esok paginya bila timbang. Berat naik mencanak lebih dari sebelum puasa. Demmit.. Padan muka kau!

Sekarang ni dok pulun nak turunkan balik. Sia2 je berat aku turun masa pose aritu. *nangis tak berlagu*

P/s: Baru pasan. Tahun ni tak ada pic raya ramai2 la. huhuhu



Thursday, August 1, 2013

Kenapa perlu benci? Hanya disebabkan politik dan ketamakan kuasa?

0

Bismillah..

Assalamualaikum..

Bulan 7 tak mengarang kan? So kita lump sum je bulan 8 ni k.

Sekarang dok heboh dekat wall facebook aku masalah RACISM ni. Kenapa CAPSLOCK? Sebab aku kira ni masalah besar juga. Masalah yang boleh meruntuhkan keamanan Malaysia.

Dalam Utusan Malaysia yang bertarikh selepas dari pilihanraya PRU13 yang lepas ada bertanya "Apa lagi Cina mahu?".

Untuk Chinese it is quite harsh. Banyak cina yang melenting dan banyak mempertikaikan kebiadapan soalan itu sebab ianya bersifat perkauman menurut mereka. Untuk seketika aku anggap semua cina marah dengan statement tu. Tapi ada one time, months after PRU13, aku berjalan di facebook dan menyengodeng FB cina ini yang memang penyokong BN. Dia tak marah pun dengan statement tu tapi sangat suka bila orang bertanya macam tu. Dia cakap "There's nothing wrong with the question 'Apa lagi Cina mahu?'. Ramailah condemn kan especially Chinese and then dia jawab balik. "What's wrong? U don't feel proud when someone asking you what do you want? It shows that they care and you exist". dan dia bagi contoh mak dengan anak. Bila anak buat onar, mak2 selalunye akan melenting dan tanya "Apa lagi kau mahu! semua aku dah bagi!". Kan? So bagi dia itu menunjukkan yang kerajaan (Mother) concern about orang2 cina (Child).

He has the point. A very good point from a chinese man. Orang Melayu pun tak nampak tu. Harapan aku supaya ramai cina yang akan berfikiran macam tu. People will ask when they concern. So tak salahkan bertanya? Jawab je la apa dorang tanya. When they know they will take actions to make it better kalau sesuatu yang diminta itu berasas lah.

Then sibuk pulak dengan kisah2 orang cina dan one indian mempermainkan melayu dan Islam. Aku tak tahu apa masalahnya. Susahnya Islam itu, biar orang2 Islam je yang tahu atau tanggung. Hanya kami, orang Islam yang beriman je yang tahu the beauty of Islam. Kami tak kacau agama lain. Kami tak paksa non-muslim masuk Islam. Kami tak make fun pun dengan agama dan tuhan anda. So, where's the fire? Daripada make fun, baik orang2 non-muslim ni kaji and differentiate kan agama Islam dan agama anda and find out why we love Allah, Islam, and Nabi Muhammad so much! Kenapa kami melenting dan marah bila orang make fun to our religious. Study!!

Maybe my Chinese friends think that I'm racist sebab aku selalu share pasal isu melayu dan Islam dekat wall FB. I'm not racist! I am just proud to be a Malay and Muslim! Mana2 Cina yang tak betul memang la aku tak suka! When u spread the news, I also want to spread the truth! It's not because I hate Chinese. Aku ada ramai kawan2 Cina yang aku respect. Knowing them personally makes me think that ramai cina yang baik. So, kenapa nak susahkan diri membenci satu sama lain? Ini semua mainan politik. Can't we live peacefully macam sebelum ni??

Aku dah sakit mata dengan semua ni. Bosan..

Bride to be#8

0

Bismillah..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, lagi 3 bulan je nak menuju hari bahagia. Harap-harap dengan izin Allah berjalan lancar semuanya sehingga hari tu. Lama jugak tak update ni kan. Faktor malas menguasai. Biasalah....

Ok. setakat ni 80% mungkin dah settle. Meh tengok senarai2 dia.

Perkara Status
1. Akad Nikah  
1 Makanan untuk 100 tetamu  Done by Mama n Abah
2 Mini pelamin  Consider Done
3 Kadi Arrange by Abah - No
4 Saksi Arrange by Abah - No
5 Kanopi Done by Mama n Abah
6 Deko Tangga DIY - No
7 Baju Nikah Belum tempah lagi 
8 Veil  Still searching. Nak sewa saje
9 Kasut  No need shoes
10 Bunga Tangan Sewa
11 Bantal Nikah Sponsored by K. Mona (SIL) - Done
12 Make Up By ANIE D SANDING - Done
13 Bunga Pahar Sponsored by Ina (Sis) - No
14 Center Piece  Searching
15 Borang Nikah Arrange by Abah - No
16 Inai Not yet 
17 Bilik Pengantin DIY - No



2. Hantaran  
1 Pihak lelaki kepada perempuan  
1.1 Jam tangan  Done 
1.2 Kasut  Done
1.3 Perfume  Done
1.4 Bodyshop  Done
1.5 Handbag  Done
1.6 Gelang  Done
1.7 Mas Kahwin Done



2 Pihak perempuan kepada lelaki  
2.1 Note 2  Not yet
2.2 Kasut  Done
2.3 Perfume  Done
2.4 Watch  Not yet
2.5 Cincin  Done
2.6 Dompet & Belt  Done
2.7 Sireh Junjung  
     
3 Hiasan hantaran  Baru nak beli
 

4. Resepsi  
1 Rumah  
       - Kerusi & Sarung kerusi Puan Habibah - Done
       - Meja & Alas meja Puan Habibah - Done
2 Catering Puan Habibah - Done
3 Pelamin Sri Qaseh -Done
4
Baju Persandingan
 Consider Done
       - Baju Lelaki  
       - Baju Perempuan All by Anie D Sanding
       - Aksesori  
5 Make up  Consider Done
6 Kasut (Bersanding & bertandang) Done 
7 Bunga Mangar  Sponsored by Ina (Sis) - No
8 Signage  No
9
Official photographer
Eternity Production - Done
10 Official videographer Eternity Production - Done
11 Kad Jemputan  Done
         - Stem  Not yet (after raya)
12 Bunting  Sponsored by Ina (Sis) - No
13 DJ  Done
14 Badge  Not yet
15 Kek Sponsored by K.Mona (SIL) - No
16 VIP Doorgift Sponsored by Ina (Sis) - No
17 Doorgift (DIY)  
  - Kotak  Done 70%
  - TQ Tag  Done 90%
  - Sweet Sponsored by Ina (Sis) - No
  - Cookies Sponsored by K.Sham (SIL) - No

 
3. Baju Keluarga  
1 Keluarga Perempuan  Sdn Bhd
2 Flower girl Sponsored by K.Dut (SIL) - No



5. Lain-lain  
1 Katil  Done
2 Almari  Done
3 Air-Cond  No
4 Cadar  Done
5 Langsir  No

Panjang listkan. Aku tengok pun pinau mata. Huhu. Yang mana pakai duit aku memang aku settle cepat tapi yang mana di sponsor tu lambat2 sikit geraknya. Tak pe lah. Orang nak belanja. Asalkan dapat settle on time. 

Majlis buat simple je. In Sha Allah. tak ada yang hebat2 sangat pun. Ok la tu kan..

Ok lah. tu je update arini. bye.