Alhamdulillah proses persiapan dah start sikit demi sikit. Last weekend berjaya merembat kain nikah untuk dijadikan hantaran dan berjaya juga merembat kain tunang untuk tunang nanti walaupun yang tu tak ada dalam senarai bajet tapi selepas dihasut oleh suara kak ipar yang sumbang akhirnya kain tu menjadi milik aku.. huhuh..
Panjang betul mukaddimah.
Ok. Proses akan dibuat slow2. Tengok kain nikah rasa macam tak sabar nak hantar kat tailor pastu nak pakai terus. Cantik sgt kain tu!! hahaha! (sendiri beli sendiri puji). Nak tengok tak kain nikah I macam mana? Aku tunjuk untuk teaser je k. Tak leh la nak tunjuk semua nanti time nikah I tak surprise la. hehe..
Kain dah setel. Sekarang pening pale nak hantar baju tuk dijahit. Nak cari tailor yang jahit cantik dan murah. I kan semua nak murah.. Nak murah cantik and berkualiti lak tu. Ada? Kalau ada tolong lah recommendkan ye. Aku ni tak banyak cerewet orangnye. Taka da mintak itu ni. Nak minta jahit pun design biasa. Takde extravaganza pyer design. Ok?
Lepas ni kite setelkan pulak hal lain ye. Nanti nak pi cari barang tuk hantaran pulak.
Oh ya, last entry ada bgtaukan mama tak bagi buat pelamin. Last weekend ada discuss dengan adik beradik. So, adalah inlude nak pasang khemah satu kan. Takut ramai sangat kan. Sekali bila mama masuk dalam discussion tu, mama tak bagi pulak pasang khemah.
Ayat mama:
Mama: tak payah2 khemah2 ni. Jemputan nanti buat family2 je. Kite2 dan sedare je. Kawan2 pun tak payah jemput!!
Aku: Huaaaaaaaa!!! dalam hati je laaaa..=(
So, pelamin anganku dah musnah. Nak jemput kawan2 pun musnah juga. Sedey tauuu..
Oleh itu kepada kawan2 yang saya tak dapat nak jemput tu, ampun maaf la. Bukan tak nak jemput. Nak sangat korang dalam majlis tu tapiiii apakan dayaaaa.. Aku tak nak jadi anak durhakaaaaa~~~ sayuuuuu
.jpg)
.jpg)


