Bismillah.
Assalamualaikum.
Hari ini just a random talking.
1. Aku ni bukan rajin punya orang nak berblog walking mencari follower. Sebab tu follower aku 3 orang je. Serius aku memang pemalas punya orang kalau bab tu tapi kalau orang follow aku, aku akan follow orang tu dan akan jadi rajin. So, aku akan letak dorang dalam blog list tittle "AKU SUKA' tu. Hik. Tapi aku tahu ramai yang mengintai blog aku sebab no. si pengintai tu sentiasa naik. Takpelah. Mahu stalk saje boleh. Aku pun menulis dalam blog ni hanya untuk kepuasan diri sendiri. Aku tulis, aku baca sendirik. hehehe. Tarak kesah punya.
2. Tiba-tiba semangat mahu kembali belajar membuak-buak la. Teringin pulak nak buat assignment balik walaupun aku ni pemalas punya orang. *semua benda aku malas. pffttt*. Tengok lah. Mungkin lepas kahwin akan difikirkan semula. Tapi boleh tak, tak nak ambil master? Nak amik 2nd degree. Ermm..
3. Mama dan abah nak buat kenduri dekat dewan pulak. Ingat nak simple tapi bila involve dewan terasa macam dah jadi gah dah majlis tu. Ermmm. Apa pun, cadangan parent tak boleh nak bantah sesuka hati.
4. Hari ini hari last pada satu-satunya teman gosip aku dekat office ni. Keseorangan dan kesepianlah aku dibuatnya. Ada pengganti tapi mana nak sama dengan orang yang kita dah biasa kan. Baru kenal 5 bulan tapi rasa macam dah kenal bertahun-tahun sebab akak tu rajin bercerita. I will miss u Kak Diyana. Dah la anak comel. *tak ada kena mengena*.
5. Aku makin gemuk.
Ok. Bai.
Friday, March 29, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 manusia baik:
Post a Comment