Friday, March 29, 2013

5 dalam 1

0

Bismillah.

Assalamualaikum.

Hari ini just a random talking.

1. Aku ni bukan rajin punya orang nak berblog walking mencari follower. Sebab tu follower aku 3 orang je. Serius aku memang pemalas punya orang kalau bab tu tapi kalau orang follow aku, aku akan follow orang tu dan akan jadi rajin. So, aku akan letak dorang dalam blog list tittle "AKU SUKA' tu. Hik. Tapi aku tahu ramai yang mengintai blog aku sebab no. si pengintai tu sentiasa naik. Takpelah. Mahu stalk saje boleh. Aku pun menulis dalam blog ni hanya untuk kepuasan diri sendiri. Aku tulis, aku baca sendirik. hehehe. Tarak kesah punya.

2. Tiba-tiba semangat mahu kembali belajar membuak-buak la. Teringin pulak nak buat assignment balik walaupun aku ni pemalas punya orang. *semua benda aku malas. pffttt*. Tengok lah. Mungkin lepas kahwin akan difikirkan semula. Tapi boleh tak, tak nak ambil master? Nak amik 2nd degree. Ermm..

3. Mama dan abah nak buat kenduri dekat dewan pulak. Ingat nak simple tapi bila involve dewan terasa macam dah jadi gah dah majlis tu. Ermmm. Apa pun, cadangan parent tak boleh nak bantah sesuka hati.

4. Hari ini hari last pada satu-satunya teman gosip aku dekat office ni. Keseorangan dan kesepianlah aku dibuatnya. Ada pengganti tapi mana nak sama dengan orang yang kita dah biasa kan. Baru kenal 5 bulan tapi rasa macam dah kenal bertahun-tahun sebab akak tu rajin bercerita. I will miss u Kak Diyana. Dah la anak comel. *tak ada kena mengena*.

5. Aku makin gemuk.

Ok. Bai.

Related Posts:

  • Simcard kene block. Demn!Demn!Simcard kene block. Tuan diri gatal tangan godek phone malam tadi before tidur. Gelabah cari PUK number tapi still tak jumpa lagi. Demn untuk kal… Read More
  • Aku rajin sebenonya..huk hukKalau boring ni boleh dimakan dan lama aku masuk ngap2 dalam mulut pastu ludah balik sebab tak sedap..heh!!Boring tahap gaban, tahap cipan, tahap mala… Read More
  • Aku bukan tak nak percaya..Tapi...Aku bukan tak percaya cuma aku tak mahu sentap untuk kali kedua. Langkah berjaga-jaga.Rasa macam nak ketuk diri sendiri dengan tukul sebab terjebak de… Read More
  • TerujaAku teruja dengan baby.Instead of my sister in law (SIL), my two friends pun dah selamat deliver.One word.Teruja. In my age, diorang dah ada anak. So,… Read More
  • JanganKau sapa?Kalau aku tak cari pasal, jangan sesekali kau cari pasal dengan aku.Aku sabar tapi bila kau cabar kesabaran melebihi hadnya, aku jamin, kau t… Read More

0 manusia baik: