Wednesday, March 26, 2014

Pregnancy: Best tak bestnya pregnant ni

0


Bismillah

Assalamualaikum

Masa aku dapat anak buah masa umur 13 tahun, aku suka sangat sebab ada baby dekat rumah. Tapi bila baby tu makin besar dan pandai melawan, aku suka gaduh dengan baby tu sampai la sekarang baby tu dah tingkatan 1. Kadang2 terasa gak baby tu merampas takhta sebagai anak manja dalam rumah masa tu sebab mak aku sikit2 bela baby tu.. sikit2 baby..sikit2 baby.. I tak suka tau..

Tapi bila umur makin meningkat, anak buah pun bertambah sorang2 sampai dah 13 orang sekarang ni, naluri keibuan tu semakin la terserlah. Aku jadi suka kalau akak aku ke kak2 ipar aku ke bersalin tiap2 tahun. So, tiap2 tahun ada baby baru. Tapi aku notice, aku suka baby dari baby sampai umur 3 tahun je. Lepas 3 tahun aku mula geram dengan baby tu sebab sombong dan pandai menjawab. Buat I geram sangat2 tauuu!

Memandangkan aku suka baby2 yang baru lahir ni, aku pun macam tak sabar la nak kawen dan dapat baby cepat2. Dari zaman belajar aku canang. Lepas kawen je, aku nak terus dapat baby. Hari ni nikah esoknya aku dah ngandung sehari. Hahaha boleh gitu? Punyalah teruja nak baby.

Bila baby aku umur 3 tahun camne? Of kos la aku suka. Anak aku kot. Giler ke apa tak suka dan sayang anak sendiri. Aku geram dengan anak orang je. Hehe.

Memandangkan aku geram dengan anak2 orang yang macam tu,percaya atau tak aku dah prepare fizikal dan mental kalau2 anak aku pun jadi sombong dan pandai melawan dekat orang lain. Huhu. Tapi kalau anak sendiri buat macam tu patut ke aku rasa dia comel? Hurmm.. Anak sendiri apa buat semua nampak comel ye dak. Takpe kite tengok nanti bila dia dah besar.

Sejak ngandung ni banyak bezanya aku rasa dari aku sebelum mengandung. Ada yang best and ada yang tak best kan.

Yang tak best  tu biasalah bila kesihatan diri tu terjejas sikit. Antibody tak bape kuat sangat. Muntah2. Pening2. Cepat penat dan mengah. Badan tak larat je memanjang. Benda yang biasa berlaku la kan pada ibu2 mengandung ni.

Itu dari segi keadaan badan. Dari segi perangai pun boleh membuatkan orang mengucap dekat aku. Lebih2 lagi laki aku.

Aku malas masak
Malas kemas bilik
Malas basuh baju
Malas bangun pagi
Malas nak drive kete
Makin mengada-ngada tahap mintak sepak terajang
Manja terlampau
Cepat nak marah dan melenting
Tak suka bau busuk
Tak suka bau yang kuat melampau
Dan banyak lagi..

Bab2 bau ni, boleh buat aku melenting. Cepat naik angin kalau ada bau tak menyenangkan menyinggah kat hidung aku ni.

Yang part malas2 tu sebab aku cepat letih dan mengah kan. Pastu badan tak larat sokmo, menjadi-jadilah kemalasan aku. Bila dah sikit2 letih. Sikit2 mengah, terus aku tak lalu nak buat. Hewhewhew. Ngade2 kan.

Tapi yang best bila semua bertabah dengan perangai aku. Yang melenting pun akak aku je sebab tak tahan tengok aku mengada-ngada sangat. Hahahah

Bila manja terlampau ni aku jadi kuat merajuk. Sikit2 nak merajuk dengan hubby aku. Hubby aku je tau. Orang lain aku tak merajuk. Hehehe. Tapi nasib la hubby aku penyabar orangnya. Memang dia sabarrrr je dengan perangai hantu aku ni. Dah la kuat merajuk kan. Nak Tarik perhatian hubby aku. Tu pun dia layan je tapi panas gak hati ni sebab kadang2 ni malas nak pujuk dia terus buat lawak bodoh. I ni pujuk yang romantik2 tapi dia pergi bantai pujuk buat lawak bodoh. Dah tentu lah aku gelak sebab hubby aku buat lawak yang tak bape nak lawak pun aku gelak jugak. Huhuhu

Lepas tu… yang best bila apa yang aku nak makan, nak melantak, semua org tak kesah, semua orang layan.. Sukanya! Kalau macam tu mengandung selalu pun takpe. Hahah! Lebih2 lagi hubby aku. Aku siap buat list nak makan apa dan kat mana. Dia follow jugak. Ikut satu2 list aku ni. Setakat ni 2 dah tertunai. Ada lagi 7 on the way. Hehehe

Program diet aku pun secara otomatik stop! Aku nak rasa semua makanan. Nak bagi anak aku makan puas2. Hehehe. Walaupun aku asyik nak makannn je,  aku taleh nak telan banyak2 tau. Aku cepat kenyang. Kalau makan kat luar, aku amik nasi besar tapak tangan je. Yang lebih aku ratah lauk. Kalau aku amik nasi banyak, for sure aku tak boleh nak rasa nikmat lauk pauk depan mata aku tu. Sedih tauu..

Tapiiii yang paling best bila kau tahu ada nyawa yang tengah kau bawak dalam perut ni walaupun kadang2 kau lupa kau tengah mengandung. Hehhe. Seronok je kan kalau pegi scan tengok ada nyawa gerak2 dalam perut. Allah…tak terkata.

Mintak maaf la sebab entry banyak pasal mengandung je kan. Orang teruja melampau macam ni la. Doakan yang baik2 untuk aku ye.

Tapi pada yang tak ada rezeki lagi tu, jangan lah down ye. Percaya pada Allah. Dia dah menjanjikan benda lain yang lebih baik untuk korang. Korang jangan putus percaya tu tau. Tak baik. Perancangan Allah tu lagi baik daripada perancangan manusia. Ingat tu! Aku boleh bercakap macam ni sebab hidup aku pun ramai jugak dikelilingi oleh pasangan yang Allah tak beri rezeki zuriat pada mereka tapi sebab percaya pada perancangan Allah, Alhamdulillah bahagia ke akhirnya dan hikmah lain dapat kat mereka. Alhamdulillah.

Ok lah. tatatititutu

0 manusia baik: