Thursday, October 24, 2013

Bride to be#13 - 8 days to go. Menanti debar

0



Bismillah..

Assalamualaikum..



Ihsan: Mr.Google

8 hari lagi..Tak ke gila punya laju masa berjalan. Rasa hari tu baru aku post entry 28 hari lagi. Cepat je 20 hari tu berlalu kan. Macam tren laju. 

En. Tunang pun dah gelabah tahap apa pun tatau. Keh3. Padan muka sama dia! Huahuahua.. Semalam dia kata sibuk nak study. 

"Dah sampai Ipoh nanti abang nak study la".
"Nak study apa pulak"
"Nak study apa yang patut la untuk nikah nanti".
"Oh ea?? ayang nak kena study apa abang" 
* ini memang soalan bengap ke apa. Hahahah*
"Eh awak tu tak yah study apa2! Kita yang nak kena akad nanti! Bukan dia! Awak tu duduk je tepi nanti!".
*Eh.. tetiba naik angin pulak..time ni dia dah panas hati..takut lettewwww..muahahahahah!! suke3!!!*

Bantai gelak aku dengan dia. Kena marah pun boleh bantai gelak kan? Hahahaha! Suka tengok dia gabra. Selalu bajet cooooooooooll je kan. Sekali hamek kau!! Hahahaha! Adoii..penat aku gelak tauuuu..

En.Tunang kata, dua benda yang lelaki paling takut dalam hidup ni. 1st, time nak sunat. Sebab nak kena potong kan anu dia. Takot lah. Heheh and 2nd time akad nikah. Tu yang gabra macam hape ntah..Kuikuikui. Siap suruh pesan kat abah suruh pak imam jangan tanya banyak2. Dia ada darah gemuruh. Hahaha. Memang tak lah kan aku nak main pesan2 nih. 

Siaaannn En.Tunang. Bertabahlah ye abang. U can do it!! Caiyok2!! Hahaha

Oh ye, semalam kecoh kat fb orang dok share2 video pengantin ni akad laju gila. Macam bullet train kat Jepun tu. Satu nafas je kot masa dia lafaz tu. kehkehkeh. En.Tunang tag aku, tanya nak dia akad laju2 macam tu tak?. Idok le teman mahuuu. Kita nak nangis sekali bertukar jadi gelak terbahak. Potong feel...Aku ni kalo dah gelak terbahak tu bahaya. Payah nak berhenti. Hilang ayu pengantin nanti. Hehehehe. 
Oh ye, video tu aku dah link. Nak share sini tak reti la cane. Cari kat youtube pon tade. Tak muncul2. Klik kat 'pengantin akad laju gila' tu ye. ^_^

Ok lah..tak sabar mahu settle semua nih. Pastu boleh cuti panjang!! Yahoooo!

Kbye!

0 manusia baik: