Wednesday, September 2, 2015

Dah jadi parents..

0

Photobucket
Photobucket

Aku ni memang suka sangat menulis. Dekat FB ke instgram ke mesti ayat aku berjela panjangnya sebabnya aku memang suka menulis! Dulu cita2 konon nak jadi penulis novel. Tapi hakikatnya aku tak sekereatif itu untuk membuat plot2 cerita yang menarik dan mengolah cerita supaya menjadi menarik dan tertarik. Jadi, inilah ak hanya menulis di blog. Aku tukar blog aku ke bebel sebab sejak jadi mak2 ni penyakit bebel tu macam makin berkembang pulak. Huhu. Member baik aku pun tegur yang aku ni nampak macam mak2 dah. Pemikiran pun macam mak2. What do you expect?? Huhu..

Dua orang member lelaki aku dah selamat jadi bapak 31/8 dan 1/9 ni. Ada pulak sama dengan Alya. Kebetulan dia memang member baik sangat masa sekolah dulu. Aduh... rindunya waktu sekolah dulu. Tetiba anak pulak sama pulak tarikh lahirnya. Tak sangka..

Yang beranak 31/8 tu pulak, wife dia sama nama dengan aku. Duduk pulak daerah yang sama. Cerita beranak pun lebih kurang. Date beranak pun selang sehari. Kejodohan apakah ini? Hahah.

Tak kesah la tu tapi yang menariknya dua2 menceritakan kesah yang sama. Kesian dan gerun tengok wife masing2 menahan sakit contraction dan meneran. Agaknya selama ni dorang fikir bersalin itu mudah. Hanya dengan sekali teran terus ok kot. Hailaa memang nak kene ketuk!

Bukan senang saat mengandung dan lagi bukan senang semasa proses bersalin itu. Lagi2 saat sakit contraction tu, Allah.. Dia saje yang tahu macam mana sakitnya. Rasa macam nak tercabut pinggang. Tapi demi zuriat yang dikandung dan harapan untuk melhat dia lahir ke dunia mengatasi segalanya. Sebab tu wanita ni kuat. Perut dilapah dan kemaluan di toreh berapa kali pun, tetap tak jemu juga nak beranak. Bangga..

Bila kawan2 aku kata dia lagi menghargai isteri dia, aku harap dorang kota kan kata2 dorang tu. Hargai dan terus hargai. Ingat pengorbanan isteri masa tu. Bukan sikit tau pengorbanan dia. Lepas dah bersalin tu nak kena jaga luka jahit lagi.. Demi zuriat sebagai penguat kasih.

Harapan tu untuk suami aku jugak la ek. Dia pun tengok juga proses bersalin aku dari a sanpai z. Ada dengan aku dari awal sampai akhir. Harap suami aku pun hargai susah payah aku. Ameen..

0 manusia baik: