Bismillah
Assalamualaikum
4th Feb 2014 (Selasa) 1st official
checkup for my pregnancy. Kite layan kronologi dia ye.
10:00am – siap2 dan gerak ke Klinik Kesihatan Malaysia (KKM) Kajang dengan mama.
10:30am – sampai ke KKM Kajang dan ask to open the ‘Buku
Merah’. Nurse tanya where I live and I said Sg. Ramal Dalam dan dia jawab owhh
itu kena pergi ke KKM Bangi. Kita tak ambil Sg. Ramal Dalam katanya. Aku dah
blur. Ok xpe. Aku pergi pulak ke KKM Bangi. Heret la pulak mama sekali. Kesian mama.
11:25am – sampai KKM Bangi dan minta benda yang sama untuk
buka buku merah. Soalan yang sama diutarakan oleh nurse situ dan dorang kata
sg. Ramal dalam bawah KKM Sg. Chua. Aku dah mengeluh dan cakap la tadi saya pergi
KKM Kajang dorang suruh saya pergi sini. KKM Sg. Chua saya tak tahu dekat mana.
-
Luckily one of the nurse kesian dan bagi buat
pendaftaran dan checkup di situ tapi for next appointment kene pergi KKM Sg.
Chua. Alhamdulillah.. lega rasa. Bersyukur sangat. Walaupun ada sorang tu muka
penyek masam tak kasi aku daftar, aku pedulik apa. Nurse yang lain2 ok je. Pendaftaran
dan checkup sekali je kot.
4:00pm – selesai semua. Walaupun lambat sikit tp tak kesah
la sebab nurse2 dgn doctor layan baik. Alhamdulillah. Dapat scan dan tengok
baby. Dah nampak kepala badan semua. 13minggu 4 hari. Comel je tengok gambar
scan tu. Alhamdulillah…
Selama aku mencari maklumat dekat internet tak ada la pulak
mentioned pasal checkup utk pregnant women ada kawasan2 dia. Aku tanya nurse
KKM Bangi dia kata dulu sg. Ramal dalam bawah KKM Bangi tapi sebab ramai sangat
kawasan bangi tu dorang letak kg. sg. Ramal dalam bawah KKM Sg, Chua. KKM Sg,
chua tu pun baru lagi sebenarnya. Dia kata senang nak buat pantauan kalau ada
kes2 ke dan senang untuk pemeriksaan kalau kes tu memerlukan dorang datang ke
rumah. Sebab tu ada kawasan2 pendaftaran untuk pregnant women ni. Owhh baru la
tau kan.
Aku tak kesah kalau aku tercampak sorang2 tapi kesian sebab
bawak mama sekali temankan. Almaklumlah suami tak ada disisi. Huhuhu. Tapi
takpelah. Suami mencari rezeki. Mana boleh halang2 ye tak?
Next checkup In Sha Allah suami ada untuk teman. Dia pun
excited sebab anak pertama kan. Aku kandung ni pun anak dia jugak. Kalau tak
excited siap ah. Heheheh.
P/s: #prayformh370 walaupun tak ada sape2 dalam tu yang aku
kenal, tapi saudara seagama dalam tu ramai. Semoga Allah mendengar doa2 kami
dan membantu menjejaki dorang. Dan semoga Allah sentiasa melindungi Malaysia
dari segala konspirasi yang boleh menganggu gugat keamanan Malaysia. Ameen.
0 manusia baik:
Post a Comment