Wednesday, November 13, 2013

Reception Day - 2nd Nov 2013

0


Bismillah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah selesai dah majlis bertandang kat Ipoh pada hari Ahad lepas. One word --- LEGA!!!
Tak ada dah senyum palsu sampai krem mulut.. ;p

Ok. Aku tak mahu cerita pasal majlis bertandang lagi. Itu next entry. Hari ni just nak cerita pasal majlis reception dekat rumah aku. Kita formal sikit mukaddimah dia ye..

Majlis resepsi berlangsung di Kajang keesokkan harinya selepas hari nikah. Just a simple wedding ceremony bertema deepavali. Hehehe.. Aku sebenarnya kan masa pilih baju kaler merah mak ngah meletop ni, aku lupa hari tu hari deepavali. Bila orang dok cakap2 barulah teringat. Demn btol. Nak tarik balik baju memang tak boleh la kan. Marah pulak akak butik tu. Tak ada pulak aku baju kawen nanti. Huhuhu

ORANG: Merah baju..
AKU     : Aah..saje je pilih sebab nak ikut tema deepavali. 

Bila orang dok tanya pasal baju menyala aku tu, aku pun jawab je la gitu. hehehe.. Biarlah.. Aku suka hari tu jadi attraction. Bukan senang kan. Tema kaler memang caca merba. Aku tak ada planning pun tang warna. Apa yang aku rasa cantik, aku on je. Tapi yang penting, aku yang paling menyerlah!! mihahaha..

Family aku, aku suruh dorang pakai kaler kelabu, flower girl pulak pakai baju kaler navy blue. Scallop khemah aku suruh letak kaler putih saje. Pelamin pulak putih merah. Pelamin nanti aku buat review ye. Ada orang kata cantik.. hehehe.. Nampak tak caca merba kaler aku. Scallop saje letak kaler putih. Sebab pikir baju aku dah menyala. Nanti letak scallop berkaler kang macam lain pulak. So biarkan suci putih murni saje..

Yang bermaknanya majlis ni aku rasa, sebab Tun Mahathir sudi datang ke majlis aku. Dengan badan yang kurang kuat, dia gagahkan juga hadir jemputan abah aku. Alhamdulillah.. My Idol.. Akhirnya dapat jugak aku jumpa, salam dan borak sikit dengan Tun. It was a big honored!! Majlis kawen sebelum2 ni pun ada jugak abah aku jemput tapi masa tu dia masih jadi PM kan, so dia tak dapat nak luangkan masa. Alhamdulillah time aku dia datang. Tapi dia datang sorang je dengan bodyguard dia. Tun Hasmah tak sihat jadi tak dapat datang sekali. 

Layan gambar je la jom. Aku tatau nak membebel ape ni. 





Tun t/tangan buku doktor umum yang aku beli sebulan lepas dia launch.

Like this picture a lot! 
Aku cakap ngan laki aku nak frame gambar ni nak letak kat bilik tidur. Hehehe. 
masa berarak.
no caption. korang jamulah mata ye.. taken from OP
some of friends yang sudi datang


this is taken from OP. 
Aku suruh layan gambar tapi gambar ciput kan.. Ada rasa nak lempang tak? Hehehe. Gambar tak banyak lah. Aku tunggu OP punya gambar jugak ni. Dapat gambar nanti aku storey morey balik. Yang OP upload kat page dia pun tak banyak.

Sama macam wedding orang lain je tapi yang lainnya sebab Tun datang. Heheheh.

K.Bye!




0 manusia baik: