Showing posts with label Kerja Sampai Tua. Show all posts
Showing posts with label Kerja Sampai Tua. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

New place!

0

Assalamualaikum..

Tak ada apa nak tulis tapi aku just nak show something.

tempat keje baru aku

Iyee.. aku dah tukar keje. lagi dekat dan lagi mencabar. 

Aku suka part yang lagi dekat tu. Kalau sebelum ni aku kene keluar rumah pukul 6.50am atau paling lambat pukul 7.15am tapi sekarang dengan senang hati sambil menari-nari aku keluar rumah pukul 8.30am. Start keje pukul 9.00am. Hehehehe.. Aku dapat melihat matahari lagi bila aku keluar dari rumah. hoho! Jangka masa yang diambil untuk ke tempat keje adalah 20 minit sajoooo..

Gumbira2!!

Aku ni kan pemalas orangnya. nak bangun awal pagi and siap2 gi keje adalah satu kemalasan yang tinggi. Ye aku tahu. Anak dara yang teruk. teruk2 aku pun ada gak orang nak kawen dengan aku tahun depan. hehehe. Terima kasih abang sebab terima kemalasan ayang ni. hoho~

Part yang best tak best adalah keje baru ni lagi complicated dan pening kepala dari yang sebelum ni. lain dari apa yang aku buat sebelum ni. tapi accept as cabaran yang akan aku gunakan untuk kelebihan future aku nanti. means aku ada banyak experience yang aku boleh demand nanti. not just satu benda je kan aku tahu. 

Best3!! 

Tapi tu lah. aku ni lembab. aku tak boleh kalau orang explain teori je kat aku. aku kene practickan sekali. practical is important you know and aku lebih banyak belajar bila aku buat silap. harap-harap la aku tak buat silap yang major. yang tu aku takut coz keje ni kalau buat silap yang major memang bungkusssssssss.

Apa2 pun, aku baru 2 minggu start keje baru dan harap aku boleh belajar dengan cepat. ini pun ngulor jap sebab bos tade. hehe.

Eh, dari tak tahu nak tulis apa tiba2 nak jadi karangan pendek pulak ye. well done nani! hehe

Salam,
Nani

Sunday, March 25, 2012

Kerja bagi dapat duit supaya dapat bayar billll

0


Assalamualaikum..

It seems a while since my last login here. Blog yang sering diabaikan. Kesian dia. Well, I'm so busy lately with dunia kerja yang hectic. Kerja tak akan pernah habis. Yes, I know after almost two years I change my life cycle from student life to become a very dedicated worker (dedicated ke??). Dulu, ,my perception towards dunia kerja ni sangat fun. Of course la fun kan when we can hold our own money. Dia macam..

"Wah!! I have a lot of money in my hand now. I want to enjoy with it. I’m gonna do and buy a lot of things with money that I have now. Wowww!! Wowww!!

Ok. Dialog agak menggelabah sikit tapi lebih kurang la macam tu la rasa dia. Too excited. Too jakun but hakikat he’ (tetiba masuk Hindustan), banyak pahit dari manisnya when we have our own money. Yes true…. For example in my situation:

1.      My job description I need to go out a lot. Meet people and commit with people to close deal, for that reason, I need to move a lot. With what I need to moving here and there? Of course I need to buy a car. You seeeeee.. 1st job dengan salary yang tak seberapa, I need to be indebted with bank and commit every month RM500.

2.      Every single thing now needs to pay with our own money. From telephone bill, minyak kereta, maintenance, barang- barang harian, barang kecik and barang besar dari luar sampai dalam I need to cover with my owwwnnnn money. Rasa tak kepayahan disitu?

Aku list dua je. Malas nak tulis banyak banyak. But in a simple words, everything we need to pay and cover by our own money. Entah berapa kali aku tulis word own money tu. Itu just nak menunjukkan rupa-rupanya selama ini persepsi aku terhadap dunia kerja adalah salah sama sekali.

Dulu mak bapak la yang tanggung kau. Dari atas kepala sampai hujung ibu jari kaki guna duit mak bapak. Sekarang baru tahu betapa payahnya mencari duit. That’s why la dulu mak aku asyik berleter je pasal duit. Aku apa tahu dulu. Yang penting aku dapat barang yang aku nak. Hari ini duit habis esok boleh mintak lagi. Hoho. Ye, aku kejam sebagai seorang anak.

Mintak maaf mama.. Mintak maaf abah..

Sekarang, you want money?

Work!!

Want extra income? Want earn more money?

Work!! Double work!!

Need to work hard to get RM1 also. Sigh~

Now I appreciate money more than before. Not to be stingy but become more careful when spending walaupun selalu kantoi jugak.  I loveee to shop! Especially clothes and shoesssss~ but I’m more to shoes. Gila banyak kasut dalam kereta aku tu sampai tak tahu nak letak mana dah. Ada yang sampai tak terpakai. Habis sepah madu dibuang walaupun madu tu tak habis lagi. Hoho..

But, the more important is, don’t care how much I’m spending in a month, saving is a must! Even RM50!. Sikit sikit lama lama jadi bukit kan?

Moral of the story, please expect the unexpected things. Before, aku tak pernah terfikir akan berdepan dengan financial issue ni. Sorry to say but that’s me. Just fikir benda yang seronok je. Tapi slowly berubah la kan.  

To be honest agak seronok jugak bekerja ni. We will learn things that you will never learn as student. You will find thousands or millions characters of humans. Dari yang angel sampai yang macam syaitooonnn. Zaman belajar lain. Zaman kerja lagi adventure and challeging.

Apa pun, kerja is kerja. Kerja dengan ikhlas. Itu punca rezeki sekarang. Jangan banyak songeh. Jangan banyak bunyi. Tak suka jadi kuli orang please bukak company sendiri lepas tu panggil aku kerja dengan korang sekali dan tawarkan aku gaji yang tinggi….

Hehe..sekian..

                                                     




Thursday, January 12, 2012

Permudahkanlah Ya Allah!!

0

Assalamualaikum...

Heii..kesian blog aku ni. Serupa kalau aku tak payah buat blog kan. Hehe..

Lately macam busy. Kalau dulu kejap ada keje kejap tak ada tapi sekarang ni tiap2 hari ada je keje yang menanti. Orang tak penting pun boleh busy kan? hehe..

Big boss pulak dah suruh aku start keluar. Suruh aku handle 1 big account. Mampu ke aku ye? aku ni dah la tak reti nak bernetworking bagai. Kalau cakap merapu tu boleh la. Heiii.. Ya Allah, permudahkan lah segala urusan kerjaku Ya Allah...

English pun makin terabur. Tak ada effort nak improvekan macam ni la gamaknye. Nak explain kat customer mula lah tergagau nak fikir vocab apa nak guna. Last2 explain from email. Haha.. Kelemahan yang sangat2 teruk! Nak cakap terketar ketar. Confident semua main aci semunyi. Tapi bila tang menaip buat ayat memang ok!. Rasa nak nyorok je bawah meja kalau bab nak explain kat customer. Lagi2 customer yang banyak tanya.

ADOIIIIII!!!!!!!!!!!!

Tu la dalam kete sibuk dengar hot fom.. lagu2 melayu.. memang sampai ke sudah la tak boleh nak improve.

Teringin gak diri ni nak cakap berhabuk kan.. hehe..

K lah.. Nak balik. Lambat2 sangat nanti payah pulak nak redah jam..

Saturday, December 10, 2011

Moments ^_^

0

Assalamualaikum..

COMPANY TRIP 2011 - BANDUNG





Pergi for 3 days and 2 nights. Memang seronok sangat and Bandung adalah syurga shopping.. hehe.. Aku dengan bangganya berjaya lah jugak menghabiskan duit yang seciput aku bawak that time. Tak kesah lah tapi aku sangat puas!

Staff company aku is over 100 people and company aku provide business and service so office memang tak boleh tinggal kosong la kan.. Thus, we need to be divided for 4 groups. 2 first groups pergi akhir bulan and 2 last groups pergi akhir bulan. My group is group last in the 2 last group yang pergi akhir bulan 1. 2 last group to pun bukan pergi hari yang sama. 3rd group pergi hari jumaat dan group aku pergi hari sabtu...

We have visit many places and it is such a very greenery and fascinating places but shopping2 places memang tempat wajib yang kene pergi la kan..Terutama kaun2 perempuan yang tentu2 nya giler shopping.. huhu

Tapi apa pun memang sangat sangat seronok!!


HIKING AT LEMBAH PANGSUN - WITH COLLEAGUES




This one is the activity that involving some of my colleagues and has been arranged by one staff yang memang suka outdoor activities. First time ada activity macam ni and it is very successful!!.

Penat tak payah nak cakap la kan. Semput lagi la tak payah nak cakap. Nak termuntah semua ada!.. Lagi lagi dengan gaya lembik aku yang dah lama tak excercise. Memula jalan tempat yang tak berapa nak curam memang maintain lagi. Jalan pun laju aje kan. Gaya poyo memang tak tinggal la. Tapi bila dah sampai tempat yang NAUZUBILLAH! TINGGI GILA WEI CURAM CENURAM NI!! MACAM MANA AKU NAK PANJAT NI!!! WAAAAA!!!..Hambik ko sekali CAPLOCKS semua.. Hahahaha!! tu la perasaannya. Tapi konon nak tunjuk kental la kan. Kaki ni pijak la jugak curam curam tu semua. Tapi akan stop selang 10 langkah. Haha! Dan akhirnya kakiku krem dua2 belah..Waaaaa!!! sakit!!.. Nasib baik ada  5 6 orang hero yang tolong..Sekali  5 6 hero kaaaaannnn..Padahal kaki krem ajeeee..

Dengan semangat yang membara ni, akhirnya sampai la jugak kat atas nunnnn lepas hati tu dah bersorak NANI U CAN DO IT NANI!! GO GO NANI!! NAK SAMPAI DAH TU!!

Kesimpulannya..naik 2 jam turun 30 minit..hehehehe..

ini terbaikkk..


ini lagi TERBAIKKK!!

Monday, November 14, 2011

Hello, hai!!

0

I'm from Panasonic Malaysia. We are in the middle of gathering all the Japanese Corporate Customer to join the Panasonic Seminar on this coming 23rd November. The seminar is about the art of cost saving and usage of green energy. Thus, we want to invite you and your boss to join this seminar. You can view the attachment of the invitation letter for more detail. It will be an honour if can join it and please give the RSVP of your confirmation ASAP. Looking foward for your reply


Assalamualaikum..

This is what I'm doing now. Make calls over 40++ companies to ask their come to my company event. Easy to look and easy to say for who do not know how many effort that need to put in this job, please take my job and see it by yourself..

it's hard to invite people that do not know about you and your company. It's like..tiba2 ada this one stranger guy ask you to go out (for girl of course), do you want to go?? tak mo kan..like that laaaaa..huhu

Each of us has quota to go. 10 company for each. kalau tak ada 10 company buat apa? penggal kepala sendiri. 

lagi 1 weeks++..just wish to myself gud luck. harap ada ong..harap harap..

till i see u again. tata..

Monday, October 24, 2011

BL Update

0

Assalamualaikum..


Sudah berkurun rupanya aku tak update ini belog. Bukan melupakan tapi masa tidak mengizinkan padahal facebook tiap2 ari online. Huhuhu..Ekceli tak ada la berkurun sangat kan? Last update still dalam bulan October lagi cuma date sahaja yang bertambah. Kecoh!

Last entry aku ada mention pasal TBH biggest loser rite? hari ni aku nak update. Since last entry until entry hari ini aku dah lose lebih kurang 0.5kg. 0.5 je????? Yes, only 0.5 sahaja. Orang lain kata sikit. Kata aku not bad.

Kenapa? Bak kata Kevin Zahri dan lain2 Health Advisor and trainer. Better less and nothing. Biar turun sikit2 dari turun mendadak. Bila turun sikit2, badan kita boleh adapt dengan changes tu so keberangkalian untuk memaintainkan badan adalah lama. Means, dia nak naik balik tu lambat sikit lah.. InsyaAllah..

Aku ikut planner Kevin Zahri which i think i already mentioned before, i cut my calories taken and try a bit to exercise more. Tapi bab exercise tu only 1st week je aku pi. pastu malas sudah. hehe. Aku just cut calories la dan untuk buang balik calories yang aku ambil, instead of exercise, aku try to move a lot. Kat office, aku naik turun tangga banyak kali. Aku akan cari keje yang membuatkan aku kena turun nak tangga banyak kali. Dan kalau rajin sangat, aku akan buat lompat bintang and sit up. Target aku at least biar perut kempis dulu. Yang lain2 i will work out later.

Sekarang memang perut aku rase kempis sikit dari before. Sit up dalam 100 kali je sehari. Nak buat lebih2 aku malas. hehe. Tapi ok lah. Slow2. Aku tak mahu la kurus sangat sebab time berat aku dalam 57kg orang kata aku pucat. Nampak macam orang tak sihat. Aku tak mo lah gitu kan. Nak la nampak freshhhhhhh~~~

So, target aku biar sampai 57 je la..heee..4.5kg more to go. Hope can achieve until this end of december. Kalo idak abis lah duit aku kena belanja bos aku. hua3!!..

Until then, will update later..

Daaaa~

Thursday, September 8, 2011

Suppose im happy but cannot be. Damn!

0

Assalamualaikum..

What a hectic and sorrow day. Fisrt time aku rasa sangat sangat letih dan pressure. Crying alone at my desk. Ya... Really serious shit i'm crying. Tak pernah pernah nak menangis pasal kerja. Hari ini dalam sejarah. Should remember this day. Damn!

Pressure pasal apa? Ermm..biasa lah.. Kuli kan.. I'm trying my best to help my boss in his stuff. Log in for installation. Calling his customer to follow up here and there. Dia punya case and project kan, so dia sorang lah tahu macam mana progress sume keje dia. Aku juz tolong mana mana yang dia minta aku tolong. benda benda simple yang dia tak perlu fikir bagi dia. So, orang ingat aku sebagai asisstant knows everything dari A to Z. dari lobang sebesar zarah ke lobang sebesar bumi. Kalau boss tu ambil masa setengah jam tiap2 ari nak bercerita ngn aku progress dia tape la jugak. boleh la ak menjawab kalau org dok bertanya. tapi masalahnya takde.

Aku tak patut merungut sebenarnya sebab memang keje aku kene tolong boss aku tu. Tapi kalau orang dah dok menyalahkan aku macam itu project and case aku, sape yang tak bengang. dah boss aku bagi info yang tu, aku sampaikan lah yang tu. tade lah aku nak menambah apa apa info. nanti salah info aku jugak lah yang kena.

Kepala pun dok sakit dan pusing pusing dari tadi. Tunggu nak balik je ni oiiii!.. tapi keje memang tak habis lagi. Nak nangisssssssssss!!!! =(



Monday, May 30, 2011

Aku tak suka bos besar aku. Cam gampang!

0

Aku ada dua bos..

Satu bos besar and satu bos kecik.. Bos besar tu kau tahu apa position dia. Of cos la director. Bos kecik lak director gak tapi director yang tak berapa nak ada kuasa sangat. Dia ada kuasa kat aku je... Ha macam mana tu? Aku malas nak main terang-terang kat orang ni. Len kali lah terang ek.. Untuk sementara waktu ni kau pahamkan yang tu je k.

Bos besar memang ^&%%(^%&^&%^&(*(&& yang amat. Bos kecik ok. Kira boleh geng. Kamceng la. Aku siap boleh main kutuk-kutuk dia penguin lagi sebab bos kecik aku ni gemuk and then one day dia ada main joget-joget lak sebab berjaya close sale. Cuba la korang bayangkan. Dah la gemuk pastu tak berapa nak tinggi sangat and then dok menari-nari lak tu. Spontan je mulut aku cakap macam penguin. Dia dengar meradang la jugak pastu dia tengok aku gelak-gelak dia pun gelak sekali. Haaa..sporting tak bos kecik aku? sporting kan?? hehe

Bos besar, aku tak berapa nak like. Kalau dia ada facebook aku nak tekan dislike banyak kali. Banyak100x kali...! Sebab apa aku tak suka? Sebab dia potong claim commission aku sesuka hati perut buncit dia je. Hampeh kebabooomm!!! Dah la aku nak pakai duit giler banyak bulan ni. Tapi sesuka hati commission aku dia potong. Customer aku semua bayar on time punya. Tak ada bagi masalah pun dalam payment. Reason dia nak potong??? Nan hado!! Aku potong anu dia yang tak pernah sunat tu kang!!..Hish!! Geram2!!

Tadi aku keluar dengan bos kecik aku. Owhhh..Kami berdua sempat la juga mengumpat sepatah dua pasal bos besar aku ni. Bos kecik aku pun selalu kena potong2 commission ni. Orang punyalah kerja bagai nak rak! separuh mati! Dia sesedap rasa pergi potong sumber pendapatan orang lain. Dah la banyak benda nak kena bayo! Kalau duit berkepuk macam dia tak apa la juga!

hummmmppphhhh (Tarik Nafas) Fuuhhhhhhh (Turun Nafas).......

Ok lah..Kalau bercakap pasal duit sampai bila pun takkan habis... Aku nak pi solat tenangkan hati..

Katakesat: Sape2 company dia nak upgrade PABX system ataupun CCTV korang ke. Call2 lah aku..Bagi aku commission sikit..huhu

Tuesday, May 24, 2011

Friday, May 6, 2011

Kau lebih? Tak payah nak menunjuk la

0

Situasi 1:

A: Pakwe aku kata tahun ni dia nak bagi duit raya.

B: Yeke? Laki aku before kahwin, tiap kali nak raya aku tak payah mintak. Mesti dia belikan aku baju raya, kasut dengan beg.Tiap-tiap kali raya.

A: Bagus la. Laki kau banyak duit boleh la. Pakwe aku baru nak kumpul duit.

B: Tu la pasal..


Situasi 2:

A: Malam tadi pakwe aku call. Dah lama tak call. Dia nyanyikan aku lagu semalam.

B: Hurm..Laki aku malam-malam sebelum tidur mesti dia belai rambut aku. Usap-usap semua.

A: Owh..romantiknya.


Situasi 3:

A: Aku baru beli baju semalam. Dah lama tak shopping. Ada sales dekat Jusco. Apa lagi. Time tu je la nak membeli.

B: Sejak couple dengan laki aku, dia tak bagi aku beli barang-barang murah. Dia kata alang-alang nak membeli tu baik beli yang mahal terus. Aku ok je. Dia yang bayarkan.

A: *senyum je*


B pernah bercerita yang kawan dia tak boleh nak tengok dia lebih. Mesti nak lawan. Aku rasa dia pun sama macam kawan dia.

Duniaa~

Katakesat: hidup bahagia dan sempurna? Alhamdulillah tetapi tak payah nak menunjuk sangat sebab boleh menyebabkan perbuatan khianat pada diri anda disebabkan rasa iri hati orang lain melihat kebahagiaan anda.

Tuesday, May 3, 2011

Kau ingat kau buat taik dekat orang, orang balas bagi emas ke?

0



Cara aku senang. Orang baik dengan aku, aku akan baik dengan orang tu. Kau buat taik, kau takkan dapat baja. Kau akan dapat taik jugak dari aku. Sepatutnyalah. Tapi aku bukan jenis yang suka kecoh-kecoh dan gelabah ayam nak balas balik bila orang buat taik dengan aku. Orang kata aku terlampau lembut sangat dengan orang lain. Sonang jo orang nak pijak-pijak aku even aku ni besar orangnya.

Aku percaya pada Satu. Aku percaya pada karma what you give, u'll get back. Aku percaya kuasa yang Satu tu.

Kau memang sakit hati bila orang buat taik dengan kau tapi buat apa nak kotorkan tangan kau, hati dan jiwa kau untuk rasa sakit hati yang tak habis-habis tu. Dosa lagi kau dapat. So, biarkan Yang Satu tu tolong settlekan untuk kau sebab Dia lagi power kot. Kau hanya manusia kerdil yang sangat low kekuatan kau. Even kau besar gabak macam mana pun, kau takkan dapat tandingi ke'power'an Yang Satu tu.

Relax sudah. Buat apa nak ribut-ribut nak balas dendam segala bagai tu. Buek abis peluh jo. Enjoy your life sudahhh..

Aku mengaku memang ramai orang yang ambil kesempatan atas kelembutan (eceh-eceh) aku. Orang suruh aku buat itu, buat ini. Tapi aku take it secara positive. Instead of using the 'BULI' word, aku guna word LEARNING. Orang suruh buat itu ini, kau kata kat diri kau, setiap apa yang kau buat, itu adalah proses pembelajaran kau. Jangan kata TIDAK! Jangan mengeluh!.

Penat memang la penat der. Lebih-lebih lagi tak berbaloi dengan gaji yang kau dapat. Tapi..cool lah. At least you have a lots of skill instead of one skill je tau. Esok-esok kau minta kerja lain, kau boleh demand pe. Minta la gaji besau-besau pun. Orang tak kesah kot nak bagi kalau kau memang bagus. Kan? kan?

Katakesat: Positive thinking is the way to have the coolest life. As for me laaa..Hubungan baik sesama manusia tu bagusssss..

Friday, April 29, 2011

Kau tak perlu nak malu kalau kau ni lembab.

0

For a first time I enter the work world serious talking la kan that I don't have any confidence. I'm a very shy person. I know I love to learn but I'm a lil' bit slow to catch all the lesson in one time.Always do the same mistakes. Over and over again. Always careless. Always forget.

And yes, I'm not shy and afraid to admit that I'm that kind of person. Why should I? Everyone have their own weaknesses. So, duhhhhhhhhh~ Do I need too?

But somehow, I'm not giving up. Yelah, dah tahu kau lemah dan tak boleh nak cathing up all the things in one time, kau nak give up ke? Budus la tu kan. Lantak pi la orang nak kata apa. Mulut manusia kita tak boleh tutup. Orang memang tak akan berhenti bercakap dan tak akan berhenti mengata. So, biarkan aje. Kalau nak fikir lemah semangat, nak give up semua tu dan nak fikir lagi apa orang cakap, kau memang tak akan improve.

Anyway, dah lima bulan aku bekerja. From zero to something. Aku agak berpuas hati la dengan diri aku sendiri. At least for certain things, I manage to pick up.Fresh graduate kan. Teori tak sama dengan practical dan kebanyakan aku belajar tak banyak yang aku praktikan sebab tak ada kene mengena. Nanti aku apply apa aku belajar kang lain pulak jadinya.

Dan sekarang, daripada gadis pemalu yang nak angkat phone pun payah, aku menjadi gadis yang cepat angkat ganggang. kah kah. Ok not funny. Daripada gadis yang payah nak bercakap dan mengeluarkan kata-kata,aku menjadi gadis yang boleh entertain walk in customer yang datang berurusan di sini. Entertain bukan bermaksud aku buat tiger show ke apa tau. Ada yang kena katuk dengan aku tu nanti. Aku meng'improve'kan diri sikit demi sedikit. Step by step. And now, I can do sales. Not for a big sales and project tapi ok lah untuk commission aku sendiri.

Orang akan sakit hati bila kita silap. Orang akan marah, orang akan maki tapi orang suka kalau kau tak malu-malu untuk belajar.

Orang marah and maki adalah lesson untuk kita supaya makin ke depan. Kau berundur kau tersungkur so kau kena move on. Jangan pandang belakang. Maki dan marah memang sakit tapi ilmu yang kau dapat tak ternilai tau. Work for it.

Katakesat: Manusia tak ada yang bodoh. Lembab je. Huhu. *pang!*