Monday, December 30, 2013

Wedding Review#2 - Pelamin

0

Bismillah.

Assalamualaikum.

Akhirnya datang jugak kerajinan aku untuk mengupdate arini walaupun dipaksa-paksa. Huhu. Kalau tak paksa memang sampai ke sudah la aku malas nak unpdate gamaknya.

Orang baru lepas kahwin memang macam ni ye? =p

Hari ni seperti tajuk di atas aku nak review pasal pelamin dulu. Pelamin sahaja dulu ye. Untuk makluman, aku tak amik satu package baju sekali dengan pelamin ye. Baju + makeup lain dan pelamin lain.

Mengapa begitu?

Alkisah sebab mula2 pergi butik yang baju tu, pelamin tak berkenan dan bila pergi butik yang pelamin tu, baju pulak tak berkenan. Last2 decide, ok amik lain-lain. Masa survey tu, aku hanya pergi dalam 5 buah butik sahaja. Ketandusan masa so tak dapat nak pusing butik satu Bangi ni. Oh ye, kat Bandar Baru Bangi ni banyak giler ye Butik Pengantin. Kalau malas nak buang masa pergi banyak2 tempat, terjah je dekat Bangi ni. Confirm pening.. Hehe.

Ok. Dah menyimpang. 5 buah butik tu, ada yang mahal ada yang murah. Ada yang package baju pelamin dia memang superb cantik tapi lari jauh giler dari bajet aku. So, marilah kita sedar diri pergi ke butik yang murah2 saje. Makanya terjadilah kisah di atas.......

Aku buat gaya macam tu pun still dalam bajet aku lagi cuma lebih singgit dua lah. Ok lah tu kan. Tapi orang kata nak jimat amik package semua sekali kan. Up to you. Korang kira-kira lah bila dah pergi survey tu within bajet ke tak. Kalau ok, proceed. Kalau tak ok, cari lagi.

Kadang-kadang bagus jugak kita amik pengalaman dan reference orang lain ni tapi kadang-kadang tu, pendapat dan pandangan kita sendiri tu ada betul jugak. Pandai2 la balance kan ye. =)

Panjang mukaddimah ye padahal nak review pasal pelamin je. Meh kita tgk pic kat bawah dulu ye.

inilah pelamin cinta kitorang *muntah*

semasa nak batalkan air sembahyang

lilin cinta kitorang *muntah darah*


member2 gua..

Ok tak? Bagi aku cun gila dah la pelamin ni. Murah pun murah. Sebenarnya susunan bunga orang pelamin tu buat lagi cun tapi dek kerana ramainya manusia yang gatal tangan, kejap ke atas kejap ke bawak pasu bunga kat sudut kiri kanan tu ha. Tak tambah lagi dengan budak2 punya koje. Aku nak menjerit macam tarzan pun tak lalu dah. Hilang seri I sebagai pengantin. Puiii

Kalau korang berminat, boleh lah pergi ke Butik Pengantin Sri Qaseh. Semua dia buat. Senang citer dia boleh jadi wedding planner. Sediakan sahaja duit beribu korang tu. Lepas tu goyang kaki. Hewhewhew. Untung laaaaaa duit banyakkkkkk..

Aku mampu pakai pelamin dia sahaja. Berpatutan dan puas ati! Dorang pun sabar tau. Aku berurusan dengan Amy. Banyak kali aku tukar kaler bunga pelamin dia. Rasanya mahu 3 kali jugak tapi dia ikut je. Layan je. Sabar je kan. Suka betul aku orang layan karenah aku ni. Boleh buat selalu. Hehehe. Lepas tu ada satu sportlight tepi dia pecah sebab terlanggar masa nak tangkap2 gambar. Tapi bukan aku pecahkan tau! Family laki aku. Hehehe. Tapi dia tak minta ganti rugi pun. Dia kata takpe. Haaaaaa.. Baiknya doranggg.. Recommended sangat lah kalau sape2 nak service dorang. Aku dah bagi link tu terus ke blog dia. Klik situ ye. kat facebook pun ada. Cari je butik pengantin sri qaseh. Kalau korang rajin skroll ada la gambar pelamin aku tu. 

Untuk pelamin belah lelaki, aku tak masuk campur tau urusannya. Semua laki aku buat. Laki aku amik package sekali dengan dewan. So dia tak payah pening2 kepala pusing satu Ipoh sebab nak cari pelamin. End up, cun jugak pelamin dia. Aku dah penah tepek dekat entry majlis bertandang. Aku tepek lagi la ye khas untuk pembaca entry ni.

ini pelamin cinta kitorang dekat Ipoh. Hehehe..

Tu je la review aku pasal pelamin. Tak de cite havoc havoc pun pasal pelamin. So sampai di sini sahaja entry aku. Jumpa lagi next entry yang entah bila. Tata sayonara.

p/s: Baru aku perasan watermark aku guna nama blog lama aku. Hehehe. Patot la rasa panjang je bila taip. Adoiyai

0 manusia baik: