Wednesday, June 22, 2011

Aku tengah tak daya ni..

0


Assalamualaikum..

Salah satu dugaan bila kau menjadi seorang perempuan ialah terpaksa menahan sakit dan perit bila datangnya time period. Period pain sakit giler okay!!..=(

Hari ni aku bertapa keboringan dekat rumah. Bukan saje2 mahu ponteng keje ok. Setiap kali datang period memang aku tak mampu nak bangun untuk pergi keje. Takkan aku nak buat ala2 gaya fetus dekat ofis pulak? memang tak sesuai dek non. Baik la aku buat gaya fetus dengan muka berkerut minta penyepak dekat rumah. At least aku menjerit 'sakit! sakit!' pun aku sorang je yang dengar. huhu. Dugaan kecil kan. Terima dan sabar je la. Special kan jadi pompuan. Lelaki ada ke macam tu? huhu..

Ini pun aku gigih mengupdate blog sambil meniarap. Biar perut kene tekan. Konon nak kurangkan sakit la~ Totap same~..Haishh..=(

Boring tahu tak. Sebab tu terpaksa tahan sakit dan update blog. Aku tak mampu nak bangun dan berjalan.. Tangan je mampu sikit untuk menaip. Kepala pun tak berangkat ni. Azab okay~

Tadi Mr.P call. Agak lama jugak dia tak call pagi2 macam tadi. Macam tahu2 je I perlukan dia. Hik hik.. Dia dah call mulalah aku buat aksi gedik dan mengada-ngada. Heee.. Sape suh call time orang sakit. Ko layan la ek.. Nasib baik paham. Kalau tak di layannya harus aku bertambah sakit.

Aku cuti ni mesti bos banyak message tanya mana itu mana ini. Then customer pulak call tanya pasal quotation. Suruh revise bagai. Aku nak tidur pun tak jadi. Tak boleh dah nak lelap mata ni. Last2 bukak laptop dan buat apa yang aku tengah buat sekarang ni.

Adoii..aku kena buat gaya fetus balik la..daaaa..


Katakesat: Bestnye kalau ada orang urut2 kaki yang sengal ni..

0 manusia baik: