Friday, October 11, 2013

Rindu bertunang

0

Bismillah

Assalamualaikum.

Lagi 20 hari nak nikoh ni haaaa..Aku tengah busy dengan doorgift untuk 2000 orang. Still tak settle lagi. Muka dah macam zombi sebab tiap2 malam tidur lewat. Abaikan.. Akan ku tepek muka ni dengan bedak berinci-inci time nikah nanti.

Aku sebenarnya bukan nak cite pasal perjalanan nak nikah ni. Tetiba hari ni aku rindu pulak masa tunang hari tu dan bila di telek entries pasal tunang, aku tak letak lagi gambar dari OP kan? Ingat nak letak sekarang ni tapi masalahnya aku kat opis. Gambar2 tu pulak still dalam cd dekat rumah. Maafkan saya. Aku tepek apa yang ada sajork ye.

Pic2 kali ni aku malas nak cover muka sendiri. kita kasi tayang saje ok.

Well, ini sebahagian pictures yang aku ambil dari facebook OP. Quality gambarr memang ok. Terang nyata dan jelas. Ok gak kan. Sometimes aku tak berapa suka gambar2 yang terlampau edit ni. Tak nampak sangat natural dia.


So, oh.... hai semua. This is my husband-to-be. In Sha Allah. Akhirnya ada jugak kan muka dia dalam ni? Ke memang dah ada? Minta maaf la. Aku memang spesis cepat lupa. 
Dia sangat tak suka gambar dia masa tunang ni. Kenapa? Tengok la gambar dia tu. Try spot apa yang double instead of perut dia? Kehkehkeh. Masa ni memang dia sehat sikit la. Jenuh la konon nak diet ke apa tapi kalau dah namanye bercuti.. Makan tido aje la kejenye. hehe Tapi takpe.. sekarang double chin dia dah kurang skit. Yang naik perut dia pulak.

Well, this is my outfit during the engagement. Kain beli dekat jakel dan tempah dekat ah so dekat Mydin Klang. Aku pernah mentioned sebelum ni dalam entry Fiance to be#5 tapi not into detail. Ok, today let me explain dari head to toe mana aku dapat k.
Head = Tudung beli dekat Jalan TAR sahaja. RM25. Murah je kan. Siap fully beads atas kepala tu. Tudung jenis half moon. Jenuh jugak la aku nak mencari untuk tunang ni. Merayau sampai GM Klang. Last2 ended dekat Jalan TAR. Aku memang target half moon shawl tapi yang jenis kain satin licin and shining tu tapi bila try kat muka dia ikut bentuk muka pulak kan. Jenis melekap tu. Aku tak suka sebab muka ni dah la bulat macam bola. Memang terserlah pipi tembam aku tu kalau pakai macam tu. Last2 dapat tudung yang aku pakai tu and bila letak atas kepala rasa macam ok. Harga pulak murah giler. So, apa lagi kan... Rembat ah! Jenis kain dia aku tatau la. Dia lembut macam satin jugak tapi tak shining. Dan dia bukan chiffon. Mungkin lah. Aku bukan reti sangat bab kain ni. Aku pakat sarung je semua. Huhu. So time ni terasa la sikit pipi tu kecik. *ilusi optik semata-mata*
Baju and kain = Untuk bahagian bawah, as mentioned kain beli dekat jakel sekali dengan lace with beads tu. Masa tu beli dalam RM200 kain 4 meter untuk setiap kain satin dan lace tu. So total 8 meter kain. Mahal ke murah aku tatau sebab first time beli lace kot *semua tatau!*. Tapi yang pasti kain ni aku xyah bayar pon. Abang aku belanja. Hehe. Suka gilak! Jimat la duit. Duit terbang bila tempah je. Tempah pun tak mahal mane. Dalam RM100 je. Suggested and recommended by my dear friend Farahana. Jauh la jugak dari kajang kan tapi disebabkan aku jenis tak berani main hantar dekat mana2 tailor yang aku tak kenal, aku gagahkan juga pergi Klang tu. Takut jugak kan. Lagi2 nak hantar lace yang penuh beads. Risiko jugak kan. Tapi disebabkan ana dah ada experience dengan auntie tu, so aku pun ok lah. 
Estimation untuk siap dia bagi 2 minggu. Cepat jugak tu. Aku pun datang balik dua minggu. Alhamdulillah puas hati. Cuma kain dia aku suka lagi flowy tapi overall ok la..Baju pun selesa je. Tu yang penting.

Gigi arnab
Untuk make up pun aku puas hati sangat. Memang aku mintak make up yang natural supaya tak hilang muka aku yang asal. Kehkehkeh. Tapi SIL aku tak bape suka natural2 ni. Dia kata nampak sama je muka. Erkk..takkan nak nampak muka orang lain pulak hoi??! hahaha. Kadang2 SIL aku ni over. Malas nak layan. Boleh lah kalau korang nak booked untuk tunang korang. Kawan aku yang makeup kan. Fathy namanya. Nak nanti minta no kat aku ye. Hehe.. Oh yang bunga tu pun dia yang buatkan. Kasi free katanya. Kawan2. Dan disebabkan kawan2 jugak dia bagi discount make up aku ni. Hehehe. Tu yang buat aku sayang tu. RM80 sajorkk..Kawan2 ok. Normal price aku tatau.

MUA aku yang tengah dukung anak tu. Anak comel mak pun cun. *bodek2*

bff

Aku paling suka gambar ni. Itu coklat hantaran tu. Hantaran dari pihak lelaki. Tatau pulak ada tulis perkataan CINTA dekat situ. Coklat yang pertama habis licin dibalun sanak saudara. Sedap katanya..Aku pun tak merasa tauuuu..

Banyak lagi gambar. Gambar time mak dia sarungkan cincin pun dalam cd. Bila dah malas nak copy macam tu lah. Ada kisah jugak masa dia sarungkan cincin tu. Salah sarung jari dan mak dia pulak yang menggigil. Bukan aku. Hehehehe. Kenangan semua tu. 

So, habislah sudah pertunjukan gambar aku hari ni. Not bad kan gambar dia. Kalau nak try boleh lah korang cari dekat facebook KOTAK KERTAS PHOTOGRAPHY. Kat setiap gambar aku tu pun dia dah letak. Silalah cari ye. ^_^






0 manusia baik: