Monday, May 20, 2013

Bride to be#5 -- Misi mencari bracelet untuk batal air solat

0

Bismillah.
Asslamualaikum
Alhamdulillah last saturday dah berjaya beli bracelet utk batalkan air solat. En. Tunang dah masukkan duit. So jom kita shopping!  Jenuh jugak lah dok mencari dah memilih. Saya rambang mata sangat3!!!!!
Elok2 pergi pagi tu dengan ceria tiba2 tengah hari bawak ke petang kepala sakit yang amat. Stress sebab pilih gelang. Konon hari sebelum tu yakin. Nampak je yang cantik terus rembat. Malas nak fikir banyak kan tapi bila dah sampai kedai emas tu terus berpinar mata. Banyak yang cantik!
Destinasi untuk beli bracelet ni adalah di sekitar masjid jamek. Mula2 masuk kedai emas India yang ada di setiap kawasan mydin dan jakel sana. Emas dekat kedai2 India tu memang sangat murah! RM134/136 segram. Gila murah! Tapi yang mengescort aku hari tu x yakin dengan emas India ni sebab sangat light dan colour dia lain macam. Hehe. So oklah. Kita pergi pulak dekat semua house..
Dalam semua house yang aku notify ada habib jewels dan sri pinang. Kalau ikut market sekarang, harga emas adalah RM160/gram. Mana2 kedai emas itulah harga market dia. So memang pelik disitu bila kedai2 emas India boleh jatuh sampai 134 dan 136. So kami2 yang pergi ni memang x yakin.
Habib jewels bagi diskaun rm5 menjadikan offer diorang hari tu RM155/gram dan sri pinang pulak bagi diskaun rm4 menjadikan offer diorang RM156. Beza RM1 sahaja.
Mula2 aku menapak dulu dekat sri pinang. Lama jugak lah duduk situ. Ada lebih setengah jam aku rasa. Still undecided jugak. Then akak ipar aku try pergi habib jewels while aku pilih2 dekat sri pinang dan terus msg aku katanya habib jewels murah lagi *wpun singgit* dan design cantik lagi.Habib jewels kan memang terkenal dengan design up to date dia. So x heran lah. Tapi yang best harge emas yang dia offer tu.
Aku apalagi. Dengan rasa serba tak kenanya pergilah pulak dekat habib jewels tu. Nape serba tak kena?? Yelah. Dah duduk lebih setengah jam dekat sri pinang. Sekali tak jadi beli. Sian orang yang entertain kitorg tu tau. Huhu. Habib jewels memang banyak design cantik. Pilih punya pilih, akhirnya aku amik italian design. Imported design dari Italy tau. Bukan local yang buat. Org Italy yang buat tu. So ttbe rase exclusive sikit. Hehe.
Cuba teka mana satu pilihan sayaaaa.. Hehehe. Ni pun rambang mata tapi berbaloi sebab finally dapat jugak apa yang diinginkan dan tak sangka2 boleh beli habib jewels. Hehehe.
Tamat sudah ekspedisi mencari bracelet. Next weekend ekspedisi lain pulak ye.

0 manusia baik: