Bismillah
Assalamualaikum
At 19 weeks of pregnancy
Alhamdulillah dah 19 minggu usia kandungan aku. Kejap je
wei!! ^_^
Kerja aku kat office ni kejap banyak kejap sikit kejap tak
de langsung. Bila time keje sikit dan keje tak ada langsung tu, aku suka buat
aktiviti meng’google’. Last week aku
google pengalaman bersalin lepas datang seriau sorang-sorang sebab kebanyakan
yang aku baca semua kata sakit! Gatal lagi pi baca kan. Kan dah takut. Tapi
lepas-lepas tu dorang rasa seronok after tengok muka baby. Alahaii tak sabar
pulak. Huhu
Lepas tu aku google pulak senarai barang-barang baby. Banyak
okay! Tapi kak ipar dah janji nak bagi baju sikit untuk baby aku. Baju untuk
rumah katanya. So, tak payah la beli ye. Marilah kita berjimat. Duit yang save
untuk baby kita boleh bukak tabung untuk dia. Alhamdulillah. Rezeki orang nak
bagi.
Setiap kali masuk minggu baru untuk kandungan aku, mesti aku
google untuk tahu perkembangan2 kandungan aku pada minggu tu. Teruja dia lain
macam tau. Macam syok sangat tau!! nampak tak teruja aku tu? Huhu
Ni dah masuk 19 minggu, orang kata within 18weeks to 20weeks
you will feel the baby movement. Aku macam~~ iye ke? Sebab aku tak rasa lagi
tau. Masa memula kandungan dah masuk 18weeks aritu, teruja la sikit sebab ingat
dapat rasa baby gerak. Pergi checkup pun, masa nurse scan, dia tanya “haaaa
baby gerak tu. Tendang2. Rasa tak?” aku macam blur. Panas hati pun ada gak.
Huhu. Nurse tu bukan main excited tapi aku tak rasa pun pape. Sedihh wooo.. =(
Tapi hasil daripada kerajinan aku meng’google’ ni, ada orang
minggu ke 21 baru rasa. Okay dah lega sikit kat situ. Dan hasil bertanya dari
banyak doctor dan nurse, untuk kandungan pertama memang payah sikit nak rasa
movement baby tu. Kita 1st time dan tak pernah rasa gerak2 dalam
perut kecuali rasa perut sakit nak berak, memang normal untuk tak rasa
pergerakan baby tu walaupun kandungan dah mencecah 18weeks-20weeks tu. Faktor
perut tebal pun boleh diambil kira T_T. Okay lah.
Bertambah lega sikit. Aku
menunggu dengan sabar je sekarang. Tiap2 hari bercakap jugak dengan baby
walaupun tak rasa dia bergerak lagi dan selalu suruh hubby bercakap dengan baby
dan tekap telinga kat perut suruh hubby dengar. Hubby cakap dengar macam air
kerkocak bila dia bercakap-cakap tu. Aku assumed baby gerak la tu kan. Hehe tak
sabarnya ibu nak rasa anak ibu bergerak.
Untuk minggu ke-19 ni, badan makin bulat tapi tahap
kemalasan tu rasany tak menurun lagi kot. Heehe. Sebabnyaaaa.. asal buat keje
sikit aku mengah. Aku penat. Mungkin badan bertambah berat kot. Tapi sebab
mengah tu la aku jadi macam~~ nak buat keje ke tak nak. Hehehe. Masak tak payah
cakap lah. Aku dah lama tak sentuh senduk dengan kuali ni. Kesian la suamiku.
Huhu
Perut pun makin besar tapi tak besar sangat. Hari tu gi scan
kat klinik swasta pun doc kata perut aku tak besar sangat tapi as long doc cek
normal semuanya, aku tak risau apa. Asalkan baby normal dan sehat. Ye tak? No
need to worry..
At 20 weeks of pregnancy
Update: 22/4/2014
Last Friday lepas balik dari kerja terus shoot balik Ipoh
melawat mak mertuaku. Dah lama tak balik katanya. Weekend pun membusy aje
kerjanya. This week nak gi shopping baju baby pulak. Ada warehouse sale dekat
Glenmarie. Wajib lah kita terjah ye. Sale kot.
Oh, awal bebeno shoppingnya?? Kekdahnya dah suami kerja jauh
kan. Kita kena prepare awal2. Adalah jugak tukang mengangkut barang. Nanti bila
hubby dah start kerja mid of May ni tak larat pulak nak menyopping sorang2 kan.
Biarlah awal dari tak de langsung. Lagipun hubby balik semula ke sini lepas
raya nanti. Aku pun dah agak kesaratan masa tu. Awal tak awal, jom lah kita
shopping hujung minggu ni.
Apa dah ke lain tulisnya. Mukaddimah pasal balik Ipoh tapi
tetiba merewang ke shopping pulak. Ini lah symptom orang mengandung ye. Huhu.
Ok. masa otw balik Ipoh tu badan rasa sihat walafiat lagi cuma
ada rasa selesema sikit. Tup2 sampai je Ipoh badan dah tak selesa. Demam2 panas
kat dalam. Mula lah start bersin2, hingus meleleh semua. Heiii.. tak suka
betullah balik kampong dalam keadaan tak sihat. Tak dapat feel bercuti di kampong
tau. Asyik nak tidur je kejenya.
Badan tak sihat satu hal, lepas tu mula rasa sakit2 bawah
perut especially lepas kencing. Dia sakit2 tegang macam tu. Ingatkan baby
gerak2 dengan lasaknya. So fikir ok lah. Relax jap.
Bila esoknya start kerja, sakit2 pun still ada. Macam kerap
la pulak kan. Risau pulak tetiba rasanya. Tangan pun start gatal mengoogle. Kot2
ada jawapan dari sakit bawah. Jalan punya jalan, jumpa satu website www.drzubaidi.com. Ada tulis masalah2 ibu
mengandung ni dah ada juga terjawab persoalan sakit2 dibawah perut itu. Salah satunya
kelahiran bayi pra-matang.
Huuuu.. aku dah takut dah. Tepon hubby suruh bawak buku
merah. Balik kerja kena shoot terus pergi klinik swasta yang selalu kitorang
pergi. Doc tu kata maybe ada kencing kotor. Dia cek lah kencing aku semua. Yes!
Memang ada.. patut la sakit2. Doc bagi ubat semua. Harap2 baby tak ada apa2. Eh,
aku ada scan jugak baby padahal baru je scan 7/4 hari tu. Hehe. Baby Alhamdulillah
ok. makin beso dan makin berat. Dah menghampiri 300g dah. Dah nampak tulang
rusuk dia semua. Cuma tak nampak boy ke girl je lagi. Pastu sibuk nak menyopping
kannn.. Takpe. Kita shopping kaler2 unisex je semua.
Hubby sekarang tiap2 hari aktif bercakap dengan baby. Aku kurang
sikit. Bagi hubby je cakap banyak. Nanti bila hubby dah start kerja, 3 bulan
dia tak boleh cakap dengan baby. Kita kasi dia can dulu ye.
Bila hubby start cakap je, dia tekap telinga dia kat perut
aku. Dengar baby gerak2 dalam perut. Aku suka tengok. Pastu sibuk tanya dengar
apa sebab tak rasa lagi baby gerak walaupun dah 20 minggu tau. Terkilan pun ada
tapi takpelah tiba masanya akan rasa jugak. There’s nothing to be worry about. Kita
cool saje.
Ok. Dah dulu. Malas dah nak menulis.
Buhbye!!
0 manusia baik:
Post a Comment