Thursday, July 28, 2011

Saya sayang abah..

0

Assalamualaikum..

Petang tadi ada borak borak dengan abah. Abah cakap dia akan admitted dekat IJN ahad ni untuk checkup. Badan abah lemah dan abah tak lalu nak makan. Sian abah. Sebelum balik shah alam sempat la jugak buatkan susu untuk abah. Kasi isi sikit perut.

Dalam borak borak tu abah ada sebut ayat yang aku tak suka nak dengar. Abah cakap abah dah nak mati kan? umur dah 68 tahun. Cukup la tu kot. Dah nak sampai masa dah. Nanti kalau tua sangat menyusahkan orang pulak. Sekarang ni pun dah tak larat....

Aku cakap.. Abah panjang umur. Sampai 80 tahun pun boleh lagi. huhu. Ayat tu sebenarnya lebih kepada sedapkan hati sendiri. Tak mahu abah pegi.

Lama borak dengan abah. Abah kata lagi..

Rasa tak cukup lagi amal untuk akhirat. Rasa menyesal pulak sekarang sebab dari muda tak buat amal betul betul dan banyak.

Abah pesan..

Adik dari muda ni la buat betul betul. Cukupkan rukun Islam dan rukun Iman. Jangan buat maksiat dan buat baik dengan orang. Itu pun dah cukup kalau susah sangat nak beribadat time muda ni. Kalau lebih lagi bagus. Abah masa muda pun ada lalai jugak. So, abah tahu la condition orang muda ni. Selalu tinggal solat. Huhuhu..

Aku dengar je abah bercakap. Takut nanti bersuara air mata meleleh pulak. Tak mo la nangis depan abah. Malu seh. Banyak diam, dengar dan senyum dekat abah..

Fikir fikir balik..

Apa yang aku dah buat untuk abah? Banyak susahkan hati je. Teruk aku ni laaaaaaaa...


Katakesat:: Abah, adik tak pernah cakap kat abah yang adik sayang abah sangat sangat kan.. I love u sssoooo muchhh abahhhhh!!!!..

I still can live without 'him'

0

Assalamualaikum..

Berkurun lamanya tak mengupdate blog ni..Bulan ni adalah bulan pressure untuk aku. So, nak mengupdate tu memang tersangat la kurang masanya.

Tiba-tiba hati ini rasa independent. Aku nak describe rasa independent yang aku rasa ni pun tak tahu la macam mana. Tapi it was like.. I'm single but not availabe but still feel like single. Haa.. paham tak? Eh, tapi jangan la kata aku gado lak ngn Mr.P. Takk..kitorg ok je..

Aku ada berjalan-jalan di blog orang. So, kebanyakan blog yang aku baca semuanya entry patah hati. Musim patah hati kah?? Tidak lah aku tahu kan....

From the entries kesimpulan aku dapat is... Men is useless.. Yehhhh!!..huhu..

Memang aku ber 'in relationship' sekarang tapi most of the time aku independent. Ada pakwe macam tak ada sebab dia tak ada dekat sini. So, aku macam single lah..

Haishh..entah pape lah ayat aku ni..

Aku tak ada la nak mengada sangat..getting used la. Dia tak ada kat sini itu bukan bermakna aku boleh senang senang buat perangai lak. Kawan lelaki memang ada la tapi limit tu still ada. Cannot lebih2..Dia letakkan kepercayaan dia kat aku so macam tu jugak aku. Ingat atas kapal tak leh nak main kayu tiga ke? Even dia kata kat atas tu tak ada pompuan tapi techologies exceed the boundaries. Guna teknologi pun boleh curang kan???

Aku rasa la kan. Ini apa yang aku rasa sekarang la. Kemudian tak tahu lagi. Kalau dia tinggalkan aku, aku tak ralat sangat sebab sekarang ni I can live without man. Aku ada kerjaya, aku ada hidup aku sendiri. Aku ada kawan-kawan. Keluarga pun ada. Mungkin rasa bebas tu ada lah nanti walaupun sekarang dia tak adalah konkong aku. Tapi aku tidaklah nak menidakkan kehadiran lelaki istimewa dalam hidup aku.. Sekarang ni dia yang terbaik dan aku hanya berdoa dia memang yang terbaik..

Kisah lalu mengajar aku supaya tidak terlalu mengharap kewujudan lelaki istimewa dalam hidup aku. Lagi satu, untuk tidak terlalu sayang sgt laaa.. Kalau ada, ada lahh.. Aku takkan jatuhkan pride aku lagi semata mata untuk lelaki. Cukup..

Sunday, July 10, 2011

Bersih ke??

0

Assalamualaikum..

Hai u all! Amacam semalam? Ada best pergi ber'jihad' sekitar kawasan Kuala Lumpur semalam? Korang semua dah bersih ke? Agenda agenda yang korang konon nak tuntut tu dah 'bersih' ke??..

Bersih?? Jihad???.. Aku tak nak ulas point tu.. Korang yang pergi tu lagi bijak pandai dari aku mungkin lagi mampu berfikir dari orang yang macam aku ni tapi siyesly... Apa korang dapat ye??

Ok fine..korang nak tuntut semoga pilihan raya yang dibuat biar adil, telus dan so on.. Tapi still sebagai orang yang bijak pandai kita boleh fikirkan cara lain kan untuk tunjuk ketidakpuasan hati kita. Kan?? Ada otak fikir la bro..perhimpunan haram, berarak, berkasar macam tu bukan jalan yang betul untuk ke arah tu.. Korang ada fikir tak ini cuma mainan orang tertentu supaya melihat kita ni bergaduh sesama sendiri..especially dalam ic tulis MELAYU dan ISLAM..

Cina dan India bertepuk tangan dan bersorak tengok kita bergaduh sesama sendiri . Ada yang cakap. Apa nak takut diorang orang jugak. Adoiii..cetek betullll! Korang suka la kalau bangsa yang selain bangsa Melayu ambil alih tokok pemerintahan negara kita?? suka ke?? Nak ke kita yang melayu ni jadi macam dekat Singapura?? Fikir laa weiiihh!

Tak boleh ke korang jangan ganggu keamanan negara kita? Korang tak fikir ke negara lain mungkin akan ambil kesempatan masuk campur dan peperangan terjadi.. Korang boleh tengok contoh contoh negara luar yang sibuk berperang sana sini.. Kalau negara lain especiallay negara barat yang cemburu tengok keamanan negara kita masuk campur, aku jamin, confirm keamanan Malaysia musnah.. hancur lebur...

Bersyukur dan hargai la apa yang kita ada sekarang. Jangan rosakkan. Aku tak nak keluar rumah dengan perasaan takut.

Korang tak fikir akibat daripada apa yang korang buat?? orang nak cari makan pun susah.. Boleh jejaskan ekonomi negara tahu tak?? Kau nak ke anak anak kau masa depan hidup melarat??..

Allah Maha Besar lagi Maha Berkuasa.. Kalau betul arah tujuan kau, Allah akan tolong kau.. Kalau betul perjuangan kau, Allah akan bantu. Tak boleh ke korang letakkan sepenuh kepercayaan kau pada Yang Satu??..

Ini dengan ikut perjuangan orang yang cuba jatuhkan Islam sendiri korang ingat Allah akan tolong ke??..Cakap si Ambiga tolol dan bangang tu jugak la korang dengarkan?? Dia memang nak tengok kita porak peranda.. Dia memang nak tengak kita mencarut antara satu sama lain.. Korang tak fikir ke macam tu??? Alasan dia cuma nak pilihan raya yang adil.. Misi tersirat dan tersurat dia ada korang fikir?? Nak kata korang bodoh, aku percaya semuanya pergi sekolah..

Ada banyak lagi yang aku tak puas hati tapi malas nak ulas panjang panjang.. Aku sakit hati..

Ini bukan pasal UMNO, PKR atau PAS. Setiap parti ada keburukan dia dan ada kebaikan dia.. Aku tak nak bercakap pasal parti..

Allah kurniakan akal dan fikiran untuk korang. Gunalah yang sebaiknya..


Katakesat: Aku rakyat Malaysia yang mementingkan keamanan dan mengeji sebarang perbuatan yang boleh merosakkan keamanan Malaysia..

Thursday, July 7, 2011

Kau tak ada hak nak judge lebih lebih yaw!!

0



Assalamualaikum..

Walaupun tak ada sape sape yang baca blog aku ni tapi aku suka syok sendiri dan anggap ramai orang baca blog aku. Tak salah bukan? Kena sentiasa berfikiran positif. hak hak

Dalam masa beberapa hari ni, ada beberapa benda yang membuat aku kagum dan teruja. Tapi ada satu benda ni buat aku bersyukur sangat sangat.

Ini kisah benar tau. Bukan tipu tipu dan bukan cobaan..

Dulu aku dengar kabar angin yang dia jenis tak semayang dan tak puasa bila time bulan ramadhan. Aku tak tahu kesahihan cerita tu sebab aku pun baru kenal si polan ni. Tapi tengok dari mata kasar aku dan pemerhatian aku, si polan ni memang aku nampak tak pernah semayang zuhur. Solat solat lain aku tak tahu lah sebab aku jumpa dia time office hour je. Si polan ni baru je kawen almost 1 year dan baru je dapat baby. Baby tak cukup bulan katanya. Oh, wife dia muallaf. Tapi semenjak dapat baby aku baru nampak si polan ni semayang kat surau office. Bukan aku je terkejut dan bersyukur tapi other staff yang lebih senior pun macam aku jugak. Semua happy. Maybe sebab dapat baby then si polan tu mula berfikir untuk berubah menjadi yang lebih baik..It is something good u know.. Alhamdulillah Allah bagi hidayah dekat dia untuk berubah. Maybe sebab dia fikir dia ada anak then dia kena tunjuk benda yang baik dekat anak dia and dia kena bimbing anak dan wife dia. Biar lambat dari tak ada langsung kan?

Allah kalau nak bagi kesedaran kat kita sekejap je kan dan melalui pelbagai cara secara langsung dan tak langsung.

Sebab tu aku bukan jenis judge orang tang tang tu jugak. Tak semayang tak semestinya dalaman dia tak ada hati yang baik. Si polan tu baik ngan aku. Tak kedekut ilmu dan sangat humble. Selagi dia hidup, dia still ada masa untuk berubah dan sedar. Aku tahu kalau tak solat, tak berkat hidup kau. Tak jujur kau dengan Tuhan. Tapi itu bukan hak kita untuk lable kan dia macam macam. Ataupun fikir pasal dia macam macam. Kita pun bukan perfect pun. Ada jugak tempang dan cacat celah mana mana yang kita sendiri tak perasan. Pastu lagi mahu cakap pasal orang. Citpoooodddaaahhh!!

Aku memang meluat dengan certain manusia yang bertindak melulu judge orang. Mula mengata yang bukan bukan. Tak sedar baju yang dia pakai banyak cariknya jugak.

Nak bagi nasihat memang bagus. Kita memang kena saling ingat mengingati, tegur mana mana yang tak betul tapi biarlah tegur tu kena dengan caranya. Ini nak tegur orang pun kau bagi kata kata kesat. Mencarut sana sini. What de hack???..Kau pun dah jadi dua kali lima dengan orang yang kau tegur tu tahu?? Daripada kata kata kita lah orang boleh tahu kita ni macam mana.

------------------------------------------------------------------------

Aku masa f4 dan f5 pindah sekolah masuk dari sekolah agama masuk sekolah biasa. Culture shock la jugak. Daripada kawan kawan yang semua bertudung litup dan sopan berkawan lak dengan yang free hair dan pakaian pun ala ala seksi meksi. Aku tak kesah. Tak kenal maka tak cinta. Even dorang dress up macam tak cukup kain tak semestinya hati dorang tak baik. Aku kawan je ngan dorang. Siap geng semua la. Dalam geng aku tu aku je yang pakai tudung. Yang lain semua free hair. Tapi ada aku kesah??

Niat nak buka tudung dan tiru macam dorang memang tak lah. Even kawan kawan aku tu siap warning lagi jangan ikut perangai dorang. Jangan bukak tudung. Kalau dorang suruh aku buka pun memang aku tak buka pun. Aku dah biasa keluar dengan memakai tudung so bila nak kuar buka tudung tu memang rasa janggal yang amat. Aku pernah try sekali masa f3. Hik hik...

Mak aku tak suka betul aku kawan dengan dorang. Mak aku risau tengok cara pemakaian dorang. Takut dorang bawak bad influence dekat aku. Tapi aku ni kan degil. Mak aku tak bagi kawan lagi la aku kamceng dengan dorang. hu hu.. Mak aku tak kenal so mak aku akan fikir la bukan bukan. Biasa la tu. Sape yang tak sayang anak. Mak mana yang tak risau kan. Mak aku tak percaya aku sangat la time tu. Tapi bagi aku, aku tau batas aku. Aku tau macam mana nak bawak diri. Aku tahu apa yang baik dan buruk dan aku tahu macam nak jaga diri aku. Aku kenal dorang dan most of the time aku spend time dengan dorang. Yela, dah kat skolah dengan dorang dan sambung balik time tuition. Satu ari dengan dorang tiap2 ari. Mana tak kenal kan.

Motif aku tak kesah kamceng dengan dorang sebab aku tahu dorang masih ada peluang untuk berubah dan dorang akan berubah. Buktinya sekarang kebanyakan geng aku sekarang dah pakai tudung. Dah tak seksi seksi sangat dah. Semua dah ada kerjaya masing masing. See?? Perubahan jangan dipaksa. Bila sampai masanya, waktu tu akan tiba juga.

Kesedaran itu akan datang sendiri.


Peace!!