Friday, April 29, 2011

Oooo tahu jeles rupanya.

0

Kat opis aku ada geng lunch baru. Instead of just aku dan Rina bebel, sekarang ada Abg Wan Luch2. Apa luch2?? Biar aku je la yang tahu sebab ini tak sesuai untuk budak-budak 18 tahun ke bawah.

Selalu aku akan bercerita dengan Mr. P ngada-ngada aktiviti seharian aku. Tapi memandangkan dia sangat busy mengalahkan orang beso-beso, dah berapa hari lah kami tidak memadu asmara dalam tepon. So, semalam dia curi masa kejap kami pun bercengkerama la selama 45 minit dalam tepon dan aku pun bercerita lah aku ada geng baru.

Ingat dia okay. Tapi bila aku kata naik kereta sekali dan Abg Wan tu duduk belakang (Rina duduk sebelah) tetiba tak semena-mena Mr.P tu berkata. "tak suka. tak suka. ni yang abang tak suka ni."

Erkk..aku dah naik pelik di situ. Ape ke henye la pak cik sorang ni. Tetiba tak suka tak suka ni. Ingat dia masuk iklan cat yang kanak-kanak comel kata tak suka tak suka tu ke? Kalau kanak-kanak comel tu comelnya la juga bila kata tak suka tu. Kalau orang tua ni nampak serabut lak. Ha ha. Maaf abe. =p

Sebelum ni dia ok je aku keluar dengan mamat2 yang satu opis dengan aku. Ni tetiba buang tebiat nak jeles ni aku pun tatau la mana datang. Malas nak layan. huhu. Aku siap tanya. "Abang jeles betul ke memain ni?" Kah kah..jawab dia..."Amboi..kita ni ada perasaan jugak tau" hak hak..idok le den tau ada perasaan sebab selalu buat dunno je. heeee~

Tapi......comel la pula dia jeles semalam sebab Mr. P tu selalu hati kering. Aku cerita la macam mana pun pasal laki-laki ni. Dia dok relax je. Geram gak. Sekali dia jeles semalam comel la pulak. hik hik..Baru nampak sikit dia sayang aku. Kan?? kan??


Mr. P?? yang paling ensem dan gagah perkasa tu la dia. hek hek..

Katakesat: Rindu la pulak. hik hik..

0 manusia baik: