Ini ruang aku yang kadang-kadang kau akan nampak ruang bahagia aku dan kadang-kadang kau akan nampak ruang sedih aku.
Ini ruang yang aku cipta sendiri. Samada gembira atau sedih. Itu yang aku cipta sendiri. Walaupun kadang-kadang aku menyesal tapi aku tak boleh patah balik. Aku tak boleh toleh belakang sebab itu pilihan aku. Aku yang pilih. Secara paksa rela ataupun tidak, itu tetap pilihan aku. Aku kena tanggung.
Pada hemat orang aku nampak happy. Aku sentiasa senyum. Aku sentiasa gelak macam orang gila. Tapi orang tak tahu di sebalik orang gila yang orang lain pandang, tersimpan seribu satu perasaan terluka dan kecik hati. Tersimpan berjuta-juta billion, million dan zillion perasaan sedih.
Tapi aku nak hubungan baik dengan manusia. Sebanyak mana diorang lukakan hati aku, sebanyak mana diorang kecikkan hati aku, aku hanya boleh simpan hari ini saja. Esoknya aku akan mula lupa. Sebab aku tak mahu hati aku penuh dengan amarah. Tak baik untuk kesihatan.
Aku nak sentiasa kelihatan muda.....
Hari ini, aku maafkan semua orang yang buat aku terluka dan terguris dan kecik hati dan seumpamanya sebab aku pun nak diorang maafkan aku. Kekhilafan aku, kealpaan aku.
Aku pun manusia biasa macam orang lain jugak....
Katakesat: Maaf..
Ruang untuk aku lafazkan maaf
Posted on 9:22 PM
Related Posts:
Its not the best raya but it can be a perfect raya. Assalamualaikum, I'm wishing u guys a very selamat hari raya aldilfitri. Wpun dah terlebih 4 syawal, tapi still can wish kan? syawal kan sebulan… Read More
Selamat Hari Cikgu!!Bismillah.. Assalamualaikum!!! *eksaited* Hari ni hari cikgu lah. Patot trending betol kat facebook tu. Aku pun nak wish jugak lah. Ni kopipes dari … Read More
Permudahkanlah Ya Allah!!Assalamualaikum... Heii..kesian blog aku ni. Serupa kalau aku tak payah buat blog kan. Hehe.. Lately macam busy. Kalau dulu kejap ada keje kejap tak… Read More
Mahu kelihatan muda?? Bismillah. Assalamualaikum. 6 months to go until my wedding *In Sha Allah*. Aku percaya pada mana-mana bride to be pun mesti nak nampak canti… Read More
Flashback: balik kisah hati dulu2.Bismillah Assalamualaikum. Tadi saje2 melawat ke blog lama aku. Dah lama sangat tak menjenguk. Sihat ke tidak dia dah lama aku abaikan padahal dulu-… Read More
0 manusia baik:
Post a Comment