Wednesday, March 26, 2014

Pregnancy: Best tak bestnya pregnant ni

0


Bismillah

Assalamualaikum

Masa aku dapat anak buah masa umur 13 tahun, aku suka sangat sebab ada baby dekat rumah. Tapi bila baby tu makin besar dan pandai melawan, aku suka gaduh dengan baby tu sampai la sekarang baby tu dah tingkatan 1. Kadang2 terasa gak baby tu merampas takhta sebagai anak manja dalam rumah masa tu sebab mak aku sikit2 bela baby tu.. sikit2 baby..sikit2 baby.. I tak suka tau..

Tapi bila umur makin meningkat, anak buah pun bertambah sorang2 sampai dah 13 orang sekarang ni, naluri keibuan tu semakin la terserlah. Aku jadi suka kalau akak aku ke kak2 ipar aku ke bersalin tiap2 tahun. So, tiap2 tahun ada baby baru. Tapi aku notice, aku suka baby dari baby sampai umur 3 tahun je. Lepas 3 tahun aku mula geram dengan baby tu sebab sombong dan pandai menjawab. Buat I geram sangat2 tauuu!

Memandangkan aku suka baby2 yang baru lahir ni, aku pun macam tak sabar la nak kawen dan dapat baby cepat2. Dari zaman belajar aku canang. Lepas kawen je, aku nak terus dapat baby. Hari ni nikah esoknya aku dah ngandung sehari. Hahaha boleh gitu? Punyalah teruja nak baby.

Bila baby aku umur 3 tahun camne? Of kos la aku suka. Anak aku kot. Giler ke apa tak suka dan sayang anak sendiri. Aku geram dengan anak orang je. Hehe.

Memandangkan aku geram dengan anak2 orang yang macam tu,percaya atau tak aku dah prepare fizikal dan mental kalau2 anak aku pun jadi sombong dan pandai melawan dekat orang lain. Huhu. Tapi kalau anak sendiri buat macam tu patut ke aku rasa dia comel? Hurmm.. Anak sendiri apa buat semua nampak comel ye dak. Takpe kite tengok nanti bila dia dah besar.

Sejak ngandung ni banyak bezanya aku rasa dari aku sebelum mengandung. Ada yang best and ada yang tak best kan.

Yang tak best  tu biasalah bila kesihatan diri tu terjejas sikit. Antibody tak bape kuat sangat. Muntah2. Pening2. Cepat penat dan mengah. Badan tak larat je memanjang. Benda yang biasa berlaku la kan pada ibu2 mengandung ni.

Itu dari segi keadaan badan. Dari segi perangai pun boleh membuatkan orang mengucap dekat aku. Lebih2 lagi laki aku.

Aku malas masak
Malas kemas bilik
Malas basuh baju
Malas bangun pagi
Malas nak drive kete
Makin mengada-ngada tahap mintak sepak terajang
Manja terlampau
Cepat nak marah dan melenting
Tak suka bau busuk
Tak suka bau yang kuat melampau
Dan banyak lagi..

Bab2 bau ni, boleh buat aku melenting. Cepat naik angin kalau ada bau tak menyenangkan menyinggah kat hidung aku ni.

Yang part malas2 tu sebab aku cepat letih dan mengah kan. Pastu badan tak larat sokmo, menjadi-jadilah kemalasan aku. Bila dah sikit2 letih. Sikit2 mengah, terus aku tak lalu nak buat. Hewhewhew. Ngade2 kan.

Tapi yang best bila semua bertabah dengan perangai aku. Yang melenting pun akak aku je sebab tak tahan tengok aku mengada-ngada sangat. Hahahah

Bila manja terlampau ni aku jadi kuat merajuk. Sikit2 nak merajuk dengan hubby aku. Hubby aku je tau. Orang lain aku tak merajuk. Hehehe. Tapi nasib la hubby aku penyabar orangnya. Memang dia sabarrrr je dengan perangai hantu aku ni. Dah la kuat merajuk kan. Nak Tarik perhatian hubby aku. Tu pun dia layan je tapi panas gak hati ni sebab kadang2 ni malas nak pujuk dia terus buat lawak bodoh. I ni pujuk yang romantik2 tapi dia pergi bantai pujuk buat lawak bodoh. Dah tentu lah aku gelak sebab hubby aku buat lawak yang tak bape nak lawak pun aku gelak jugak. Huhuhu

Lepas tu… yang best bila apa yang aku nak makan, nak melantak, semua org tak kesah, semua orang layan.. Sukanya! Kalau macam tu mengandung selalu pun takpe. Hahah! Lebih2 lagi hubby aku. Aku siap buat list nak makan apa dan kat mana. Dia follow jugak. Ikut satu2 list aku ni. Setakat ni 2 dah tertunai. Ada lagi 7 on the way. Hehehe

Program diet aku pun secara otomatik stop! Aku nak rasa semua makanan. Nak bagi anak aku makan puas2. Hehehe. Walaupun aku asyik nak makannn je,  aku taleh nak telan banyak2 tau. Aku cepat kenyang. Kalau makan kat luar, aku amik nasi besar tapak tangan je. Yang lebih aku ratah lauk. Kalau aku amik nasi banyak, for sure aku tak boleh nak rasa nikmat lauk pauk depan mata aku tu. Sedih tauu..

Tapiiii yang paling best bila kau tahu ada nyawa yang tengah kau bawak dalam perut ni walaupun kadang2 kau lupa kau tengah mengandung. Hehhe. Seronok je kan kalau pegi scan tengok ada nyawa gerak2 dalam perut. Allah…tak terkata.

Mintak maaf la sebab entry banyak pasal mengandung je kan. Orang teruja melampau macam ni la. Doakan yang baik2 untuk aku ye.

Tapi pada yang tak ada rezeki lagi tu, jangan lah down ye. Percaya pada Allah. Dia dah menjanjikan benda lain yang lebih baik untuk korang. Korang jangan putus percaya tu tau. Tak baik. Perancangan Allah tu lagi baik daripada perancangan manusia. Ingat tu! Aku boleh bercakap macam ni sebab hidup aku pun ramai jugak dikelilingi oleh pasangan yang Allah tak beri rezeki zuriat pada mereka tapi sebab percaya pada perancangan Allah, Alhamdulillah bahagia ke akhirnya dan hikmah lain dapat kat mereka. Alhamdulillah.

Ok lah. tatatititutu

Tuesday, March 25, 2014

Pregnancy: Kite dah ngandung 4 bulan!!

0

Bismillah

Assalamualaikum

Sabtu lepas genaplah 4 bulan kandungan aku. 16 minggu sama dengan 4 bulan kan? Kot2 la kalau aku salah kira.

Masa kandungan 15 minggu lebih, aku bawak hubby pergi scan baby. Sepatutnya aku ada checkup 1st April ni tapi macam lambat je lagi kan. So, kita pergilah klinik biasa dulu untuk scan suka-suka. Lagipun hubby tak pernah tengok lagi anaknya. Tengok dekat gambar yang dah di print je.

Pergi klinik biasa saje dekat Puchong. Namanya aku tak ingat la pulak. Azilin ke Azlin. Gitulah. Masuk-masuk bilik doctor tengok doctor macam garang je. Doctor perempuan. Muka ketat. Tanya serius. Aku dengan hubby rasa macam tak best je. Tapi lepas beberapa minit, eh3 mesra la pulak doctor ni. Takde lah teruk sangat. 1st impression memang penting tapi pepatah ni pun jangan lupa – “don’t judge the books by its cover”.

Bila dah mesra, aku kene marah pulak dengan doctor. Aku mengadu la dekat doc aku kerap sakit kepala sejak dari awal mengandung sampai la sekarang. Lepas tu doc tanya pasal jadual makan aku.

Breakfast             - 8:30am
Lunch                    - 12:30pm
Dinner                  - 6:30pm

In between Antara lunch dengan dinner tu adalah aku makan biskut ke apa tapi selepas dinner memang aku tak makan apa-apa.

Terus kena marah dengan doc.

“You know how many hours your baby starving? 14 hours tau. Kesian your baby”

Huhu.

Membebel la lagi doc kata baby dapat energy and everything untuk development dia daripada makanan si ibu. Ibu tak boleh ikut perut sendiri la apa lah. You dah ada baby semua bla3…

Ok. My bad.

Aku memang tak rasa lapar lepas dinner. So aku rasa ok lah. Rupa-rupanya teruk apa aku  buat. Kesian baby aku. Huhuu

Doc kata itu boleh jadi penyebab kenapa aku pening. Perut kosong dan angin. So, start daripada haritu, pukul 9 malam aku makan lagi. Tak kesah la makan apa asal aku makan. Alhamdulillah kurang la sakit kepala aku.

Lepas kena bebel doc ajak scan. Waaaaaaaaa nak nangis!! Aku and hubby nampak baby gerak2, menggeliat and angkat kaki tangan semua. Aku pun 1st time tengok baby gerak ni. Masa checkup dekat KKM, doc tak tala mesin scan tu kat aku. So, aku tak nampak apa dia scan. So bila tengok baby gerak tu, aku jadi excited gilerrrr.. Hahaha. Tak sangka.

Hubby? Jangan cakap lah. Dia kalau boleh nak melompat and menjerit dekat situ tapi sebab doc ade, terpaksa behave. Hhahaha!

Seronok aku tengok hubby excited macam tu. Alhamdulillah aku dapat bagi dia zuriat awal pada perkahwinan kami baru nak menjangkau 5 bulan. Memang harapan dia nak anak cepat. Aku follow je. Hehehe

Alhamdulillah baby sihat dan normal. Harapan aku baby sihat dan normal sampai saat dia nak melihat dunia. Tanpa ada sebarang complication dan benda buruk. Baby aku kuat. Aku tahu. In Sha Allah dia baik2 je dalam perut aku.

Aku dah start pakai baju mengandung. Perut dah besar. Kain seluar semua dah tak muat dekat pinggul. Semua dah ketat. Baju kurung pun semua just boleh zip separuh je. Huhu. Baju mengandung tak shopping lagi. Yang aku pakai pun sedekah kak2 ipar aku. Itupun banyak aku tak berkenan lah. Nak kena jugak beli sehelai dua. Huhu Ahad ni nak ajak hubby shopping. Tak kira…..

Ok lah. Itu je nak cite pasal kandungan aku. Sama je macam 1st timer bakal-bakal ibu yang lain. Perut tak rasa lagi pergerakan baby time ni. Lagipun perut aku jenis tebal gak. Tebal dengan lemak. Huhuhu.

malas nak rotate. mase ni kandungan 8 minggu. dah nampak degupan jantung ^_^
Scan masa kandungan 13 minggu lebih. Masa ni checkup dkt kkm. 

Ok. nanti kalau ada kerajinan update lagi. Buhbye!


Tuesday, March 18, 2014

Lain peel tapi totap bahagia.. ^_^

0

Bismillah

Assalamualaikum.

How time flies. Tup2 je dah hampir setengah tahun kahwin dengan I punya husband. Hehe. Alhamdulillah. Semoga Allah kekalkan rumahtangga kami sampai ke akhir hayat. Ameen.

Dari dulu lagi masa muda remaja selalu dengar orang kata hidup bujang dengan lepas kahwin memang lain. Hidup sorang dengan berdua memang lain..

Ermm.. betul sangat la tu...

Dannnnn..masa bercinta dengan kahwin pun lain.

Pun betul jugak..

Orang jugak kata kebanyakan pasangan yang kahwin perangai dorang memang kontra. Aku suka yang ni kau tak suka. Kau suka yang tu aku tak suka. Haaaa.. gitu laa..

Punnnnn betul sangat..

Sebelum kahwin lagi aku dah dapat tau aku dengan suami tercinta berbeza sangat. Dari segi perangai, pendapat dan macam2 lagi.

Selalunya pasangan berkahwin ni, si isteri lagi particular bab2 hal bulanan kan. Macam bil ke apa ke. Kan?

Tapi aku tak. Mana yang aku biasa buat dari bujang dulu memang aku alert la. Tapi bahagian aku je lah. Sekarang ada tambahan. Nak bayar duit kereta laki aku, bayar duit mak mertua, bayar itu bayar ini, sekarang semua atas bahu aku. Laki aku kan kerja kapal. Celah mana lah dia nak bayar kan. Lagi2 sekarang dia naik kapal yang memang direct 2 3 bulan kat tengah laut. Memang boleh transfer sangat lah duit kan. Pakai ikan dolphin. T_T

Aku ni pulak jenis pelupa tahap memang makan semut tiap2 bulan ah. Sampai baru 4 bulan kahwin ni mak mertua pun dah lali. Huhuhu. I is malu dengan my Mom In Law tau. Tapi nak buat macam mana. Sebelum2 tu sentiasa lah ada dalam kepala otak ni tapi bila tiba hari kene buat or bawak apa2, mula lah tertinggal la apa lah. Adoiii.. parah. Laki I pun dah pasrah.

So nak dijadikan cerita, laki aku yang lagi particular bab2 macam ni. Kalau dia boleh call, dia akan call banyak kali untuk ingatkan aku sampai aku dah settle bayar semua tu. Dan kalau laki aku kat darat, memang dia yang akan buat semua tu. Bila aku ingat dan tanya dia cakap semua dah settle. Aku rasa laki aku hebat sangat time tu. Hahaha..

Sama lah dengan hal2 menjaga barang atau buat sesuatu. Dia sangat berhati-hati dan teliti orangnya. Buat nak perfect. Kalau kereta tu, ada kotor sikit, dia akan pergi basuh walaupun dah basuh sehari dua sebelum tu. Lantak la masa tu musin hujan ke tak, asalkan dia puas hati.

Kalau kemas baju dalam beg atau lipat baju, kerja dia memang tiptop. Kalah aku. Cadar katil mesti kemas dan tegang. Bilik air pun kena bersih. Senang cerita semua kena sedap mata memandang which aku sangat lah kontra dengan  dia.

Aku??

Bab kemas baju dalam beg, lipat baju, kemas katil, memang aku buat ala kadar. Asal berlipat dan terusun elok. Dah. Setel. Selalu, time dia nak naik kapal, memang dia sendiri yang akan kemas beg dia. Aku? peghatiiiii je. Hehehe. Sambil perhati tu ingat2kan dia apa lagi yang tertinggal. Kira menjalankan jugak la tugas sebagai isteri. Hehehe

Kereta? kalau kat mata aku ok lagi, maknanya ok lagi. Hehehe. Kalau musim hujan memang taknya aku nak pergi cuci selalu. Menghabiskan duit dan sakit hati.

Toilet? aku pun pantang toilet kotor2 ni which aku pun penggeli gak kalau tengok kencing bersepah dan lantai kotor ni. Memang aku pijak jengket-jengket lah. Bab toilet ni aku dengan laki aku sama. Kalau kitorg pergi mana2 toilet luar kan, lepas settle kitorg punya hajat, mesti kitorang siram lantai toilet atau bowl toilet tu. Geli tengok kotor2.

Bab pendapat tak payah cakap lah. Kadang2 aku naik geram dengan laki aku ni sebab selalu dia betul. Hahahah. Dan kadang2 pendapat aku dia tak nak terima WALAUPUN pendapat aku betul dan bernas. Laki ni memang camni ek? Ego. Nyampah!

Apa lagi ek? tu je kot. Pasal minat ke hobi ke, aku malas la nak cerita. Itu confirm la lain.

Tapi Alhamdulillah bab makan ke dia tak cerewet. Cuma dia tak makan pedas dan ikan keli which menda tu la feveret aku! Aku yang terbiasa selalu masak pedas ikot tekak kampung aku ni, memang confirm akan letak cili padi punya. Ni nak adjust bagi tak pedas memanglah satu cabaran jugak. Kena slow2 aku belajar. Huhu. Susah tau! banyak kali terkandas masak pedas. Terpaksa lah laki aku telan je sampai berpeluh-peluh makan. Kesian.. tapi dah masak kan. Membazir kalau tak makan.

Tapi walau banyak mana pun kontra kitorg, tu la yang sebenarnya menguatkan lagi hubungankan? Lagipun banyak benda lagi aku nak kena belajar pasal laki aku ni. Baru 4 bulan dengan dia. Ada bertahun-tahun lagi ke hadapan. In Sha Allah.

Harap Allah berikan kesabaran yang tinggi pada aku dan laki aku. Nak menghadap perangai sorang2 ni memang kene banyak sabar. Hehehe.

Dan coming soon ada anak pulak. In Sha Allah. Harap rezeki yang Allah bagi lagi menguatkan kitorang. in Sha Allah.







Tuesday, March 11, 2014

Pregnancy: 1st official checkup for 3months pregnancy

0

Bismillah

Assalamualaikum

4th Feb 2014 (Selasa) 1st official checkup for my pregnancy. Kite layan kronologi dia ye.

10:00am – siap2 dan gerak ke Klinik Kesihatan Malaysia (KKM) Kajang dengan mama.

10:30am – sampai ke KKM Kajang dan ask to open the ‘Buku Merah’. Nurse tanya where I live and I said Sg. Ramal Dalam dan dia jawab owhh itu kena pergi ke KKM Bangi. Kita tak ambil Sg. Ramal Dalam katanya. Aku dah blur. Ok xpe. Aku pergi pulak ke KKM Bangi. Heret la pulak mama sekali. Kesian mama. 

11:25am – sampai KKM Bangi dan minta benda yang sama untuk buka buku merah. Soalan yang sama diutarakan oleh nurse situ dan dorang kata sg. Ramal dalam bawah KKM Sg. Chua. Aku dah mengeluh dan cakap la tadi saya pergi KKM Kajang dorang suruh saya pergi sini. KKM Sg. Chua saya tak tahu dekat mana.
-          Luckily one of the nurse kesian dan bagi buat pendaftaran dan checkup di situ tapi for next appointment kene pergi KKM Sg. Chua. Alhamdulillah.. lega rasa. Bersyukur sangat. Walaupun ada sorang tu muka penyek masam tak kasi aku daftar, aku pedulik apa. Nurse yang lain2 ok je. Pendaftaran dan checkup sekali je kot.

4:00pm – selesai semua. Walaupun lambat sikit tp tak kesah la sebab nurse2 dgn doctor layan baik. Alhamdulillah. Dapat scan dan tengok baby. Dah nampak kepala badan semua. 13minggu 4 hari. Comel je tengok gambar scan tu. Alhamdulillah…

Selama aku mencari maklumat dekat internet tak ada la pulak mentioned pasal checkup utk pregnant women ada kawasan2 dia. Aku tanya nurse KKM Bangi dia kata dulu sg. Ramal dalam bawah KKM Bangi tapi sebab ramai sangat kawasan bangi tu dorang letak kg. sg. Ramal dalam bawah KKM Sg, Chua. KKM Sg, chua tu pun baru lagi sebenarnya. Dia kata senang nak buat pantauan kalau ada kes2 ke dan senang untuk pemeriksaan kalau kes tu memerlukan dorang datang ke rumah. Sebab tu ada kawasan2 pendaftaran untuk pregnant women ni. Owhh baru la tau kan.

Aku tak kesah kalau aku tercampak sorang2 tapi kesian sebab bawak mama sekali temankan. Almaklumlah suami tak ada disisi. Huhuhu. Tapi takpelah. Suami mencari rezeki. Mana boleh halang2 ye tak?
Next checkup In Sha Allah suami ada untuk teman. Dia pun excited sebab anak pertama kan. Aku kandung ni pun anak dia jugak. Kalau tak excited siap ah. Heheheh.


P/s: #prayformh370 walaupun tak ada sape2 dalam tu yang aku kenal, tapi saudara seagama dalam tu ramai. Semoga Allah mendengar doa2 kami dan membantu menjejaki dorang. Dan semoga Allah sentiasa melindungi Malaysia dari segala konspirasi yang boleh menganggu gugat keamanan Malaysia. Ameen. 

Friday, February 21, 2014

Pregnancy: Updateeeee!! -- alahan dan perangai buruk

2

Bismillah

Assalamualaikum.

Ya Allah. Berapa lama lah aku dah tinggalkan blog ni dalam kesepian. *ayat puii*
Ok serius cakap. Aku malas. Bukak dan baca blog rajin. Nak update………………….

MALAS

Sekarang semua serba serbi malas. Itu malas ini malas. Apa yang aku rajin pun aku tak tahu. Orang Tanya. Orang marah, aku cakap pembawakan budak. Ekekekeke.

Kalau dulu rajin jugak aku nak kemas bilik besar-besaran 2 minggu sekali. Sekarang ni, sejak laki aku pergi kerja dekat tengah laut 2 bulan yang lalu sampai sekarang ni la aku tak kemas bilik. Aku tak tahu berapa tebal dah habuk bawah katil tu. Adoiyai. Nak sapu pun, sapu habuk yang nampak2 je.

Itu bab sapu. Belum tengok bab kain baju lagi. Tak yah cerita lah. Mengucap tak berhenti kau. Laki aku tengok ni pun mesti dia geleng kepala tengok perangai malas bini dia ni. Tak serupa isteri orang. Hehehehe
Nak up cerita pasal kahwin dulu pun aku malas. Konon nak buat review itu ini. Bape kerat review je aku buat. Itu pun sebelum aku disahkan mengandung. Dah tahu mengandung ni terus malas nak update pasal tu.

Kandungan aku In sha Allah nak masuk minggu ke-12 so maknanya nak lepaslah trimester pertama tu. Bulan ke-2 hari tu dah pergi scan ditemani oleh kaki par. Alhamdulillah comel je degupan jantung little caliphku.  Untuk bulan ke-3 ni ingat nak tunggu en.suami pulang dan sekaligus bukak buku merah kat klinik kesihatan (KK). Oh bulan kedua aritu scan kat klinik biasa je. So takdelah nak bukak buku merah ke buku lawatan ke.

Alahan?

Sepanjang pregnant ni, aku tak ada muntah2 sangat. Boleh kira dengan jari bape kali muntah. Rasanya ada dalam 4 kali saje kot. Loya dengan pening yang selalu. Loya tu aku boleh tahan lagi tapi bila tang sakit kepala tu memang menguji kesabaran. Tiap2 hari lah aku sakit kepala. Lebih2 lagi kerja aku memang menghadap pc je 8 jam. Lagi lah bertambah tambah sakitnya. Nak tak nak sabar je la kan. Nak melalui hari2 macam ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Nafsu makan aku tak berapa terganggu Cuma selera makan tu yang berubah-ubah. Ada minggu tu aku suka makan ni, tak lalu makan tu. Minggu berikutnya berubah pulak. Macam sekarang ni, aku dengan nasi yang dulunya tak dapat dipisahkan, kini hanya boleh makan kurang dari segenggam je. Itupun sebab terpaksa makan sebab malas nak masak sebab tak reti masak variasi2 sebab malas nak masuk dapur. Ha kau! Hehehe. Kalau aku ambil lebih dari segenggam confirm nasi tak habis. Hoho.

Tapi yang pasti makanan berkuah  yang masam2 is my feveret. Itu aku boleh tambah nasi. Macam tomyam masam2, asam pedas masam2 , asam laksa ke…. Ha ko namekan aje! Tapi! Asam sebagai kudapan aku tak suka makan.

Banyak peel kan sekarang. Ermmm.. semua memilih. Sayur pun aku pandang tak lalu. Kalau tak dulu sayur lah fevered. Haiii kesian anak aku tak cukup zat. Sedih…

Hari tu, aku ada gatal minum air gas. Aku bubuh air gas suku gelas pastu aku tambah air kosong. So tak sepenuhnya gas la kan. Konfiden la tak de pape. 1st time nak minum sejak mengandung ni kan. Last2 malam tu, kat bahagian ari2 aku sakit. Sakit macam cramp tu. Nak jalan sakit. Tetiba ok! lepas tu baru menyesal. Hehehe

Air2 yang berkafein pun aku tak minum. Serik! Aku muntah plus pening kepala yang amat 3 hari berturut-turut lepas aku minum teh susu! Taubat tak minum dah! Angina berkepul-kepul menari-nari dalam badan. Seksanya lah, Allah je yang tahu.

Memandangkan sejak mengandung ni angin memang beranak pinak dalam badan ni, memang aku elak lah minum yang boleh menyebabkan perkara di atas berulang kembali. Dah tak boleh berlagak macam zaman bujang dulu. Nak kentut pun payah. Kentut bila nak berak je.

Oklah tu je lah. Trimester pertama ni tak boleh nak ngade lebih2 sebab en.suami taka da. Tak nak menyusahkan orang sangat, aku buat biasa je tapi malas tu tak boleh elak. Heheheh. Driving pun macam biasa. Semua macam biasa. Berjalan pun cepat lambat macam biasa.


Ok. habis sudah.. sampai ke temu lagi di lain tarikh yang tak dikenalpasti. daaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, January 16, 2014

Maafkan saya

0

Bismillah

Assalamualaikum..

Aku tak tahu sama ada orang tunggu aku punya entry pasal wedding review tu. Kalau ada minta maaf la ye. Sekarang ni tak larat sangat2. Morning sickness yang agak teruk sekarang ni.

Sakit kepala macam nak pecah campur dengan muntah2.

Allah. Moga Allah kurangkan sakit aku ni. Dah la keje kan. Rasa tak boleh nak perform. Nak baring je. Tapi nak buat macam mana. Tuntutan keje kan. Tanggunggjawab gak tu.

Ini pun aku kuat sikit nak menulis sikit sebab baru muntah tadi. Ringan sikit kepala. Ni pun rasa nak muntah balik. Nasib bos2 takde. Boleh letak kepala sikit atas meja.

Pasal review tu, even tak ada orang tunggu tapi aku dah janji kan. Janji kene tepati. In Sha Allah bila aku dah kuat ye. Ni nak tempuh 1st trimester tanpa suami ni dulu. Huhu. Bukan mengeluh ye. Tu cuba nak kuatkan diri. Hehe

Ok lah. Tak daya nak mengadap komputer lama2. Sakit kepala melanda.

In Sha Allah umur panjang kita jumpa lagi..

Thursday, January 2, 2014

Pregnancy: Good News!

0

Bismillah.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. berita baik aku terima semalam.

Tak sangka tau. Budak-budak macam aku ni, macam mana lah nak hadapi saat2 tu. Rasa macam.. "Eh boleh ke?" Huhu

Ini baru peringkat awal. Masih ada 3 bulan lagi untuk melalui trimester yang pertama. Harap2 safe n sound in my tummy sampai janin betul2 membesar dengan kuat. So far tak ada alahan. Alhamdulillah. Cuma rasa loya2 sikit tu adalah. Tapiiii.. perut ni asyikk laparr memanjang..

Si ayahnya nasib baik masih tak ke tengah laut so, Alhamdulillah dapat share rasa bahagia ni walaupun dalam talifon. I nangis u ollss lepas test UPT tu. Keluar dua line mcm caye x caye je. Blurrrrr je mase tu. Dah la memang blur kan. Then, bila nak solat zohor tu baru ada perasaan. Gembira+sebak+sedih+tak sangka+teruja+ semua2 lah.

So sekarang ni tak ada pape lah. Dah confirm kan dengan doc dan dia cakap datang lagi lepas sebulan lepas tengok kantung. Macam tak sabar je nak tunggu sebulan. Hehehe.

Ok lah.. tu je. Tolong doakan yang baik2 untuk saya. Semoga sihat selalu hendaknya tanpa suami disisi. Dugaan kan. Tak pe. Besar ganjarannya In Sha Allah.

Monday, December 30, 2013

Wedding Review#2 - Pelamin

0

Bismillah.

Assalamualaikum.

Akhirnya datang jugak kerajinan aku untuk mengupdate arini walaupun dipaksa-paksa. Huhu. Kalau tak paksa memang sampai ke sudah la aku malas nak unpdate gamaknya.

Orang baru lepas kahwin memang macam ni ye? =p

Hari ni seperti tajuk di atas aku nak review pasal pelamin dulu. Pelamin sahaja dulu ye. Untuk makluman, aku tak amik satu package baju sekali dengan pelamin ye. Baju + makeup lain dan pelamin lain.

Mengapa begitu?

Alkisah sebab mula2 pergi butik yang baju tu, pelamin tak berkenan dan bila pergi butik yang pelamin tu, baju pulak tak berkenan. Last2 decide, ok amik lain-lain. Masa survey tu, aku hanya pergi dalam 5 buah butik sahaja. Ketandusan masa so tak dapat nak pusing butik satu Bangi ni. Oh ye, kat Bandar Baru Bangi ni banyak giler ye Butik Pengantin. Kalau malas nak buang masa pergi banyak2 tempat, terjah je dekat Bangi ni. Confirm pening.. Hehe.

Ok. Dah menyimpang. 5 buah butik tu, ada yang mahal ada yang murah. Ada yang package baju pelamin dia memang superb cantik tapi lari jauh giler dari bajet aku. So, marilah kita sedar diri pergi ke butik yang murah2 saje. Makanya terjadilah kisah di atas.......

Aku buat gaya macam tu pun still dalam bajet aku lagi cuma lebih singgit dua lah. Ok lah tu kan. Tapi orang kata nak jimat amik package semua sekali kan. Up to you. Korang kira-kira lah bila dah pergi survey tu within bajet ke tak. Kalau ok, proceed. Kalau tak ok, cari lagi.

Kadang-kadang bagus jugak kita amik pengalaman dan reference orang lain ni tapi kadang-kadang tu, pendapat dan pandangan kita sendiri tu ada betul jugak. Pandai2 la balance kan ye. =)

Panjang mukaddimah ye padahal nak review pasal pelamin je. Meh kita tgk pic kat bawah dulu ye.

inilah pelamin cinta kitorang *muntah*

semasa nak batalkan air sembahyang

lilin cinta kitorang *muntah darah*


member2 gua..

Ok tak? Bagi aku cun gila dah la pelamin ni. Murah pun murah. Sebenarnya susunan bunga orang pelamin tu buat lagi cun tapi dek kerana ramainya manusia yang gatal tangan, kejap ke atas kejap ke bawak pasu bunga kat sudut kiri kanan tu ha. Tak tambah lagi dengan budak2 punya koje. Aku nak menjerit macam tarzan pun tak lalu dah. Hilang seri I sebagai pengantin. Puiii

Kalau korang berminat, boleh lah pergi ke Butik Pengantin Sri Qaseh. Semua dia buat. Senang citer dia boleh jadi wedding planner. Sediakan sahaja duit beribu korang tu. Lepas tu goyang kaki. Hewhewhew. Untung laaaaaa duit banyakkkkkk..

Aku mampu pakai pelamin dia sahaja. Berpatutan dan puas ati! Dorang pun sabar tau. Aku berurusan dengan Amy. Banyak kali aku tukar kaler bunga pelamin dia. Rasanya mahu 3 kali jugak tapi dia ikut je. Layan je. Sabar je kan. Suka betul aku orang layan karenah aku ni. Boleh buat selalu. Hehehe. Lepas tu ada satu sportlight tepi dia pecah sebab terlanggar masa nak tangkap2 gambar. Tapi bukan aku pecahkan tau! Family laki aku. Hehehe. Tapi dia tak minta ganti rugi pun. Dia kata takpe. Haaaaaa.. Baiknya doranggg.. Recommended sangat lah kalau sape2 nak service dorang. Aku dah bagi link tu terus ke blog dia. Klik situ ye. kat facebook pun ada. Cari je butik pengantin sri qaseh. Kalau korang rajin skroll ada la gambar pelamin aku tu. 

Untuk pelamin belah lelaki, aku tak masuk campur tau urusannya. Semua laki aku buat. Laki aku amik package sekali dengan dewan. So dia tak payah pening2 kepala pusing satu Ipoh sebab nak cari pelamin. End up, cun jugak pelamin dia. Aku dah penah tepek dekat entry majlis bertandang. Aku tepek lagi la ye khas untuk pembaca entry ni.

ini pelamin cinta kitorang dekat Ipoh. Hehehe..

Tu je la review aku pasal pelamin. Tak de cite havoc havoc pun pasal pelamin. So sampai di sini sahaja entry aku. Jumpa lagi next entry yang entah bila. Tata sayonara.

p/s: Baru aku perasan watermark aku guna nama blog lama aku. Hehehe. Patot la rasa panjang je bila taip. Adoiyai

Tuesday, December 24, 2013

Mana entah tak tahu..

0

Bismillah

Assalamualaikum..

Allah.. lama beno tak online ye. Wedding review pun entah ke mana kan. Maaf lah.

Takpe.. Memandangkan hubby aku dah start keje dan naik kapal, boleh lah aku mengadap blog ni pulak ye. Tunggu aku watermark kan dulu gambar2 berkenaan then aku up entry pasal kahwin aku yang dah sebulan lebih tu ye. In Sha Allah mane tahu dapat tolong kwn2 yang nak kahwin tahun depan. Sebagai rujukan.

Sabar ye kwn2.. :)

Wednesday, November 27, 2013

Majlis Bertandang - 10th November 2013

0


Bismillah

Assalamualaikum

Kerajinan singgah kejap arini untuk mengizinkan aku bercerita pasal majlis bertandang pihak lelaki pulak. Lama kan baru nak datang. Tu pun dia singgah kejap je. Nanti hilang balik. Hewhewhew

Maafkan saya

Majlis bertandang diadakan di Ipoh yakni di rumah suamiku yang ensem itu pada 10th Nov 2013. Tapi majlis yang ni dorang buat di dewan disebabkan laluan kawasan perumahan yang kecik. Tak sesuai nak dirikan khemah dan buat majlis di situ. So merasa lah jugak aku kawen dekat dewan. Yeay!

En.suami dia pergi awal sikit daripada aku memandangkan dia banyak nak kena uruskan macam2 kat sana. Aku hari sabtu baru pergi ke Ipoh. Banyak drama masa nak pergi Ipoh ni. Nak cite satu2 tak sampai ati pulak. Kesian suamiku. Masa mula2 ramai adik badek aku tak confirm lagi nak tido sane sehari ke tidak so en.suami booked kan homestay satu sahaja. Bila last minit tu pakat semua nak datang awal jugak. Family aku ni ramai hokay. Satu homestay adalah tak cukup untuk sumbat semua. 3 generasi nak sumbat dalam satu rumah. Confirm sesak nafas!. So bersusah payah la en.suami nak cari homestay lagi satu yang berdekatan. Alhamdulillah nasib baik jumpa. Family aku ni bila banyak sangat kepala banyak pulak peel dia kan. Sabar je dia dok layan family aku. Terima kasih darling. ^_^

Itu cerita pasal homestay. Ini aku nak cerita pasal kasut pulak. Aku ni jenis econsave sikit. Masa dolu2 tu ingat beli lah kasut satu yang boleh  pakai untuk dua2 majlis. Bersanding dan bertandang. Tapi nak dijadikan cerita kannn, aku pun tak tahu lah ape nasib aku ari tu. Aku boleh pulak tertinggal kasut pengantin tu. Adoiyaiiiii.. Stressss aku masa tu. Dah la kat Ipoh kan. Mane la aku tau shopping mall dekat2 situ.

Tapi nasib baik lah masa pemergian ke Ipoh tu, aku di temani oleh dua orang body guard a.k.a bff aku. Dorang la dok teman aku melilau sana sini cari kasut baru. Nak nangis aku masa tu. Huhuhu. Aku bagitau kat en.suami, terus aku kena marah. en.suami kata selesaikan lah sendiri. Sendiri punya pasal. fyneeeee.. Aku tanya dia shopping mall mane dekat Ipoh tu. Nak pi cari sendiri ngan kengkawan. Sedih tauu. Last2 kitorg pergi Jusco. Nasib baik Ipoh tu bandar. Ada jugak lah Jusco kat sana. Kalau en.suami dok kawasan2 kampung mau nangis tak berlagu aku. Boleh jadi aku hanya pakai selipar yang aku bawak untuk bertandang nanti. Sedih lagi.. =(

Actually kes tinggal kasut tu bukannya apa. Hari nak bertolak tu ada krisis sikit pasal kereta ni. Pastu dok la tukar2 kereta. Bila dah main pindah2 barang, akhirnya tertinggal la kasut tu kat dalam kereta mana entah aku pun tatau. Maka,terjadilah tragedi kasut di bulan November.

teman setia

inilah kasut cinderalla yang tertinggal
kasut cinderella yang baru
Maaflah tak ada gambar kasut yang proper sikit. Ini je yang aku ada. OP pun tak amik gambar kasut aku rupanya. Ok fail di situ.

Hari ahad punya cerita kita layan dengan gambar sekali k =)

sesi makeup
berarak
masa berarak ni ada cerita sikit. Baju yang kitorg pakai ni actually di bawa dari Bangi. Aku lah tukang bawaknya tu. Nak dijadikan cerita aku lupa langsung2 nak tanya payung kat akak butik kat Bangi tu. Alkisahnya dah sampai kat dewan sibuk la pulak mencari payung. Jadinya dapat la payung gedabak macam tu. Hahaha. Adoi buat cacat gambar je. Laki aku dah marah betul kat aku tu tapi nak buat camne benda dah jadi kan. Teruskan aje berarak.

Makan beradab sedap owhh. Lebih2 ag tang cendol. Nak makan banyak tak boleh. Aku sebagai pengantin haruslah menunjukkan kesopanan dan ketatasusilaan semasa di meja beradab ye. Maka kempunan la aku di situ.

sesi potong kek
Aku ngan en.suami ni sebenarnya sama tinggi aje. Jenuh la dok mencari kasut yang tak bape tinggi sangat tu. en.suami pulak tak mo pakai tanjak masa majlis sini sebab masa sebelah aku dah pakai. Jadinya nampak la aku lagi gagah perkasa di situ bila berdiri sama2. Tak pelah..murah rezeki dapat suami comel2 ni. Hehehe

My BIG Family. Tak cukup korum nih

Ini bukan adek badek en.suami ye. Family en.suami kecil saje. Dua badek saje. So mereka2 ini adalah makcik pakcik dan sepupu sepapat en.suami. So close..

Aku disuruh OP untuk pusing ala2 princess masa outdoor photoshoot ni. Punyalah seksa. Dah la hujan renyai2 time ni pastu tanah jadi lembut kan. Tumit kasut aku tenggelam timbul tenggelam timbul je. Sakit kaki hakak dok menahan tumit tu daripada tenggelam !! 


Pastu sambung sini pulak. Kat sini barulah seronok aku nak main pusing2. Takdelah tenggelam timbul je kan. 


Ini lah pelamin dewan kitorg. Santek kan??!!

Ok. Gambar saje tak letak banyak sebab malas nak letak watermark. Ngeh3. 

Bye!!