Wednesday, March 20, 2013

Jom Mengundi PRU13!!

0

Bismillah.

Assalamualaikum.

Dah dekat pilihanraya ni kan, aku nak share la something dekat sini. Copy paste dr facebook.



PROF DR MUHAYA : MENGAPA PERLU MENGUNDI ?

Soalan :

"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya,dalam politik semuanya sama. Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira politik kampus, mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"

Jawapan Prof Dr Muhaya :

"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.

Politik islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global.." 

Dipetik dari Buku "PELAJAR BERTANYA PROF. DR.MUHAYA MENJAWAB"


Kesimpulannya di sini, walau benci mana pun. Walau tak suka mana pun kamu pada politik, tapi bila dah jadi tanggungjawab kita, kita wajib laksanakan. Undi kita bukanlah untuk sape2. Undi kita adalah untuk kita dan anak cucu kita. Untuk masa depan.

Abang aku ada cakap dan aku pun pernah jugak nampak kata2 ni dalam facebook tapi nak mencari balik tu malas.

"Orang yang tak ambil tahu pasal politik dan tak pergi mengundi adalah orang paling bodoh sekali dan tak ada semangat patriotisme yakni semangat cintakan agama, bangsa dan negara".

Dan aku setuju sangat ayat tu. Aku pelik lah pada orang2 yang tak ada sifat patriotisme dalam diri diorang. Sangat2 pelik. Tak sayang ke ha? Ini negara kau. Ber'IC' kan Malaysia. Lahir di Malaysia. Apa semua di Malaysia. Dapat pelbagai bantuan dari kerajaan tapi tak ada sifat sayang pada negara. Aku betul2 pelik. 

Dan aku terfikir. Kalau tiba2 Malaysia diserang *bukan mendoakan ye*, adakah dia akan bangkit untuk mempertahankan negara atau hanya duduk diam sambil makan keropok lekor atau lari dari Malaysia. Dan aku yakin orang macam ni akan lari dulu selamatkan diri sendiri. *sellfish!*

Sangat malu. Malu pada mereka yang sedemikian. 

Alhamdulillah aku dah mendaftar untuk mengundi. Hanya menunggu tarikh mengundi dan akan dengan semangatnya untuk pergi mengundi buat pertama kali pada usia 25 tahun. Mungkin menjadi anak pada bekas ahli politik membuatkan aku sedar tanggungjawab aku pada negara dan pada anak cucu cicit aku nanti. Satu undi memainkan peranan yang sangat besar pada hidup korang tau. 

Undi aku adalah tetap. In Sha Allah tanpa keraguan. Pada sape2 yang ada keraguan korang pergilah buat istikharah. Mana yang terbaik Allah akan tunjukkan. In Sha Allah.

So, mari sama2 kita mengundi ok. :)


0 manusia baik: