Friday, August 28, 2015

Sedekah itu best.

0

Photobucket
Photobucket

Sana sini ada post pasal THE POWER OF SEDEQAH. Dekat FB tak payah cerita lah. Memang ramai yang post dan share even dekat blog pun ada.

Tadi ni aku baru je bersembang-sembang dengan officemate pasal ni so rasa nak share jugak lah something berkaitan benda ni. At least ada jugak la benda yang bermanfaat dalam blog aku ni. Huhu

Aku percaya semua orang ada bersedekah. Banyak atau sikit semua tu atas niat ikhlas masing2. Hanya Allah yang tahu dan hanya Allah sahaja yang boleh menghakimi. Yang belum start nak bersedekah jom lah kita mulakan sikit2.

Aku dulu pun mana ada kesedaran sangat nak bersedekah ni. Asyik dok ingat kang bagi duit dekat orang aku pulak tak ada duit. Fikiran jahiliah sangat dulu. Astaghfirullahal azim. Tapi sampai satu hari tu aku blog walking ke blog sape entah dulu cerita pasal sedekah and derma2 ni. Dari situ baru la ada kesedaran sikit pasal ni. Lagi2 blogger tu dok bagitahu melalui cimb click pun boleh bersedekah.

Aku tak ingat start daripada bila aku bersedekah ni tapi rasanya dari aku 1st keje dulu kot. Ke mana aku bersedekah pun aku tak ingat dah. Hahaha.. Aku tak nak cerita pasal pada sape aku sedekah banyak mana and so on. Itu biarlah jadi cerita pada diri aku sendiri tapi aku nak cerita bestnya bersedekah.

Korang percaya tak bila kita bersedekah, salah satu kebaikan yang terbest sekali apa? Untuk orang yang makan gaji macam aku ni pastu cukup2 makan aje gajinya, kurangnya rasa sempit tiap kali hujung bulan tu yang paling nikmat. Hehehe. Serius! 1st gaji aku dulu RM 1,500 je sebulan. tolak EPF SOCSO bagai adalah dalam RM 1,300. Tolak duit kereta dan komitmen penting yang lain, dalam sebulan tu dekat tangan ada lebih kurang 2 ke 3 ratus sahaja. Itulah duit makan, itulah duit minyak kereta, itulah juga duit untuk enjoy. Cuba bayangkan macam mana aku boleh survive sebulan dengan duit banyak tu. Dah la single zaman remaja lagikan mesti la dok hangout dengan kengkawan tu kerap. Untuk bagi mama abah lagi.. Tapi percayalah.. aku tak pernah rasa sempit. Tak pernah rasa susah. Aku just alamak duit tinggal banyak ni je. Hurmm tapi takpelah cukup In Sha Allah. Padahal lagi 2 minggu nak gaji. Duit ada RM50 lebih je. Last2 memang cukup sampai gaji. Masa tu aku sedekah tak banyak pun. Sikit sangat tapi... Niat tu penting. Aku susah ada lagi orang yang lagi susah dari aku.

Aku bersedekah takdelah aku nak dapat sederap balik berganda. Yang penting bagi aku, sekurang-kurangnya aku tak rasa sempit. Aku tak payah nak mengeluh sebab tak ada duit. Allah permudahkan semuanya bagi aku.

Pernahlah jugak aku bagi banyak ni dah Allah balas lebih. Contohnya, bulan ni gaji aku tinggal RM400 je. Teringat masa tu ada benda tak bayar lagi. Bila kira2, alamak tinggal sikit je duit. Tapi aku takdelah mengeluh je sepanjang masa. Serius masa tu aku tak fikir sangat pun. Last2 esoknya bila aku nak keluarkan duit, bila cek balance, eh asal duit jadi banyak ni? Cek statement, Allah... ada orang masukkan duit allowance aku. Alhamdulillah. Berlebih duit ha sampai la gaji.

Rezeki Allah jangan kita duga tau. Bila Allah nak bagi, on the spot dia akan bagi. Bila kita bagi dekat orang sekaligus kita akan meringankan beban orang lain. Bila kita ringankan beban orang lain, Allah akan ringankan pula beban kita. Syok kan? Banyak medium untuk kita bersedekah ni. Dalam FB pun berlambak. Dekat masjid2 pun ada. Inisiatif kita je la ya untuk nak ke tak nak bersedekah ni.

Jom sama2 kita perbaiki nak? Aku pun tengah slow2 nak baiki diri ni. Ke arah lebih baik In Sha Allah. Aku suka baca cerita2 yang berinspirasi contohnya pasal The Power of Sedeqah ni lah. Banyakkan dekat FB2 pastu blogger2 pun rajin cerita dan berkongsi cerita. Seronok. So macam orang lain, aku harap cerita aku ni pun memberi inspirasi jugak. In Sha Allah.

0 manusia baik: