Thursday, July 7, 2011

Kau tak ada hak nak judge lebih lebih yaw!!

0



Assalamualaikum..

Walaupun tak ada sape sape yang baca blog aku ni tapi aku suka syok sendiri dan anggap ramai orang baca blog aku. Tak salah bukan? Kena sentiasa berfikiran positif. hak hak

Dalam masa beberapa hari ni, ada beberapa benda yang membuat aku kagum dan teruja. Tapi ada satu benda ni buat aku bersyukur sangat sangat.

Ini kisah benar tau. Bukan tipu tipu dan bukan cobaan..

Dulu aku dengar kabar angin yang dia jenis tak semayang dan tak puasa bila time bulan ramadhan. Aku tak tahu kesahihan cerita tu sebab aku pun baru kenal si polan ni. Tapi tengok dari mata kasar aku dan pemerhatian aku, si polan ni memang aku nampak tak pernah semayang zuhur. Solat solat lain aku tak tahu lah sebab aku jumpa dia time office hour je. Si polan ni baru je kawen almost 1 year dan baru je dapat baby. Baby tak cukup bulan katanya. Oh, wife dia muallaf. Tapi semenjak dapat baby aku baru nampak si polan ni semayang kat surau office. Bukan aku je terkejut dan bersyukur tapi other staff yang lebih senior pun macam aku jugak. Semua happy. Maybe sebab dapat baby then si polan tu mula berfikir untuk berubah menjadi yang lebih baik..It is something good u know.. Alhamdulillah Allah bagi hidayah dekat dia untuk berubah. Maybe sebab dia fikir dia ada anak then dia kena tunjuk benda yang baik dekat anak dia and dia kena bimbing anak dan wife dia. Biar lambat dari tak ada langsung kan?

Allah kalau nak bagi kesedaran kat kita sekejap je kan dan melalui pelbagai cara secara langsung dan tak langsung.

Sebab tu aku bukan jenis judge orang tang tang tu jugak. Tak semayang tak semestinya dalaman dia tak ada hati yang baik. Si polan tu baik ngan aku. Tak kedekut ilmu dan sangat humble. Selagi dia hidup, dia still ada masa untuk berubah dan sedar. Aku tahu kalau tak solat, tak berkat hidup kau. Tak jujur kau dengan Tuhan. Tapi itu bukan hak kita untuk lable kan dia macam macam. Ataupun fikir pasal dia macam macam. Kita pun bukan perfect pun. Ada jugak tempang dan cacat celah mana mana yang kita sendiri tak perasan. Pastu lagi mahu cakap pasal orang. Citpoooodddaaahhh!!

Aku memang meluat dengan certain manusia yang bertindak melulu judge orang. Mula mengata yang bukan bukan. Tak sedar baju yang dia pakai banyak cariknya jugak.

Nak bagi nasihat memang bagus. Kita memang kena saling ingat mengingati, tegur mana mana yang tak betul tapi biarlah tegur tu kena dengan caranya. Ini nak tegur orang pun kau bagi kata kata kesat. Mencarut sana sini. What de hack???..Kau pun dah jadi dua kali lima dengan orang yang kau tegur tu tahu?? Daripada kata kata kita lah orang boleh tahu kita ni macam mana.

------------------------------------------------------------------------

Aku masa f4 dan f5 pindah sekolah masuk dari sekolah agama masuk sekolah biasa. Culture shock la jugak. Daripada kawan kawan yang semua bertudung litup dan sopan berkawan lak dengan yang free hair dan pakaian pun ala ala seksi meksi. Aku tak kesah. Tak kenal maka tak cinta. Even dorang dress up macam tak cukup kain tak semestinya hati dorang tak baik. Aku kawan je ngan dorang. Siap geng semua la. Dalam geng aku tu aku je yang pakai tudung. Yang lain semua free hair. Tapi ada aku kesah??

Niat nak buka tudung dan tiru macam dorang memang tak lah. Even kawan kawan aku tu siap warning lagi jangan ikut perangai dorang. Jangan bukak tudung. Kalau dorang suruh aku buka pun memang aku tak buka pun. Aku dah biasa keluar dengan memakai tudung so bila nak kuar buka tudung tu memang rasa janggal yang amat. Aku pernah try sekali masa f3. Hik hik...

Mak aku tak suka betul aku kawan dengan dorang. Mak aku risau tengok cara pemakaian dorang. Takut dorang bawak bad influence dekat aku. Tapi aku ni kan degil. Mak aku tak bagi kawan lagi la aku kamceng dengan dorang. hu hu.. Mak aku tak kenal so mak aku akan fikir la bukan bukan. Biasa la tu. Sape yang tak sayang anak. Mak mana yang tak risau kan. Mak aku tak percaya aku sangat la time tu. Tapi bagi aku, aku tau batas aku. Aku tau macam mana nak bawak diri. Aku tahu apa yang baik dan buruk dan aku tahu macam nak jaga diri aku. Aku kenal dorang dan most of the time aku spend time dengan dorang. Yela, dah kat skolah dengan dorang dan sambung balik time tuition. Satu ari dengan dorang tiap2 ari. Mana tak kenal kan.

Motif aku tak kesah kamceng dengan dorang sebab aku tahu dorang masih ada peluang untuk berubah dan dorang akan berubah. Buktinya sekarang kebanyakan geng aku sekarang dah pakai tudung. Dah tak seksi seksi sangat dah. Semua dah ada kerjaya masing masing. See?? Perubahan jangan dipaksa. Bila sampai masanya, waktu tu akan tiba juga.

Kesedaran itu akan datang sendiri.


Peace!!

0 manusia baik: