Tuesday, March 11, 2014

Pregnancy: 1st official checkup for 3months pregnancy

0

Bismillah

Assalamualaikum

4th Feb 2014 (Selasa) 1st official checkup for my pregnancy. Kite layan kronologi dia ye.

10:00am – siap2 dan gerak ke Klinik Kesihatan Malaysia (KKM) Kajang dengan mama.

10:30am – sampai ke KKM Kajang dan ask to open the ‘Buku Merah’. Nurse tanya where I live and I said Sg. Ramal Dalam dan dia jawab owhh itu kena pergi ke KKM Bangi. Kita tak ambil Sg. Ramal Dalam katanya. Aku dah blur. Ok xpe. Aku pergi pulak ke KKM Bangi. Heret la pulak mama sekali. Kesian mama. 

11:25am – sampai KKM Bangi dan minta benda yang sama untuk buka buku merah. Soalan yang sama diutarakan oleh nurse situ dan dorang kata sg. Ramal dalam bawah KKM Sg. Chua. Aku dah mengeluh dan cakap la tadi saya pergi KKM Kajang dorang suruh saya pergi sini. KKM Sg. Chua saya tak tahu dekat mana.
-          Luckily one of the nurse kesian dan bagi buat pendaftaran dan checkup di situ tapi for next appointment kene pergi KKM Sg. Chua. Alhamdulillah.. lega rasa. Bersyukur sangat. Walaupun ada sorang tu muka penyek masam tak kasi aku daftar, aku pedulik apa. Nurse yang lain2 ok je. Pendaftaran dan checkup sekali je kot.

4:00pm – selesai semua. Walaupun lambat sikit tp tak kesah la sebab nurse2 dgn doctor layan baik. Alhamdulillah. Dapat scan dan tengok baby. Dah nampak kepala badan semua. 13minggu 4 hari. Comel je tengok gambar scan tu. Alhamdulillah…

Selama aku mencari maklumat dekat internet tak ada la pulak mentioned pasal checkup utk pregnant women ada kawasan2 dia. Aku tanya nurse KKM Bangi dia kata dulu sg. Ramal dalam bawah KKM Bangi tapi sebab ramai sangat kawasan bangi tu dorang letak kg. sg. Ramal dalam bawah KKM Sg, Chua. KKM Sg, chua tu pun baru lagi sebenarnya. Dia kata senang nak buat pantauan kalau ada kes2 ke dan senang untuk pemeriksaan kalau kes tu memerlukan dorang datang ke rumah. Sebab tu ada kawasan2 pendaftaran untuk pregnant women ni. Owhh baru la tau kan.

Aku tak kesah kalau aku tercampak sorang2 tapi kesian sebab bawak mama sekali temankan. Almaklumlah suami tak ada disisi. Huhuhu. Tapi takpelah. Suami mencari rezeki. Mana boleh halang2 ye tak?
Next checkup In Sha Allah suami ada untuk teman. Dia pun excited sebab anak pertama kan. Aku kandung ni pun anak dia jugak. Kalau tak excited siap ah. Heheheh.


P/s: #prayformh370 walaupun tak ada sape2 dalam tu yang aku kenal, tapi saudara seagama dalam tu ramai. Semoga Allah mendengar doa2 kami dan membantu menjejaki dorang. Dan semoga Allah sentiasa melindungi Malaysia dari segala konspirasi yang boleh menganggu gugat keamanan Malaysia. Ameen. 

Friday, February 21, 2014

Pregnancy: Updateeeee!! -- alahan dan perangai buruk

2

Bismillah

Assalamualaikum.

Ya Allah. Berapa lama lah aku dah tinggalkan blog ni dalam kesepian. *ayat puii*
Ok serius cakap. Aku malas. Bukak dan baca blog rajin. Nak update………………….

MALAS

Sekarang semua serba serbi malas. Itu malas ini malas. Apa yang aku rajin pun aku tak tahu. Orang Tanya. Orang marah, aku cakap pembawakan budak. Ekekekeke.

Kalau dulu rajin jugak aku nak kemas bilik besar-besaran 2 minggu sekali. Sekarang ni, sejak laki aku pergi kerja dekat tengah laut 2 bulan yang lalu sampai sekarang ni la aku tak kemas bilik. Aku tak tahu berapa tebal dah habuk bawah katil tu. Adoiyai. Nak sapu pun, sapu habuk yang nampak2 je.

Itu bab sapu. Belum tengok bab kain baju lagi. Tak yah cerita lah. Mengucap tak berhenti kau. Laki aku tengok ni pun mesti dia geleng kepala tengok perangai malas bini dia ni. Tak serupa isteri orang. Hehehehe
Nak up cerita pasal kahwin dulu pun aku malas. Konon nak buat review itu ini. Bape kerat review je aku buat. Itu pun sebelum aku disahkan mengandung. Dah tahu mengandung ni terus malas nak update pasal tu.

Kandungan aku In sha Allah nak masuk minggu ke-12 so maknanya nak lepaslah trimester pertama tu. Bulan ke-2 hari tu dah pergi scan ditemani oleh kaki par. Alhamdulillah comel je degupan jantung little caliphku.  Untuk bulan ke-3 ni ingat nak tunggu en.suami pulang dan sekaligus bukak buku merah kat klinik kesihatan (KK). Oh bulan kedua aritu scan kat klinik biasa je. So takdelah nak bukak buku merah ke buku lawatan ke.

Alahan?

Sepanjang pregnant ni, aku tak ada muntah2 sangat. Boleh kira dengan jari bape kali muntah. Rasanya ada dalam 4 kali saje kot. Loya dengan pening yang selalu. Loya tu aku boleh tahan lagi tapi bila tang sakit kepala tu memang menguji kesabaran. Tiap2 hari lah aku sakit kepala. Lebih2 lagi kerja aku memang menghadap pc je 8 jam. Lagi lah bertambah tambah sakitnya. Nak tak nak sabar je la kan. Nak melalui hari2 macam ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Nafsu makan aku tak berapa terganggu Cuma selera makan tu yang berubah-ubah. Ada minggu tu aku suka makan ni, tak lalu makan tu. Minggu berikutnya berubah pulak. Macam sekarang ni, aku dengan nasi yang dulunya tak dapat dipisahkan, kini hanya boleh makan kurang dari segenggam je. Itupun sebab terpaksa makan sebab malas nak masak sebab tak reti masak variasi2 sebab malas nak masuk dapur. Ha kau! Hehehe. Kalau aku ambil lebih dari segenggam confirm nasi tak habis. Hoho.

Tapi yang pasti makanan berkuah  yang masam2 is my feveret. Itu aku boleh tambah nasi. Macam tomyam masam2, asam pedas masam2 , asam laksa ke…. Ha ko namekan aje! Tapi! Asam sebagai kudapan aku tak suka makan.

Banyak peel kan sekarang. Ermmm.. semua memilih. Sayur pun aku pandang tak lalu. Kalau tak dulu sayur lah fevered. Haiii kesian anak aku tak cukup zat. Sedih…

Hari tu, aku ada gatal minum air gas. Aku bubuh air gas suku gelas pastu aku tambah air kosong. So tak sepenuhnya gas la kan. Konfiden la tak de pape. 1st time nak minum sejak mengandung ni kan. Last2 malam tu, kat bahagian ari2 aku sakit. Sakit macam cramp tu. Nak jalan sakit. Tetiba ok! lepas tu baru menyesal. Hehehe

Air2 yang berkafein pun aku tak minum. Serik! Aku muntah plus pening kepala yang amat 3 hari berturut-turut lepas aku minum teh susu! Taubat tak minum dah! Angina berkepul-kepul menari-nari dalam badan. Seksanya lah, Allah je yang tahu.

Memandangkan sejak mengandung ni angin memang beranak pinak dalam badan ni, memang aku elak lah minum yang boleh menyebabkan perkara di atas berulang kembali. Dah tak boleh berlagak macam zaman bujang dulu. Nak kentut pun payah. Kentut bila nak berak je.

Oklah tu je lah. Trimester pertama ni tak boleh nak ngade lebih2 sebab en.suami taka da. Tak nak menyusahkan orang sangat, aku buat biasa je tapi malas tu tak boleh elak. Heheheh. Driving pun macam biasa. Semua macam biasa. Berjalan pun cepat lambat macam biasa.


Ok. habis sudah.. sampai ke temu lagi di lain tarikh yang tak dikenalpasti. daaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, January 16, 2014

Maafkan saya

0

Bismillah

Assalamualaikum..

Aku tak tahu sama ada orang tunggu aku punya entry pasal wedding review tu. Kalau ada minta maaf la ye. Sekarang ni tak larat sangat2. Morning sickness yang agak teruk sekarang ni.

Sakit kepala macam nak pecah campur dengan muntah2.

Allah. Moga Allah kurangkan sakit aku ni. Dah la keje kan. Rasa tak boleh nak perform. Nak baring je. Tapi nak buat macam mana. Tuntutan keje kan. Tanggunggjawab gak tu.

Ini pun aku kuat sikit nak menulis sikit sebab baru muntah tadi. Ringan sikit kepala. Ni pun rasa nak muntah balik. Nasib bos2 takde. Boleh letak kepala sikit atas meja.

Pasal review tu, even tak ada orang tunggu tapi aku dah janji kan. Janji kene tepati. In Sha Allah bila aku dah kuat ye. Ni nak tempuh 1st trimester tanpa suami ni dulu. Huhu. Bukan mengeluh ye. Tu cuba nak kuatkan diri. Hehe

Ok lah. Tak daya nak mengadap komputer lama2. Sakit kepala melanda.

In Sha Allah umur panjang kita jumpa lagi..

Thursday, January 2, 2014

Pregnancy: Good News!

0

Bismillah.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. berita baik aku terima semalam.

Tak sangka tau. Budak-budak macam aku ni, macam mana lah nak hadapi saat2 tu. Rasa macam.. "Eh boleh ke?" Huhu

Ini baru peringkat awal. Masih ada 3 bulan lagi untuk melalui trimester yang pertama. Harap2 safe n sound in my tummy sampai janin betul2 membesar dengan kuat. So far tak ada alahan. Alhamdulillah. Cuma rasa loya2 sikit tu adalah. Tapiiii.. perut ni asyikk laparr memanjang..

Si ayahnya nasib baik masih tak ke tengah laut so, Alhamdulillah dapat share rasa bahagia ni walaupun dalam talifon. I nangis u ollss lepas test UPT tu. Keluar dua line mcm caye x caye je. Blurrrrr je mase tu. Dah la memang blur kan. Then, bila nak solat zohor tu baru ada perasaan. Gembira+sebak+sedih+tak sangka+teruja+ semua2 lah.

So sekarang ni tak ada pape lah. Dah confirm kan dengan doc dan dia cakap datang lagi lepas sebulan lepas tengok kantung. Macam tak sabar je nak tunggu sebulan. Hehehe.

Ok lah.. tu je. Tolong doakan yang baik2 untuk saya. Semoga sihat selalu hendaknya tanpa suami disisi. Dugaan kan. Tak pe. Besar ganjarannya In Sha Allah.

Monday, December 30, 2013

Wedding Review#2 - Pelamin

0

Bismillah.

Assalamualaikum.

Akhirnya datang jugak kerajinan aku untuk mengupdate arini walaupun dipaksa-paksa. Huhu. Kalau tak paksa memang sampai ke sudah la aku malas nak unpdate gamaknya.

Orang baru lepas kahwin memang macam ni ye? =p

Hari ni seperti tajuk di atas aku nak review pasal pelamin dulu. Pelamin sahaja dulu ye. Untuk makluman, aku tak amik satu package baju sekali dengan pelamin ye. Baju + makeup lain dan pelamin lain.

Mengapa begitu?

Alkisah sebab mula2 pergi butik yang baju tu, pelamin tak berkenan dan bila pergi butik yang pelamin tu, baju pulak tak berkenan. Last2 decide, ok amik lain-lain. Masa survey tu, aku hanya pergi dalam 5 buah butik sahaja. Ketandusan masa so tak dapat nak pusing butik satu Bangi ni. Oh ye, kat Bandar Baru Bangi ni banyak giler ye Butik Pengantin. Kalau malas nak buang masa pergi banyak2 tempat, terjah je dekat Bangi ni. Confirm pening.. Hehe.

Ok. Dah menyimpang. 5 buah butik tu, ada yang mahal ada yang murah. Ada yang package baju pelamin dia memang superb cantik tapi lari jauh giler dari bajet aku. So, marilah kita sedar diri pergi ke butik yang murah2 saje. Makanya terjadilah kisah di atas.......

Aku buat gaya macam tu pun still dalam bajet aku lagi cuma lebih singgit dua lah. Ok lah tu kan. Tapi orang kata nak jimat amik package semua sekali kan. Up to you. Korang kira-kira lah bila dah pergi survey tu within bajet ke tak. Kalau ok, proceed. Kalau tak ok, cari lagi.

Kadang-kadang bagus jugak kita amik pengalaman dan reference orang lain ni tapi kadang-kadang tu, pendapat dan pandangan kita sendiri tu ada betul jugak. Pandai2 la balance kan ye. =)

Panjang mukaddimah ye padahal nak review pasal pelamin je. Meh kita tgk pic kat bawah dulu ye.

inilah pelamin cinta kitorang *muntah*

semasa nak batalkan air sembahyang

lilin cinta kitorang *muntah darah*


member2 gua..

Ok tak? Bagi aku cun gila dah la pelamin ni. Murah pun murah. Sebenarnya susunan bunga orang pelamin tu buat lagi cun tapi dek kerana ramainya manusia yang gatal tangan, kejap ke atas kejap ke bawak pasu bunga kat sudut kiri kanan tu ha. Tak tambah lagi dengan budak2 punya koje. Aku nak menjerit macam tarzan pun tak lalu dah. Hilang seri I sebagai pengantin. Puiii

Kalau korang berminat, boleh lah pergi ke Butik Pengantin Sri Qaseh. Semua dia buat. Senang citer dia boleh jadi wedding planner. Sediakan sahaja duit beribu korang tu. Lepas tu goyang kaki. Hewhewhew. Untung laaaaaa duit banyakkkkkk..

Aku mampu pakai pelamin dia sahaja. Berpatutan dan puas ati! Dorang pun sabar tau. Aku berurusan dengan Amy. Banyak kali aku tukar kaler bunga pelamin dia. Rasanya mahu 3 kali jugak tapi dia ikut je. Layan je. Sabar je kan. Suka betul aku orang layan karenah aku ni. Boleh buat selalu. Hehehe. Lepas tu ada satu sportlight tepi dia pecah sebab terlanggar masa nak tangkap2 gambar. Tapi bukan aku pecahkan tau! Family laki aku. Hehehe. Tapi dia tak minta ganti rugi pun. Dia kata takpe. Haaaaaa.. Baiknya doranggg.. Recommended sangat lah kalau sape2 nak service dorang. Aku dah bagi link tu terus ke blog dia. Klik situ ye. kat facebook pun ada. Cari je butik pengantin sri qaseh. Kalau korang rajin skroll ada la gambar pelamin aku tu. 

Untuk pelamin belah lelaki, aku tak masuk campur tau urusannya. Semua laki aku buat. Laki aku amik package sekali dengan dewan. So dia tak payah pening2 kepala pusing satu Ipoh sebab nak cari pelamin. End up, cun jugak pelamin dia. Aku dah penah tepek dekat entry majlis bertandang. Aku tepek lagi la ye khas untuk pembaca entry ni.

ini pelamin cinta kitorang dekat Ipoh. Hehehe..

Tu je la review aku pasal pelamin. Tak de cite havoc havoc pun pasal pelamin. So sampai di sini sahaja entry aku. Jumpa lagi next entry yang entah bila. Tata sayonara.

p/s: Baru aku perasan watermark aku guna nama blog lama aku. Hehehe. Patot la rasa panjang je bila taip. Adoiyai

Tuesday, December 24, 2013

Mana entah tak tahu..

0

Bismillah

Assalamualaikum..

Allah.. lama beno tak online ye. Wedding review pun entah ke mana kan. Maaf lah.

Takpe.. Memandangkan hubby aku dah start keje dan naik kapal, boleh lah aku mengadap blog ni pulak ye. Tunggu aku watermark kan dulu gambar2 berkenaan then aku up entry pasal kahwin aku yang dah sebulan lebih tu ye. In Sha Allah mane tahu dapat tolong kwn2 yang nak kahwin tahun depan. Sebagai rujukan.

Sabar ye kwn2.. :)

Wednesday, November 27, 2013

Majlis Bertandang - 10th November 2013

0


Bismillah

Assalamualaikum

Kerajinan singgah kejap arini untuk mengizinkan aku bercerita pasal majlis bertandang pihak lelaki pulak. Lama kan baru nak datang. Tu pun dia singgah kejap je. Nanti hilang balik. Hewhewhew

Maafkan saya

Majlis bertandang diadakan di Ipoh yakni di rumah suamiku yang ensem itu pada 10th Nov 2013. Tapi majlis yang ni dorang buat di dewan disebabkan laluan kawasan perumahan yang kecik. Tak sesuai nak dirikan khemah dan buat majlis di situ. So merasa lah jugak aku kawen dekat dewan. Yeay!

En.suami dia pergi awal sikit daripada aku memandangkan dia banyak nak kena uruskan macam2 kat sana. Aku hari sabtu baru pergi ke Ipoh. Banyak drama masa nak pergi Ipoh ni. Nak cite satu2 tak sampai ati pulak. Kesian suamiku. Masa mula2 ramai adik badek aku tak confirm lagi nak tido sane sehari ke tidak so en.suami booked kan homestay satu sahaja. Bila last minit tu pakat semua nak datang awal jugak. Family aku ni ramai hokay. Satu homestay adalah tak cukup untuk sumbat semua. 3 generasi nak sumbat dalam satu rumah. Confirm sesak nafas!. So bersusah payah la en.suami nak cari homestay lagi satu yang berdekatan. Alhamdulillah nasib baik jumpa. Family aku ni bila banyak sangat kepala banyak pulak peel dia kan. Sabar je dia dok layan family aku. Terima kasih darling. ^_^

Itu cerita pasal homestay. Ini aku nak cerita pasal kasut pulak. Aku ni jenis econsave sikit. Masa dolu2 tu ingat beli lah kasut satu yang boleh  pakai untuk dua2 majlis. Bersanding dan bertandang. Tapi nak dijadikan cerita kannn, aku pun tak tahu lah ape nasib aku ari tu. Aku boleh pulak tertinggal kasut pengantin tu. Adoiyaiiiii.. Stressss aku masa tu. Dah la kat Ipoh kan. Mane la aku tau shopping mall dekat2 situ.

Tapi nasib baik lah masa pemergian ke Ipoh tu, aku di temani oleh dua orang body guard a.k.a bff aku. Dorang la dok teman aku melilau sana sini cari kasut baru. Nak nangis aku masa tu. Huhuhu. Aku bagitau kat en.suami, terus aku kena marah. en.suami kata selesaikan lah sendiri. Sendiri punya pasal. fyneeeee.. Aku tanya dia shopping mall mane dekat Ipoh tu. Nak pi cari sendiri ngan kengkawan. Sedih tauu. Last2 kitorg pergi Jusco. Nasib baik Ipoh tu bandar. Ada jugak lah Jusco kat sana. Kalau en.suami dok kawasan2 kampung mau nangis tak berlagu aku. Boleh jadi aku hanya pakai selipar yang aku bawak untuk bertandang nanti. Sedih lagi.. =(

Actually kes tinggal kasut tu bukannya apa. Hari nak bertolak tu ada krisis sikit pasal kereta ni. Pastu dok la tukar2 kereta. Bila dah main pindah2 barang, akhirnya tertinggal la kasut tu kat dalam kereta mana entah aku pun tatau. Maka,terjadilah tragedi kasut di bulan November.

teman setia

inilah kasut cinderalla yang tertinggal
kasut cinderella yang baru
Maaflah tak ada gambar kasut yang proper sikit. Ini je yang aku ada. OP pun tak amik gambar kasut aku rupanya. Ok fail di situ.

Hari ahad punya cerita kita layan dengan gambar sekali k =)

sesi makeup
berarak
masa berarak ni ada cerita sikit. Baju yang kitorg pakai ni actually di bawa dari Bangi. Aku lah tukang bawaknya tu. Nak dijadikan cerita aku lupa langsung2 nak tanya payung kat akak butik kat Bangi tu. Alkisahnya dah sampai kat dewan sibuk la pulak mencari payung. Jadinya dapat la payung gedabak macam tu. Hahaha. Adoi buat cacat gambar je. Laki aku dah marah betul kat aku tu tapi nak buat camne benda dah jadi kan. Teruskan aje berarak.

Makan beradab sedap owhh. Lebih2 ag tang cendol. Nak makan banyak tak boleh. Aku sebagai pengantin haruslah menunjukkan kesopanan dan ketatasusilaan semasa di meja beradab ye. Maka kempunan la aku di situ.

sesi potong kek
Aku ngan en.suami ni sebenarnya sama tinggi aje. Jenuh la dok mencari kasut yang tak bape tinggi sangat tu. en.suami pulak tak mo pakai tanjak masa majlis sini sebab masa sebelah aku dah pakai. Jadinya nampak la aku lagi gagah perkasa di situ bila berdiri sama2. Tak pelah..murah rezeki dapat suami comel2 ni. Hehehe

My BIG Family. Tak cukup korum nih

Ini bukan adek badek en.suami ye. Family en.suami kecil saje. Dua badek saje. So mereka2 ini adalah makcik pakcik dan sepupu sepapat en.suami. So close..

Aku disuruh OP untuk pusing ala2 princess masa outdoor photoshoot ni. Punyalah seksa. Dah la hujan renyai2 time ni pastu tanah jadi lembut kan. Tumit kasut aku tenggelam timbul tenggelam timbul je. Sakit kaki hakak dok menahan tumit tu daripada tenggelam !! 


Pastu sambung sini pulak. Kat sini barulah seronok aku nak main pusing2. Takdelah tenggelam timbul je kan. 


Ini lah pelamin dewan kitorg. Santek kan??!!

Ok. Gambar saje tak letak banyak sebab malas nak letak watermark. Ngeh3. 

Bye!!

Monday, November 18, 2013

Dah dapat soft copy dari OP!

0

Bismillah

Assalamualaikummmm..

Aku dah dapat soft copy gambar2 daripada OP. Total 2000++ termasuk bertandang. Oiiii gigih nak memilih ni oiii!!. Sebab musabab dapat soft copy awal adalah disebabkan kejadian masa tunang aritu. Untuk mengelakkan perkara yang sama terjadi lagi, aku request kat OP untuk pilih gambar yang nak diletakkan dalam album. Tak de lah telinga bernanah sebab dengar orang bising gambar ini tak kena gambar itu tak kena. Huhu

Sekarang masih dalam proses memilih. Nak tepek dalam ni?

Tunggu dulu. Masih dalam mood malas untuk tulis wedding review. Pengantin baru kheeennnn.. Kerja nak menempel je ngan laki I. hehehe.. Tunggu ye.. Nanti aku buat review..

Ok byeeeeee..

Wednesday, November 13, 2013

Reception Day - 2nd Nov 2013

0


Bismillah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah selesai dah majlis bertandang kat Ipoh pada hari Ahad lepas. One word --- LEGA!!!
Tak ada dah senyum palsu sampai krem mulut.. ;p

Ok. Aku tak mahu cerita pasal majlis bertandang lagi. Itu next entry. Hari ni just nak cerita pasal majlis reception dekat rumah aku. Kita formal sikit mukaddimah dia ye..

Majlis resepsi berlangsung di Kajang keesokkan harinya selepas hari nikah. Just a simple wedding ceremony bertema deepavali. Hehehe.. Aku sebenarnya kan masa pilih baju kaler merah mak ngah meletop ni, aku lupa hari tu hari deepavali. Bila orang dok cakap2 barulah teringat. Demn btol. Nak tarik balik baju memang tak boleh la kan. Marah pulak akak butik tu. Tak ada pulak aku baju kawen nanti. Huhuhu

ORANG: Merah baju..
AKU     : Aah..saje je pilih sebab nak ikut tema deepavali. 

Bila orang dok tanya pasal baju menyala aku tu, aku pun jawab je la gitu. hehehe.. Biarlah.. Aku suka hari tu jadi attraction. Bukan senang kan. Tema kaler memang caca merba. Aku tak ada planning pun tang warna. Apa yang aku rasa cantik, aku on je. Tapi yang penting, aku yang paling menyerlah!! mihahaha..

Family aku, aku suruh dorang pakai kaler kelabu, flower girl pulak pakai baju kaler navy blue. Scallop khemah aku suruh letak kaler putih saje. Pelamin pulak putih merah. Pelamin nanti aku buat review ye. Ada orang kata cantik.. hehehe.. Nampak tak caca merba kaler aku. Scallop saje letak kaler putih. Sebab pikir baju aku dah menyala. Nanti letak scallop berkaler kang macam lain pulak. So biarkan suci putih murni saje..

Yang bermaknanya majlis ni aku rasa, sebab Tun Mahathir sudi datang ke majlis aku. Dengan badan yang kurang kuat, dia gagahkan juga hadir jemputan abah aku. Alhamdulillah.. My Idol.. Akhirnya dapat jugak aku jumpa, salam dan borak sikit dengan Tun. It was a big honored!! Majlis kawen sebelum2 ni pun ada jugak abah aku jemput tapi masa tu dia masih jadi PM kan, so dia tak dapat nak luangkan masa. Alhamdulillah time aku dia datang. Tapi dia datang sorang je dengan bodyguard dia. Tun Hasmah tak sihat jadi tak dapat datang sekali. 

Layan gambar je la jom. Aku tatau nak membebel ape ni. 





Tun t/tangan buku doktor umum yang aku beli sebulan lepas dia launch.

Like this picture a lot! 
Aku cakap ngan laki aku nak frame gambar ni nak letak kat bilik tidur. Hehehe. 
masa berarak.
no caption. korang jamulah mata ye.. taken from OP
some of friends yang sudi datang


this is taken from OP. 
Aku suruh layan gambar tapi gambar ciput kan.. Ada rasa nak lempang tak? Hehehe. Gambar tak banyak lah. Aku tunggu OP punya gambar jugak ni. Dapat gambar nanti aku storey morey balik. Yang OP upload kat page dia pun tak banyak.

Sama macam wedding orang lain je tapi yang lainnya sebab Tun datang. Heheheh.

K.Bye!




Thursday, November 7, 2013

Solemnization Day - 1 Nov 2013

1

Bismillah

Assalamualaikum semua :)

1 November 2013 (Jumaat) jam 3.14 petang 

Tarikh dan detik keramat yang tak akan dilupakan. Alhamdulillah, memang sangat2 lega bila semua dah settle. Taka da dah keluh kesah penah takut semua. Semua dah legaaaaaa..

Nak cerita detik-detik time nikah ni memang tak tercerita agaknya. Perasaan tu berbaur-baur. Sebelum hari kejadian relax lagi sampai family aku kata gaya aku tak macam orang nak nikah esok. Hehehe. Aku tak tahu nak gelabah untuk apa and macam mana. Bilik pengantin pun aku relax lagi tak kemas. Ekekeke.

Tu sebelum hari nikah. Memang gamble tak rasa pape. Bila tiba hari kejadian, dengan dah siap make-up segala bagai barulah ko kelam kabut rasa takut semua bagai. Hehehe. Tangan sejuk tapi belum sampai tahap menggigil yang amat. Jantung dah dup dap dup dap tak sekata. Mulut dah merapu cakap takut2. Hahaha. Ko berlagak sangat kan sebelum tu. Hamek kau!

Dari bilik nak turun ke bawah tu tak tahu nak rasa apa lagi dah. Dengan semua orang pandang lagi kan. Sangat cuak jadi perhatian. Tapi muka tetap kene maintain senyum lebar ok. Bilik dah duduk dan nampak En.Tunang dah duduk tengah2 menghadap abah, time tu aku dah rasa ‘omaiii..aku nak kawen dah ke?’ Tetiba takut yang amat2!! Takut nak jadi bini orang. Huhu

Alhamdulillah dengan sekali lafaz sah la aku ni dah jadi bini orang. Terror gak hamba Allah yang dulu aku panggil En.Tunang dan sekarang aku panggil suamiku. Hoho. Berkat praktis berbulan-bulan tu. Asal jumpa je itulah benda yang dia akan sebut. ‘Aku terima nikahnya bla..bla..bla..’ Bagus betul suami aku ni. 'Practice make perfect'. Terjadilah hasil yang mengkagumkan. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.

Malas nak sembang banyak. Kita layan gambar saje ye..







Gambar nikah tak banyak sangat n x teratur pun aku letak. Lantak pi la kan. Aku tggu OP je bagi ni. Kalo rajin aku tambah lagi gambar kat sini. Hihuu.. kalo rajin ek. ;p


Update: 30/12/2013: Video semasa akad nikah.

Abang aku ada rakam rupanya. Nasib baik. Hehe