Bismillah
Assalamualaikum
Sabtu lepas genaplah 4 bulan kandungan aku. 16 minggu sama
dengan 4 bulan kan? Kot2 la kalau aku salah kira.
Masa kandungan 15 minggu lebih, aku bawak hubby pergi scan
baby. Sepatutnya aku ada checkup 1st April ni tapi macam lambat je
lagi kan. So, kita pergilah klinik biasa dulu untuk scan suka-suka. Lagipun hubby
tak pernah tengok lagi anaknya. Tengok dekat gambar yang dah di print je.
Pergi klinik biasa saje dekat Puchong. Namanya aku tak ingat
la pulak. Azilin ke Azlin. Gitulah. Masuk-masuk bilik doctor tengok doctor
macam garang je. Doctor perempuan. Muka ketat. Tanya serius. Aku dengan hubby
rasa macam tak best je. Tapi lepas beberapa minit, eh3 mesra la pulak doctor
ni. Takde lah teruk sangat. 1st impression memang penting tapi
pepatah ni pun jangan lupa – “don’t judge the books by its cover”.
Bila dah mesra, aku kene marah pulak dengan doctor. Aku
mengadu la dekat doc aku kerap sakit kepala sejak dari awal mengandung sampai
la sekarang. Lepas tu doc tanya pasal jadual makan aku.
Breakfast -
8:30am
Lunch -
12:30pm
Dinner -
6:30pm
In between Antara lunch dengan dinner tu adalah aku makan
biskut ke apa tapi selepas dinner memang aku tak makan apa-apa.
Terus kena marah dengan doc.
“You know how many hours your baby starving? 14 hours tau. Kesian
your baby”
Huhu.
Membebel la lagi doc kata baby dapat energy and everything
untuk development dia daripada makanan si ibu. Ibu tak boleh ikut perut sendiri
la apa lah. You dah ada baby semua bla3…
Ok. My bad.
Aku memang tak rasa lapar lepas dinner. So aku rasa ok lah. Rupa-rupanya
teruk apa aku buat. Kesian baby aku. Huhuu
Doc kata itu boleh jadi penyebab kenapa aku pening. Perut kosong
dan angin. So, start daripada haritu, pukul 9 malam aku makan lagi. Tak kesah
la makan apa asal aku makan. Alhamdulillah kurang la sakit kepala aku.
Lepas kena bebel doc ajak scan. Waaaaaaaaa nak nangis!! Aku and
hubby nampak baby gerak2, menggeliat and angkat kaki tangan semua. Aku pun 1st
time tengok baby gerak ni. Masa checkup dekat KKM, doc tak tala mesin scan tu
kat aku. So, aku tak nampak apa dia scan. So bila tengok baby gerak tu, aku
jadi excited gilerrrr.. Hahaha. Tak sangka.
Hubby? Jangan cakap lah. Dia kalau boleh nak melompat and
menjerit dekat situ tapi sebab doc ade, terpaksa behave. Hhahaha!
Seronok aku tengok hubby excited macam tu. Alhamdulillah aku
dapat bagi dia zuriat awal pada perkahwinan kami baru nak menjangkau 5 bulan. Memang
harapan dia nak anak cepat. Aku follow je. Hehehe
Alhamdulillah baby sihat dan normal. Harapan aku baby sihat dan
normal sampai saat dia nak melihat dunia. Tanpa ada sebarang complication dan
benda buruk. Baby aku kuat. Aku tahu. In Sha Allah dia baik2 je dalam perut
aku.
Aku dah start pakai baju mengandung. Perut dah besar. Kain seluar
semua dah tak muat dekat pinggul. Semua dah ketat. Baju kurung pun semua just
boleh zip separuh je. Huhu. Baju mengandung tak shopping lagi. Yang aku pakai
pun sedekah kak2 ipar aku. Itupun banyak aku tak berkenan lah. Nak kena jugak
beli sehelai dua. Huhu Ahad ni nak ajak hubby shopping. Tak kira…..
Ok lah. Itu je nak cite pasal kandungan aku. Sama je macam 1st
timer bakal-bakal ibu yang lain. Perut tak rasa lagi pergerakan baby time ni. Lagipun
perut aku jenis tebal gak. Tebal dengan lemak. Huhuhu.
malas nak rotate. mase ni kandungan 8 minggu. dah nampak degupan jantung ^_^ |
Scan masa kandungan 13 minggu lebih. Masa ni checkup dkt kkm. |
Ok. nanti kalau ada kerajinan update lagi. Buhbye!
0 manusia baik:
Post a Comment