Wednesday, September 30, 2015

Familyinlaw: 1st family day

2

Photobucket
Photobucket



#throwback
#warisanwanjenab

Family in law ni macam family sendiri kan. Layanan pun patut lebih kurang sama je.

Husband aku selalu cakap dia nak bawak Alang (mak sedara yg jaga dia) pergi jalan mana2 sebab Alang tak pernah pergi jalan2. Hidup Alang dari muda jaga anak2 buah dia je. Aku pun okay je. Lagi seronok dapat pergi jalan2. Hehehe

Then aku buat suggestion kat husband untuk ajak family belah dia pergi bercuti. Dari ajak 2 3 orang je baik ajak semua. Ramai2 lagi meriah. Buat family day la senang cerita. Aku suruh dia war2 kan dalam group whatsapps tapi dia tak nak. Dia nak tanya dulu family Pak Ngah dia yang duduk Seremban.

Berkumpul lah kitorang dulu dengan keluarga pak ngah dan tanya ok tak kalau buat planning ni. Dengan tak disangkanya semua nakkkkkkk!!! Hahahaha! Dan semua nak pi langkawi sebab kebanyakkannya tak pernah sampai langkawi. Hheheh. Ok set. Cun.

Memula masing2 nak pergi naik kereta tapi aku bagilah cadangan yang cun lagi. Why not pergi ke Kuala Perlis tu kita naik bas. Tidur sana satu malam dan keesokkan paginya tu kita bertolak ke Langkawi naik Ferry. Aku bagi cadangan berdasarkan pengalaman family belah aku. Dah banyak kali buatkan. So apa yang aku rasa aku share dengan dorang. Kalau pergi naik bas tu seronok sikit. Ramai-ramai dalam bas tu family jek. Terasa sikit ukhuwah fillah among family tu. Hehehe.  Lagipun badan tak adalah terasa letih sangat nak drive jauh. Kat Langkawi nanti letih ngangkut beg aje.

Memula tu adalah yang tak setuju. Then husband aku yakinkan, at last dorang setuju dan fikir balik macam best jek. Best wei. Adik ipar aku bila naik best tu siap kata lagi. Fuyooo 1st time naik bas ada family je. Feeling tu lain ok. Hahaha. See?

Untuk merealisasikan family day ni, aku lah yang banyak kejenya. Huhu. Husband aku pegi booked untuk bas aje. Yang lain2 macam kereta sewa di Langkawi, homestay di Kuala Perlis dan Langkawi semua aku uruskan. Senarai tempat nak pergi mana pun aku yang uruskan termasuklah kewangan bape nak collect sorang. Semangat aku siap kira dalam excel lagi. Hehehe Tapi jadual masa di Langkawi, husband aku yang arrangekan. Aku bagi cadangan tapi semua dia tolak. Lantak lah. Dia lagi paham family dia.

Aku ada mak sedara yang tinggal di Kuala Perlis. Husband aku pun dulu belajar dekat Perlis. So kitorang paham la sikit2 keadaan di sana. Homestay dekat Kuala Perlis pun yang dekat dengan rumah mak sedara aku tu. Memang dah jadi homestay family aku dah tu kalau kitorang pergi Kuala Perlis. Mak aku dah cop awal2. Hahah. So dari situ senang. Aku minta tolong mak sedara aku tolong booked kan aje. Tidurlah kitorang satu malam di homestay tu. Semua puas hati, Itu homestay terbaik aku pernah duduk. Bagus tau owner dia. Semua ada. Serba lengkap. Siap ada aircond setiap bilik dan ruang tamu dan ada extra tilam dan bantal. Bayangkan family in law aku ada 23 orang masa tu, semua dapat tidur yang sempurna. Alhamdulillah.

Untuk pengangkutan di Langkawi biasalah, aku guna khidmat google dulu. Pepandai la cari. So far Alhamdulillah tak kena tipu lagi dan kereta dia pun ok. Tapi aku ralat sikit dengan homestay yang aku booked tu. Kebersihan dan kekemasan dia out of 10 dapat 5 je. Karpet kotor. Bilik air penuh rambut. Dapur tak kemas. Kipas rosak. Cadar ada tompokan darah. Huuuuuu sedihhh.. Aku ralaattt sangat2 sebab aku nak sediakan yang terbaik untuk family in law aku tapi ada juga slack dia. Alahai.. Pastu comforter dengan bantal pun ciput je. Dalam website aku nampak cun je tapiiii.. tu la dia. Jangan percaya sangat pada gambar. hurmmm...

Aktiviti kat sana ok sajer. Pergi dengan makcik2 yang ramai, tumpuan utama of course la shopping. Hahaha. Mak mertua aku siap shopping 20 helai kain batik lagi. Hahah. Setiap kedai yang pergi mesti beli sehelai dua. End up mak terkumpul sampai 20 helai kain batik. Puas ngangkut beg aje. Nasib ada anak besor gajah. Boleh tolong angkat beg.

Banyak2 tempat pergi, aku paling suka museum art 3D dekat oriental village tu. Lama wooo dalam tu. Macam2 gaya amik gambarnya. Hahah. Ada jugak yang naik cable car tapi katanya lama sangat kat atas tu. Orang yang beli tiket pukul 8am pun, pukul 1pm tak naik2 lagi. Dah cakap dengan husband kalau nak naik cable car kena pergi awal pagi tapi takkkk di dengornya. Lantak laa..

Banyak tempat yang tak terlawat sebenarnya. Mana cukup masa. Perginya 3 hari 2 malam aje. Island hopping pun tak sempat pergi, Sian yang bujang2 nak mandi laut nak pi island hopping tapi nak buat macam mana. Tak cukup masa dik oiiii..

Tapi overall impresive jugak lah. Semua kumpul sonok2. Next time kite plan pergi tempat lain pulak okay. =)

2 manusia baik:

Anonymous said...

salam

boleh tahu x kat mn homestay tu..or ade link x?

Unknown said...

Wsalam,

Homestay di Perlis makcik saya yang uruskan. Saya tak ada direct contact dengan owner tapi kalau nak boleh email saya dulu hana_akaike88@yahoo.com.

Kalau di Langkawi ini link dia http://langkawidhouz.blogspot.my/