Monday, March 4, 2013

Isu Lahad Datu bukan isu untuk dipolitikkan!

0

Bismillah.

Assalamualaikum..

Pagi Isnin yang indahkan? tapi penuh dengan kemalasan. Kui3. Lazy Monday is what people called. ;p

Sejak beberapa hari ni, kecoh dengan kisah Lahad Datu. Serius memang sedih dan tak sangka. Yang paling sayu when we fights among Muslim jugak. :(

Tapi ada sesuatu yang aku paling tak suka ialah benda yang tak patut dipolitikkan, diorang politikkan. What the hell is that? Please lah. It's not the right time to push your finger to someone else. I put my  middle finger in front of people yang politikkan semua ni. Contohnye macam orang macam ni


Sumber ni aku dapat dari page Beautifulnara. Orang2 macam ni la yang aku tunjuk jari tengah aku. Boleh tak kalau dia suruh orang2 lain untuk sama2 doa atau sedekahkan Al-Fatihah untuk pejuang2 negara yang tengah bermati-matian selamatkan Sabah dan mendoakan kesejahteraan Malaysia. Boleh tak?????!! Daripada mengapi-apikan orang macam ni. What the hell she is thinking? Ingat dia tahu semua ke?? Hei.. hati aku memang panas bila baca benda2 macam ni. Serupa la jugak kalau sekiranya orang itu penyokong UMNO/BN yang memperpolitikkan isu ni. Tak sesuai la Bro. Kita ni orang Islam. Sebaiknya sesama Islam menyokong sesama Islam. Bukannya jadi DAJAL!!..

Nauzubillah...

Dan jangan mempertikaikan apa2 jua tindakan anggota keselamatan negara dalam isu Lahad Datu. They are the expert. Not you. They know what they're doing. Kau jangan berkata-kata semacam kau hebat sangat. Kalau setakat hebat main game lepas tu sibuk nak mengata anggota keselamatan negara dalam menjalankan tugas dan strategi, baiklah kau berambus. 

Dalam fb juga ada yang mempertikaikan media2 masa yang kekurangan memberi liputan dalam isu ni. Well, dari opinion aku terhadap perkembangan dan pembacaan pada isu ni, aku rasa tak salah apa yang media buat iaitu mengurangkan liputan isu ini sebab orang2 sulu ada di Malaysia ni dan mungkin salah sorang adalah perisik. Kalau terlalu banyak pendedahan di media, ia mungkin boleh dijadikan idea kepada pihak Sulu untuk dijadikan strategi untuk menumpaskan anggota2 keselamatan kita. Boleh fikir kan? So, tak payah nak bising2 yang media tak mengambil berat la apa la. Mungkin ada sebab kenapa dorang macam tu. Lagi satu fikir lah. Lahad Datu adalah isu terhangat sekarang ni. Takkan dorang tak nak buat liputan tu secara besar-besarankan? Takkan lah dorang tak nak rating stesen tv dorang naikkan?? Tapi untuk keselamatan Sabah dan negara. Isu tersebut perlu dikurangkan liputannya. That' my opinion.

So di sini, tolonglah doakan mereka di Sabah. Itu saudara kita. :(

Al-Fatihah untuk pejuang yang telah syahid. Semoga mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. Amin


  

0 manusia baik: