Thursday, March 7, 2013

Bride to be #2

0

Bismillah..

Assalamualaikum u olllsss!

Semalam I dapat call dari En. Tunang. Kapal dia tengah angker katanya. Sebab tu ada line dan boleh call.  Aku tak tahulah angker ke anchor. I tak berapa nak tahu dengan kapal-kapal besar laut punya istilah ni. En. Tunang terang pun I blur3. Last2 kalau nak cakap pasal kapal lebih2 mesti dia cakap "Tak payah cakaplah. Ayang bukan paham pun". Ceeeehhhh. sentap mak tau! Fine!

So, dah dapat peluang call lama sikit tu apa lagi kan. We all cakap la pasal benda nak kawen ni. Kalau u allls tengok dekat sebelah kanan ni lagi 7 bulan lebih je kan. Laaa kejap je dan aku still duduk relax tak buat apa dah. Bajet pelamin dengan baju dah booked dah kira ok kan. Last2 I kena marah dengan En. Tunang. huhuhu. Aku kan suka buat kerja last minit. Bila dah last minit tu I gelabah la sikit. Pastu mulalah meluahkan perasaan resah gelish gundah gulana tu kat dia. Contoh masa tunang aritu la kan. Last2 dia bangkitkan pulak semalam. Hampeh betul. So, bila dah kena tembak, haruslah kita bergerak ye. Kalau tak nanti dia tanya lagi aku tak tahu nak cakap apa. Mulut ni tak reti nak bercakap bohong kalau dengan En. Tunang. Melawan tuan tau!

Jadi, untuk langkah yang pertama, aku kena fikir design baju untuk majlis sebelah lelaki. Pak Cik Tunang tu (bila geram kita panggil pak cik ye.) dia pergi ambil package baju baru pulak. So, satu kerja I nak fikir design baju apa yang nak suruh tailor sana jahitkan. Tak suka tau sebab pening kepala dan tak tahu nak yang macam mana. huhu boleh tak macam tu? Tapi aku suka yang simple je. Macam belah aku dia dress biasa je. I like. So, fikir balik takkan belah dia nak dress biasa jugak kan. Ermm.. fikir fikir fikir!!

Ok. ni antara baju yang aku sempat google jap tadi ni. Kira yang bawah ni jenis baju simple yang aku like.  Aku tak bape minat kerawang2 yang over dekat baju. Nampak macam...entah! Serabut la aku tengok.

 Aku suka design baju ni. Tapi aku tak suka yang meleret leret kat belakang tu. Buatnya tersadung. Tak ke malu I nanti. hehe.Mungkin sebab kaler mustard ni nampak sweet je kan. Sebab tu aku rasa baju ni lawa. haha. But this is not my 1st choice la.

 Ermm. Baju ni pun sweet gak. Sopan je kan. Tapi too simple lak. Pape pun cutting macam ni yang I nak.

 Haa. aku suka bahagian bawah yang beralun-alun tu. Nampak sweet macam gula kapas kan? Tapi tak suka dekat bahagian leher dia tu. Aku tengok je tetiba aku rasa leher aku gatal.

 Ok. yang ni aku rasa 1 of my feveret. Sila tengok yang paling kanan tu kan. Design simple and less kerawang. Tapi I tak suka tang tetek dia tu. 

Penat aku cari yang betul2 dengan apa yang aku nak tapi tak jumpa la. Ke aku yang tak reti cari kat google search tu. huhu. Pape pun dapat gak kan idea baju macam mane yang aku nak kan? Aku rasa belah lelaki pun aku pakai dress biasa jugak. hehe. Fyi, I tak suka songket. tq

Untuk langkah yang seterusnya, aku kena fikirkan pasal

1. Photographer dengan videographer - Ni aku dah aim dah tapi tak buat confirmation lagi sebab Pak Cik tu suruh aku tunggu dia balik pulak. Kalau minat book untuk majlis bertandang sekali. Pic dengan video dia yang aku tengok dekat Fb is nice. Disebabkan aku malas nak pening2 kepala, aku rasa aku akan pilih yang aku dah aim ni. Harap2 date aku tu dia tak ada job dan harap2 Pak Cik tu balik cepat. huhu.

2. Kad kahwin - Mula2 mama nak order dekat Indon, tapi bila fikir balik kelecehan yang akan berlaku, aku suruh mama order kat sini ni. Belum tempah lagi lah tapi ni pun aku dah aim kedai mana. Area dekat2 Bandar Puteri, Puchong sana. Sekarang ni tengah nak cari masa free je nak pegi.

3. Baju Nikah - Ni pun aku pening kepala design apa yang aku nak. Ni kita hold dulu. Mungkin tempah 2 atau 3 bulan sebelum nikah.

4. Doorgift - Pak Cik tu suruh aku cari doorgift cepat2 sebab dia kata benda kecil ni la yang lagi buat pening kepala. Pak Cik ni macam pernah kawen lak gayanya. Semalam marah2 suruh kita cari cepat. Nyampasss tau!. Yang ni aku tak tahu la nak macam mana!! Mak aku nak yang macam ni, Abah pulak lain. Akak2 aku pulak lain. Aku pulak jenis nak yang simple dan murah!. Semua tak setuju!!! I is stresssss tau!!. hahaha. Payah jugak tau ada adik beradik ramai ni. huhuhu. Nanti nak ajak akak aku gi Nilai lah! Pusing nilai sampai lebam!!

5. Barang2 hantaran - Ini nak beli time sale. Bila sale? Nak raya nanti. hehehe. Haruslah aku gagah nak menyoping time puasa nanti kannn..

6. Hiasan hantaran - Tengah mencari konsep macam mana nak buat. Ini I DIY ok. So, gigih membelek-belek majalah pengantin. Cari idea la konon... Bila dah dapat konsep baru kita giat mencari bunga2 palsu. Bunga palsu sajorkkk.

Itu jelah dalam kepala aku sekarang dan haruslah dimulakan start dari minggu ini! Kalau tak Pak Cik tu mengamuk lagi. Menyanyi je la kat telinga aku nanti. Nasiblah dapat tunang kuat bebel. Keh keh keh. ;p


0 manusia baik: