Bismillah
Assalamualaikum
Kerajinan singgah kejap arini untuk mengizinkan aku bercerita pasal majlis bertandang pihak lelaki pulak. Lama kan baru nak datang. Tu pun dia singgah kejap je. Nanti hilang balik. Hewhewhew
Maafkan saya
Majlis bertandang diadakan di Ipoh yakni di rumah suamiku
En.suami dia pergi awal sikit daripada aku memandangkan dia banyak nak kena uruskan macam2 kat sana. Aku hari sabtu baru pergi ke Ipoh. Banyak drama masa nak pergi Ipoh ni. Nak cite satu2 tak sampai ati pulak. Kesian suamiku. Masa mula2 ramai adik badek aku tak confirm lagi nak tido sane sehari ke tidak so en.suami booked kan homestay satu sahaja. Bila last minit tu pakat semua nak datang awal jugak. Family aku ni ramai hokay. Satu homestay adalah tak cukup untuk sumbat semua. 3 generasi nak sumbat dalam satu rumah. Confirm sesak nafas!. So bersusah payah la en.suami nak cari homestay lagi satu yang berdekatan. Alhamdulillah nasib baik jumpa. Family aku ni bila banyak sangat kepala banyak pulak peel dia kan. Sabar je dia dok layan family aku. Terima kasih darling. ^_^
Itu cerita pasal homestay. Ini aku nak cerita pasal kasut pulak. Aku ni jenis econsave sikit. Masa dolu2 tu ingat beli lah kasut satu yang boleh pakai untuk dua2 majlis. Bersanding dan bertandang. Tapi nak dijadikan cerita kannn, aku pun tak tahu lah ape nasib aku ari tu. Aku boleh pulak tertinggal kasut pengantin tu. Adoiyaiiiii.. Stressss aku masa tu. Dah la kat Ipoh kan. Mane la aku tau shopping mall dekat2 situ.
Tapi nasib baik lah masa pemergian ke Ipoh tu, aku di temani oleh dua orang body guard a.k.a bff aku. Dorang la dok teman aku melilau sana sini cari kasut baru. Nak nangis aku masa tu. Huhuhu. Aku bagitau kat en.suami, terus aku kena marah. en.suami kata selesaikan lah sendiri. Sendiri punya pasal. fyneeeee.. Aku tanya dia shopping mall mane dekat Ipoh tu. Nak pi cari sendiri ngan kengkawan. Sedih tauu. Last2 kitorg pergi Jusco. Nasib baik Ipoh tu bandar. Ada jugak lah Jusco kat sana. Kalau en.suami dok kawasan2 kampung mau nangis tak berlagu aku. Boleh jadi aku hanya pakai selipar yang aku bawak untuk bertandang nanti. Sedih lagi.. =(
Actually kes tinggal kasut tu bukannya apa. Hari nak bertolak tu ada krisis sikit pasal kereta ni. Pastu dok la tukar2 kereta. Bila dah main pindah2 barang, akhirnya tertinggal la kasut tu kat dalam kereta mana entah aku pun tatau. Maka,terjadilah tragedi kasut di bulan November.
teman setia |
inilah kasut cinderalla yang tertinggal |
kasut cinderella yang baru |
Hari ahad punya cerita kita layan dengan gambar sekali k =)
sesi makeup |
berarak |
sesi potong kek |
My BIG Family. Tak cukup korum nih |
Ini bukan adek badek en.suami ye. Family en.suami kecil saje. Dua badek saje. So mereka2 ini adalah makcik pakcik dan sepupu sepapat en.suami. So close.. |
Aku disuruh OP untuk pusing ala2 princess masa outdoor photoshoot ni. Punyalah seksa. Dah la hujan renyai2 time ni pastu tanah jadi lembut kan. Tumit kasut aku tenggelam timbul tenggelam timbul je. Sakit kaki hakak dok menahan tumit tu daripada tenggelam !!
Pastu sambung sini pulak. Kat sini barulah seronok aku nak main pusing2. Takdelah tenggelam timbul je kan.
Ini lah pelamin dewan kitorg. Santek kan??!! |
Ok. Gambar saje tak letak banyak sebab malas nak letak watermark. Ngeh3.
Bye!!
0 manusia baik:
Post a Comment