Tuesday, November 27, 2012

Fiance to be #3

1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah proses persiapan dah start sikit demi sikit. Last weekend berjaya merembat kain nikah untuk dijadikan hantaran dan berjaya juga merembat kain tunang untuk tunang nanti walaupun yang tu tak ada dalam senarai bajet tapi selepas dihasut oleh suara kak ipar yang sumbang akhirnya kain tu menjadi milik aku.. huhuh.. 

Panjang betul mukaddimah. 

Ok. Proses akan dibuat slow2. Tengok kain nikah rasa macam tak sabar nak hantar kat tailor pastu nak pakai terus. Cantik sgt kain tu!! hahaha! (sendiri beli sendiri puji). Nak tengok tak kain nikah I macam mana? Aku tunjuk untuk teaser je k. Tak leh la nak tunjuk semua nanti time nikah I tak surprise la. hehe..


 kain nikah

kain tunang

Ok.. itu dia. tengok macam tu je pun nampak cantik kan? keh3.. Biar la tak cantik kat mata orang. Asalkan cantik kat mata aku. 

Kain2 berjaya dirembat di Jakel, Kuala Lumpur. Sekarangkan diorang buat sales sampai 2 January. Sebelum terlambat baik gi cepat kan. Memula aku malas nak pegi lagi tapi bila akak ipar aku tanya terus aku paksa dia teman aku pegi tengok. hehehe. Tu la sape suruh tanya. Hehehe.. Tapi ada bagusnya sebab Cik abang sorang tu pun dah dok bising2. Jangan buat last minit~ Jangan buat last minit~.. Macam baca mentera je kat telinga aku. Agaknye dia malas la tu nak dengar aku bising2 kat dia. hehehe

Untuk harga, sejujurnya memang dah lari bajet aku la kan tapi bila dah beli rasa berbaloi pulak. Beads memang full lah and bila bawah lampu je shining2 gitu. So i likee i rembat dan itupun hasil pemilihan dari kak ipar i. So, dia bangga disitu. 

Harga asal kain ni package sekali dengan kain lelaki, dalam 1000 lebih tapi lepas diskaun dapat 700 lebih tapi lepas penjual situ dapat hembusan bayu dari kak ipa and abang I, dptlah kurang byk lagi. Lagi2 dorang memang pengunjung setia jakel tu. Hehehe..

Kain dah setel. Sekarang pening pale nak hantar baju tuk dijahit. Nak cari tailor yang jahit cantik dan murah. I kan semua nak murah.. Nak murah cantik and berkualiti lak tu. Ada? Kalau ada tolong lah recommendkan ye. Aku ni tak banyak cerewet orangnye. Taka da mintak itu ni. Nak minta jahit pun design biasa. Takde extravaganza pyer design. Ok?


Lepas ni kite setelkan pulak hal lain ye. Nanti nak pi cari barang tuk hantaran pulak.


Oh ya, last entry ada bgtaukan mama tak bagi buat pelamin. Last weekend ada discuss dengan adik beradik. So, adalah inlude nak pasang khemah satu kan. Takut ramai sangat kan. Sekali bila mama masuk dalam discussion tu, mama tak bagi pulak pasang khemah. 

Ayat mama:

Mama: tak payah2 khemah2 ni. Jemputan nanti buat family2 je. Kite2 dan sedare je. Kawan2 pun tak payah jemput!! 

Aku: Huaaaaaaaa!!! dalam hati je laaaa..=(

So, pelamin anganku dah musnah. Nak jemput kawan2 pun musnah juga. Sedey tauuu.. 

Oleh itu kepada kawan2 yang saya tak dapat nak jemput tu, ampun maaf la. Bukan tak nak jemput. Nak sangat korang dalam majlis tu tapiiii apakan dayaaaa.. Aku tak nak jadi anak durhakaaaaa~~~ sayuuuuu

      

1 manusia baik:

Farahana Nazri said...

Uit Nani,I ada kenal tempat yg best n murah utk jahit baju tunang/nikah u..ckp je nk design mcm mana..kain payung/duyung/fishtail..u name it..they can do it..but of cos..kain lace sure ada lining,biasa la harganya mmg double mana2 tmpt pun..kalau nk tau sila la contact i..huhuhuhuhu