Friday, March 1, 2013

Aku anak bongsu tapi aku suka jadi orang yang independent!

0

Bismillah

Assalamualaikum..

Ini nak post/share something yang bermanfaat. Untuk kenangan diri sendiri. Coversation with my friends from KMM which is Kolej Matrikulasi Melaka. Senang cite. Kawan2 matrik aku lah. Just enjoy the reading and at the end I will conclude something.


















 Dah habis? ok. Ini just a few conversation yang aku prnt screen dan post here. Bukan semua ok. Aku ambil part yang penting sahaja which is aku rasa kita kena share. 

Ini bukan nak meriakkan diri or apa. Aku nak share siapa aku ni dan my opinion. 

First of all, abaikan yang aku ni anak Datuk. bila aku tulis 'fyi aku ni anak datuk', itu bukan bermaksud aku nak berlagak bagitahu aku ni anak datuk. Mostly my close frens tau aku ni anak sape. I just want to remind him. 

Perbualan tu bermula bila Anim tanya pasal kereta. She ask for opinion or something and lepas tu baru ada perbualan hangat which is interrupt by Ijat, bila dia 'agak' memperlekehkan kereta yang anim beli. Aku ni pantang sikit bila ada orang kondem orang lain dan bila ada orang kondem pasal barang buatan Malaysia. Yes, aku sekarang penuh dengan semangat patriotisme!Bila dah macam tu aku interrupt dan menyangkal Ijat dan menyokong anim. For short, Ijat kata kereta buatan Malaysia is bad!. Banyak dan cepat rosak walaupun tak sampai 5 tahun dan mula mention yang dia ada pakai 3 kereta proton kat umah n bla3. Aku bidas balik yang jangan terlalu mengkondem kereta Malaysia. Aku dan family aku pun pakai kereta Malaysia what. Blh je long lasting sampai 7-9 years. Tak ada masalah besar. Alhamdulillah. Act, dalam sesebuah pengeluaran, dorang akan mengeluarkan berpuluh2 ribu kereta dan mesti ada some of it yang 'bad apple'. Bukan je kereta Proton. Kereta lain pun ada jugak tak kena even baru je pakai. It depends on ur luck jugak la. Nasib kau la bila selalu dapat yang 'bad apple' tu. Then mula lah some of them cakap Ijat kaya boleh la beli kereta besar mewah bagai.. So, itulah permulaan dari conversation aku post kat ats tu.

Ini baru mukaddimah. Hehe. Panjang mukaddimah aku.

Sejak abah dapat gelaran Datuk masa aku form 1, aku tak pernah rasa yang aku ni anak Datuk dan aku tak suka orang tahu yang aku ni anak Datuk dan paling penting aku TAK PERNAH bgtahu sendiri yang aku ni anak Datuk. Bila orang tanya kamu ni anak sekian-sekian barulah aku mengiyakan. Dah memang betul kan! Takkan aku tak nak mengaku yang dia sebut tu bukan abah aku! Anak tak mengenang budi namanya tu. Aku lebih prefer untuk hidup low profile. Lebih senang untuk menjadi Nani yang sebenarnya.

Abah aku bukannya Datuk kaya. Bapak aku dapat pangkat Datuk daripada Agong masa tu Sultan Kedah rasanya disebabkan jasa dia. Bukan sebab abah aku businessman. So, abah tetap dapat duit dari hasil makan gaji dia. Alhamdulillah hidup kami memang sederhana tapi cukuplah kan. Nak apa lagi. Tapi memang aku mengaku la lepas abah dapat pangkat tu, hidup beransur lebih senang la tapi still bukan tahap mewah.

Assumption orang bila kau anak Datuk, kau anak kaya tu tak betul. Tak semua macam tu. Dari kecil mama dah didik aku tuk berjimat cermat. Membebel pasal duit semua ni. Mama ni memang jenis penyimpan dan jimat orangnya. Bukan dari golongan wanita yang suka boros tak tentu pasal. So, dari situ aku tak di ajar untuk berlagak kaya atau senang. Kalau aku belanja lebih sikit ke minta duit lebih sikit ke mulalah mama bising. hehe. Tapi aku paham lah kan. Anak 8. Semua nak pakai duit. Tapi baru sekaranglah aku paham. Masa kecil dulu hulur tangan je kerja. hehe

Bila aku beransur besar, dah masuk Uni, dah tau pasal nilai duit yang sebetul betulnya, barulah aku tahu betapa susahnya mama abah cari duit. So, masa tengah belajar tu aku nekad yang bila aku dah bekerja aku tak nak susahkan mama abah lagi dah. Tak nak mnta duit kat dorang dah. Biar aku pulak yang bagi mama abah.

Alhamdulillah, sejak aku kerja September 2010, memang aku tak minta duit dari mama abah cuma adalah satu dua keadaan yang memaksa diri aku tuk menadah tangan balik bila aku tak ada duit nak bayar road tax. Itupun aku minta izin mama untuk keluarkan sikit duit dari ASB. Mama bukakan aku ASB masa aku tengah study rasanya. Itupun aku malu nak minta direct dari tangan mama. Tapi dah sebab terpaksa kan. gaji ciput je. Simpanan memang out dah. Baru kerja dah pakai kereta. Maintainance lak tinggi. Adoi. Memang pening kepala time tu. 

Aku terpaksa beli kereta bila aku dapat gaji pertama aku. Sebab tempat kerja memang tak ada public transport. Bas pun tak masuk situ. So, I dont have choice. Gaji pertama aku dapat RM500 je. Habis bayar booked kereta dan aku terpaksa ambil full loan sebab tak ada duit nak bayar deposit. Ikutkan mama abah boleh je tolong nak bayarkan d/p tapi aku fikir dah la tu. Tak payah susahkan mama abah. Aku minta abang aku jadi penjamin dan minta pendapat semua and the rest aku buat dengan bantuan abang aku. Tak ada langsung libatkan mama abah. So, aku agak berbangga kat situ.

Aku start bagi duit dekat mama abah bila aku dapat 2nd job. Alhamdulillah gaji lebih dari dulu. So, dapatlah jugak aku peruntukkan sikit untuk bagi dorang. Walaupun tak banyak tapi aku puas bila tengok mama seronok sangat bila aku bagi. Aku nak nangis time tu dan sekarang pun mata tengah bergenang ni.

"Ma, adik tak dapat nak bagi banyak kat mama. Ini je yang adik mampu setakat ni"

"Tak apalah ni pun mama dah bersyukur sangat. Adik ada ke duit lagi? Tak bagi pun tak apa. Mama tak kesah. Nanti adik pula tak da duit nak makan"

"Ada. Pandailah adik. Ni adik dah asingkan untuk mama. Tak yah lah risau"

Mama still fikir lagi anak dia ada duit makan ke tidak. Tu yang buat aku sebak. Even sekarang bila aku bagi tiap2 bulan pun aku still rasa nak sebak sebab muka mama sangat! happy bila aku bagi duit. Itulah nikmatnya bila happykan mak ayah kan. Walaupun sikit tapi dorang tetap bahagia. In Sha Allah, walaupun aku bukan anak yang baik, tapi aku takkan lupa mama ngn abah.

Aku anak bongsu dan aku suka hidup independent. Aku tak suka terlalu bergantungan dengan orang dalam hidup ni. Dulu,

1. Umur 6 tahun aku dah berani jalan kaki sorang2 dari tadika ke rumah yang jaraknya hampir 2km sebab abang van mc. Sampai rumah Ustz, tadika tepon risau2 tanya aku kat mana. Hehe. Dah selamat sampai. Oh ye, masa tu aku demam ok. Sampai rumah tuam kepala dengan ais. hehe.

2. Umur 12 tahun aku dah belajar sendiri naik bas dan lrt balik rumah sebab malas nak tunggu kat ofis mama. Mama punyalah risau tapi sebab aku degil kan. Tawakl je. huhu. Akhirnya satu hari, aku pula yang ajar mama naik lrt.hehe

3. Form 1 atau 2 (tak ingat) aku naik ktm dan bas balik rumah. Aku follow akak senior tapi stesen lain2. Aku duduk asrama dekat Shah Alam. Rumah dekat Gombak. Sesat. Pastu aku tepon akak aku tanya stesen dan bas mana yang betul. hehe.Gamble jek.

Itu je la setakat ni. Banyak lagi yang aku buat, aku suka buat sendiri. Shopping pun kadang2 boleh pegi sorang. Senang cite, apa aku buat, atau apa aku nak buat, aku boleh buat sendiri tanpa ada orang teman and so onnnnn..

Kesimpulannya, eh, nak habis dah ye? hehe. Ok3. kesimpulannya,

1. Kau tak perlu jadi orang yang berlagak atau riak dengan status dan apa yang ada. Yang ada pangkat BAPAK kau. Bukan kau. Yang kaya BAPAK kau. Bukan kau.

2. Sentiasa menggembirakan mama abah dan jangan susahkan dorang. Ni untuk aku juga sebab aku ni suka degil. Suka peningkan kepala mama abah.

3. Wajib untuk belajar independent. Orang sekeliling kau tak selamanya kau boleh bergantung harap. Kau harus ada daya usaha untuk berdikari walaupun susah. Tak selamanya anak manja tu boleh jadi anak manja.

4. Sesuatu yang kau dapat dari hasil usaha kau lagi tinggi nilainya daripada kau dapat dari parent kau. Kau akan rasa puas dan kau akan bertambah yakin dengan diri kau. Itu apa yang aku dapat dan rasa. Dan aku bangga dengan diri sendiri!

5. Kau kena pandai jaga diri. Inpendent bermakna bergantung pada diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain. So, bila2 kau akan sorang2. Masa sorang2 tu la kau kena pandai jaga diri kau. Apa kau nak buat, terus ke depan. Jangan toleh kiri kanan.

6. Yakin dengan barang buatan Msia. Siapa lagi yang nak sapot kalau bukan orang Msia sendiri.

7. Eh banyak lagi lah. Pandai la buat kesimpulan sendiri.

Aku dah penat. Baru nak rasa penat bila berjela aku taip. hehe. Bye!




0 manusia baik: