Friday, October 18, 2013

Raya Aidiladha 2013

0

Bismillah

Assalamualaikum..

Memandangkan Raya Aidilfitri tahun ni adalah tahun balik rumah mertua masing2, jadinya Raya Haji lepas ni adik beradik and mak pak sedara belah mak aku, semua pakat berkumpul kat rumah parent aku. Kami amalkan konsep bergilir ye supaya tak de kes gadoh2 nak balik beraya mana. Contohnya kalau raya tahun ni rumah kau, raya tahun depan rumah aku la pulak. Haaa gitu. Paham? In Sha Allah kalau amalkan macam ni bahagia akhir hayat. Tolak ansur tu penting ye anak-anak.

Ok. back to the point. Alkisah raya kat KL/Selangor tak adalah semeriah raya kat kampung ke kan? Tapi moment2 berkumpul tu yang paling best. Dah berkumpul ramai-ramai macam-macam cerita yang ada dan keluar. Pastu makan ramai-ramai lagi. Kat bandar memang tak ada pape dan sebab tu lah kita kena hargai saat berkumpul ramai-ramai tu.

Jom jamu mata tengok apa aktiviti yang kitorang buat masa cuti hari tu.

Ini hari Isnin sebelum raya. Sekolah cuti kan, so cucu-cucu semua tido umah atok. Aku balik kerja je tengok dorang pedajalkan bekas tong ikan keli atok. Alahaii cucu atok. Mak aku pulak risau rumput dia rosak sebab air takung lama sangat. Bibik kata dorang berendam dari pagi tau! Mana la mak aku tak risau pasal rumput dia. Tapi dah nama pun cucu kan. Kesayangan atok nenek. Dibiarkan la sampai dorang puas. Cuba kalau anak-anak yang buat kerja macam ni. Confirm dah kena bantai.


Ini ketuanya. Bila dah jadi ketua haruslah dia yang selalu kena marah dengan CEO2 dalam rumah kalau ada benda tak betul. Nasib kau la Amir. Sape suruh jadi cucu sulung. Hekhekhek

Ini pulak pagi lepas solat raya sebelum orang ramai datang. Abah sibuk buat pulut nak makan dengan ikan masin. Sodapppp.. Makanan kampung jugak yang marveles.

SIL suruh posing gini. Katanya barulah cun nak bagi kat En. Tunang.. (- -')

Masuk tgh hari budak ni dah boring. Di paksanya maksu bawak dia gi jenjalan. Mula2 tunjuk kereta. Nasib baik maksu dapat pujuk jenjalan depan rumah je. Huhu
 Masuk pukul 2 rumah dah penuh. Pukul 3 ada meeting untuk kenduri I nanti. Sebelum tu, jamu makan dulu ye. Menu: nasi ayam terbaik resepi kakak aku.



Itu je lah cerita Raya Haji aku. Actually ada aktiviti membungkus doorgift tapi takmo lah tunjuk gambar. Hehe.. Disebabkan busy gambar yang ditangkap pun tak banyak.. Ini je yang hado. Gambar family ada tangkap tapi kat kamera SIL la. Entah bila nak mintak  tatau. Hehe

Ok bye!!

0 manusia baik: