Wednesday, December 30, 2015

Dia suamiku

0



Kadang2 mengingati kebodohan dulu ada baik dia jugak tau.. serius.. dari situ kita cuba perbaiki apa yang bodoh sangat dulu tu. Hikhikhik

Kebodohan dulu yang aku ingat sampai sekarang adalah menangis meraung hanya kerana seorang lelaki dan cinta tak kesampaian. Ecewahhh! Uiiiii.. sampai 12kg tu turun. Dari si gemuk gedempol jadi si kurus cengkung. Hahaha.. aku pun terkejut. Abah siap cakap macam mayat hidup lagi. Kurus tapi pucat. Yelah dah kurus dengan cara tak sehat, mesti lah pucat. Kan?

Dengan tak makannya. Tak makan tapi excercise. Ko bayang 12kg dalam mase 2 bulan lebih. Pencapaian terbaik sepanjang hidup. Hahah. Merasa la jugak aku berat 50kg++. Hikmah tu kan.

Adik beradik aku semua tahu kesah cinta tak kesampaian tu. Siap tabik la boleh kurus sampai macam tu sekali. Abang2 aku siap nak marah2 lelaki yang buat aku merana kononnya tu. Wahaha! Kelako..

Tapiiii... tadi dorang cakap.. Kalau jadi aku dengan lelaki tu dulu, aku tak akan dapat suami aku yang sekarang. Yang rajin, yang ringan tulang, yang banyak tolong aku uruskan hal anak dan suami yang sabar dengan aku. Serius.. fikir2 balik, dia memang suami yang terbaik untuk aku. Dia banyak cover kekurangan aku. Yang banyak melayan manja aku dengan sabar. Abah pun kalah tau! hehhee..

Alhamdulillah ramai cakap betapa beruntungnya aku dapat dia. Syukur sangat3! Walaupun selalu kena tinggal, tapi bila dia ada, dia selalu nak happykan family dia dan family aku..

Abang!!! I miss u!!! Lambatnya nak tunggu sebulan lebih ni!!! Huuuuuu

Betul la quote yang selalu share dlm fb ke ape ke. Allah jumpakan kita dengan orang yang salah dulu sebelum kita jumpa orang yang betul untuk kite belajar untuk pandai menilai dan menghargai.

Untuk suamiku, terima kasih yang tak terhingga kerana menjadi suami yang cukup perfect untuk ayang dan ayah yang terbaik untuk Alya serta anak dan menantu yang baik untuk mak, mama dan abah. Dah jauh baru kite belajar menghargai tapi bile dekat kita gaduh2 balik ye bang. Heheh. I love u!!


Related Posts:

  • How the relationship started   Sekarang jam 4:11pm. Bos tak ada. Kerja pun dah settle. Read an interesting stories at unknown ladies-blog about their love stories. How the… Read More
  • Plan mengandung anak kedua Ermmm actually sebelum aku kahwin lagi aku plan nak anak gap dalam 2 3 tahun sekali. Hahaha gigih tak I sebelum kahwin lagi dah planning? Ki… Read More
  • 12/9/2017 - Tiada ganti Tiada kata yang dapat diucapkan pada rasa kerinduan ini. Allah Allah Allah.. 12 September 2017. It's supposed your 72 years birthday mama.… Read More
  • Ibu anak dua Cita-cita mahu anak 5 tapi 2 ni pun aku dah rasa restless. Haha! Macam mana lah orang beranak ramai tu boleh jaga seorang dir… Read More
  • Tragedi bi Bulan Februari: Bibik Baru Lari Susulan dari cerita pasal maid baru  tahun lepas. Hahaha! Boleh aku nak update balik sekarang? Hahah. Sekian lama dia sesat dalam dra… Read More

0 manusia baik: