Tuesday, August 22, 2017

Ibu anak dua

0



Cita-cita mahu anak 5 tapi 2 ni pun aku dah rasa restless. Haha! Macam mana lah orang beranak ramai tu boleh jaga seorang diri tanpa bantuan pembantu. I can't brain it. Husband dah surrender rasanya sebab dia ada tanya aku, "ayang nak anak berapa orang"? sambil tengah pegang baju yang dibasuh. Aku cakap nak 5. Muka dia start penyek. Hahaha!

Selalu bila husband balik dari bekerja dan bercuti 2 bulan, memang kebanyakan benda dia yang tolong buat. Aku just uruskan anak-anak je. Daripada basuh baju, basuh botol dan etc. memang kebanyakan dia yang buat. Aku bukan buli husband ya, itu tanggungjawab namanya dan dari situ juga dia boleh tahu susah payah aku dengan anak-anak masa dia tak ada. Kalau dia tak hargai juga aku yang jaga anak-anak dia tanpa dia, itu memang cari nahas.

Masa husband tak ada, kakak aku ada tolong sikit2 tapi aku tak boleh minta tolong sangat macam aku boleh minta tolong dengan husband. Dia tolong tengokkan kejap masa aku siap2kan barang-barang anak-anak aku pun dah cukup bagus. Tambahan lagi anak sulung aku sangat lah manja budaknya. Semua nak ibu padahal ada je benda dia boleh buat sendiri tapi nak juga ibu melayan dia. Ini kes cemburu dengan adik la sebab adik asyik dengan ibu je.

Nak diterangkan dekat budak umur 3 tahun keadaan sekarang ni manalah dia nak faham. Keadaan yang adiknya perlukan lebih sikit perhatian sebab masih kecil. Aku cakap beratus kali pun mana dia nak faham sangat. Cernanya sekejap je lepas tu mana dia kesah dah adik dia kecik ke tak, yang dia tahu dia nak ibu. Aduhai.

Ini baru anak dua kisahnya. Aku memang tak ada masa sebab si adik tak mahu letak. Dah biasa dimanjakan oleh pengasuh dan orang lain. Lepas tu kerjanya asyik nak melekap dengan ibu sampai overfeed. Macam mana ibu nak buat kerja? Nak buat kerja kenalah dukung dia tapi dia dah makin berat kesahnyaaa.. Huhu.

Walaupun segarang mana ibu ni, memang ibu lah yang akan dicari dulu. Walau selembut mana pun ayahnya, ibu yang garang ni juga dicari dulu. Itulah kuasa ibu namanya. Hehehe

I will just enjoy this moment. Bila rasa nak mengamuk aku start basuh pemikiran aku.

Anak bukan selamanya kecil. Mereka makin membesar dan makin kurang memerlukan perhatian daripada ibu bapa. Just enjoy the moment walaupun badan longlai giler. Banyak mana sangat la masa kau dengan anak-anak. balik kerja pun dah maghrib. Anak tidur pun awal. So enjoy sementara anak-anak perlukan ibu bapa sekarang ni.

Kesabaran aku melayan anak-anak, ermm aku lihat makin tinggi. Hahaha!

Bertegas itu biasa dengan suara sedikit ditinggikan dan di keraskan kalau anak-anak terleka sampai tak dengar cakap. Marah itu ada tapi mengamuk itu dah kurang sikit.

Aku nak jadi yang rapat dengan anak-anak. Aku nak jadi ibu yang anak-anak sentiasa perlukan aku walau sebesar mana mereka. Aku nak jadi ibu yang dirindui selalu.

Doakan aku. Dengan cabaran anak-anak sekarang dengan masalah sosial, masalah media sosial dan segala jenis masalah yang buat aku pening, aku harap anak-anak aku dilindungi. Apa-apa pun biar keluarga yang jadi rujukan. InsyaAllah.

Ibu anak dua yang bercita-cita nak jadi ibu anak lima jika dizinkan Allah. 😁


Related Posts:

  • Aku bukan tak nak percaya..Tapi...Aku bukan tak percaya cuma aku tak mahu sentap untuk kali kedua. Langkah berjaga-jaga.Rasa macam nak ketuk diri sendiri dengan tukul sebab terjebak de… Read More
  • Tolong lah.One thing yang aku sangat-sangat tak berkenan dengan lelaki.Nak kita paham dia dalam semua benda tapi dia ada effort tak nak paham kita dari segala be… Read More
  • Simcard kene block. Demn!Demn!Simcard kene block. Tuan diri gatal tangan godek phone malam tadi before tidur. Gelabah cari PUK number tapi still tak jumpa lagi. Demn untuk kal… Read More
  • You cannot turning backKadang-kadang masa kita nak buat pilihan, hati yakin 100% dengan pilihan tu.Tapi..Bila pilihan dan keputusan dah di ambil, hati mula ragu-ragu.Betul k… Read More
  • Kau kena sayang aku lebih dari aku sayang kau"Kita orang pompuan kena kahwin dengan lelaki yang sayang kita lebih dari kita sayang lelaki tu"Typical dialog but..So true..Katakesat: Mr. P??… Read More

0 manusia baik: